February 14, 2009 - 12:57 am
Posted in Umum | 12 comments
Nabi bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.” Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (Riwayat Muslim)
Sebahagian umat Islam hari ini telah menjadi umat Islam pak turut atau lebih tepat menjadi umat [...]
Antara tempat “shopping” dan tempat “window shopping” kegemaran saya dan rakan-rakan semasa kami masih belajar di sebuah IPT di Lembah Kelang ialah Petaling Street. Ia terletak di tengah ibu kota dan menjadi pusat para penjaja cina menjual barangan-barangan tiruan, baju, seluar, minyak wangi dan macam-macam lagi.
Pada suatu hari, seorang rakan saya membelek-belek “seluar Jeans” dan [...]
“Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?”
“Abang mengharapkan jalan mudah menuju tuhan ..”
“Tapi abang, mana ada jalan yang mudah tanpa dugaan?”
“Benar, namun pilihan yang tepat mengurangkan kesukaran, memperbanyakkan kemudahan.”
“Macam mana tu?”
“Bukankah perkahwinan itu menjaga kemaluan dan menundukan pandangan.”[1]
“Bagaimana jika abang tersalah pilih?”
“Sekurang-kurangnya abang telah berusaha memilih.”
“Bagaimana abang tahu pilihan abang itu tepat?”
“Apabila dia muncul dengan [...]
Pernahkah anda terhalang di dalam menyampaikan hasrat hati kepada seseorang. Halangan tersebut mungkin disebabkan malu, takut, rasa rendah diri atau sebagainya. Akhirnya si dia yang anda sukai itu menjadi milik orang lain. Dan akhirnya anda hanya tersenyum sambil mengucapkan tahniah, selamat pengantin baru!
Namun, jika dikaji sejarah hidup Rasulullah, kita boleh mempelajari sesuatu untuk mengatasi masalah [...]
Mereka yang pernah putus tunang (atau putus cinta) tentu sekali pernah menerima soalan seperti, “Kenapa boleh putus?”, “Siapa yang minta putus?” atau “Apa alasan yang dia bagi?” Namun, yang paling lazim adalah “Berapa lama dah kenal dengan dia?”
Betul tak?
Tidak dinafikan kita perlu mengenali seseorang sebelum menerimanya di dalam hidup, namun ia adalah mustahil untuk “betul-betul” [...]
Semalam semasa saya sedang berada di tengah kesesakkan di PC Fair, Pulau Pinang. Saya menerima panggilan telefon daripada seorang pengguna myJodoh dari negeri Perak.
“Terima kasih En. Azrul, kalau tidak kerana myJodoh kami tak akan bertemu jodoh.”, katanya yang kedengaran agak samar.
“Bila akad nikah? Bila kenduri?” Saya melontarkan beberapa soalan sekaligus, kerana berada di dalam kesesakkan.
“Baru [...]
Ramai yang ingin bercinta sebelum berkahwin. Bagi mereka, apabila bertemu seseorang yang dapat menyentuh hati dan perasaan seperti di dalam filem-filem telenovela Korea, atau filem-filem Hindi barulah mereka akan bersedia mendirikan rumahtangga.
Selagi belum ada yang boleh mengusik hati dan perasaan, mereka akan menganggap semua itu bukanlah satu “cinta sejatiâ€. Lalu mereka akan menjalani hidup mereka [...]
November 10, 2008 - 11:17 am
aZRUL,
File yg bertajuk “Pegangan Hidup”, dimuatkan sehingga 2 kali. Manakala ceramah yang bertajuk ‘Dari Gelap Menuju Terang’ tidak ada..!
Harap maklum.
November 10, 2008 - 1:18 pm
Salam van ..
betul ..betul, terima kasih.
saya dah betulkan, sila semak kat atas
November 10, 2008 - 1:54 pm
Cinta adalah… Komunikasi, tolenrasi, saling memahami, saling dihargai, bertukar fikiran dll perlu dalam rumahtangga. Janganlah satu ke timur seorang ke selatan. Saling memerlukan itu penting. Tanpa cinta dan pengorbanan hancurnya sebuah istana. Carilah orang yang boleh menghargai kita sebagai wanita jangan cari yang kaki pukul dan kaki buli.
Nanti teraniaya sepanjang zaman. Carilah yang bertanggungjawap. Jangan kita saja yang bertanggungjawap tapi dia tidak. Cemburu ada batasannya jangan sampai membuta tuli dan sepak terajang. Masalah bukan boleh selesaikan dengan kekasaran. Nanti ada yang masuk spital kepala pun kena ketuk.dgn kasut tumit tinggi.. sampai belubuk di dahi…dan berkurung dalam rumah gedung batu makan tanggung duduk mencangkung…
1. yang pertama niat hendak berkawan boleh tapi jangan sampai terlampau batas sehingga maruah tergadai sama body..
