.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Jom Tengok Wayang ! – Sang Murabbi

December 4th, 2008 | Posted by azrul.alwi in Umum

Salam,

Sesiapa yang berada di kawasan utara berpeluang menonton filem Sang Murabi, yang akan ditayangkan di Dewan Seri Pinang, 6 Disember 2008. Siapa nak baca synopsis cerita, sila klik sini.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

7 Responses

  • paknanek says:

    SELAMAT BERHARIRAYA..maaf zahir batin

    (sonyap – kesepian ajo ruangan ni hanya 20 pelayar setia aje)..take cares

  • tokmaumau says:

    ..Mungkin balik dgn cup cai ajo untok menonton…Sang Murrabi kot…macam mano pun hati2 de jalan rayo.

  • Omarm says:

    Terima kasih paknenek sama tokmaumau…org yg sama komen ttg Sang Murabbi…

    Selepas cerita “ayat-ayat cinta” kini,datang pulak filem cerita “Sang Murabbi”…. kalau tuan Web master ajukan citer wayang ”ayat2 cinta” banyak yg akan memberikan komen… tapi ini ”SANG MURABBI” Ada yang mengatakan cerita ini sangat memberi inspirasi pada semua dalam memahami kepentingan dakwah dalam islam.

    Dakwah mmbesarkan Allah adalah seruan yg amat mulia di sisi khaliq penjadi sekelian alam… bukan semuanya dapat menerimanya dgn mudah… walaupun di sampaikan dgn bahasa yg mudah…. Bukan kerana kejahilan, tetapi kerana kedudukan, kepintaran, suasana persekitiran dan kehidupan nikmat yg melekakan hingga jiwa menjadi sombong dan engkar dari menerima kebenaran….

    Kemusnahan kaum Pompeii di Rom Itali umpamanya, merupakan bukti nyata bala kemurkaan Allah swt…. Di Daerah dan kawasan kita kawasan yg terlibat adalah kecil, tanah runtuh.bebaru nie mengorban kan nyawa .. Banglo ranap.. tmpt tinggal VIP, umah mak datin pun punah ranah tertimbus menyembah bumi…. namun ia cukup menjadi pengajaran bagi manusia yg mahu berfikir…..

    Kata-kata Ust Rahmat Abdullah sungguh mendalam dan penuh dgn pengertian… dalam cerita filem Sang Murabbi….

    Merendahlah,
    engkau kan seperti bintang-gemintang
    Berkilau di pandang orang
    Di atas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
    Janganlah seperti asap
    Yang mengangkat diri tinggi di langit
    Padahal dirinya rendah-hina.

    Memang banyak kalangan yang belum memahami erti atau makna Murabbi. Kata ini hanya difahami oleh kalangan yang rajin menghadiri dengan ilmu-ilmu islam, mengikuti atau terlibat dalam proses tarbiyah islamiah. Insya Allah, jika kata murabbi terus menerus di terapkan dlm fikiran kita , masyarakat pun akan faham dan mengerti. Seperti halnya perkataan kata yang pada awalnya terasa asing dan janggal, kini sudah menjadi bahasa sehari-hari…..

    Murabbi biasa kita sebut sebagai;
    orang tua/orang lama yg banyak pengelaman , dalam hubungan persekitaran
    Bapa contoh…. dalam tarbiyah ruhiah.
    Ustaz,Ustazah,tok guru,ulama dsbnya dalam mengajarkan ilmu.
    Pemimpin/tokoh ugama, dalam kebijakan dakwah untuk membimbing kita
    para anak-anaknya atau murid-muridnya (mutarabbi) menjadi pribadi muslim yang soleh dan muslihah.
    Maafkan saya dalam pemahaman saya yang sederhana, kalau salah tolong betulkan………..

    Ustaz Rahmat Abdullah nyata seorang yang istimewa. Kenapa beliau dikatakan istimewa? Keistimewaan beliau adalah komitmennya kepada dakwah dan tarbiyyah. Pada pandangan beliau impian untuk melahirkan generasi muda yang beriman. Keseluruhan hidupnya diabdikan demi perjuangan tersebut.

    Adegan Ust. Rahmat dan Ummi Fida berjalan menyusuri tangga, Ummi Fida dengan nada berberbual, “Ana kalau diajak jalan-jalan sama Ustaz, biasanya tangan Ana digandeng….” Tapi, bukan muhrim, apa boleh buat, saya tidak bisa menampilkan adegan ‘kemesraan’ itu.

    Tentu saja sebahagian orang mungkin berpendapat, ini suatu kekurangan. Adegan sebenarnya .. biasa jadi hambar, tidak menyentuh karena tidak ada ‘sentuhan’ yg mengasyikan. kita menganggap ‘kekurangan’ ini adalah suatu berkah. berikan tentangan dan menciptakan suatu adegan yang menyentuh hati (jiwa), tanpa harus melanggar hal-hal yang bersangkutan dgn akidah dan hukum agama. Adakah benar..???….. Para penontonlah yang akan menilainya sendirikkk..
    .. Wallahua’lam bishawab..

  • nunwowro says:

    bro Omarm,
    perkongsian yg sgt menarik perhatian sy..dh terlepas la plk..
    inspirasi novel ka Sang Murabbi nih?
    klu ya..penulisnya sape?
    mcmana kalu nk tengok juga?
    da peluang tak..dh terlepas nih..
    tqvm

  • omarm says:

    Kena dapat maklumat lanjut dari Saudara Azrul di mana pulak tayangan percuma selepas ini…
    Harap tuan WM dpt mmberi jwpn pada Sdr Nunwowro.
    tq

  • jae says:

    sy cadangkn siapa yg ade movie ni tlg upload pehtu pos kan link nya. jgn guna torrent yer, direct dl link kalau bley.

    belum tengok lg, so no komen.
    kat youtube cuma trailer beberapa menet ja.

  • fathia_hanna says:

    salam…..ade ke tayangan d tempat lain slps ni…atau ade dealer yg blh dhubungi utk beli DVD cerita ni..



Leave a Reply