.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Lantak korang laa Palestine, yang penting aku happy.

January 13th, 2009 | Posted by azrul.alwi in Umum

Salam,

Maaf, tajuk agak berunsur provokasi.

Namun, hakikatnya masih ramai daripada kita yang tidak mahu mengambil tahu tentang apa yang berlaku dengan Gaza. Isu Palestine dianggap sebagai sesuatu isu yang sudah basi. Ia sudah lama didengar, ia akan terus diperkatakan dan ia akan diceritakan dengan nada yang sama pada masa akan datang. Tidak sensasi seperti kes Abby Abadi dan Norman Hakim.

Kita boleh paparkan di sini tentang sejarah pembentukkan negara Israel dan sejarah kekejaman rejim Zionis, namun sudah tentu ia akan menjadi sebuah artikel yang sangat panjang.

Justeru, saya bawakan dua audio daripada Dr Danial Zainal Abidin yang membincangkan secara ringkas tentang pergolakkan yang berlaku di Gaza. Yang menariknya beliau juga membincangan perkara-perkara yang boleh sama-sama kita lakukan untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza.

Mudah-mudahan ia membantu menyedarkan kita semua.

عن حذيفة بن اليمان قال : قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : « من لا يهتم بأمر المسلمين فليس منهم ، ومن لا يصبح ويمسي ناصحا لله ولرسوله ولكتابه ولإمامه ولعامة المسلمين فليس منهم »

Daripada Huzaifah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka. Sesiapa yang pada pagi dan petangnya tidak ikhlas kepada Allah dan RasulNya dan KitabNya dan pemimpinnya dan kepada umat Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka (umat Islam)”

(Riwayat Thabrani. Sheikh Al-albani mendaifkan hadith ini, lihat salasilah daif #312 )

Wallahu’alam.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

17 Responses

  • siti sab says:

    Terima kasih, bro, di atas tajuk yang sangat provokasi dan perkongsian ilmu ni :)

  • a_da says:

    mmg benar..bila disebut kisah palestin,ramai yang buat tak tahu…yg sedih tak terdetik dihati rasa hiba.minta dijauhkan sikap mcm ni..kalu kita tak mampu hulurkan wang ringgit..jgn pula kita kedekut untuk berdoa kepada rakyat di bumi palestin..

  • Omarm says:

    Apa yang kita boleh buat untuk membantu mangsa kekejaman pengganas yahudi di bumi Palestin. Sekadar berpeluk tubuh?
    Fikirkan apa yg termampu kita lakukan dari skrg… Boikot barangan mereka… atau apa saja yg mampu kita lakukan…

    Tentera darat, kereta-kereta kebal Israel mara semakin jauh ke dalam Genting Gaza menuju ke bandar utama, memaksa penduduk awam Palestin yang panik melarikan diri.

    Lebih 27 lagi rakyat Palestin terbunuh termasuk terkena bom mengandungi fosforus putih yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa. Kalau diri kita yg di tempat mereka apa perasaan kita….

    Human Rights Watch (HRW) bimbang penggunaan bom kimia itu boleh mengakibatkan kesengsaraan lebih dahsyat kepada orang awam Palestin.

    PBB yang sewajarnya bertindak sebagai pendamai dan penyelesai konflik. Konflik
    pencerobohan hak asasi dan keselamatan yang jelas berat sebelah ini juga pernah menimpa umat Islam di Iraq, Sudan, Libya sebelum ini. Sikap membisu PBB ini menyebabkan seluruh dunia umat Islam merasa begitu tercabar dan didiskriminasikan. Dunia Islam kini tidak boleh lagi terlalu bergantung harap melihat tindakan yang bakal
    Diambil oleh Majlis Keselamatan PBB yang dilihat bersikap talam dua muka sehingga membiarkan agen rejim ganas Yahudi dalam menaja apa jua tindakan biadab yang melibatkan keganasan antarabangsa… kesedihan di atas pemergian syuhada Palestin yang berjuang mempertahankan tanah suci Al Quds disamping berbangga dengan semangat jihad yang ditunjukkan. Marilah kita bersama-sama menghadiahkan al fatihah untuk seluruh syuhada yang terkorban….al fatihah kita sedekahkan……….
    Semoga pemergian mereka akan menyemarakkan lagi semangat jihad di kalangan kita khususnya dan umat Islam sedunia umumnya.