2. jangan ambil hak orang..suami orang atau isteri orang… jangan sekali kali main api… nanti termakan diri… carilah yang benar benar baik dan single…itupun seribu dalam satu boleh dipercayai. Bagi kaum hawa jangan ingat … lelaki kurang..suami atau tunang atau hak orang kita kebas juga… kasihanilah mereka… Kalau hari ini lelaki itu boleh buat demikian pada pasangan mereka .. nanti terkena pada diri kita…
3. jangan sekali kali mengambil kesempatan yang ada. sehingga sanggup melakukan apa sahaja kerana kepentingan diri sendiri.
4. sebagai wanita… kita harus menjaga diri dan akhlak kita jangan sampai tercemar. sekali tercemar..sampai mati di sebut. Sampai keliang lahat…
5. fikirlah sendiri baik buruknya dalam kehidupan ya.. nak bahagia dunia akhirat….. jadilah wanita mithali.. wanita penghuni syurga. banyakkan ilmu dan banyakkan pendekatan padaNya yang satu..
Cinta pun macam pokok kiambang jika dipisahkan mereka pasti berpaut kembali. Cinta dan perkahwinan berkait rapat untuk membina sebuah mahligai yang indah. Sesungguhnya tak kenal maka tak cinta. Jangan jadi alasan untuk mengelaknya. Hmm teringat perihal kata orang orang dulu dulu…nikah dulu baru bercinta. Tapi soalnya zaman sekarang, pendapatnya jauh berbeza. Kita perlu berkenalan dahulu barulah boleh menuju ke gerbang perkahwinan. Bukan apa…. kebanyak suka berahsia.. sudah kahwin mengaku bujang.. tup tup tup…meletup..Ah. ..dah kahwin..ada ada nak empat??. bagi yang buta hati dan perasaan ..terus terima… kerana cinta ..tidak pandang masa depan.. bila dah terkena .. sudah terantuk baru nak menadah. Menangis pun tidak berlagu. Bagaimana dia pernah lukakan isterinya.. begitu dia akan lukakan hati anda seterusnya..
Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cinta adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.di paksa2…
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI.. Oh cinta hatiku.. sapa lagi kalau tidak….
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi. Nanti dia cabut lari terpaksa makan ubi kayu rebus sama sambal tumis ikan bilis lagi sedap…
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah gulana, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah…….
jagalah sebaiknya.. bersyukur apa yang ada.. alam siber ni memang indah indah belaka kalau dah terjadi satu hal.. nanti menangis tidak berlagu…Semuanya lagu2 berduka menyeksa…batin dan kalbu… . kalau cinta dah punah ranah … dapatkan nasihat dari pakar motivasi kita Bro VanCkulop dari gelap menuju terang benderang…
Wallahu a’lam. Walhamdulillah Rabbil ‘alamin
November 11, 2008 - 10:01 am
Mendarat sebentar di Pulau Indah
Memunggah dagangan berkoyan-koyan
Memberi ceramah memanglah mudah
Hasrathati tak larat nak layan.
Memberi ceramah pagi dan petang
Wajib dijunjung sunnat dikelik
Pilihan Omarm ramai yg datang
Tapi Omarm macam tak celik
Cinta dan cemburu jgn dipungut
Bersyukur dgn apa yang ada
Sehingga ada orang merungut
Omarm gunakan warna saga..!
November 11, 2008 - 2:42 pm
AKU KAWIN TAMPA CINTA DAN AKU SENDIRI TIDAK AKAN MEMAHAMI APA ITU CINTA, YG AKU TAHU BYK ORG BERCINTA SEBELUM BERKAHWIN,TAPI GAGAL DI PETENGAHAN JALAN.MASA DULU2 ORG BERKAWEN TAMPA ADANYA ATAU ERTINYA CINTA..TAPI YG MENAJUPKAN MEREKA KEKAL HINGGA KE ANAK CUCU.
JADI BAGI AKU UNTOK BERKAWIN TAMPA CINTA,ADA LAH PEKARA BIASA..DONG
November 11, 2008 - 7:27 pm
Terima kasih Van sahabat ku
Bukan Ku Sengaja, Bukan ku Tak Mahu !
