.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Apabila nombor telefon / alamat emel anda diberikan kepada pengguna lain

March 27th, 2018 | Posted by azrul.alwi in Teknikal www.myjodoh.net | Umum

Pengenalan

Anda boleh memberi arahan kepada sistem myJodoh untuk membenarkan maklumat berhubung anda seperti alamat emel dan nombor telefon dipaparkan / diberikan kepada pengguna lain.

Login > Pusat Kawalan > Maklumat Berhubung

Kemudian sila pilih arahan yang berkenaan.

Apa akan berlaku ?

Sekiranya anda pengguna lain yang memuat turun maklumat berhubung anda. Sistem myJodoh akan menghantar emel / sms pemberitahuan kepada anda. Pengguna tersebut akan menghubungi anda melalui medium yang anda benarkan.

Siapakah yang muat turun tu?

Anda boleh mengetahui siapa yang memuat turun / melihat maklumat berhubung anda di bahagian Siapa Mereka.

Login > Pusat Kawalan > Siapa Mereka

Peringatan Untuk Pengguna Wanita

Khususnya pengguna wanita, rata-rata pengguna yang membenarkan maklumat dimuat turun adalah pengguna biasa myJodoh (bukan berbayar). Justeru, para pengguna ini tidak mendapat notis amaran daripada myJodoh sekiranya individu yang memuat turun maklumat berhubung mereka mempunyai niat yang tidak baik.

Untuk memastikan anda sentiasa selamat sila hati-hati dengan perkara berikut :

Amaran 1

Sila berhati-hati dengan NIGERIA DATING SCAM yang mungkin menyebabkan anda ditipu ribuan ringgit. Antara modus operandi DATING SCAM :

  • Mengaku berasal/menetap/bekerja di luar negara.
  • Menjalinkan hubungan kasih dengan anda.
  • Cuba menghantar hadiah mahal kepada anda.
  • Hadiah akan dikatakan dihalang oleh kastam.
  • Anda diminta mengemukakan sejumlah wang untuk pegawai kastam tersebut bagi mendapatkan hadiah.

Sekiranya percaya / mengesyaki diri menjadi mangsa DATING SCAM sila hubungi bantuan@myjodoh.net / 0192181868 segera.

Amaran 2

Sila minta nama pengguna daripada mana-mana individu yang menghubungi anda, sekiranya beliau mendakwa berasal dari myJodoh. Ini adalah untuk memudahkan kami membantu anda melakukan pemantauan ke atas pengguna yang bermasalah / tidak serius dalam mencari pasangan hidup / berkongsi maklumat berhubung anda dengan orang ketiga.

 

Langgan myJodoh

Untuk menggunakan myJodoh dengan selamat, langgan myJodoh sekarang dan dapatkan maklumat terkini pemantauan kami dan temui jodoh anda dengan cepat, tepat dan selamat.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

Leave a Reply