.. mencari si dia yang soleh ..
Jangan Tunggu Lama-Lama, Nanti Lama-Lama …

Suatu ketika dahulu pada tahun 1981, kumpulan rock Sweet Charity telah melancarkan album bernama Sejuta Wajah. Ada di dalam album itu sebuah lagu bernama “Jangan tunggu lama-lama.” Mereka yang membesar di zaman itu sudah tentu ingat. Lagu itu pernah berkumandang di radio hampir setiap hari 27 tahun dahulu.
Ia menasihati para lelaki agar “jangan tunggu lama-lama” sekiranya telah berjumpa dengan seseorang sesuai dikahwini. Jangan berlengah-lengah sekiranya telah menjumpai insan yang boleh dijadikan pasangan hidup.
1400 tahun yang lalu, Rasullullah s.a.w. pernah mengemukakan nasihat yang lebih baik. Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali r.a., “Wahai Ali, jangan dilengahkan tiga perkara! Solat apabila telah sampai waktunya, jenazah apabila hadirnya, wanita bujang apabila telah ditemui kufunya.”[1]
Solat ialah tiang agama. Di dalam sebuah riwayat Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Kepala segala urusan adalah Islam, tiangnya solat dan puncaknya adalah jihad.”[2] Mendirikan solat di awal waktu merupakan satu tuntutan. Di dalam sebuah riwayat Imam Tirmizi, daripada Ummu Farwah bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Apakah amal yang paling utama.?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Solat pada awal waktunya.”[3]
Begitu juga di dalam hal menguruskan jenazah. Di dalam sebuah hadith riwayat Abu Hurairah, Rasullullah s.a.w. telah bersabda, “Bersegerakanlah menguburkan janazah. Apabila jenazah itu baik, kamu lekas mendekatkannya dengan kebaikkan. Sedang jikalau ia jahat kamu sedang meletakkan sesuatu yang jahat di atas belakangmu.”[4] Justeru, semua jenazah harus disegerakan, tidak boleh ditangguh-tangguh. Ada jenazah yang sedang menanti kebaikkan tuhan di dalam kuburnya. Ada jenazah pula ibarat beban ke atas yang masih hidup kerana tidak mendapat rahmat tuhan.
Di dalam hal perkahwinan, Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan kepada golongan lelaki, “Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah ia berkahwin, Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan pandangannya, menjaga kemaluannya (kehormatannya). Dan sesiapa yang tidak mampu hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu ibarat pengembiri baginya (dapat menundukkan nafsu).”[5]
Bagi golongan wanita, Rasullullah s.a.w. pernah menyatakan kepada para sahabat, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” Menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti itu, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Walaupun jika ada padanya?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali.[6] Di dalam Bahrul Mazi, Al-Marbawi menyatakan, wa in kana minhu – walaupun jika ada padanya, bermaksud jika ada sesuatu yang tidak disukai pada diri lelaki tersebut, seperti kemiskinan, tidak masyhur dan sebagainya.[7]
Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama …
Wallahu’alam.
.
.
..
Nota Kaki
[1] http://hadith.al-islam.com, Riwayat Tirmizi (156), hassan gharib. Imam sayuthi berpendapat hadith ini hassan. Albani berpendapat hadits ini daif.
[2] http://hadith.al-islam.com, Riwayat Tirmizi (2541), hassan sahih.
[3] http://hadith.al-islam.com, Riwayat Tirmizi (155), hassan gharib. Imam sayuthi berpendapat hadith ini sahih. Albani berpendapat hadith ini sahih.
[4] http://hadith.al-islam.com, Riwayat Tirmizi (936), Bukhari (1231), Muslim (1569) sahih.
[5] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari,(4677) hadith riwayat Ibnu Mas’ud
[6] http://hadith.al-islam.com, Riwayat Tirmizi (1005), hassan gharib. Albani berpendapat ia hadith hassan.
[7] Al-Marbawi, Bahrul Mazi, Jilid 8. Bab 15.
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on August 18, 2008 at 7:26 pm, and is filed under Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



about 1 year ago
bagaimana sekiranya si pmpuan sudah mula jatuh hati pd seorg lelaki, perlukah dia mengaku atau biarkan saje sdgkn lelaki itu hanya menganggap pmpuan tu kawan baiknya saje…
about 1 year ago
kalau belum ada yang kuredhai agama dan akhlaknya datang meminang, ya gi mana…ditunggu lah
about 1 year ago
LAGU ”jangan tunggu Lama-Lama” mengingatkan kita Zaman kenduri kawin ketika itu yg di pasang pembesar Suara di atas pokok… maka riuh rendahlah sekampong, Meraikan kedua mempelai….. Wanita zaman tuu… kebanyakannya ramai tak bertudung. Dibandingkan dgn zaman sekarang… Apal lagi air paip pun tidak di bekalkan ke kpg dgn sepenuhnya… banyaklah anak Dara…. mandi di telaga sambil berkemban..
Peluang ini di gunakan sepenuhnya oleh sang teruna sambil mata meliar kesana sini… entah apa yg di pandang, tidak diketahui…!!!!
Teringat plak saya Lagu TAN SRI DATO’ S M SALIM –
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi,Kalau tak kahwin menyesal nanti
Nyawa ku yang pertama namanya si Jamilah, Baru nak berjinak-jinak..Mak bapaknya pulak dah pindah.. masuk peneroka Felda
Hati ku berkenan pulak dengan si Tijah
Lambat sangat masuk meminang, Dengan orang lain si Tijah nikah
Melepaslah sudah…. : Tak ada jodoh Tijah apa nak buat
Carilah yang lain.. apa boleh buat
Kalau tak kahwin menyesal nanti
Kalau terlambat tak guna lagi
Apa dah jadi…. Bercinta-cinta pulak dengan si Fatimah
Sebab gaji ku kecik.Naik Honda Kapcai. keluarganya pulak tak suka
Melepaslah lagi… terlopong Lagi!!!!!!