Kahwin itu besar pengertiannya
Bukan sekadar suka-suka
Semua orang kahwin minta bahagia
Aku pun mahu berteman juga
Bukan harta benda ataupun rupa
Mahupun dara atau yang Janda
Aku tak kisah tua ke muda
Asalkan baik hati budi-bahasanya
Ku cuba cari kasih sejati
Yang memahami hati ini
Seorang yang berjiwa murni
Teguh peribadi dan positif personaliti
Seorang Muslim yang solehah
Gaya hidup mengikut Sunnah
Menjadi isteri untuk anak2 ku
Rajin memasak dan juga berilmu.
Duit hantaran dan persandingan
Itu semua bukan jaminan mahligai dunia akan aman
Yang penting pernikahan
Adat resam mesti dijaga
Asal tidak melanggar Aqidah
Ramai Melayu masih lupa
Bersanding – dalam Islam memang bercanggah
Buatlah majlis yang sederhana
Ijab kabul biar sempurna
Pasangan mempelai diraikan bersama
Sebagai pengumuman pada semua
Duit hantaran jangan dibazirkan
Buat simpanan masa hadapan
Suami isteri harus muafakat
Agar ekonomi keluarga terselamat!
Wahai Ayah ! Wahai Ibu ! Cepat2lah cari menantu,
Ku mohon doa ku mohon restu, diriku pun dah naik kematu
Biar pun lambatjodoh ku temui,Sabar jgn kena sumpah seranah
Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat hidup ku “
November 12, 2008 - 9:35 am
ala skrg nie lh pki lg ke kawin ngn cnta?klu kawin dgn cnta pn cerai gk…klu kawin tnpa cnta pn ssh gk…tp aku skrg dh mls le nk hrp sgt pd cnta nie….apa ade pd cnta?
November 12, 2008 - 12:55 pm
cinta suami sebenarnya tiada membrikn jaminan apa2,
November 12, 2008 - 2:34 pm
Cinta dapat di class kan berbagai rupa,ada cinta sejati membawa pengertian sebati dalam diri – sehidup semati,ada cinta monyet setelah bunga di caret2 tampa di hargai pemberian surga idaman,ditinggalkan pergi dgn penoh sepi. Ada juga cinta paksaan atau glamourkan nama dan kepentingan diri.
Cinta kepalsuan tampa erti,membawa kemusnahan memakan diri,ada yg merana hingga mati..ayoh ! aku hanya suka cinta keberahian dan pergi..
November 12, 2008 - 6:06 pm
maleh nak bercinta buang karen jek..
November 12, 2008 - 8:27 pm
ye le, bade’ ajo loteh tak kemana..kalu yg ‘golap’ tu neraka lak menanti…tak korjo nanti tak tonang aje jiwa yg memberontak…
November 12, 2008 - 9:38 pm
Teringat Lagu lama..’TERPAKSA MELANGKAH’ dari AZIE..
Keegoan diri tak pernah kau akui hingga ku sering memakan hati..
Lastly..’Biarlah aku bertemankan sepi dari tergantung tidak bertali’..
Tak payah cintan cintun kawan2..Jom wat hobi kesukaan kita dan buat2 sibuk..!
November 13, 2008 - 12:38 pm
Sautu ketika dulu, di sebelah hotel Merlin K.L,saorang pemandu teksi dapati isteri nya… ‘ bergomol’atas katil dgn syoknya,tampa sedari kehadzirannya.((bertilamkan dunlop yg baru dibelinya..mak ooi sedap nya).. , dgn rasa kepiluan amat sangat ..dihati berserta cemburu agaknya …(mereka bercinta sebelum berkawin tapi suasana masa telah mengubah keadaan..agaknya))… dia menetak kedua2 hingga mati,mcm potong-kelar ikan lah agak nya..apa nak di tangiskan lagi … kurangnya cinta sejati..tidak gerenti sehidup semati di zaman ini…yg berkeadaan bertukar ganti..agak nya..wallauallam.
November 15, 2008 - 2:24 pm
seeloknya bercinta selepas berkahwin..itu yg dituntut Islam.
Bertolak ansur,saling memahami,setia,saling mempercayai dan mengurus masa adalah penting dalam sesebuah perkahwinan..
November 23, 2008 - 12:14 am
Perlukah CINTA dlm hdp kte?? Knape?
