.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok

November 7th, 2008 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia

This post has already been read 83 times!

Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

Sumber:http://drmaza.com/home/?p=468#more-468

FacebookTwitterGoogle+Share

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

22 Responses

  • BaahMard says:

    Tak pernah terpikir sebab musabab sebegitu sebelum ni.. Terima kasih boss.. thanks for the information :)

  • OMARM says:

    Perasaan ingin mencuba terutamanya pada peringkat usia remaja… mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin mencuba rokok menyebabkan mereka rasa ketagih Candu rokok… sekali cuba pasti nak lagi … kerana dalam asap rokok ada nikotin yg menyebabkan ketagihan berlaku…

    Tiada “guide Line” dari org yg sepatutnya, umpama para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin mencuba… terpengaruh dari rakan2 sebaya dari rokok ke dadah pulak…. Tapi kalau bahasa di utara… kalau makan dadah… makan dahulu sebelum memulakan pekerjaan atau perjalanan takut perut lapar.

    Rokok boleh menyebabkan kanser. perlu kita ketahui ialah bahan yang menyebabkan ketagihan iaitu nikotin bukanlah bahan yang menyebabkan kanser ini. Walaupun demikian, nikotin boleh menyebabkan masalah sakit cardiovascular. Bahan-bahan lain di dalam rokok ialah tar (kanser) dan carbon monoxide.

    Biasanya mereka yg suka masuk hutan… kalau ditanya mengapa merokok? Jawapnya halau nyamuk. Itu sebabnya kalau jumpa tok batin… kena bawa tembakau dengan garam… sebagai pembuka bicara… kebanyakannya mereka suka menghisap rokok daun nipah/ atau rokok pucuk. Entah berapa kali di nyalakan… kerana mudah padam.
    Kalau kita Tanya pada tok batin… berapa jauhnya kampong A ke B… mudah saja jawab tok Batin… “tak jauh cik… agak2 sebatang rokok jer” selamba … jawab tok batin.

    Kalau kehabisan tembakau… didalam hutan…..Bagi perokok tegar… tahi Gajah jadi sasaran…
    Kerana mereka kata Gajah makan umbut2 kayu dan buluh dsbnya… di jemur sehingga kering di balut dgn daun nipah… keluarlah asap berkepol-kepol… kata mereka kuat tenaga batin…
    Nyamuk pun lari apatah lagi kengkawan yg berhampiran pun lari takut mabuk asap tahi Gajah….

    Nasihat bro pada golongan remaja.. jangan sesekali mencuba merokok walau pun sebatang.. kalau dah cuba nanti ketagih… dari rokok ke dadah pulak!!!! Berwaspada dalam apa saja yg dilakukan…. Pilihlah kawan yg boleh memimpin kejalan kebaikan bukannya kwn yg memusnahkan hidup kita…. Kenali orang2 di sekeliling kita…. Penting juga remaja mendapatkan seseorang yg boleh menjadi “role model”. Pilihlah mereka yg telah menempa kejayaan dalam kehidupan… supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan…..

    Wallahuaa’lam.

  • sniper says:

    saya lelaki yang tak merokok

  • jiha says:

    Alhamdulillah, saya dapat suami yang tidak merokok

  • Haslin says:

    tapi sekarang nie ramai lelaki yang merokok…..

  • aza says:

    saya setuju…bahawa lelaki sekarang ramai yg merokok. perempuan zaman sekarang tidak suka lelaki yg merokok…

  • sape ntah says:

    perempuan pun ramai merokok

  • sape ntah says:

    saya sedih bla dpt tau kwn saya merokok. baru je nak tarbiah dia. hanya mampu berdoa…

  • OMARM says:

    Kalau dah dapat bakal tunang/suami yg merokok… buat la.. perjanjian.. kalau dh kawien nanti cubalah berhenti merokok.. kalau tidak Ayang akan lancarkan mogok… tak mau masak nasik, tak mau cuci baju.. tak mau.. itu ini..dan ???
    selagi Abg tak nak berenti Merokok Ayang tetap dgn pendirian sampai bila-bila… hahaha!!!!

