Bug Fixed : Login dan Carian Jodoh

Assalamu’alakum,

Aduan diterima daripada beberapa pengguna menyatakan menghadapi masalah ketika login dan melakukan Carian Jodoh.

Ia adalah disebabkan sedikit ubahsuai JavaScript yang dilakukan di kedua-dua bahagian tersebut yang memberi kesan kepada browser jenis Internet Explorer (IE) dan yang sejenis dengannya.

Pengguna Firefox tidak menghadapi masalah.

Telah dibaiki dan diuji di dalam IE.

Harap maaf atas segala kesulitan.

  • Share/Bookmark
1

Dapatkan Senarai Jelita Pilihan & Jejaka Pilihan Setiap Hari

Assalamu’alaikum,

Setiap hari myJodoh ada memilih beberapa pengguna berdasarkan keaktifan untuk diperkenalkan kepada pengguna lain. Lelaki diperkenalkan untuk wanita …. dan sebaliknya. Semua senarai dihantar ke terus ke emel.

Untuk pengguna Yahoo, sila ikut langkah berikut untuk menerima emel Jejaka Pilihan . Jelitan Pilihan tersebut.

1. Klik pada folder SPAM

2. Anda akan terlihat senarai Jelita Pilihan atau Jejaka Pilihan, klik padanya untuk membuka emel tersebut.

3. Klik pada NOT SPAM untuk memindahkan emel tersebut ke INBOX sekarang dan emel yang akan datang.

  • Share/Bookmark

Sendiket Penipuan di myJodoh

Assalamu’alaikum, Berikut merupakan satu emel yang saya terima daripada salah seorangp pengguna myJodoh


Salam
Harap ambil tindakan mansuhkan Ahmed (apa ntah), dari Brunei kononnya, umur 42 tahun…dia ni dalang penipuan, konon nak pos barang, pastu kawan saya plak kena bayar apa ntah (sebiji seperti dalam trik yang dibongkar dalam akhbar baru2 ni). Saya yg rekmen kawan saya masuk dalam MYJ, alih2 kawan saya kena tipu ngan Ahmed XX (lupa plak nama nya dalam MYJ tu). Macam kena pukau plak kawan saya ni p masukkan duit dalam akaun persendirian (nama perempuan India plak)…yg menelifon dia suruh masukkan duit plak suara Indon….tak faham jugak sindiket ni. (banyak orang terlibat dengan Ahmed ni). Lepas kena tipu tu…kawan saya terus terminate keahlian dia dalam MyJ. Tapi saya rasa bersalah sebab perkenalkan MYJ pada dia, adik beradik dia semua marah masuk MYJ tu…sedikit sebanyak saya pun terpalit kemarahan adik beradik dia.

============================

Kepada pengirim emel di atas, saya ucapakan terima kasih kerana mempercayai myJodoh dan memperkenalkan kepada orang lain. Juga terima kasih kerana melaporkan perkara ini kepada saya.


* Ahmed Apa ntah yang dimaksudkan => http://www.myjodoh.net/?mod=user_show&id=161869
.
.
* SILA JANGAN BANK-IN / PINJAMKAN DUIT KEPADA MANA-MANA INDIVIDU YANG TIDAK ANDA KENALI DI INTERNET.
.
.

* Ciri-ciri mereka :

- Bukan berasal dari Malaysia.

- Bukan berbangsa Melayu.

- Tidak tahu loghat Melayu ( Mereka berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan perantaraan Google Translate, tetapi Google tidak dapat menterjemahkan loghat setempat.)

- Bukan beragama Islam.

.
.
.

* Apa perlu anda lakukan :

- Abaikan Mereka. Saya sendiri tidak dapat apa-apa maklumat (kecuali di atas) melainkan mengesyaki sahaja. Justeru, tiada tindakkan boleh diambil lagi.

* Sekiranya anda anda pengalaman, sila kongsi di sini.. Terima kasih.

  • Share/Bookmark
curiga

Maklumat Mencurigakan Di myJodoh?

Assalamu’alaikum, Sila laporkan di posting ini sebarang profile atau maklumat diri yang mencurigakan atau merbahaya. Sila sertakan maklumat berikut :

  1. URL Maklumat Diri tersebut. contoh -> http://www.myjodoh.net/?mod=show_user&id=123456
  2. Nyatakan kepada ia mencurigakan? Sertakan bukti-bukti seperti URL di Facebook atau Friendster atau sebagainya, jika ada.
  3. Sila sertakan alamat emel anda di myJodoh sebagai rujukkan. (tidak dipaparkan)
  4. Aduan yang sahih akan dipaparkan, yang sebaliknya tidak.

Semua Maklumat Diri yang mencurigakan akan disiasat dan diletakan amaran. Sekiranya anda salah seorang yang telah dilaporkan (mempunyai Amaran pada Maklumat Diri)

  1. Sila emelkan a) kad pengenalan anda  b) dokumen perceraiannya yang menunjukkan  status perkahwinan anda.
  2. Amaran akan dipadamkan jika maklumat di atas bertepatan dengan Maklumat Diri anda.
  3. Anda akan diberi Bintang Hijau.

Terima kasih.

  • Share/Bookmark

Rakan Niaga / Affiliate myJodoh

Salam,

myJodoh telah melancarkan program affiliate bernama Rakan Niaga myJodoh. Untuk mereka yang selama ini tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya boleh mendaftar di http://rakanniaga.myjodoh.net

Terima kasih.

  • Share/Bookmark