Assalamu’alaikum, Berikut merupakan satu emel yang saya terima daripada salah seorangp pengguna myJodoh

Salam
Harap ambil tindakan mansuhkan Ahmed (apa ntah), dari Brunei kononnya, umur 42 tahun…dia ni dalang penipuan, konon nak pos barang, pastu kawan saya plak kena bayar apa ntah (sebiji seperti dalam trik yang dibongkar dalam akhbar baru2 ni). Saya yg rekmen kawan saya masuk dalam MYJ, alih2 kawan saya kena tipu ngan Ahmed XX (lupa plak nama nya dalam MYJ tu). Macam kena pukau plak kawan saya ni p masukkan duit dalam akaun persendirian (nama perempuan India plak)…yg menelifon dia suruh masukkan duit plak suara Indon….tak faham jugak sindiket ni. (banyak orang terlibat dengan Ahmed ni). Lepas kena tipu tu…kawan saya terus terminate keahlian dia dalam MyJ. Tapi saya rasa bersalah sebab perkenalkan MYJ pada dia, adik beradik dia semua marah masuk MYJ tu…sedikit sebanyak saya pun terpalit kemarahan adik beradik dia.

============================

Kepada pengirim emel di atas, saya ucapakan terima kasih kerana mempercayai myJodoh dan memperkenalkan kepada orang lain. Juga terima kasih kerana melaporkan perkara ini kepada saya.


* Ahmed Apa ntah yang dimaksudkan => http://www.myjodoh.net/?mod=user_show&id=161869
.
.
* SILA JANGAN BANK-IN / PINJAMKAN DUIT KEPADA MANA-MANA INDIVIDU YANG TIDAK ANDA KENALI DI INTERNET.
.
.

* Ciri-ciri mereka :

– Bukan berasal dari Malaysia.

– Bukan berbangsa Melayu.

– Tidak tahu loghat Melayu ( Mereka berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan perantaraan Google Translate, tetapi Google tidak dapat menterjemahkan loghat setempat.)

– Bukan beragama Islam.

.
.
.

* Apa perlu anda lakukan :

Abaikan Mereka. Saya sendiri tidak dapat apa-apa maklumat (kecuali di atas) melainkan mengesyaki sahaja. Justeru, tiada tindakkan boleh diambil lagi.

* Sekiranya anda anda pengalaman, sila kongsi di sini.. Terima kasih.