Silap lagi…. Kalau ku tahu bawak lari kat Siam ajer
Hei tak siksa saya, badan kurus tinggal Lidi….
Sampai sekarang mencari-cari, ada yg menyorok dalam Almari…
Apa nak jadi
Kekasih ku yang kelima
Anak Bang Leman…Keluarga ku pulak tak suka
Katanya masak memasak dia tak tahu… goreng ikan pun tak pandai????
Jatuh cinta pulak dengan si Hawa
Pinangan ku tak diterima
Konon katanya mereka orang berada.. harta menimbun2..
keluarganya Cakap : Nak kahwin macam beli telur
Gred A, gred B, gred C… HaHaHaHaHa… camtulah dia ketawa…..
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kawin lagi
Apa dah jadi.. orang bebini kita nak bini…
Sampai sekarang masih mencari
Apa dah jadi
Dengan anak Cik Non pulak
Hati ku tergoda…MINAH Single namanya
Putih kuning baik budi bahasa….
Kedua-dua keluarga semuanya dah suka
Malang nasib ku duitnya tak cukup pulak, tambahan pulak.. minyak dah Naik harga…
Melepaslah jugak
Tak melepas.. pinjam duit koperatip.. kawin
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kawin lagi
Apa nak jadi
Sampai bila nak tunggu lagi
Tak boleh jadi…Sabar lah lagi.. kalau di biarkan Berkarat Lagi… Oh… tak tahu nak kata apa lagi….
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung
KALAU sudah ditentukan Tuhan, tiada siapa yang mampu menghalangnya. Begitulah juga dengan perjalanan hidup di muka bumi ini di mana setiap insan diciptakan berpasang-pasangan seperti yang telah tertulis di luh mahfuz.
about 1 year ago
Kenapa di era global yang memberi peluang yang sama rata tidak tertakluk pada gender,ras ada perempuan masih bersifat pasif tentang jodoh. Tidak semestinya hanya menunggu sahaja.. Luahkan kepada orang tua/kenalan supaya mudah-mudahan mendapat jodoh lelaki yang bersesuain
about 1 year ago
Setiap kali tiba Ramadhan teringat kita yg masih bujang bagaimana nak menghadapi ibadah puasa… masa berbuka dan besahur… kalau ada Isteri sonok juga boleh bantu membantu tolong masak memasak… nak makan kat kedai udah tak larat nak ubah selera merata warung…!!!!
Munkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yg salah sebelum bertemu dgn orang yg tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu…. Cinta… adalah anugerah kasih sayang untuk mereka yg merhargainya di antara satu sama lain….
Kalau dah berkenan jangan di tunggu lama-lama nanti di KEBAS dek orang Lain… Melopong kita mengigit jari….
Saya masih ingat lagi bagaimana seorang sahabat bertemu dengan Calon Isterinya, sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya…terasa hiba pun ada… ikutkan hati nak nanggis skrg!!!!! tapi malu Plak…….
Begini isi surat NYA……..
Kepada Yth ……..
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya nama.ommm……
Assalamu’alaikum Wr Wbt
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang di cincang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.
Saya, yang bernama .Om……….. … menginginkan anda ………… … untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan menangkap Gajah.Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku.
…kelak saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamanya.
Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan minom air tongkat Ali. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengenalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.
Cinta saya juga biasa saja.
Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga bathin menjadi suami dan ayah yang baik.
Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.
Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah.
Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.
Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 2 minggu, maksima 6 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini.Jangan kau pilih orang lain, pilihlah saya… encem pun ada…
Amiiin
Wassalamu’alaikum Wr Wbt
about 1 year ago
hehehehe
Nak tergelak baca komen Bro Omarm..huahuahua..
Bro Omarm,sy tngk gmbaq bro kat friendster,boleh tahan noh masa muda,bergaya sakan erk,rock gilerr,nmpk brutal arr..huh mcm artis,encem giler,mesti boya paa masa muda2..eheh
about 1 year ago
Bro Omarm,nak tergelak baca komen Bro Omarm..hehehe
about 1 year ago
Quote daripada buku “Aku terima nikahnya” >> jangan tergesa-tergesa dan jangan pula menangguh-menangguh…apa signifikasinya..bak kata nabil raja lawak lak “lu pikir la sendiri” ;D
about 1 year ago
salam are-long,
rujuk
http://webblog.myjodoh.net/2008/05/07/malu-tapi-mahu-teknik-menyatakan-hasrat/
about 1 year ago
Yg buat kita gementar… bila tok Kadi henjut.. tangan kita..
Aku terima niqahnya dgn sipolan binti Sipolan dgn belanja mas kawien rmrmRM… tunaiiii… kekadang tok kadi henjut telampau kuat.. tu sobab ngantien teperanjat… dah kena buat sampai 5 atau 6 kali…. baru buleh… peluh jantan pun turun…..mcm ujan lobat…..!!!!!!
about 1 year ago
Bro Omarm..tersentuh saya baca..
Sy tngk gmbr2 kat friendster Bro Omarm,masa muda2 encem noh..nmpk brutal gilerr rock sakan noh!cam tak caya jea..lah nie nmpk kurus..
Klu berkenan yg mana2 pun,tanyalah jealah sudi ke nk berkawan ngan Bro??awat tak try tanya betoi2 kat MF??
about 1 month ago
bkn nye memilih.. tpi jdoh blun sampai lg..,