  • brotak says:

    “dari rokok ke dadah pulak!!! Pilihlah mereka yg telah menempa kejayaan dalam kehidupan… supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan…..” sedarkah saudara, hampir 70-85% org yg menimba kejayaan adalah perokok?? dadah, isu lapok dlm msykat kita hari ini.. ia pemusnah!! tp x semua perokok beralih ke dadah.. saya langsung x da niat cuba mengeksploitasikan blog saudara,150% ianya benar belaka.. mungkin ada kurang.. begitu juga sya, kurangnya x pernah sudah.. mari kita lihat, cthnya ganja: dia diperbuat 100% dari bahan yg tidak menggunakan kimia. ia haram kerana menghayalkan. ini kerana ia menutup beberapa saluran darah dr jantung keotak seketika.. tapi ia tidak mendatangkan masalah kanker.. rokok plak, tak sumer yg merokok akan beralih ke dadah durjana.. asalnya dadah ni dibuat utk tentera ke medan perang, cthnya morphine..ia digunakan utk mengawal kesakitan sewktu berperang. kalo tgh perang, mana ada time nak jahit luka.. betul x? jd mereka gunakan dadah ni utk hilangkan kesakitan.. sayangnya ia telah dimanipulasikan menjadi bahan perosak oleh org yg tidak bertanggungjawab sehingga ia menjadi ketagihan pada hari ini.. saya percaya org yg boleh berfikir panjang, tidak semudah akan beralih kedadah.. sesetgh org merokok dgn alasan, ilangkan tensen. tp tiada kebenaran disitu. ada juga kata, mencari ilham. juga tiada kepastian benar atau tidak… dan seprkara lagi, gembira kiranya utk dikongsi ayat ini; “tidak semua yang menjadi ahli kongsi gelap itu jahat, dan tak semua dalam pasukan anggota polis baik..” sama juga perokok, tidak semua akan beralih kedadah, insyallah.. bersama membanteras dadah!

  • brotak says:

    suka utk ditambah, ada sya berjumpa ustaz yg berkelulusan universiti al-azhar mesir, dn bertanya padanya. adakah benar rokok ini haram disisi ugama seperti beberapa ulama menyatakan ttgnya? ustaz itu dgn tenang menjawab, samalah jika saudara menonton television. kalau ianya melalaikan sehingga melupakan Solat fardhu, maka jatuh la hukumnya haram… ada juga ulama yg menyatakan haram kerna satu pembaziran, tegahnya, ia boleh juga dijatuhkan sbg haram jika dia gagal melaksanakan apa yg wajib dibeli.. cthnya makanan utk dimkn.. Allah swt telah menjadikan setiap dari kamu punyai akal dan fikiran.. setelah Allah swt tlah memberikannya, maka wajib kamu menggunakanya sebaik mungkin.. terpulang la pada pemikiran individu masing2.. amar makruf nahi mungkar..
    Wallahuaa’lam..

  • zizal79 says:

    saya merokok… adakah kena berhenti merokok kalau nak kawin????
    kalau bgtu ramai ler yg tak kawin walauun dari segi agamnya dia baik…. yg tak merokok tapi buat yg tak elok mcmnana…?
    ustaz kat sekolah saya pun merokok… jadi sila bg pandangan

  • no name says:

    klu nak b’henti boleh jer….nak seribu daya, x nak seribu dalih…hehe

  • Omarm says:

    zizal79… Patut berenti merokok kalau nak kawien… sebab wanita tak suka lelaki merokok…

    Ubah laaa… hisap paip, Curut Mexico atau sekarang orang minat hisap Sisha… yg bau harum semerbak… ada bau buah2n.. strawberi, anggur dsbnya… beralih lah kearah itu.. pasti awek Cun.. merapati diri awak… cuba jgn xcuba..

  • hidayah says:

    rokok Oh rokok,

    saya memang x boleh cium bau rokok. secara automatiknya, nafas akan sesak. bukan disengajakan ttpi seluruh anggota badan akan rasa menolak2 asap rokok tu.