  • Omarm says:

    Apa yang kita boleh buat untuk membantu mangsa kekejaman pengganas yahudi di bumi Palestin. Sekadar berpeluk tubuh?
    Fikirkan apa yg termampu kita lakukan dari skrg… Boikot barangan mereka… atau apa saja yg mampu kita lakukan…

    Tentera darat, kereta-kereta kebal Israel mara semakin jauh ke dalam Genting Gaza menuju ke bandar utama, memaksa penduduk awam Palestin yang panik melarikan diri.

    Lebih 27 lagi rakyat Palestin terbunuh termasuk terkena bom mengandungi fosforus putih yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa. Kalau diri kita yg di tempat mereka apa perasaan kita….

    Human Rights Watch (HRW) bimbang penggunaan bom kimia itu boleh mengakibatkan kesengsaraan lebih dahsyat kepada orang awam Palestin.

    PBB yang sewajarnya bertindak sebagai pendamai dan penyelesai konflik. Konflik pencerobohan hak asasi dan keselamatan yang jelas berat sebelah ini juga pernah menimpa umat Islam di Iraq, Sudan, Libya sebelum ini. Sikap membisu PBB ini menyebabkan seluruh dunia umat Islam merasa begitu tercabar dan didiskriminasikan.
    Dunia Islam kini tidak boleh lagi terlalu bergantung harap melihat tindakan yang bakal Diambil oleh Majlis Keselamatan PBB yang dilihat bersikap talam dua muka sehingga membiarkan agen rejim ganas Yahudi dalam menaja apa jua tindakan biadab yang melibatkan keganasan antarabangsa… kesedihan di atas pemergian syuhada Palestin yang berjuang mempertahankan tanah suci Al Quds disamping berbangga dengan semangat jihad yang ditunjukkan. Marilah kita bersama-sama menghadiahkan al fatihah untuk seluruh syuhada yang terkorban….al fatihah kita sedekahkan……….
    Semoga pemergian mereka akan menyemarakkan lagi semangat jihad di kalangan kita khususnya dan umat Islam sedunia umumnya.

  • Omarm says:

    Sebagaimana perang selatan Lubnan berakhir dengan meletakkan Selatan Lubnan bawah kawalan anatarbangsa. Dan dengan itu Israel dapat menghalang roket HIZBULLAH dari sampai ke tanah jajahan Israel, maka begitu juga jika perang ini berakhir dengan meletakkan Gaza dibawah kawalan tentera negara-negara Arab. Itu juga boleh dianggap sebagai satu kejayaan.

    Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.

    Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.

    Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing – masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga – tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya.
    Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

  • tasniem says:

    Diseru kepada semua ummat Islam agar berdoa untuk kesejahteraan saudara-saudara kita yang berada di Palestin dan yang sedang berjihad untuk membebaskan al-Quds dari ancaman rejim kejam zionis. Semoga Allah menghancurkan perancangan zionis laknatullah…

  • Omarm says:

    Kanak-kanak yang tidak berdosa terbunuh dengan kejam!!!
    Sanggupkah kita melihat keadaan ini berlanjutan. Ya Allah laknatkan lah bangsa Yahudi yang tidak berhati perut ini..
    Apa yang perlu kita buat? Jawapannya, ialah boikot barangan yahudi dan Israel!!

    Bagaimana caranya untuk boikot?
    1. Melalui Kod Bar(Bar Code)
    Ingat, jika jumpa Kod Bar(Bar Code) yang bermula daripada 729…… Sila jangan beli kerana angka itu menunjukkan barangan/produk daripada Israel.
    Jangan terpedaya dengan label”Made in XXXX” di label mereka. Kerana yahudi akan menggunakan pelbagai cara untuk menjual produk mereka termasuklah memalsukan kenyataan itu dan seolah-olah ia bukan datang dan dihasilkan daripada Israel….
    Melalui Kod Bar(Bar Code)

    Boikot semua barangan-barangan yang berlabel seperti yg kita ketahui kerana ia dihasilkan oleh yahudi dan proksi Israel di seluruh dunia.. termasuk Estee Lauder brg kegemaran LYA..?????

