.. mencari si dia yang soleh ..
Archive for November, 2008
Audio Kuliah Dato (Ustaz) Shamsuri Haji Ahmad – 11 Nov 2008
Nov 26th
Salam,
Berikut merupakan audio kuliah Kitab Bahrul Mazi, yang disampaikan oleh Dato (Ustaz) Shamsuri Haji Ahmad.
Subjek: Bahrul Mazi Jilid 05 ms054
Tempat : Masjid Jamek Jelutong, Pulau Pinang.
Tarikh : 11 Nov 2008
Download audio kuliah di sini.
Juga disertakan teks kuliah untuk memantapkan lagi pemahaman.
Untuk download audio kuliah yang lain, sila ke http://www.mymasjid.net.my/audio-kuliah/
Sila sebarkan, mudah-mudahan saudara diberkati.
Terima kasih.
Cinta Dan Cemburu
Nov 9th
Assalamu’alaikum,
Berikut merupakan audio kuliah subuh oleh almarhum Dr Hamka. Mungkin kita sering mendengar nama HAMKA atau membaca tafsir Al-Azhar atau buku-buku karangan beliau. Saya sendiri mengenali nama Hamka melalui Dr Danial, kerana beliau sering menyebut-menyebut nama itu. Antara novel Hamka yang saya pernah baca adalah Angkatan Baru – kisah seorang ustazah yang mencari cinta.
Kepada mereka yang belum pernah mendengar, kini anda boleh mendengar suara beliau melalui audio ini. Koleksi audio ini adalah kiriman seorang sahabat saya dari Indonesia. Semoga Allah memberkati beliau. Semoga Allah merahmati almarhum Dr HAMKA.
Dari Gelap Menuju Terang
http://www.savefile.com/files/1877415 (link baru)
Cinta Dan Cemburu
http://www.savefile.com/files/1877383
Haus
http://www.savefile.com/files/1877460
Pegangan Hidup
http://www.savefile.com/files/1877678
Hidup Sesudah Mati
http://www.savefile.com/files/1877502
Mencari Doa Yang Makbul – Untuk Yang Sedang Cari Jodoh
Nov 9th
Assalamu’alaikum,
Ini bukan artikel lagi .. maaf, lama benar tak post artikel. Berikut adalah sebuah buku yang ditulis oleh Ustaz Abdul Rahman Mohamed bertajuk, “Mencari Doa Yang Makbul.” Amat baik untuk mereka yang bertanya “kenapa doa aku tidak makbul?” atau “bila doa aku nak makbul?” Buku ini menghuraikan “doa” dari sudut istilah, teori dan practikal.
ISBN : 9789675029103
Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok
Nov 7th

Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.
Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.
Ini atas beberapa alasan;
- Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
- Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
- Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
- Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
- Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.
Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.
Sumber:http://drmaza.com/home/?p=468#more-468
