Tentang Blog Ini

Assalamu’alaikum,

Ramai yang mempunyai keinginan untuk mendirikan rumahtangga. Namun, bukan semua menemui jodoh mereka dengan jalan yang mudah. Ada yang memakan masa bertahun-tahun untuk menemui si dia, ada pula begitu mudah, seolah-olah semuanya telah dirancang terlebih awal.

paper-myJodohPada Disember 2002, laman myJodoh telah dibina untuk memberi satu ruang baru kepada mereka yang serius dan berkeinginan untuk mencari pasangan hidup.

Di laman web tersebut, ramai yang mempunyai hasrat untuk berumahtangga lalu berdaftar, berkumpul dan berkomunikasi secara online. Bersyukur dan berterima kasihlah kita kepada tuhan yang telah mengilhamkan manusia sehingga terciptanya teknologi IT, kini semuanya lebih mudah.

Namun, walau bagaimana sekali pun kecanggihan teknologi yang wujud, penggunanya tetap manusia biasa. Apabila seorang manusia mempunyai masalah pencarian jodoh secara “offline”, masalah itu akan dibawa bersama secara “online”.

Lalu kesannya tetap sama. Masih tercari-cari, ternanti-nanti dan belum bertemu, walaupun telah dibekalkan teknologi paling canggih sepanjang peradaban manusia.

Fungsi webblog ini adalah membantu pengguna myJodoh memanfaatkan laman myJodoh sepenuhnya dalam pencarian pasangan hidup, agar anda tahu apa yang patut anda lakukan.