    Kerana wang pendapatan yahudi akan disalurkan ke negara Israel, samada dalam bentuk derma,cukai dan lain-lain cara.

    Tiada cara lain untuk kita membantu mereka. Kita tidak mampu untuk mengangkat senjata. Kalau ada pun xsecanggih mana umpama parang Kontot??
    Tapi kita ada kuasa pengguna. Jika kita lumpuhkan ekonomi mereka, mungkin satu hari nanti mereka tiada dana untuk melakukan serangan ke atas Palestin

    Mari bersama-sama kita lakukan…. Akhiri penjajahan Israel terhadap Palestin!! Munkin ini yg termampu kita lakukan selain berdoa utk kesejahteraan umat Islam sedunia umumnya.

  • PuRpLe says:

    ToKMau nie kan!!!!sekeh kepala kang!!ada2 jea nk pekena owang! 😛 Jahat tau..!! :mrgreen:

  • PuRpLe says:

    ToKmau dah lerr..kita pun dah tukaq nick lain daa..

    Klu dok sebut2,kita pun naik risau lak,serba salah lerr..Stop laa sebut EL naa.. 😉

  • Assalamualaikum w.m.t,
    Sesungguhnya apa yang berlaku di bumi Palestin itu adalah suatu bala yang Allah SWT turunkan kepada mereka yang menentang KEBENARAN. Sebenarnya apa yang berlaku hari ini telah pun ada dalam sejarah. Cuma orang Islam leka & selalu menentang KEBENARAN.
    Bumi yang kita duduki ini adalah kepunyaan ALLAH SWT. Maka ALLAH utuskan Nabi & Rasul Akhir Zaman iaitu Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad SAW yang merupakan contoh yang terbaik & wajib diikuti. Sesungguhnya Al-Quran adalah Firman dari Allah SWT & Hadis adalah segala perbuatan Rasullulah SAW yang diarahkan oleh Allah SWT juga, maknanya kedua-duanya datangnya dari Allah juga. Oleh itu kedua-duanya (AL-QURAN & HADIS) dinamakan sebagai Kitabullah. Ingatlah bahawa sebelum Rasulullah SAW wafat, baginda ada bersabda bahawa baginda meninggalkan 2 bekal iaitu Kitabullah & Sunnahku dan barang siapa yang berpegang kepada kedua-duanya maka dia akan selamat dunia & akhirat.
    Untuk pengetahuan anda semua, manusia seluruh dunia pada hari ini cuma berpegang kepada Kitabullah (AL-Quran & Hadis) tetapi tidak pada Sunnah Rasulullah SAW. Sunnah Rasulullah SAW adalah keturunan Rasulullah SAW.
    Rasulullah SAW pernah bersabda menyatakan bahawa sesiapa yang mengiktiraf kepimpinan baginda maka akan mengangkat Imam Ali AS sebagai pemimpin selepas baginda. Maksud baginda jelas bahawa keturunan Rasulullah SAW sahaja yang boleh memimpin sebuah negara ISLAM. Sebab itulah Rasulullah SAW amat risau tentang umatnya selepas baginda wafat.
    Maaf cakap, sia-sia aje kita di Malaysia baca yasin & sembahyang sunnat beramai-ramai untuk tunjukan rasa simpati & berharap dapat meringankan bebanan orang Palestin. Soalnya apa kurangnya mereka berdoa & bersembahyang dalam Masjid Al-Ahsa, Masjid Nabawi & Masjidil Haram di depan Kaabah lagi. Mereka buat perkara ini hari-hari sejak tahun 1948 lagi & mereka tidak seperti kita yang baru lihat kekejaman depan mata baru nak buat. Apatah lagi mereka orang yang dianiaya. semua perkara diatas kalau dikaji betul-betul merupakan orang & tempat yang Allah SWT terima doa mereka. Tetapi kenapa Allah SWT tidak mahu membantu?
    lihatlah bertapa pentingnya pemimpin sehingga ada surah khas tentang kepimpinan dalam Al-Quran.Hari ini saya bacakan sedikit sejarah kepimpinan timur tengah secara ringkas. Sebelum Inggeris masuk Arab Saudi, Palestin & beberapa negara timur tengah adalah dalam satu negara sahaja yang dinamakan negara ARAB. Ketika itu rajanya adalah dari keturunan Rasulullah SAW (Wasilah)tetapi telah dibunuh oleh keturunan raja Saudi yang telah merancang dengan pihak Inggeris ketika itu. Penjajahan Inggeris mengamalkan konsep pecah & perintah maka wujudlah beberapa negara seperti palestin & sebagainya. Rakyat palestin juga terlibat dalam persengketaan ini ketika keturunan Rasulullah SAW ingin mencari tempat berlindung. Sampai hari ini negara arab saudi sendiri tak berani nak buat apa-apa yang tegas terhadap Israel. Manakala Sadam Husin pula terima balasan dia kerana sebelum beliau naik jadi president Iraq, beliau telah membunuh raja Iraq keturunan Rasulullah SAW. Pengajaran di sini adalah bukan sahaja pemimpin yang terima balasan tetapi rakyat juga akan terbabit sama.

