.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Jodoh Yang Lebih Baik (Bahagian 1)

December 29th, 2008 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia

(Artikel ini adalah susualan daripada Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran.)

Hindun telah berkahwin dengan Abdullah bin Abdul Asad. Kedua-dua telah memeluk Islam sebelum era hijrah. Mereka terpaksa menghadapi penindasan kaum musyrikin Mekah setiap hari. Apabila Rasulullah mengeluarkan arahan agar kaum muslimin mencari perlidungan di Habsyah, pasangan ini adalah di antara yang turut merantau ke sana mencari perlidungan. Di sanalah Hindun melahirkan anak pertamanya yang bernama Salamah, yang beerti “selamat”.

Setelah beberapa tahun, mereka mendengar keadaan penindasan di Mekah telah reda. Pasangan suami isteri ini dan ramai di antara kaum muslim pulang ke Mekah semula. Ternyata khabar yang mereka terima adalah sebaliknya. Rasulullah kemudian mengarahkan agar kaum muslimin berhijrah ke Madinah pula.

Pasangan ini lalu membawa anak mereka yang masih kecil itu dan menuju ke Madinah. Belum pun sempat mereka keluar dari kawasan Mekah, perjalanan mereka telah disekat orang-orang Bani Al-Mughirah (kaum keluarga Hindun.) Mereka menangkap dan melarang Hindun serta anaknya mengikut Abdullah berhijrah.

Di tengah-tengah kekalutan itu, datang pula Bani Abdul Asad (kaum keluarga Abdullah.) Mereka tertarik dengan anak kecil Salamah lalu menuntut agar anak itu diambil dari tangan ibunya.

Lalu terjadi perebutan di antara dua keluarga. Salamah yang masih kecil itu ditarik ke kanan dan ke kiri. Akhirnya orang-orang Bani Abdul Asad berjaya merebut Salamah. Salamah dibawa ke permukiman Bani Abdul Asad. Hindun pula ditahan oleh keluarganya, Bani Al-Mughirah. Abdullah lalu meneruskan perjalanan seorang diri ke Madinah.

Lalu terpisahlah keluarga ini.

“Aku dipisahkan oleh suamiku dan anakku. Setiap pagi aku keluar dan duduk di atas hamparan pasir memandang ke arah padang pasir yang seolah-olah tidak bertepi. Dari pagi aku menangis hingga ke petang, teringat akan suamiku dan anakku yang masih kecil. Aku tidak tahu bagaimana nasib mereka. Demikian itulah keadaanku selama setahun.” Kata Hindun apabila meriwayatkan kisah hidupnya.1

Suatu hari seorang lelaki dari Bani Mughirah lalu di tempat Hindun ditahan dan berasa kasihan melihat keadaan Hindun. Lelaki itu bertemu dengan orang-orang Bani Mughirah dan mendesak agar Hindun dilepaskan. Berlakulah berdebatan yang hebat.

Namun dengan rahmat dan pertolongan Allah, Hindun akhirnya dilepaskan. Anaknya juga dikembalikan oleh Bani Abdul Asad. Kini Hindun bersama anak kecilnya bersiap untuk menyusuli suami tersayang di Madinah.

Maka berjalanlah anak dan ibu di atas seekor unta menuju ke Madinah di bawah sinaran matahari terik. Di dalam perjalanan itu beliau terserempak dengan Uthman Bin Talhah yang ketika itu masih belum memeluk Islam. Apabila ditanya ke mana beliau pergi, Hindun menjawab, “Aku menyusuli suamiku di Madinah.” Apabila Uthman bertanya kenapa beliau bersendirian, Hindun menjawab, “Tidak, Allah menyertaiku bersama anakku ini.” Mendengar jawapan itu Uthman menjadi kagum dan beliau mengiringi Hindun ke Mekkah.

Uthman menuntun tali kekangan unta Hindun dan mula bergerak. Setiap kali berhenti berehat, dia membelokkan unta Hindun ke tempat yang teduh, lalu menjauhkan diri agar Hindun boleh berehat. Apabila hari telah petang ia mendekatkan unta Hindun dan mempersilakan Hindun naik. Setelah Hindun naik di belakang unta barulah Uthman mendekati unta berkenaan dan mula berjalan menuntun. Begitulah setiap kali sehingga sampai ke Madinah.

