.. mencari si dia yang soleh ..
Umum
Topik-topik umum
Majlis Ilmu Ustaz Shamsuri Haji Ahmad – Februari 2008
Jan 28th
4hb – Masjid Simpang Empat – Permatang Buluh
Bahrul Mazi Jilid 16
5hb – Masjid Sultanah Bahiyah – Alor Setar
Bahrul Mazi Jilid 15
6hb – Surau Taman Kerian – Parit Buntar
Tafsir Nurul Ehsan Jilid 4
12hb – Masjid Jelutong – Pulau Pinang
Bahrul Mazi Jilid 17
18hb – Masjid Taman Brown – Pulau Pinang
Tafsir Nurul Ehsan Jilid 1
26hb – Masjid Padang Temusu – Sungai Petani
Bahrul Mazi Jilid 2
http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu/
Jadual Majlis Ilmu Ustaz Shamsuri Haji Ahmad – Januari 2008
Dec 31st
Jadual Kuliah Ilmu Ustaz Shamsuri Haji Ahmad – Januari 2008
1hb – Masjid Sultanah Bahiyah – Alor Setar
Bahrul Mazi Jilid 15
2hb – Surau Taman Kerian – Parit Buntar
Nurul Ehsan Jilid 4
7hb – Masjid Simpang Empat – Permatang Buluh
Bahrul Mazi Jilid 16
8hb – Masjid Jelutong – Pulau Pinang
Bahrul Mazi Jilid 5
21hb – Masjid Taman Brown – Pulau Pinang
Nurul Ehsan Jilid 1
22hb – Masjid Padang Temusu – Sungai Petani
Bahrul Mazi Jilid 2
Siapa Lagi Yang Masih Belum Berkahwin?
Dec 3rd
Semalam semasa saya sedang berada di tengah kesesakkan di PC Fair, Pulau Pinang. Saya menerima panggilan telefon daripada seorang pengguna myJodoh dari negeri Perak.
“Terima kasih En. Azrul, kalau tidak kerana myJodoh kami tak akan bertemu jodoh.”, katanya yang kedengaran agak samar.
“Bila akad nikah? Bila kenduri?” Saya melontarkan beberapa soalan sekaligus, kerana berada di dalam kesesakkan.
“Baru ajer akad nikah, kenduri mungkin bulan depan. Tapi tak per, nanti saya hantar kad.” Kata beliau.
Perbualan itu berlanjutan beberapa ketika.

Dua minggu yang lalu, sepasangan bakal pengantin datang melawat saya di sini dan menyampaikan kad jemputan perkahwinan mereka. Kami berjumpa untuk makan tengah hari di Restoren Subaidah. Pengantin lelaki dari Melaka dan pengantin perempuan dari Kedah. Kedua-duanya nampak “very ngam” .
Semenjak minggu lalu, saya telah menghadiri beberapa kenduri kahwin. Ada diantaranya adalah rakan-rakan dan saudara mara. Ada beberapa adalah pasangan myJodoh di sekitar kawasan utara.
Very sibok … Selamat pengantin baru dan tahniah untuk semua. Mudah-mudahan semuanya berkekalan sehingga ke akhirat.
Dan .. mohon maaf kepada jemputan yang tidak sempat dihadiri di beberapa tempat lain di kawasan selatan semenajung .. (I’ll try to make it kenduri yang sebelah lelaki)
Yet today, saya menerima SMS daripada seorang pengguna myJodoh. Katanya, “dah setahun join myJodoh, tetapi masih tidak dapat jodoh.”
Yang membuatkan saya berasa, sedih.
Saya minta kerjasama daripada anda sekalian, sekiranya anda gagal menemui pasangan hidup, kenalan atau rakan melalui myJodoh dalam jangka masa setelah menyertai myJodoh … sila hubungi saya.
Sedikit analisa akan dilakukan dan mungkin saya dapat membantu anda ..
Wallahua’alam..
“Gathering” Aidilfitri 2007
Oct 27th
Hampir setiap tahun, sebahagian besar daripada warga myJodoh akan berkumpul beramai-ramai merayakan Aidilfitri. “Gathering” Aidilfitri myJodoh pada tahun ini akan diadakan pada 8 November 2007, di Senja Bistro, Asian Heritage Row, Kuala Lumpur.
Kepada mereka yang berminat menyertai perjumpaan ramah mesra ini, sila rujuk butiran berikut :
Tarikh : 8hb November 2007 (Khamis – Public Holiday – Deepavali)
Masa : 12.00 pm– 4.00 pm
Tempat : Senja Bistro, Asian Heritage Row
Harga : RM 30 nett
Pakaian : Bertemakan Raya
Acara tetap : Exchange gift (RM5 – RM10)
Maklumat berhubung pengelola :
1. u.aida – 019-2411412
2. AZURA – 019-3753344
Salam Aidilfitri Untuk Semua
Oct 10th

