.. mencari si dia yang soleh ..
Posts tagged motivasi
Tambah Kenalan Anda Di Sini …
Jul 21st
Assalamu’alaikum kepada semua pengguna
Di zaman moden ini, jodoh biasanya muncul terlebih dahulu sebagai kenalan atau melalui seorang kenalan. Kenalan akan muncul di dalam pelbagai jenis rupa bentuk. Ada yang berkualiti yang membantu kita di dalam kehidupan. Ada yang merosakan dan melalaikan. Banyak cara untuk kita meramaikan kenalan. Namun, kenalan yang berkualiti hanya terdapat di tempat-tempat yang tertentu. Sertai program berikut dan anda akan menemui kenalan baru yang berkualiti. Di dalam masanya sama kita dapat meningkatkan kualiti diri, InsyaAllah. – azrul

Kem Motivasi Beliau, Keindahan Bersama Mu, anjuran JIM Pulau Pinang, bertempat di Damai Park Resort, Kedah.
Tarikh: 2hb dan 3hb Ogos, 2008.
Tarikh tutup penyertaan : 28hb Julai, 2008
Tentatif program semalam dua hari :
Hari Pertama (Sabtu)
08.00 pagi Pendaftaran peserta
08.30 pagi Perasmian, Taklimat dan ‘Mind-setting’
09.00 pagi Slot I: Salam Mesra, Salam sayang
10.30 pagi Minum pagi
11.00 pagi Sembang Motivasi
12.45 tgh Makan Tengahari/Persiapan/Solat Zohor
02.15 ptg Slot II: Xplore.com
06.45 ptg Khidmat Diri / Makan / Solat Maghrib
07.45 mlm Belajar Melalui Pengalaman
08.30 mlm Solat Isya’
09.00 mlm Slot III: Meniti Angin Malam
12.00 mlm Khidmat Diri / Tidur
Hari Kedua (Ahad)
05.30 pagi Qiamullail / Zikir / Solat Subuh
06.15 pagi Santapan Rohani: “Ya Allah, Terima Taubatku”
07.15 pagi Riadhah 3 Dimensi
08.00 pagi Khidmat Diri / Sarapan
08.45 pagi Slot IV: Akademi Realiti
10.00 pagi Minum Pagi
10.30 pagi Slot V: “Bersama Menuju Kejayaan”
12.00 tgh Doa Perpisahan
01.30 tgh Makan / Solat Zohor / Bersurai
Untuk keterangan lanjut sila download brochure berikut.
Untuk pendaftaran Kem Motivasi Belia, sila berhubung dengan En Zul (0194565817)
Betulkah Anda Mengenali Si Dia?
May 3rd

Mereka yang pernah putus tunang (atau putus cinta) tentu sekali pernah menerima soalan seperti, “Kenapa boleh putus?”, “Siapa yang minta putus?” atau “Apa alasan yang dia bagi?” Namun, yang paling lazim adalah “Berapa lama dah kenal dengan dia?”
Betul tak?
Tidak dinafikan kita perlu mengenali seseorang sebelum menerimanya di dalam hidup, namun ia adalah mustahil untuk “betul-betul” mengenalinya. Beruntung kita kerana Umar Al-Khattab r.a. ada meninggalkan satu contoh tentang perihal “kenal” yang mungkin dapat kita jadikan panduan, InsyaAllah.
Diriwayatkan oleh Ibnu Katsir di dalam Al-Irsyad bahwa di dalam suatu perbicaraan seorang lelaki telah tampil sebagai saksi bagi seseorang. Lelaki tersebut mendakwa beliau mengenali orang yang terlibat di dalam perbicaraan itu.
Umar Al-Khattab bertanya kepada lelaki tersebut, “apa yang engkau ketahui tentang dia?”
“Tentang keadilan dan kemuliaan,” jawab lelaki (yang ingin menjadi saksi) itu.
“Adakah dia jiran kamu, sehingga kamu mengetahui tentangnya baik di waktu siang atau pun malam?”, tanya Umar lagi.
“Tidak,” jawab lelaki itu.
“Adakah dia pernah bermuamalah (berniaga, bertansaksi) denganmu, sehingga dengan muamalah itu kamu mengetahui sejauh mana kewara’kannya (meninggalkan yang ragu-ragu) ?”, tanya Umar lagi.
“Tidak,” jawab lelaki itu.
“Adakah dia temanmu di dalam perjalanan sehingga engkau mengetahui kemuliaan akhlaknya?”, tanya Umar untuk kali ketiga.
“Tidak,” jawab lelaki itu lagi.
“Bererti engkau tidak mengenalinya.”, kata Umar. Lalu Umar menyuruh menampilkan saksi lain.
Wallahu’alam.
Rujukan
Fatawa wa Aqhidyah Amiril Mu’minin Umar ibn Al-Khattab (terjemahan Uts Zubeir Suryadi Abdullah, Lc), Muhammad Abdul Aziz Al-Halawi, Risalah Gusti, Surabaya. 1999
Tarbiyatul Aulad Fi Islam (terjemahan Drs Jamaluddin Miri Lc), Prof Abdullah Nashih Ulwan, Pustaka Amani, Indonesia, 2002.