    Alhamdulillah, ayah saya bukan seorang perokok. Tapi bab pasangan hidup ni, x tahulah lagi. Saya doa dapat juga yang tidak merokok. Nak memaksa sang perokok berubah, saya x yakin dgn kemampuan diri sendiri. sebab tu lah kalau saya jumpa lelaki yang perokok, saya memang x berminta nak dekat. setakat kenalan mungkin boleh diterima, tapi nak rapat, tidak sama sekali.

  • insansederhana says:

    rokok ngan syisya kesannya pada kesihatan adalah sama malah syisya lebih teruk lagi..sebab syisya dibakar menggunanakan campuran arang dan tembakau..arang mmg mmbhayakan kesihatan kerana gas carbon monoksida merupakan punca kepada banyak penyakit kronik antaranya kanser..so xde maknanya berhenti hisap rokok tapi pegi hisap mende lain mcm syisya, cerut dan seumpamanya yang menggunakan tembakau..kesemuanya ttp memberikan mudarat pada kesihatan..jalan terbaik, x payah hisap aper..dok diam2..hehe

  • insansederhana says:

    Fatwa-Fatwa yang berkaitan dengan rokok dan tembakau

    1. Kerajaan Arab Saudi: “merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.”

    2. Dr Abdul Jalil Shalabi: “mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.”

    3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar): “merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.”

    4. Al Imam Abdul Halim Mahmud: “merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.”

    5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir: “merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.”

    6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

    7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

    8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

    9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

    10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram

  • ADINDA says:

    salam alaik…takde ke lelaki yang bukan perokok..saya amat menjauhi lelaki yang merokok..huhu…wahai kaum Adam yang tidak merokok…muncul laaaaa…

  • nunwowro says:

    tengok kempen “tak nak merokok”, siapa yg nk..rokoknya bengkok n patah..
    Setiap patahnya (rokok), ada terasa cinta kepada Dia..teruskanlah PERWIRA n PERWIRI..
    Moga istiqamah..
    hingga nanti pulang kepadaNya.

  • insan81 says:

    merokok membahayakan kesihatan diri dan boleh mengganggu/ membahayakan org sekeliling….;-(

  • aizatmrsm says:

    kawan saya tanya…apa beza merokok ngan makan kropok.. 2 2 ade mudarat gak….

  • LIN says:

    smua org tahu mrokok membahayakn kesihatan. kita dididik tntg bahaya rokok smenjak sekolah lg. Kempen anti merokok dilncrkn dgn giatnya tp gagal myedarkn orang ramai malah lg ramai yg merokok.
    Di Malaysia, bilangan perokok di negara ni adalah yg trtinggi di Asia Tenggara. Dahsyat kan…
    Pegi mana2 pun kita akn sedut asap rokok org. Masalah bsrnya ialah kita sbg perokok pasif yg sedut asap rokok perokok yg jd mangsa.
    Dan amat terang & jelas merokok tu hukumnya haram sptmana yg diputuskn oleh Jwtnkuasa Fatwa.
    Oleh tu, sgt penting bg kita utk memilih calon psgn kita yg tidak merokok. Sbbnya nt bukan sj bahayakn dirinya ttapi juga isteri & anak. Kalau si bapa tu perokok maka kesannya akn dirasai oleh anak-anaknya juga. Maka anak2 yg tk brdosa mdpt pnyakit brbahaya spt hepatitis B, pnyakit hati & sbgnya. Si isteri pula brmkgkinan berisiko mdpt kanser paru2, kanser payu dara & mcm2 lg. Yg mghairankn ada ssetengah gadis yg mempunyai teman lelaki yg merokok tk kisah utk brkahwin dgn lelaki perokok. Bila kita tnya mereka, ala..nt lps kawin sy suruh la dia berenti merokok. Hish..selamba je..bunyi cam tk bahaya je. Kalau sy, tk mgkin sy memilih lelaki yg merokok wlaupun dia seorang yg baik hati. Wlaupun sgt sukar nk temui lelaki yg tk merokok, sy tetap cari yg tk merokok smpai dapat!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by Comment SPAM Wiper.