.. mencari si dia yang soleh ..
Umum
Topik-topik umum
Hari Kekasih dan Umat Lubang Biawak
Feb 14th

Nabi bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.” Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (Riwayat Muslim)
Sebahagian umat Islam hari ini telah menjadi umat Islam pak turut atau lebih tepat menjadi umat lubang biawak berdasarkan hadis di atas. Mereka tidak lagi berbangga mematuhi landasan Islam sebaliknya lebih berbangga untuk meniru gaya dan cara hidup golongan Yahudi dan Nasara. Salah satu keramaian yang disambut oleh sebahagian umat Islam ialah sambutan hari Kekasih atau St. Valentine’s Day.
Asal usul hari Valentine sering kali dikaitkan dengan amalan golongan pagan jahiliah di zaman Rom Kuno dahulu. Pada bulan Februari mereka mengadakan keramaian yang dikenali sebagai Lupercalia untuk memuja tuhan Lupercus. Pada hari itu nama-nama gadis desa diletakkan dalam sebuah kotak dan setiap pemuda akan mengambil salah satu nama dari kotak tersebut secara rambang. Gadis yang terpilih akan menjadi kekasih pemuda itu sepanjang tahun.
Ketua paderi ketika itu, Paderi Gelasius 1, kemudiannya menjadikannya sebagai satu aktiviti agama Kristian dengan membuat beberapa pengubahsuaian. Antaranya dengan menggantikan nama-nama wanita dengan nama-nama tokoh Kristian di dalam kotak untuk dipilih dengan harapan masyarakat akan menjadikan tokoh-tokoh itu sebagai idola mereka. (http://www.christianitytoday.com/ct/2000/februaryweb-only/11.0a.html)
Mengikut Catholic Encyclopedia (http://www.newadvent.org/) Hari Valentine atau St. Valentine’s Day dikaitkan dengan tiga orang tokoh pejuang agama Kristian bernama Valentine, iaitu Valentine dari Terni, Valentine dari Rom dan seorang lagi dari Afrika. Wikipedia (en.wikipedia.org) memperincikan tentang ketiga-tiga tokoh ini. Valentine dari Terni ialah ketua paderi di Interamna (kemudiannya dikenali sebagai Terni) lebih kurang pada tahun 197 M. Beliau dibunuh oleh Maharaja Aurelian dan dikebumikan di Via Flaminia. Valentine dari Rom pula merupakan seorang paderi di Rom dan dibunuh pada tahun 269 M dan juga dikebumikan di Via Flaminia. Manakala tentang Valentine dari Afrika tidak banyak maklumat yang diketahui tentangnya.
Sebenarnya golongan Kristian Katolik mengiktiraf sebelas sambutan Hari Valentine salah satunya pada tanggal 14 Februari setiap tahun sehinggalah pada tahun 1969 apabila ia tidak lagi dianggap sebagai aktiviti rasmi Kristian Katolik.
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.
Sumber : http://mindasuper.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=144&Itemid=9
Lantak korang laa Palestine, yang penting aku happy.
Jan 13th

Salam,
Maaf, tajuk agak berunsur provokasi.
Namun, hakikatnya masih ramai daripada kita yang tidak mahu mengambil tahu tentang apa yang berlaku dengan Gaza. Isu Palestine dianggap sebagai sesuatu isu yang sudah basi. Ia sudah lama didengar, ia akan terus diperkatakan dan ia akan diceritakan dengan nada yang sama pada masa akan datang. Tidak sensasi seperti kes Abby Abadi dan Norman Hakim.
Kita boleh paparkan di sini tentang sejarah pembentukkan negara Israel dan sejarah kekejaman rejim Zionis, namun sudah tentu ia akan menjadi sebuah artikel yang sangat panjang.
Justeru, saya bawakan dua audio daripada Dr Danial Zainal Abidin yang membincangkan secara ringkas tentang pergolakkan yang berlaku di Gaza. Yang menariknya beliau juga membincangan perkara-perkara yang boleh sama-sama kita lakukan untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza.
- Rakaman Kutbah Jumaat Dr Danial di Masjid Hashim Yahya, Pulau Pinang
- Rakaman perbincangan Dr Danial di dalam segmen Islam Modern di Mutiara FM bertajuk Isreal Rejim Ganas.
Mudah-mudahan ia membantu menyedarkan kita semua.
عن حذيفة بن اليمان قال : قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : « من لا يهتم بأمر المسلمين فليس منهم ، ومن لا يصبح ويمسي ناصحا لله ولرسوله ولكتابه ولإمامه ولعامة المسلمين فليس منهم »
Daripada Huzaifah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka. Sesiapa yang pada pagi dan petangnya tidak ikhlas kepada Allah dan RasulNya dan KitabNya dan pemimpinnya dan kepada umat Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka (umat Islam)”
(Riwayat Thabrani. Sheikh Al-albani mendaifkan hadith ini, lihat salasilah daif #312 )
Wallahu’alam.
Jom Tengok Wayang ! – Sang Murabbi
Dec 4th
Salam,
Sesiapa yang berada di kawasan utara berpeluang menonton filem Sang Murabi, yang akan ditayangkan di Dewan Seri Pinang, 6 Disember 2008. Siapa nak baca synopsis cerita, sila klik sini.
Audio Kuliah Dato (Ustaz) Shamsuri Haji Ahmad – 11 Nov 2008
Nov 26th
Salam,
Berikut merupakan audio kuliah Kitab Bahrul Mazi, yang disampaikan oleh Dato (Ustaz) Shamsuri Haji Ahmad.
Subjek: Bahrul Mazi Jilid 05 ms054
Tempat : Masjid Jamek Jelutong, Pulau Pinang.
Tarikh : 11 Nov 2008
Download audio kuliah di sini.
Juga disertakan teks kuliah untuk memantapkan lagi pemahaman.
Untuk download audio kuliah yang lain, sila ke http://www.mymasjid.net.my/audio-kuliah/
Sila sebarkan, mudah-mudahan saudara diberkati.
Terima kasih.

