myJodoh WebBlog
.. mencari si dia yang soleh ..
.. mencari si dia yang soleh ..
Jul 16th
Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.
Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.
Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”[1]
Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. [2]
Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’.” [3] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. [4]
Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” [5] Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?
Wallahu’alam. Selamat mencuba,
Bahaya Mulut Celupar Di Dunia Dan Akhirat
.
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : #69
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : #2335, Menurut Imam Tirmizi bertaraf Hassan gharib
[3] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari : #7008
[4] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari : #5926
[5] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad : #22330
Jul 16th
Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”
Menurut Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar, ayat ini merupakan perjanjian antara tuhan dan Bani Israel di dalam kitab Taurat. Perjanjian ini kemudiannya diulang semula di dalam Al-Quran kepada umat Islam hari ini. Ayat ini mengandungi perintah agar manusia menjaga lidah dengan berkata perkara yang baik-baik sahaja.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” [1]
Tidak ada istilah “dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi orangnya baik” di dalam Islam. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.” [2] Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.
Di dunia, mulut yang celupar akan membuatkan kita hilang kawan. Orang akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya. Jodoh pun lambat, InsyaAllah.
Wallahu’alam
Formula Mengubati Mulut Celupar Daripada Rasulullah
.
.
Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : 4646
[2] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad : 9298
Jul 13th
Sambungan dari Petua Megnet Jodoh – Episod 2
“Untuk membuat semua manusia sayangkan kita, kita kena buat tuhan sayang kat kita dulu,” saya mula menerangkan.
Ini bukan kata-kata saya, melainkan dari hadith nabi. Ada sepotong hadith di dalam kitab Riyadhus Salihin yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, “Apabila Allah mencintai seseorang, Dia akan memanggil Jibril dan memberitahu bahawa Allah mencintai si fulan maka cintailah dia. Jibril lalu mencintainya, kemudian Jibril mengundang kepada seluruh penghuni langit dan memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka kamu semua mesti mencintai si fulan. Para penghuni langit pun mencintainya. Setelah itu diletakkan kecintaan padanya di kalangan penghuni bumi.”[1]
“Kalau nak buat tuhan sayang kita, kita kena menjaga semua amalan wajib dan semua amalan sunnah.” Saya menambah.
Ini juga berdasarkan sebuah hadith qudsi daripada kitab yang sama dan bab yang sama. Sekali lagi Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Allah berfirman, “Tidaklah seseorang hambaKu itu mendekati Aku dengan sesuatu yang amat Kucintai apabila ia melakukan apa-apa yang telah Kuwajibkan padanya. Tidaklah seseorang hambaKu mendekatiKu dengan melakukan hal-hal yang sunnah, sehingga akhirnya Aku mencintainya.”[2]
“Banyak perkara tu Mr. Web,” budak pompuan tu macam kecewa sikit.
“Yang wajib semua kena buat. Sunnah memang banyak, tapi jaga yang satu ini cukup, confirm lepas seminggu pi mana saja orang asyik pandang kita.” Terang saya.
“Bukan setakat pandang, depa nanti tengok kita dan berkata dalam hati, ehh cute-nya budak ni, sejuk mata memandang.” Saya tidak bergurau.
“Bukankah itu lebih baik dan lebih long-lasting dari amalan seperti mandi bunga?” Saya bertanya.
“Apa tu?” Dia menunjukkan minat semula.
.
Bersambung .. Petua Magnet Jodoh Episod 4
Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4772
[2] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #6021
Jul 12th
sambungan dari Petua Megnet Jodoh – Episod 1
“ye ker betul nak tahu ni?” Sengaja saya nak mengusik.
“Ye la,” suara budak pompuan tu memang bersungguh.
“Dah tahu jangan lupa buat tau,” pesan saya. Di dalam hati ada terasa macam tak nak kasi tahu dia.
Bukan apa, saya takut dia akan memandang “lekeh” dengan amalan para nabi. Pernah sebelum itu saya memceritakan rahsia “mencegah mulut laser” kepada seseorang. Orang itu sedar, disebab mulutnya yang laser itulah, semua orang menjauhinya. Sampai sekarang tidak siapa yang mahu berkawan dengannya.
Pada mulanya beliau memang benar-benar ingin tahu, tetapi setelah saya memberitahunya, “beristighfar 100 seratus kali sehari.”[1] Beliau berkata, “laaaa .. itu jer?”
Saya memang sedih apabila mengetahui orang ramai tidak berpegang kepada sunnah nabi. Mereka tidak mempercayai kehebatan sunnah nabi dan para sahabat. Mereka tidak mempercayai bahawa Islam itu penyelesai masalah. Mereka tidak yakin Al-Quran itu ubat.
“Antara aku dan engkau, engkau lebih beruntung kerana dekat dengan agama,” saya berfikir waktu itu.
