Posts tagged kekasih

Betulkah Anda Mengenali Si Dia?

Mereka yang pernah putus tunang (atau putus cinta) tentu sekali pernah menerima soalan seperti, “Kenapa boleh putus?”, “Siapa yang minta putus?” atau “Apa alasan yang dia bagi?” Namun, yang paling lazim adalah “Berapa lama dah kenal dengan dia?”

Betul tak?

Tidak dinafikan kita perlu mengenali seseorang sebelum menerimanya di dalam hidup, namun ia adalah mustahil untuk “betul-betul” mengenalinya. Beruntung kita kerana Umar Al-Khattab r.a. ada meninggalkan satu contoh tentang perihal “kenal” yang mungkin dapat kita jadikan panduan, InsyaAllah.

Diriwayatkan oleh Ibnu Katsir di dalam Al-Irsyad bahwa di dalam suatu perbicaraan seorang lelaki telah tampil sebagai saksi bagi seseorang. Lelaki tersebut mendakwa beliau mengenali orang yang terlibat di dalam perbicaraan itu.

Umar Al-Khattab bertanya kepada lelaki tersebut, “apa yang engkau ketahui tentang dia?”

“Tentang keadilan dan kemuliaan,” jawab lelaki (yang ingin menjadi saksi) itu.

“Adakah dia jiran kamu, sehingga kamu mengetahui tentangnya baik di waktu siang atau pun malam?”, tanya Umar lagi.

“Tidak,” jawab lelaki itu.

“Adakah dia pernah bermuamalah (berniaga, bertansaksi) denganmu, sehingga dengan muamalah itu kamu mengetahui sejauh mana kewara’kannya (meninggalkan yang ragu-ragu) ?”, tanya Umar lagi.

“Tidak,” jawab lelaki itu.

“Adakah dia temanmu di dalam perjalanan sehingga engkau mengetahui kemuliaan akhlaknya?”, tanya Umar untuk kali ketiga.

“Tidak,” jawab lelaki itu lagi.

“Bererti engkau tidak mengenalinya.”, kata Umar. Lalu Umar menyuruh menampilkan saksi lain.

Wallahu’alam.

Rujukan

Fatawa wa Aqhidyah Amiril Mu’minin Umar ibn Al-Khattab (terjemahan Uts Zubeir Suryadi Abdullah, Lc), Muhammad Abdul Aziz Al-Halawi, Risalah Gusti, Surabaya. 1999

Tarbiyatul Aulad Fi Islam (terjemahan Drs Jamaluddin Miri Lc), Prof Abdullah Nashih Ulwan, Pustaka Amani, Indonesia, 2002.

  • Share/Bookmark

Siapa Lagi Yang Masih Belum Berkahwin?

Semalam semasa saya sedang berada di tengah kesesakkan di PC Fair, Pulau Pinang. Saya menerima panggilan telefon daripada seorang pengguna myJodoh dari negeri Perak.

“Terima kasih En. Azrul, kalau tidak kerana myJodoh kami tak akan bertemu jodoh.”, katanya yang kedengaran agak samar.

“Bila akad nikah? Bila kenduri?” Saya melontarkan beberapa soalan sekaligus, kerana berada di dalam kesesakkan.

“Baru ajer akad nikah, kenduri mungkin bulan depan. Tapi tak per, nanti saya hantar kad.” Kata beliau.

Perbualan itu berlanjutan beberapa ketika.

Izdham dan isteri

Dua minggu yang lalu, sepasangan bakal pengantin datang melawat saya di sini dan menyampaikan kad jemputan perkahwinan mereka. Kami berjumpa untuk makan tengah hari di Restoren Subaidah. Pengantin lelaki dari Melaka dan pengantin perempuan dari Kedah. Kedua-duanya nampak “very ngam” .

Semenjak minggu lalu, saya telah menghadiri beberapa kenduri kahwin. Ada diantaranya adalah rakan-rakan dan saudara mara. Ada beberapa adalah pasangan myJodoh di sekitar kawasan utara.

Suraya Dan SuamiVery sibok … Selamat pengantin baru dan tahniah untuk semua. Mudah-mudahan semuanya berkekalan sehingga ke akhirat.

Dan .. mohon maaf kepada jemputan yang tidak sempat dihadiri di beberapa tempat lain di kawasan selatan semenajung .. (I’ll try to make it kenduri yang sebelah lelaki)

Yet today, saya menerima SMS daripada seorang pengguna myJodoh. Katanya, “dah setahun join myJodoh, tetapi masih tidak dapat jodoh.”

Yang membuatkan saya berasa, sedih.

Saya minta kerjasama daripada anda sekalian, sekiranya anda gagal menemui pasangan hidup, kenalan atau rakan melalui myJodoh dalam jangka masa setelah menyertai myJodoh … sila hubungi saya.

Sedikit analisa akan dilakukan dan mungkin saya dapat membantu anda ..

Wallahua’alam..

  • Share/Bookmark