Author: azrul.alwi

Jodoh yang jauh atau yang dekat?

Semalam saya bertemu dengan seorang sahabat lain, beliau menjemput saya ke masjlis akad nikahnya pada Ahad ini. Apabila ditanya tentang bakal isterinya, beliau menyatakan bahawa bakal isterinya orang dekat sahaja. Apabila terus disoal selidik, rupanya sekampung! Mudahnya segala urusan kenduri-kendara mereka nanti. “Aku dah ambil iktibar daripada abang aku,” katanya. “Abang aku dulu nak kena […]

Read More →

Kenapa Tiba-Tiba Rasa Tak Nak Kahwin Di Saat-Saat Akhir?

Saya bertemu dengan seorang sahabat yang akan berkahwin di dalam masa 10 hari lagi. Beliau bertanya saya, “apa hang rasa kalau lagi sepuluh hari nak kahwin?” “Rasa macam tak nak kahwin,” jawab saya dengan spontan, diikuti dengan sambutan ketawa daripada seorang rakan lain yang berada di situ. “Takut culture shock ka?” Tanya rakan ketiga itu. […]

Read More →

Semalam Di Ipoh ..

Saya berada di Ipoh hujung minggu yang lalu. Ada beberapa tujuan saya ke sana, antaranya adalah melawat seorang sahabat lama yang bernama Jak (Panggilan itu adalah sempena cerita siri Kojak). Beliau merupakan antara warga internet terawal yang mendirikan rumahtangga setelah berkenalan di internet. Beliau telah berkenalan dengan isterinya pada tahun 1998 dan sekarang telah berumahtangga […]

Read More →

Cinta Cyber@Siber : Teknik Mengelak Kekecewaan dan Memastikan “Kejayaan”

Antara tempat “shopping” dan tempat “window shopping” kegemaran saya dan rakan-rakan semasa kami masih belajar di sebuah IPT di Lembah Kelang ialah Petaling Street. Ia terletak di tengah ibu kota dan menjadi pusat para penjaja cina menjual barangan-barangan tiruan, baju, seluar, minyak wangi dan macam-macam lagi. Pada suatu hari, seorang rakan saya membelek-belek “seluar Jeans” […]

Read More →

Kahwin: Apabila lelaki lebih muda daripada wanita

“Tak mengapa kalau isteri tua, nabi pun berkahwin dengan wanita yang lebih tua juga …”, begitulah kebanyakan orang apabila mendengar seorang lelaki muda akan berkahwin dengan wanita yang lebih berumur daripadanya. Mereka mengatakan begitu sambil merujuk dengan perkahwinan Rasulullah dan Khadtijah. Itu mungkin bukan kebenarannya! Terdapat pendapat-pendapat daripada kajian ulama moden yang Khadtijah r.a. sebenarnya […]

Read More →

Jangan kecewa apabila lamaran ditolak

Ibnu Katsir meriwayatkan di dalam Bidayah Wan Nihayah, ketika Umar Al-Khattab menjadi khalifah, beliau pernah meminang adik kepada Aisyah r.a. iaitu Ummu Kaltsum. Di dalam hal ini Umar telah mengirim surat menyatakan kepada Aisyah hasratnya. Namun Ummu Kalthum berkata, “Aku tidak mahu menikahinya.” “Apakah engkau menolak Amirul Mukminin?”, tanya Aisyah. “Ya, sebab hidupnya miskin,” jawab […]

Read More →

Apa yang boleh kita pelajari daripada isu Fatimah Tan?

(Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang with her counsel Ahmad Jailani Abdul Ghani after the court decision allowing her to renounce Islam.) Anda kenal siapa Fatimah Tan? Beliau adalah seorang wanita cina yang memeluk Islam pada 1998. Beliau memeluk Islam semata-mata kerana ingin berkahwin dengan seorang lelaki Iran yang kemudiannya menghilangkan diri beberapa […]

Read More →

Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?

“Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?” “Abang mengharapkan jalan mudah menuju tuhan ..” “Tapi abang, mana ada jalan yang mudah tanpa dugaan?” “Benar, namun pilihan yang tepat mengurangkan kesukaran, memperbanyakkan kemudahan.” “Macam mana tu?” “Bukankah perkahwinan itu menjaga kemaluan dan menundukan pandangan.”[1] “Bagaimana jika abang tersalah pilih?” “Sekurang-kurangnya abang telah berusaha memilih.” “Bagaimana abang […]

Read More →

Malu Tapi Mahu – Teknik Menyatakan Hasrat

Pernahkah anda terhalang di dalam menyampaikan hasrat hati kepada seseorang. Halangan tersebut mungkin disebabkan malu, takut, rasa rendah diri atau sebagainya. Akhirnya si dia yang anda sukai itu menjadi milik orang lain. Dan akhirnya anda hanya tersenyum sambil mengucapkan tahniah, selamat pengantin baru! Namun, jika dikaji sejarah hidup Rasulullah, kita boleh mempelajari sesuatu untuk mengatasi […]

Read More →

Betulkah Anda Mengenali Si Dia?

Mereka yang pernah putus tunang (atau putus cinta) tentu sekali pernah menerima soalan seperti, “Kenapa boleh putus?”, “Siapa yang minta putus?” atau “Apa alasan yang dia bagi?” Namun, yang paling lazim adalah “Berapa lama dah kenal dengan dia?” Betul tak? Tidak dinafikan kita perlu mengenali seseorang sebelum menerimanya di dalam hidup, namun ia adalah mustahil […]

Read More →