Teknik Mencari Pasangan Yang Memahami … bah 1

Pasangan Yang Memahami

Terdapat sebuah “tool” di myJodoh yang diketahui ramai, namun tak ramai yang menggunakan dan jarang orang tahu cara menggunakan maklumat tersebut. “Tool” ini dapat memudahkan anda berkenalan dengan seseorang yang memahami hati budi anda.

“Tool” yang saya maksudkan adalah Ujian Personaliti di myJodoh. (Ujian Personaliti boleh dicapai di Pusat Kawalan selepas login.) Ujian Personaliti ini adalah berdasarkan teori personaliti Myers Briggs Type Indicator (MBTI). Ia membahagikan perwatakkan manusia kepada 16 jenis. Salah satu adalah perwatakan anda dan salah satu adalah perwatakan yang amat sesuai serta amat memahami anda.

Terdapat 4 aksara yang mewakili perwatakan anda. ( penerangan adalah secara ringkas..)

Pada aksara pertama – E atau I (Extraversion/Introversion)
Extraversion adalah perwatakan manusia yang suka menonjolkan perbuatan. Suka bercakap, mengkritik, memberi pendapat, suka bertindak dahulu dan sebagainya. Introversion adalah perwatakan lebih kepada mendiamkan diri. Tidak suka memulakan sesuatu perbuatan dan hanya bertindak balas.

Jika anda seorang yang mempunyai perwatakan I, adalah seelok-eloknya jauhkan diri daripada mereka yang mempunyai perwatakan E. Anda mungkin kena buli! Anda mungkin hidup makan hati berulam jantung.

Jika anda seorang E, pastikan pasangan anda bukan I. Anda akan hidup bercakap seorang diri. Memberi perintah, mengkritik dan tidak mendapat sebarang maklum balas. Ibarat hidup seorang diri. Pasangan anda mungkin akan memendamkan perasaannya sepanjang hayat.

Pada aksara kedua – S atau N (Sensing /iNtuition)
Kedua-dua perwatakan ini menunjukkan bagaimana seseorang itu mengumpul dan mempercayai maklumat. Individu yang mempunyai perwatakan Sensing biasanya lebih mempercayai fakta, lebih realistik di dalam membuat dan menerima sebarang cadangan. Individu yang iNtuition lebih mempercayai gerak hati, teori dan andaian di dalam membuat sebarang keputusan.

Jika anda seorang S, pastikan pasangan anda adalah N. Begitulah sebaliknya. Untuk membuat sebarang keputusan, fakta-fakta yang realistik memang perlu, namun kadang-kala gerak hati dan pemikiran abstrak seseorang dapat membantu mencapai keputusan yang lebih baik. Kedua-dua gandingan ini dapat menjadikan anda dan pasangan anda mantap di dalam membuat sebarang keputusan.

Wallahu’alam ..

(perlu diingat, gandingan ini adalah berdasarkan MBTI yang juga mendapat kritikan. Justeru, terdapat kemungkinan ia tidak terjadi seperti yang dikatakan.)

bersambung …

10 Trackbacks