.. mencari si dia yang soleh ..
Harap Maaf – Tak Boleh Melayari myJodoh Semalam
Asslamu’alaikum,
Kepada pengguna yang cuba mengakses myJodoh petang semalam mungkin akan terlihat paparan “account suspended.” Memang akaun myJodoh di Exabytes telah dihentikan untuk sementara waktu. Alasan yang diberikan adalah kerana transaksi pangkalan data myJodoh yang tinggi. Namun, kami masih belum dapat mengenal pasti sebab sebenar yang menyebabkan transaksi tersebut menjadi terlalu tinggi.
Walau bagaimanapun langkah segera telah diambil untuk memastikan transaksi tersebut menurun dan seterusnya memulihkan keadaan laman. Setakat ini masih menyiasat sebab ia berlaku. Harap maaf atas segala kesulitan.
Terima kasih.
Azrul Alwi
Webmaster myJodoh
0194455887

October 23, 2008 - 1:49 am
Takpa kami semuanya maafkan … nak buat camna paparan “account suspended.” Jenuh jugak kami duk pulun… kami pun sabar dan yakin dgn tuan webmaster….
October 23, 2008 - 4:01 am
Patutlaa..terkejut kita sampai tanya kat kwn pasai pa erk jadi lagu tue?
Tau kwn kata apa?tak habis2 laman myjodoh..
hahaha..nk tergelak..alaa aku tanya btoi2 dok berleter kat aku..
October 23, 2008 - 12:32 pm
ASMK..”ambo pun terkejuet juga,maklum le ketagihaaaaaaan nak melihat lihat bidadari2 MYjodoh,ade yg gambak tersedia terhidang atas meja sekerat-bahagian kepala ajo..asal nampak senyuman yg menarik..walaubagaimana pun ambo mengucapkan,banyak2 Terima Kasaeh atas perjuangan “bersusah payah” menghidupkan MYj untok kesenangen insan yg laen..patut nya member2 kena fahem-tampa kumat-kamit bila gagal memasoki ruangan ini,,tampa diduga..((sama2 lah kita backup untok menjadi AHLI berbayar supaya dapat menolong web master untok meneruskan perjuangannya – seterusnya))ini ada lah laman mencari jodoh yg terbaik sekali di Malaysia SETARAF DGN mencari jodoh yg tersedia ada di dunia web. “Selamat Hari Raya,maaf Zahir Batin” ku pinta…WKSLM.
P>S>
Ambo noted kegagalan,sebab tak berbayor.
October 23, 2008 - 12:50 pm
asmk…Ye le ..Jgn nak sedap mata memandang,senyuman,syok syok aje,kesenangan dapat..tampa susah payah mencari2 de malam hari,,kita kena menyokong org yg cuba berbakti…in becoming “MEMBER BERBAYAR” .
October 23, 2008 - 1:04 pm
Agreed..Kalau hilang tiada ganti,teraba2 lah nanti..seksanya diri.
October 23, 2008 - 2:41 pm
bang omarm & rakan-rakan sekalian,
depa habaq myj kena serbu.. salah satu script dia jalan sampai overload server. Ramai dok pulun cari jodoh kot. Wallahu’alam.
October 23, 2008 - 6:39 pm
Bro.. ingat PATUT laaa MYJ kena serbu….
Di MYJ banyak memberi unsur kata2 nasihat, panduan dan tunjuk ajar yg berfaedah untuk muda mudi dan golongan yg tercari2 jodoh… bila depa baca dan hebahkan pada kengkawan.. memang betul isi kandungan cukup bernas dan boleh di buat pedoman dalam hidup….
Bila depa baca… komen2… buleh leleh air mata, ketawa sedih… banyak juga Pelawak yg ambik bahagian… jgn menyinggung perasaan orang lain sudahlah….
Ibarat masuk MYJ adalah satu ikatan keluarga yg bahagia & Harmoni.. buleh mmberi pendapat atau pandangan sesama kita…. kalau tidak masakan Budin dengan Bang Leman tahan bertahun2 di MYJ..hahaha..
October 23, 2008 - 8:01 pm
just nak tanya en azrul
memang sekarang ni pengguna pakej biasa langsung tak ddapat tengok maklumat diri pengguna lain ker.
ataupun akaun saya yg bermasalah…
October 24, 2008 - 3:53 am
Ehh bukankah Bang Leman aka Budin erk?ermm ada klon laa noh..
October 24, 2008 - 3:42 pm
Betul kata omarm, bukan sekadar cari mencari jodoh tapi juga nasihat dan panduan. Kalau dah di takdirkan bertemu jodoh di MyJ ni syukurlah.
Kepada ahli biasa, bayarlah…pikirkanlah takkan nak org lain yg berbayar ni tanggung anda. Kalau anada bertemu jodoh dari sini faedahnya anda dapat ke akhir hayat. Tak malu ko…nanti dah tuo cakap kek cucu…dulu atuk dongan uwan konal dlm MyJ tapi den ni ahli free.