Uthman lalu membawa Hindun ke sebuah dusun di daerah Quba, tempat permukiman Bani Umar Bin Auf. Uthman berkata, “Suamimu ada di dusun itu. Silakan anda masuk ke permukiman itu. Semoga Allah mengiringi anda dengan berkahNya.” Lalu Uthman pulang ke Mekkah. Hindun amat berterima kasih dengan pertolongan Uthman. Hindun akhirnya bertemu dengan suami tersayang.

bersambung …. bahagian 2

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

13 Responses

  • Pingback: Jodoh Yang Lebih Baik (Bahagian 2)

  • Omarm says:

    Begitu hebatnya seorang wanita yg sanggup berhijrah demi akidah… bersedia melakukan pengorbanan terpaksa berpisah bersama suami dan anaknya… bukan masa yg singkat, setahun juga.Dari pagi aku menangis hingga ke petang, teringat akan suamiku dan anakku yang masih kecil. kalau kita hari ini munkin tak sanggup berkeadaan demikian…

    Kehidupan seharian seorang wanita sentiasa dipenuhi dgn kesibukan.. bangun awal2 pagi pulak dgn urusan rumah tangga yg tak pernah selesai… siap makan minum keluarga, siap anak2 yg bersekolah… kalau ada anak kecik, sibok pula menyusu badan anak,bersama kaum bapa ambil kesempatan kacau daun jugak.. siap keperluan suami utk keluar bekerja.. suami goyang kaki… mana setokin abg yang..???Begitu hebatnya tugas wanita, yg sentiasa mahu rumah tangga aman bahagia…

    Di pejabat, tugas wanita beralih pulak sebagai seorang pekerja atau pendidik.. itu sbb kalau di pejabat kalau wanita naik angin… org lelaki kena Cool.. senyum aja..
    tugas mereka berat tau!!!!

    Pulang bekerja…sambung pulak tugas sbgai suri rumah tangga,melayan kerenah anak2 dan suami… Begitulah lumrah kehidupan wanita saban hari…

    Beruntunglah jika wanita itu ikhlas dengan amalannya.Setiap gerakan sendinya membuahkan pahala kerana setiap yg dilakukannya dianggap ibadah oleh Allah. Allah menjanjikan syurga bagi yg taat kepada suami dan sempurna ibadahnya.
    Masuklah dia kedalam syurga melalui mana-mana pintu yg di sukainya…

    Kalau kita tenguk isteri penat bekerja seharian…”ayang tak payah masak ari ni!!!.. nanti Abg tolong masak nasik… lauk… ayang belikan kat kedai mamak Barakah”… bolehkan kan kan????

  • Omarm says:

    Juadah bukan sebarang juadah,
    Juadah dijamu rumah cik timah;
    Hadiah bukan sebarang hadiah,
    Jagalah ibadahmu wahai Muslimah.

  • Farid says:

    Sebenarnya…lelaki yg ‘lepas tangan’ bagi bini buat semua kerja2 rumah walhal isteri pon bekerja adalah seorang suami yg DAYUS, tidak berhati perut!

    Suami jenis ini adalah jenis yg mengambil kesempatan keatas golongan yg lemah ! Maka suami macam ni lah yg akan menghadapi masaalah menjawab diakhirat kelak !

  • sape ntah says:

    menanti cinta di pintu syurga

  • Omarm says:

    Alahai!! Farid..ker Faridah. Nie..dok kutuk kaum lelaki plak????

    Perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah. Kerana itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.

    Gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan iman.Saling bertolak ansur di antara satu sama lain….
    Jika tengok suami penat balik kerja… ister kena belajar teknik ”cakar Harimau”.

    Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya. Kena ambik masa mengenal hati budi masing2.. jgn cepat melenting… bebanyak besabar ….
    Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk… kiri lelaki supaya dia hampir kepada kita……..

