.. mencari si dia yang soleh ..
Umum
Topik-topik umum
Sendiket Penipuan di myJodoh
Aug 2nd
Assalamu’alaikum, Berikut merupakan satu emel yang saya terima daripada salah seorangp pengguna myJodoh
Kepada pengirim emel di atas, saya ucapakan terima kasih kerana mempercayai myJodoh dan memperkenalkan kepada orang lain. Juga terima kasih kerana melaporkan perkara ini kepada saya.
* Ciri-ciri mereka :
- Bukan berasal dari Malaysia.
- Bukan berbangsa Melayu.
- Tidak tahu loghat Melayu ( Mereka berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan perantaraan Google Translate, tetapi Google tidak dapat menterjemahkan loghat setempat.)
- Bukan beragama Islam.
* Apa perlu anda lakukan :
- Abaikan Mereka. Saya sendiri tidak dapat apa-apa maklumat (kecuali di atas) melainkan mengesyaki sahaja. Justeru, tiada tindakkan boleh diambil lagi.
* Sekiranya anda anda pengalaman, sila kongsi di sini.. Terima kasih.
Maklumat Mencurigakan Di myJodoh?
Jun 18th
Assalamu’alaikum, Sila laporkan di posting ini sebarang profile atau maklumat diri yang mencurigakan atau merbahaya. Sila sertakan maklumat berikut :
- URL Maklumat Diri tersebut. contoh -> http://www.myjodoh.net/?mod=show_user&id=123456
- Nyatakan kepada ia mencurigakan? Sertakan bukti-bukti seperti URL di Facebook atau Friendster atau sebagainya, jika ada.
- Sila sertakan alamat emel anda di myJodoh sebagai rujukkan. (tidak dipaparkan)
- Aduan yang sahih akan dipaparkan, yang sebaliknya tidak.
Semua Maklumat Diri yang mencurigakan akan disiasat dan diletakan amaran. Sekiranya anda salah seorang yang telah dilaporkan (mempunyai Amaran pada Maklumat Diri)
- Sila emelkan a) kad pengenalan anda b) dokumen perceraiannya yang menunjukkan status perkahwinan anda.
- Amaran akan dipadamkan jika maklumat di atas bertepatan dengan Maklumat Diri anda.
- Anda akan diberi Bintang Hijau.
Terima kasih.
Rakan Niaga / Affiliate myJodoh
Apr 20th
Salam,
myJodoh telah melancarkan program affiliate bernama Rakan Niaga myJodoh. Untuk mereka yang selama ini tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya boleh mendaftar di http://rakanniaga.myjodoh.net
Terima kasih.
myJodoh MEMBUKA PENYERTAAN PERCUMA UNTUK JANDA DAN IBU TUNGGAL
Oct 4th
Bayan Baru, Pulau Pinang. 05, Oktober – Portal carian jodoh untuk muslimin dan muslimat, myJodoh Dot Net (myJodoh) akan memberi tempoh akses atau keahlian percuma selama 3 (tiga) bulan kepada para ibu tunggal dan janda yang menyertai myJodoh bermula 15hb Oktober hingga 15hb November 2009.
Tempoh akses atau keahlian tersebut bernilai RM50 untuk setiap satu penyertaan (Pakej A1). Ia merupakan tanda terima kasih kepada muslimin dan muslimat Malaysia yang banyak memberi sokongan kepada laman sesawang myJodoh semenjak ia mula beroperasi.
Tempoh akses percuma ini akan membolehkan mereka berkomunikasi dengan pengguna lain yang juga sedang mencari jodoh di laman berkenaan.
Semenjak 7 (tujuh) tahun yang lalu, myJodoh telah banyak membantu ramai individu di dalam pencarian pasangan hidup dengan sistem myJodoh yang telah terbukti berkesan. Pemberian akses percuma ini adalah salah satu usaha kerdil bagi membantu[1] ibu-ibu tunggal dan para janda di dalam pencarian pasangan hidup “baru” mereka dengan memanfaatkan sistem yang sedia ada.
Kepada ibu tunggal atau janda yang berminat, sila kemukakan maklumat berikut selepas berdaftar dengan sistem myJodoh.
- salinan kad pengenalan.
- salinan pengakuan cerai (atau salinan surat kematian arwah suami)
dan emelkan ke bantuan@myjodoh.net dengan menggunakan alamat emel yang didaftarkan di myJodoh.
[1] Hadith riwayat Imam Bukhari, Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Nabi saw.: Orang yang usaha membantu kepada janda dan orang miskin, bagaikan orang yang berjihad fi sabilillah, bahkan bagaikan orang yang tidak pernah berhenti puasa dan bangun sembahyang malam.
Perlukah Wanita Tahu Memasak?
May 8th
Berikut disajikan klip video pendapat Dr Danial tentang tentang persoalan di atas. Rakaman diambil ketika kuliah tafsir pada hari ahad yang lepas (2009-05-03). Untuk mereka yang belum pernah mendengar nama Dr Danial, sila lawati mindasuper.com untuk keterangan lanjut.