  • syth says:

    assalamualaikum.. kita sekarang berada di akhir zaman nak tak nak kita kena lalui jua.. di mana islam akan bertapak di bumi palestin tidak lama lagi.. mari kita lihat berapa ramai para pejuang cuba membebaskan diri dari cengkaman rejim zionis.. kita pun tahu amerika juga menjadi kambing hitam pada rejim zionis..dan para pejuang juga digelar sebagai militan bukan sahaja pada rejim zionis, amerika dan sekutu2nya..

  • syth says:

    kita pun tahu rejim yahudi hanya berani apabila berada di dalam kebal.. tetapi mereka cukup takut pada pejuang berani mati.. hah pasal sorang wartawan iraq baling kasut pada president amerika 2.. alangkah bagus kasut tu di baling tepat di muka president amerika 2.. baru tahu bertapa hinanya dibaling kasut dihadapan orang ramai dan di tonton oleh seluruh umat manusia di seluruh dunia..

  • jai says:

    sedih bila dengar orang islam sendiri tidak mempedulikan kesusahan saudara sendiri…cuba fikirkan kalau yang terjadi kepada mereka itu terjadi kat kita…inikah yang dikatakan islam hadari…mana perginya syiar islam.?pikir la sendiri

  • sharul says:

    aslm,

    bukalah mata semua orng islam,kita mmg dh ditindas secara terang-terangan.apa rasanya jika kita ditempat mereka,berlari kesana sini,menyembunyikan diri dari ajal direntap dengan mudah.mata kita hanya melihat kesengsaraan mereka tapi mereka merasai kesengsaraan yang tak mampu kita rasai.

    apa yang mampu kita lakukan,boikot barangan mereka,memang senang kita kata BOIKOT tapi adakah senang kata nak biokot.banyak barangan yang kata guna pakai dan ada yang sudah jadi rutin dalam hidup kita.

    kuatkan diri kita cuba hindarkan diri dari penggunaan produk mereka…..BENCI MEREKA BOIKOT MEREKA

  • Cinta says:

    Aslm. Sekadar nak berkongsi terjemahan dr surah Al Isra. Ini yg Allah janjikan. Ada pandangan org yg kerosakan sekarang ni kerosakan yg kedua….

    Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. (4) Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. (5) Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. (6) Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (7)

  • haidar says:

    skit komen..kita boleh contribute dgn mempromote kebaikan d serious..
    dunia ini penuh dgn ketidkafahaman dn hijab..maka semuaini berlaku kerana org islam telah terhijab dr melihat perkara2 yg penting…ketua2 negara arab sendiri menginginkan israel utk menghancurkan Hamas di Palestine..

    keadaan dunia semakin menuju kemuncak pertembungan pembela kezaliman dn para penzalim.

    amat malang ketika ini sebenarnya HAMAS sendiri hampir patah dn hancur. semua ini adalah tanda org Islam sudah lemah.

    setidak2nya kelompok Islam dr sisi mazhab ahli sunnah semakin lemah dn terperosok ke satu penjuru..

    ketua2 negara2 Islam yg majoritinya bermazhab ahli sunnah wal jamaah sememangnya takut dn tunduk pd israel dn Amerika..mereka hanya ingin menjaga kekayaan dn kuasa mereka.bahkan menginginkan kumpulan penentang kezaliman dn penyokong hardcore Islam dihapuskan.