    Dlm doa taubat pun ada…
    ” Wahai Tuhan …
    ku tak layak ke syurgamu …
    namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…

    Bnyk keistemewaan wanita sepanjang dia mengandung
    Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
    Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
    Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
    jadi kenapa perlu takut nak beranak? Lagi bnyk zuriat lgi bnyk keistemewaannya…

    (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi…. Wanita Nampak saja lembut, tapi sebenarnya cekal dan tabah… Sebenarnya suami isteri harus mmpunyai sikap tolak ansur dan kesedian menerima kekurangan di antara satu dgn yg lain merupakan kunci kerukunan rumah tangga bahagia…..amin.

  • PuRpLe says:

    Bro Omarm dik nk tanya nie..

    ister kena belajar teknik ”cakar Harimau”.??Apa tue ye Bro Omarm..1st time jea dngr..apa maksudnya?

  • Omarm says:

    Bercakap mengenai Teknik cakaran rimau nie!!! Hanya sesuai dibicara bagi org yg dah kawin… kalau yg masih anak dara mmg xsesuai langsung takut silap cakar teman lelaki lari????
    Ia merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong pendik bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.Aduhai…nak cakar tang mana????
    Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang, begitulah yg bro tahu….

    Mari kita bercerita merngenai kulat susu rimau….
    KEINDAHAN flora dan fuana merupakan salah satu aspek yang perlu ditatap sekiranya kita ingin menikmati keindahan Alam yg penuh dengan suasana kehidupan mergastua rimba. Macam2 pemandangan dan melihat kebesaran penciptaan tuhan..
    Kehidupan di hutan sungguh mengasyikan yg kita jumpa spt Gajah, rimau, pelanduk, kancil… hingga lah binatang yg kecil jadi mangsa pembunuh… chikungunya menyebabkan demam denggi… begitulah hukum alam…

    Silap haribulan kita boleh jumpa org bunian, jin hantu dlm hutan…Orang-orang bunian ini memang sungguh menawan paras rupa mereka. Yang perempuan cantik, yang lelaki pula kacak. Ada para pemuda dan pemudi yang mudah benar jatuh cinta apabila melihat makhluk-makhluk halus ini.
    Ada juga mengekori pemuda dan pemudi bunian itu ke dalam hutan dan akhirnya, ramai yang telah tersesat. Malah ada yang terus hilang di hutan rimba gunung itu, sampailah sekarang tidak ditemui.

    Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium,
    busuk dan najis.

    * Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya Pejal?menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.

    Soriii… kita becakap pasal susu rimau… bukan senang nak dapat mak oiii, kena ikut rimau beranak kecil… silap hari bulan kita kena ngap!!!!! Cuma kalau kita jumpa pak belang petua org tua2.. cakap..”nabi Sulaiman kirim salam”
    Tata titu pak belang…….
    Kulat susu harimau ini dipercayai titisan susu ibu harimau untuk susuan anak harimau sepanjang ia keluar meninggalkan anak-anaknya dan kelamaan menjadi keras seperti kulat, berusia lebih sepuluh tahun dengan berat lebih kurang 8kg. Mempunyai khasiat yang tinggi untuk rawatan demam, selsema, penyakit kanser, asma dan batuk.
    Wallahua’lam.

  • PuRpLe says:

    Owh cam tue..Ingatkan apa..ekekekekeke..maluw aihh.. 😛 :mrgreen: :mrgreen:

  • suri says:

    Saya tidak pernah menyalahkan mana-mana lelaki didalam dunia ini tetapi sebagai seorang lelaki dia harus bertanggungjawab diatas semua perbuatan dan janji-janji yan telah dibuat.

  • ct bweety says:

    aduhai Omarm,
    andainya semua insan yg bergelar Lelaki memiliki hati nurani seperti mu,… pastinya dunia rumahtangga…. dengan izin Allah pasti akan aman dan bahagia dunia akhirat….Yg penting lelaki perlu lebih ilmu keagamaan nya kerana dia adalah Peminpin….Memimpin anak2, isteri tersayang dan semua yang berkaitan……kan kan kan…

  • Dyllaz says:

    Terus berdoa agar hbgn kami ini pulih kembali…tabah hadapi dugaan dari nya.. :(-

  • susah nye nak bertemu lelaki yg jujur sekarang .sampai skrg sy masih belum bertemu jodoh .apakah ni dinamekn takdir



Leave a Reply