.. mencari si dia yang soleh ..
Salam Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah , akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”
[Hadith riwayat Al-Bukhari, #37; http://hadith.al-islam.com]
“Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak” daripada warga kerja myJodoh. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih dihayati, InsyaAllah.
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on September 1, 2008 at 12:56 pm, and is filed under Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 3 years ago
Ramadan memberi peluang untuk kita mengenali diri kita. Sejauh mana kita sabar, ikhlas, bersyukur dan pelbagai nilai-nilai yang lain kerana kebiasaannya pada bulan Ramadan seseorang itu akan lebih peka terhadap persoalan-persoalan ini kerana ingin menjaga ibadah puasanya.
Ramadan adalah bulan yang baik bagi melatih kebiasaan pengurusan hidup yang baik. Sepanjang bulan Ramadan, urusan harian kita akan bertambah kerana kita masih perlu menunaikan kerjaa-kerja biasa di pejabat dan di rumah di samping itu juga melakukan pelbagai ibadah yang dianjurkan seperti Tarawih, Witir, Sahur, Tadarus bagi meraih fadilat Ramadan.
kita perlulah mampu untuk mengawal diri kerana kehidupan ini dipenuhi dengan pertarungan dan persaingan dengan pelbagai kepentingan dan keinginan.
Puasa membina kekuatan dalaman kerana ia hakikat puasa bukan hanya menahan dari lapar dan dahaga tetapi lebih dari itu. Lagi pula seseorang yang benar-benar berpuasa dia akan dilatih untuk menjaga dirinya dari pelbagai kejahatan walau pun bersendirian kerana ia menyedari Allah taala maha melihat dan tidak mahu pahala puasanya berkurangan.
Kerana dengan berpuasa kita bukan hanya merasakan kelaparan dan kesulitan tetapi juga disuruh untuk merasakan juga bagaimana kelaparan orang miskin dan pelarian di merata tempat. Di seluruh dunia….
Hanya apabila kita mempunyai simpati kita akan mengambil berat akan nasib orang lain. Dengan itu kita bukan hanya berusaha untuk mengubah diri kita tetapi juga mengubah keadaan hidup orang lain.
Di dalam bulan Ramadan kita diperintah untuk mengeluarkan zakat fitrah. Ia adalah simbol bagi sikap mengambil berat terhadap kesusahan orang lain dan berusaha untuk membantu yang lain.
Namun perasaan mulia dan yakin hanya timbul jika kita benar-benar berjuang dan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan Ramadan. Mereka yang Ramadannya hanya ala kadar sahaja, tidak akan mampu merasakan perasaan ini. Maka ia hilang peluang………….
Jika kita lepaskan peluang untuk membina perkara-perkara tadi dengan kehadiran Ramadan, ditakuti tiada perubahan yang berlaku dalam hidup kita dan kita perlu menanti Ramadan pada tahun hadapan. Sedangkan ia adalah satu yang tidak pasti kerana tiada siapa yang dapat menjamin bahawa usia kita akan panjang untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan. Namun kengkawan…tak akan ada manusia yang bakal mengetahui ..apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia…meminta belas-NYA
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN
Janganlah kita tunggu hari esok untuk mengubah diri kita kerana setiap detik dalam kehidupan adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan.
Ambillah langkah segera untuk mengenal diri, merancang hidup peribadi dan keluarga dan mewujudkan persekitaran yang baik. Selagi kita masih bernafas, belum terlambat untuk memulakannya.
Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
“Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”
‘Selamat Berpuasa & Selamat Berjuang’
WALLAHUALAM BISSAWAB
about 3 years ago
about 2 years ago
Assalamualaikum ,
Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;tuu..pon kalau ada….
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah…. semuga posa kita tahun ini lebih baik drp tahun yg lpas…Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada semua manusia dan juga ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ..” Wallahu’alam