    usaha2 pejuang2 Islam atau mujahideen sentiasa ditumbangkan oleh orientalis sejak zaman berzaman…apakah kelemahannya..?

    zaman hasan albanna, syd qutub dan yg lain2 yg membentuk suatu jamaah yg kuat utk menyedarkan manusia senegara dn di seluruh dunia utk bangkit, buka mata, buangkan ta’asub mazhab dn bersatu menentang kezaliman… telah berlalu

    mujahideen di afghanistan juga gagal..bertaburan semula..

    orientalis barat selalu mencari punca kelemahan ummat Islam..dn akan dihancurkan dr dalam…

    kita sebenarnya kekurangan pemimpin..yg dpt membangkitkan rakyat dn jiwa2 mereka..

    kewujudan mazhab2 yg pelbagai dlm Islam menjadi weak point utk melemahkan ummat Islam…

    sehingga kini segelintir ummat Islam masih berusaha utk membina kesatuan dn mendekatkan kesefahaman antara mazhab..

    sekarang ini adalah akhir zaman..hanyadua kelompok islam yg akan semakin membesar….

    kelompok yg hanyut dn lalai serta menjauh dr Islam..
    dn kelompok yg semakin kuat dn membina kekuatan dalaman dn luaran terhadap keyakinan pd agama dn kekuatan fizikal.

    selagi kita tidak take sides dlm hal ini..kita adalah unsur yg melemahkan Islam itu sendiri..

    mempromosikan agama harus dicanang dn usahakan bersungguh2..
    jg mempromosikan penyatuan ummat Islam jg harus didedahkan dn dipraktikkan dgn ikhlas..

    kesemua gerak2 dn tindakan ini..amat berhajat atau memerlukan kepada pemimpin2 yg berkarisma utk melaksanakannya..

    sekiranya kita lihat kekuatan fizikal Hamas..mungkin setakat seminggu serangan Israel pasti sudah tumbang..Hamas tidk mendapat apa2 bantuan dr mana2 negeri Islam sunnah lain. tiada kelompok yg benar2 membela Hamas..

    akan tetapi 2 kekuatan baru Islam dr kalangan mazhab syiah, iaitu hizbullah dan Iran telah membantu bersubgguh2 dr sudut ketenteraan, duit dan senjata..supaya hamas dpt bertahan dn naik semula…

    bantuan2 ini bukan setakat seringgit dua harganya…

    maka disbbkan itu..ketua Hamas (Ismail haniyeh) telah pergi ke Iran utk menjalinkna hubugan dn kerjasama..serta memohon tunjuk ajar bagaimana utk menghadapi situasi2 perang..

    sedangkan Ismail Haniyeh dn rakan2 pemimpin tertinggi Hamas bermazhab Wahabi yg amat anti kan mazhab Syiah..

    maka yg jelas sebenarnya..ummat Islam mesti bersatu…

    mempromosikan Islam yg bersertakan kesedaran diri, kekuatan aqidah, dan semangat perjuangan tiada batas, bukan tugas org itu atau org ini..ia kembali kepada diri ummat Islam masing2..atau kembali kpd diri kita masing2..

    dimanakah letaknya kita ini..dn fungsi kita dalam agama tauhid yg suci lagi terlalu amat benar ini..

    hanya ada dua golongan ummat Islam..yg tidur nyenyak..atau yg sedar siap berjaga dn kuat.

  • Sebagai seorang umat islam saya berasa sedih kerana tidak dapat membantu saudara seislam memperjuangkan yang hak.

    Tetapi apa yang bole kita lakukan adalah membantu dr segi wang ringgit. Memang kita tidak dpt menghapuskan yahudi tetapi akan tiba masanya umat islam akan bersatu menentang yahudi dan memusnahkan mereka drpd muka bumi ini.

    Memang kekejaman yahudi tidak mengenal batas manusia. Ramai rakyat palestine yang telah gugur syahid.

    Ya Allah, Kau Selamatkanlah Palestine serta Pejuangnya. Hancurkanlah Yahudi serta sekutunya. Amin….



Leave a Reply