myJodoh MEMBUKA PENYERTAAN PERCUMA UNTUK JANDA DAN IBU TUNGGAL
Bayan Baru, Pulau Pinang. 05, Oktober – Portal carian jodoh untuk muslimin dan muslimat, myJodoh Dot Net (myJodoh) akan memberi tempoh akses atau keahlian percuma selama 3 (tiga) bulan kepada para ibu tunggal dan janda yang menyertai myJodoh bermula 15hb Oktober hingga 15hb November 2009.
Tempoh akses atau keahlian tersebut bernilai RM50 untuk setiap satu penyertaan (Pakej A1). Ia merupakan tanda terima kasih kepada muslimin dan muslimat Malaysia yang banyak memberi sokongan kepada laman sesawang myJodoh semenjak ia mula beroperasi.
Tempoh akses percuma ini akan membolehkan mereka berkomunikasi dengan pengguna lain yang juga sedang mencari jodoh di laman berkenaan.
Semenjak 7 (tujuh) tahun yang lalu, myJodoh telah banyak membantu ramai individu di dalam pencarian pasangan hidup dengan sistem myJodoh yang telah terbukti berkesan. Pemberian akses percuma ini adalah salah satu usaha kerdil bagi membantu[1] ibu-ibu tunggal dan para janda di dalam pencarian pasangan hidup “baru” mereka dengan memanfaatkan sistem yang sedia ada.
Kepada ibu tunggal atau janda yang berminat, sila kemukakan maklumat berikut selepas berdaftar dengan sistem myJodoh.
- salinan kad pengenalan.
- salinan pengakuan cerai (atau salinan surat kematian arwah suami)
dan emelkan ke bantuan@myjodoh.net dengan menggunakan alamat emel yang didaftarkan di myJodoh.
[1] Hadith riwayat Imam Bukhari, Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Nabi saw.: Orang yang usaha membantu kepada janda dan orang miskin, bagaikan orang yang berjihad fi sabilillah, bahkan bagaikan orang yang tidak pernah berhenti puasa dan bangun sembahyang malam.

Salam tuan WM setakat nie para ibu tunggal dan janda adakah berhasil di pertemukan jodoh..
Semuga usaha saudara di berkati dan di rahmati Allah… aminnnn
kenapa org baru yg mendapat faedahnya sedangkan selama 7 tahun org2 terdahulu yg memberi sokongan pd laman ni? kenapa tak diberi pada ibu tunggal/janda yg ingin renew pendaftaran. mereka lebih layak sepatutnya.
al-amin .. sama laa tu. depa buleh dapa jugak, just submit the related documents.
benda ni masih dalam process percubaan, kalau kesan dia baik, kita akan buat lagi insyAllah.
sy masih tak reti nak menggunakan laman web my jodoh ni.mcmana sy nak tahu cara2 nak menggunakankan web my jodoh ni
tq
Cammo nih? Sayo pun nak kawen jugo.
Tahniah atas usaha baik anda.
niat yang baik tu eloklah diteruskan dan akan dapat hikmah disebaliknya.insyallah………….
Saya bakal janda, bercerai kali ke-2 selepas nikah semula yg sempat bertahan setahun 11 1/2 bulan. Perceraian masih dlm ‘court prosiding’. Masih muda baru 36 th, bercadang mencari duda yg bertanggungjawab,pastinya beriman 100% dan ikhlas terima saya dan 3 org anak usia 4-12 th.Oh ya ..saya asal dr Kudat, Sabah.bekerja sebagai guru dan student PJJ-OUM, part time bisnis kecil2an.Wassalam,info bnyak bantu time2 bengang ni.tq
hmm da terlambat la sy ya nak daftar percuma hehehe tak per la nak wat cam ner…. tp mmg jodoh yg dpt kat sini semua yg ikhlas ker ..takut jua di permainkan
sy nk daftar gak cm ne,sy ibu tunggal kematian suami
sy nak seseorg yg dpt trima diri sy seadanya sbab sy ada seorg ank perempuan berumur 4 thn.Dn juga dpt membimbng sy dlm hal agama sbab sebagai saudara baru sy prlukan bimbingan.
umur sy 29 tahun mempunyai 2 org anak lelaki 3 thn prmpuan 6 thn.sy miliki rumah dan kenderaan sendiri
saya seorg single mother.setahun yg lalu .punya seorg anak.usia 35thn.berkerja.Cari teman yg boleh dijadikan kawan,sahabat dan teman hidup ..jika diizan Allah swt.seorg yg bo membimbing dan ajar sya pasal agama.dan sedia menerima saya seadanya.
sy adi brumr 29thn .ingin mencari teman hidup.
saya seorg janda sejak 4thn … ada seorg ank… berumr 3thn… kematian suami akbt kmalgn jaln raya….
ingin mencari teman berusia diantara 30-35 tahun