.. mencari si dia yang soleh ..
Isu Teknikal myJodoh
Kenapa Tidak Boleh Melihat Maklumat Berhubung
Jun 20th
Assalamu’alaikum,
Saya sering mendapat pertanyaan seperti berikut :
Saya telah membuat pembayaran RM50 (atau RM90) kepada myJodoh, tetapi kenapa saya perlu membeli kredit untuk download nombor telefon pengguna lain?
Sebenarnya Pakej A (atau pun sebelum ini dikenali sebagai Pengguna Berbayar) membolehkan anda memaparkan maklumat berhubung anda kepada semua orang. Ia bukan bermaksud anda dapat melihat nombor telefon atau alamat emel semua orang.
Orang ramai tidak perlu membayar apa-apa untuk mendapatkan maklumat berhubung anda seperti alamat emel dan nombor telefon. Kedua-duanya dipaparkan seperti yang anda masukkan pada bahagian Maklumat Diri (Pusat Kawalan > Maklumat Diri). Profile pengguna Pakej A akan mempunyai bintang kuning.
Sekiranya anda ingin berkenalan dengan seorang pengguna biasa (tidak melanggan pakej A atau B), anda boleh menghantar pesanan kepada mereka. Mereka akan kembali ke myJodoh dan meneliti maklumat diri anda, seterusnya menghubungi anda melalui maklumat berhubung yang anda paparkan.
Sekian, terima kasih.
Mendapatkan Maklumat Berhubung Si Dia
Jun 3rd
Assalamu’alaikum,
Untuk mendapatkan maklumat berhubung seseorang dari myJodoh, sila gunakan kemudahan “download’ yang telah disediakan.
1. Anda perlu login di myJodoh
2. Klik pada nama yang maklumat individu yang anda inginkan. Anda akan dibawa ke bahagian profile individu tersebut.
3. Klik pada Please Download untuk mendapatkan alamat emel atau nombor telefon pengguna berkenaan. 
Nota
Bukan semua pengguna meninggalkan maklumat berhubung mereka. Ada yang hanya mahu dihubungi melalui sistem pesanan peribadi myJodoh.
Pengguna berbayar myJodoh (Pakej A) , biasanya akan memaparkan maklumat berhubung mereka. Anda tidak perlu ‘download.’
Pakej Baru myJodoh : Bagaimana Mendapatkan Maklumat Berhubung Pengguna
Apr 14th
Assalamu’alaikum,
myJodoh memperkenalkan Pakej B. Khas untuk mereka yang :
- Ingin mendapatkan nombor telefon atau alamat emel seseorang di myJodoh.
- Orang tersebut mungkin lama tidak melayari myJodoh tetapi anda memang berminat untuk berkenalan dengan beliau.
Bagaimana Melihat Nombor Telefon & Alamat Emel ?
- Pilih mana-mana Maklumat Diri yang anda suka.
- Sekiranya terdapat Link “Dapatkan No Telefon & Alamat emel “, Klik pada link tersebut
Web Log myJodoh
Apr 9th
Dah Boleh Upload Foto
Mar 1st