December 5, 2008 - 4:43 pm
Terkadang diri ini merasakan ingin di cintai..ingin bercinta lagi.terkadang rs x sanggup nak bercinta lagi.serik rs bercinta lagi.tp hakikatnya, jauh di sudut hati, terasa ingin di sayangi.dpt ke laki2 itu menyayangi seperti kasih dan sayangnya ayah bonda?dptkah cinta mengatasi segala-galanya?berbahagiakah hati yg bercinta?
mengapa cinta perlu hadir dlm diri kita?
bila hati dah terpaut,sudah suka,alangkah malangnya,dia bukan untuk kita..milik orang.kenape begitu mudah rs itu hadir?mungkinkah kerana diri yg kesunyian,dgn hadirnya dia sbg peneman utk berborak membibitkan rase syg?bagaimana caranya utk ku hentikan perasaan ini dari terus terdetik?apakah benar perasaanku ini?atau hanya nafsu semata?
ku panjatkan doa,dijauhi lelaki yg bukan di takdirkan untukku.jangan izinkan mana2 lelaki yg bukan di takdirkan utkku utk menghampiri ku…
seketika perasaan ingin di miliki hadir,seketika hilang, x sanggup rasanya nak meninggalkan ayah bonda utk bersama dgn seorg lelaki yg bergelar suami?apa yg pasti,doa ku x henti2 pdmu Ya Allah,agar aku di beri kekuatan dlm meneruskan hidupku ini.ku pohon sentiasa di dalam lindunganNya.walaupon aku masih tdk mempunyai siapa2 melainkan keluarga tercinta,aku redha.aku pasti,ade aturan yg telah Dia tetapkan utk aku dan seterusnya. Cinta Allah itu sentiasa ada buat hamba-hambaNya yg sentiasa ingin mendampingiNya.
Jazakallah
December 13, 2008 - 6:00 pm
ku serik lagi untuk bbercinta…………..
KU TAK INGIN LAGI BERCINTA..
CINTA ITU DUSTA SEMATA MATA…
JANJI MANIS DARI LELAKI..
HANYA PERMAINAN HATI DAN PERASAAN..
APA YG ADA DGN CINTA SEMUA ITU DUSTA SEMATA MATA..
December 18, 2008 - 6:56 pm
saya telah jatuh cinta ngn 1 lelaki satu kelas.perit memendam rasa cinta.mencintainya setiap hari.tapi apakah cinta ini harus disimpan untuk selamanya?
December 23, 2008 - 10:53 am
salam OMARM from MARSAH ke?
December 24, 2008 - 10:36 am
Assalamu’alaikum, adik2 sayang, semua orang butuh cinta dan kasih sayang namun bila melihat keadaan sekeliling serasa memang benar cinta yang hakiki hanya dari Allah SWT dan untuk Allah SWT.
Kerna saya ingat tulisan seorang jiran saya “Cinta mu pada bunga ia kan layu, Cinta mu pada kekasih dia kan mati, namun Cinta mu pada Illahi Robbi, Allah maha kekal dan abadi”. Kasih sayang sesama insan mesti ada batas terutama antara lelaki dan perempuan kerna akan datang fitnah dan pihak ketiga ia itu syaitan laknatullah…kerna akhir syaitan juga akan meninggalkan kita bila kita telah ‘ditewas’ nauzubillah min zaliik..rasanya ingin memiliki cinta sesuci Rabiatul Adawiyah kepada Illahi Robbi yang tak pernah ternoda oleh sebarang manusia..
Salam maal hijrah, maaf zahir batin
Adik2 ku sayang akak sayang kalian, moga Allah SWT lindungilah diri adik2 sayang dan hanya disayangi manusia yang bertaqwa dan berakhlaq mulia yang akan menikahi kamu amiin.
January 20, 2009 - 12:42 pm
hidup adalah suatu titian yg penug dengan lubang kebahagiaan dan kekecewaan… kadang2 kita terpelosok kedalam lubang kebahagiaan malah mungkin silap kaki melangkah kita akan tersungkur dilubang kekecewaan.. tetapi sedarkan segalanya hanya seketika kerna tugas dan perjalanan kita yang sebenar adalah melalui titian itu sendiri.. maka.. kita harus bangun dan meneruskan perjalanan diatas titian itu kembali .. titian menuju ke alam abadi…
January 20, 2009 - 4:03 pm
wow Kak Diah… ameen.
I ll do my best!
January 20, 2009 - 6:10 pm
Waduhhh Diah… sungguh bernas dan indah kata kata mu sampei sekarang masih tersentuh di otakku… Cinta mu pada Illahi Robbi, Allah maha kekal dan abadi”. cinta sesama manusia hanya semetara aja!!!!! terima kasih Diahhh.
salam OMARM from MARSAH ke? ada apa2 ka.. ana????
February 27, 2009 - 11:12 am
…
sukar ditafsir cinta sejati…
ntah bila kan kutemui…