.. mencari si dia yang soleh ..
Posts tagged arak
Dancing Without Drugs – menari tanpa pengaruh dadah
Apr 27th
Berikut merupakan satu petikan daripada Harian Metro Online, 27 April 2008

KUALA LUMPUR: Kempen anti dadah di pusat-pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur ialah pendekatan terbaru Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) dalam usahanya mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, kata Ketua Pengarah AADK Datuk Sabran Napiah.
Beliau berkata kempen dengan slogan ’dancing without drugs’ (menari tanpa pengaruh dadah) itu amat relevan diadakan di pusat-pusat hiburan kerana gejala penyalahgunaan dadah kebanyakannya bermula di tempat ini. “
Kita dapati dadah sintetik seperti ecstasy merupakan dadah paling popular di pusat-pusat hiburan. Jabatan narkotik PDRM mendapati pil ecstasy mencatatkan rampasan tertinggi iaitu hampir 8,139 biji (2007), empat kali ganda berbanding tahun sebelumnya, iaitu 2,360 biji,” katanya.
Kita tidak menafikan, ADK memang satu badan yang banyak berjasa dalam menangani masalah dadah di dalam negara. Namun saya melihat kaedah menggalakan “menari tanpa dadah” ini seolah-olah seperti galakkan “berzina memakai kondom.” Kita tunggu dan lihat kesannya nanti. Wallahu’alam.