Saya bersekolah di sekolah cina kafir selama 12 tahun. Mujurlah ada abah. Beliaulah yang bertanggungjawab mengajar saya membaca Al-Quran dan mengajar perkara-perkara fardhu ain. Jika tidak ada didikan dari abah, sudah tentu saya akan hanyut jauh di dalam masyarakat cina.
Berbandingkan dengan orang yang belajar di sekolah kebangsaan biasa. Pendedahan mereka lebih formal. Ada guru agama yang terlatih, ada peperiksaan dan ada ujian. Namun, sesetengahnya apabila bercerita soal Allah dan rasul, mereka memandangnya sebagai sesuatu yang “second class”.
Apabila bercerita tentang agama, mereka menganggap agama adalah sesuatu yang tidak punya apa-apa. Apabila dilanda kesusahan mereka mengadu kepada Allah. Apabila menerima wang “bonus” atau kenaikkan gaji, mendapat kekasih baru, mereka berkata itu tidak ada kena mengena dengan tuhan. Semuanya terhasil dari usaha mereka.
Ini adalah golongan yang kurang memberi perhatian kepada Al-Quran. Sekiranya mereka meneliti dan mengkaji AL-Quran, sudah tentu mereka akan berjumpa dengan ayat 49 dan 50 surah Fusillat yang membicarakan gelagat mereka. Semuanya telah diceritakan oleh Allah sebelum mereka dilahirkan lagi.
Jika mereka membaca semua ini terlebih awal, sudah tentu mereka akan mengambil inisiatif untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang dimaksudkan oleh ayat-ayat Al-Quran itu.
Itulah sering terjadi apabila manusia menjauhi Al-Quran. Sedih. Sedih.
“InsyaAllah, kalau caranya baik dan saya mampu buat, saya akan buat.” kata budak pompuan tu.
bersambung Episod 3
.
.
Nota kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad #22330; “Sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.”
Jul 12th
Saya pernah ditanya tentang hukum mandi bunga, saya tak tahu nak jawab ketika itu. Melainkan saya cuma cakap, “nabi tak pernah buat benda macam tu”.
“Yang saya tahu, Aisyah r.a. bercerita, orang perempuan mandi selepas haid, disuruh pakai kasturi untuk mewangikan badan”, saya cuba berdalih. [1]
“Bukan sebab nak bagi wangi laa Mr. Web, sebab nak tambah seri, bagi cepat jodoh.” Budak pompuan tu kata.
“Itu saya tak reti nak komen,” saya tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk memberi komen dalam hal ini.
Saya tambah, “kalau you niat mandi, kerana nak cepat jodoh dan kalau tak mandi, you rasa tak dapat jodoh. You ada masalah akidah. Jodoh tu di tangan tuhan.”
“Bukan itu salah satu dari usaha ke?” tanya dia lagi. “Dr Fadzilah Kamsah kata boleh.” dia merujuk kepada sesuatu yang saya tidak tahu.
“Entah, saya tak berani komen tentang itu, yang saya tahu, nabi tak buat, sahabat tak buat dan di dalam Islam ada cara yang lebih hebat dari mandi bunga.” terang saya.
“Yer ke Mr Web?” Dia ingin tahu.
“Yer laa, bukan setakat lelaki saja nanti tertarik kat you, malah semua orang yang you jumpa nanti malam tidur tak lena teringat kat you. Kalau you dah kawin, mak mertua you nanti sayang giler kat you. Dan ia tidak bercanggah langsung dengan Islam sedikit pun. Apa kelas mandi-mandi bunga ni..” kata saya.
“Pakai penangkal ker?” dia tanya sinis.
“Isshh .. syrik,syirik,” saya menafikan.
“Abih tu .. ?” Dia nak tahu jugak.
“Nabi pun dok buat yang ni.” Saya cuba menghangatkan suasana.
“Ye laa .. cakaplah apa dia.” Dia tanya.
“Tapi saya rasa, kalau cakap pun tak guna, belum tentu you mampu buat.” Ikhlas saya katakan.
“Perkara ni mudah, tapi tak mampu dilakukan. Ustad-ustad pun belum tentu mampu buat.” Saya terangkan.
“Tak per .. tak per .. cakap jer laa. Kot-kot saya boleh cuba.” Kata dia, begitu berminat sekali ..
bersambung ..Episod 2
——————–
Ini cerita benar. Mungkin dialog asalnya berlainan daripada yang ini kerana saya tidak berapa ingat. Wanita yang dimaksudkan dah ada anak dua. Walaupun suaminya bukan dari kalangan pengguna myJodoh, tetapi dia telah menggunakan formula tersebut dan last-last kahwin jugak. Lelaki yang dikahwini itu juga boleh dikatakan hebat orangnya.
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari : #303