.. mencari si dia yang soleh ..
Implikasi “Maksiat Sebelum Berkahwin” di Alam Perkahwinan
Setiap kali di dalam kuliah tafsir Al-Quran Dr Danial Zainal Abidin, terdapat satu sessi yang dikhaskan untuk bersoal-jawab. Di dalam sessi tersebut para hadirin akan mengajukan soalan-soalan tertentu. Ada yang berkaitan dengan kuliah tafsir, ada yang di luar skop pengajaran pada hari itu. Ada soalan diajukan secara lisan, ada soalan dimasukkan ke dalam ‘kotak soalan’ untuk merahsiakan identiti si penanya.
Suatu hari beliau menerima soalan seperti berikut,
“Saya telah mengenali pasangan saya hampir 2 tahun. Kami selalu berjumpa dan bersama ke mana sahaja. Dia seorang gadis yang baik, ilmu agamanya juga ada. Saya memang ada rancangan mahu mengahwininya, namun orang tua saya tidak merestui dengan alasan jauh. Teman saya selalu menyuruh saya agar kami memperapatkan perkahwinan dan tidak terus dengan maksiat yang tidak ada kesudahan. Saya amat kasihankan teman saya. Adakah berdosa saya berkahwin tanpa restu orang tua, hanya kerana niat mengelakkan maksiat.”
Ketika memberi pandangan kepada persoalan di atas, beliau telah secara umumnya menyuruh menginggalkan maksiat seberapa segera sebelum berkahwin. Menurutnya, maksiat sebelum berkahwin menghilangkan keberkatan, mendatangkan pengaruh selepas berkahwin, menghilangkan rasa hormat atau integeriti kepada pasangan selepas berkahwin.
Beliau memberi contoh apabila si suami ingin bertegas atau menegur si isteri dalam hal-hal terntentu lalu mendapat respon negatif daripada isteri dengan ejekkan tentang hal-hal sebelum berkahwin. Akhirnya rumatangga tersebut tidak akan mengalami perubahan ke arah kebaikkan.
Saya bersependapat, setiap perlakuan maksiat sepatutnya dihentikan sebelum berkahwin, diiringi dengan taubat. Perkahwinan pula dilakukan sekiranya takut perlakuan maksiat itu berulang dan bukannya berfikir, “tak mengapa kita lakukan ini, nanti kita akan kahwin jugak..” Ditakuti perkahwinan tidak menjadi, namun telah jauh terbabas sehingga tiada jalan kembali.
Menyentuh tentang “ilmu agamanya” yang ada di dalam diri pasangan si penyoal, Dr Danial berpendapat bahawa seseorang yang mempunyai asas agama tidak semestinya memahami apa yang mereka tahu. Sekiranya seseorang itu memahami dan menghayati apa yang mereka tahu, sudah tentu mereka akan menjauhi maksiat.
Ketika mendengar Dr Danial menjelaskan tentang hal ini, teringat saya kepada sebuah hadith Rasulullah s.a.w, “tidaklah seorang itu bernama alim (berilmu) sebelum berbuat menurut ilmunya”.Hadith ini telah direkodkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi daripada Abi Darda’.
Berhubung dengan restu ibu bapa, Dr Danial berkata Islam amat mementingkan restu ibu bapa di dalam sesuatu perkahwinan. Namun menurut beliau terdapat mazhab yang membenarkan perkahwinan tanpa restu ibu bapa dengan tujuan mengelakkan maksiat, asalkan mereka telah mencukupi umur tertentu. Bagaimanapun, beliau menyuruh agar kedua-dua berjumpa juga dengan ibu bapa untuk meminta maaf dan restu walaupun sudah tahu akan dimarahi.
Unfortunetely, saya tidak dapat menyiarkan rakaman audio sessi soal-jawab berkenaan kerana tidak mendapat kebenaran daripada penceramah. Mungkin beliau khaskan ilmu-ilmunya pada sessi soal-jawab hanya untuk mereka yang hadir.
.
.
Wallahu’alam. Semoga bermanfaat.
Related :
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on June 1, 2008 at 10:41 am, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 2 years ago
Dosa yg anda lakukan atau akan lakukan dgn pasangan,akan di tanggong oleh kamu berdua bukan emak bapak kamu,dlm islam umor 12 tahun tu dah baligh,jadi kalau dah suka sama suka nak elakkan terjerumus dgn maksiat,elok lah “kawin lari” jika kedua orang tua tidak setuju,asal kamu tidak berterusan dgn dosa,emak bapak kamu tidak akan bertanggong jawap apa2 dosa yg di lakukan…”kubor masing2″
about 2 years ago
Hai!!Bolehkah percaya dengan watak masa sedang bercinta?bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan.masing2 akan berlakon dengan watak yang terbaik..penyayang,penyabar,pemurah dan berbagai-bagai lagi.Masa bercinta,merajuk ada yang minta pujuk.Macam cerita hindustan pulak????? semuanya baik belaka….
jangan harap lepas kahwin,bila merajuk anda akan ada yang pujuk..kalau ada,alhamdulillah..banyak org kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta..perangai pasangan jauh berbeza..macam langit dgn bumi..masa bercinta,dia seorg yang amat penyayang, penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam.tapi takpa,bila dah kahwin,lewat lima minit,dah kena tengking..jadi,perwatakan semasa bercinta tak boleh dipercayai..percintaan adalah satu kepura-puraan… apa pun nilai kasih sayang di antara suami isteri hendaklah saling memahami di antara satu sama lain… baru rumah tangga aman damai…
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.
about 2 years ago
Mak & Ayah satu je di dunia
Suami atau isteri, masih boleh di cari atau ditukar ganti…
Hanya pendapat
about 2 years ago
Pandangan kepada persoalan di atas, tanpa restu orang tua, hanya kerana niat mengelakkan maksiat. Kita perlu menerangkan pekara yg sebenar tentang perhubungan yg telah lama terjalin… memohon maaf kpd kedua ibu bapa.. ceritakan kedudukan yg sebenarnya, jauh atau dekat bukan alasannya.. kalau dah Jodoh apa di tunggu
lagi… punn Dia seorang gadis yang baik, ilmu agamanya juga ada. Fikirkan buruk baik kalau kita tinggalkan gadis tersebut… kehidupannya akan hancur.lebur..dek kerana tergesa2 tinggalkan dia….
Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.
Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bersua muka, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.
Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.
Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32).
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.
Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat celanya.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada kekasih sesuatu membuatmu buta dan tuli.
Ungkapan… “Sudah kenal. Sudah lama kenal. “ mmg biasa kita dengar….
Untuk mereka, janganlah pula pendapat ini menjadi alasan untuk cepat seseorang itu memutuskan perhubungan. Janganlah biarkan diri kita dipandu oleh keputusan-keputusan emosi semata-mata. Jika pasangan lelaki atau perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah seadanya. Sya cukup terkilan apabila mendengar ada dari kalangan kita, khususnya Muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki Muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukannya dengan sewenang-wenang membatalkan hubungan. Ingatlah pesan Nabi SAW,
“Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. (HR. Tirmidzi)
Pesan sya dalam soal perkahwinan ini, JANGAN TERGESA-GESA, DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH.Nak Kawien….
!”. Mungkin di awal perkahwinan, suasana romantik itu kuat mendominasi rumah tangga. Ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri pula fokus kepada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak kedua, fokus itu perlu diubah suai lagi. Semasa itulah, rumahtangga lebih didominasi oleh tanggungjawab dan tugas. Seronok-seronok sudah berkurang sedikit. Tetapi ia adalah proses biasa.
Hubungan suami dan isteri boleh selamat dan terus memanjat usia matang pada tahun-tahun yang berikutnya. Selamat kerana proses itu berlaku di dalam perkahwinan, bukan di luar. Ini adalah kerana, perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. Ada hari air pasang, cinta memainkan peranan. Ada hari air surut, maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.
Akan tetapi bagi pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun, mereka masih belum berumahtangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya proses itu berlaku di luar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah, mereka akan memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja. Jadilah CINTA terluka….
Sebab itulah, kita sering memberi dorongan dan nasihat kepada mereka bahawa, kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa masih menuntut, jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.tapi Rinduuu!!!
Rumahtangga itu ibarat bahtera yang belayar di tengah lautan. Waktu tenang, mudahlah, tapi bila lautan bergelora, dilanda ribut, memang tak mungkin bahtera itu dapat diselamatkan kalau tidak dikemudi dengan iman dan taqwa.
Sebenarnya tujuan perkahwinan itu sangat besar. Niat awal kahwin itu sangat penting untuk menjamin lahirnya satu rumahtangga yang diberkati Tuhan. Nanti perjalanan rumahtangga tu, akan dibantu. Tuhan akan pelihara rumahtangga kita sampai rumahtangga tu boleh jadi syurga dunia sebelum Allah beri Syurga di Akhirat”.
“Tak salah. Tapi ini cuma persiapan lahir. Tak payahlah sampai membazir. Yang lebih penting, tambah ilmu agama sebagai persediaan. Baiki diri, betulkan SOLAT. Kuatkan hubungan dengan Tuhan. Kalau hati sentiasa berhubung dengan Tuhan, apa-apa problem pun kita boleh atasi. Especially bab nak taat suami. Bukan mudah tau. Lagilah kalau kita rasa kita lebih pandai dari dia. Nanti mulalah nak tunjuk ‘power’.Dalam setiap hal kita akan challenge dia. Habislah rumahtangga kalau isteri pun nak jadi ketua. Dalam rumahtangga ada seni-seninya. Itupun nak kena belajar…. Isteri jgn nak tunjuk terror dlm umah tangga biarlah suami yg kendalikan….
“Insya-Allah. Tahu tak orang dulu-dulu, sebulan sebelum kahwin, memang kena berkurung, sebab nak dapat seri muka. Sekarang nie.. buatlah perkara yang sama. Masa nak kawien ni, manfaatkan untuk tingkatkan ilmu Islam, untuk dapat iman. Insya-Allah, nanti suami akan rasa kahwin dengan wanita ni seolah-olah dia dapat sebutir permata berharga. Berbaloilah hantaran puluh-puluh ribu ringgit yang dia terpaksa beri tu”. Tidur pun lena….
Oleh itu kalau ada lelaki yg naik Kapcai pun… kalau sedap mata memandang.. dari segi tingkah laku dan pekertinya (seropa saya).. terimalah pinangan tu jangan di tolak.. nanti anda melepassss….!!!!!!!
about 2 years ago
Kita berkahwin untok diri kita bukan cita rasa mak bapak,kita yg hendak hidup bersama,hingga hingga ke penghujong jalan,walaubagaimana pun sebagai mak bapak kita kena rujuk kpd mereka -sahaja,kalau dah amat “mengilakan” teruskan dgn niat murni ,walau pun tampa restu mereka,tetapi harus ingat segala pahit maung dlm kehidupan rumah tangga jangan diungkinkan nanti – meludah ke langit muka sendiri yg terkena “itu lah man emak dah kata,kamu tak mahu dengar-sekarang apa dah jadi” memang yg haram itu rasa amat lazat samasekali,tetapi apa gunanya kelazatan semetara didunia,menderita selama2nya di neraka,bertaubat serta merta-sebelum mati-ke esokan hari……bila dah buka mata menyesal tak sudah….”dont worry be happy”
about 2 years ago
Semua benda yg haram sedap rasa nya,sebab cita rasa alunan dgn kuah iblis,sedap tidak dapat di bayangkan di sini dulu aku terkena panggilan bunian,aku makan rumput rampai-rasa nya memang best-macam makan peha ayam goreng,tambah Mr X lagi- bila dah berumor -kita rasa serba salah dgn gangguan persoalan yg bemain dalam kepala otak kita -”saolah2 di kejar dosa” Ada kah segala tindak tanduk kita seterusnya, dlm menghabiskan sisa2 hidup ini – akan di terima atau di ampuni atau akan menefaat kapada diri kita di alam barzakh nanti.Wahai roh2 yg maseh suci-jgn kamu selaputi diri mu dgn ketebalan – kekotoran duniawi ini -hingga kamu tidak akan dapat menyenali diri mu – melihat di luar kepongpongan dosa mu hingga saat saat ahkir.Allah maha penyayang dan maha pengampun.Kalau dia sayangi mu – akan menurunkan cabaran hidup untuk di lalui sebelum mati..
about 2 years ago
Islam telah memberikan panduan dalam mencari jodo,yaitu menerusi jalan yang di redhaiNya. Kita dibenarkan melihat calon isteri kita, setelah itu orang tua kita terutama ibu, kakak perempuan, atau adik perempuan kita juga boleh membantu kita dalam memperhati dan menyiasat latar belakang calon isteri kita. Bila telah berkenan lamarlah si dia itu, kalau Allah izinkan, Insya Allah sidia itulah akan menjadi isteri kita. Jauhi diri kita daripada berkawan terlalu bebas, seperti apa yang telah terjadi. Pintu taubat tetap terbuka, ayah mak juga perlu menimbangkan jangan sampai akibat buruk akan menimpa anaknya. Jika ayah mak tak mengizinkan pergilah ke yang pejabat agama, dimana akan memanggil orang tuanya, kalau masih tak ada jalan keluar, maka wali hakim boleh menikahkan mereka. Semoga keduanya mencapai keredhaan Allah dan kebahgiaan hidup yang berkekalan.Amin
about 2 years ago
Memang main secara haram itu jauh lebeh sedap, drp yg halal-perisa syaitan.Ada kala perkahwinan seterus nya kekal-tetapi mengalami berbagai cabaran hidup-dan dugaan drp ALLAH untok pengampunan seterus nya (?),pahit maung.Ada juga yg tidak kekal-cerai berai oleh sebab implikasi lakunan “makan dulu”….sebelum orang kebas ,baik aku sapu dulu,nak tunggu tak pa-tandak tunggu pun tak pa,aku dah rasa…susah nak kata,kadang kala kaum suka sapu aje-demdaman,kadang kala makwe nak belah-give up-takut lari,egosm….. wallauallam
about 2 years ago
Saya bersetuju dengan pandangan penulis sdr Azrul Alwi… bahawa Maksiat sepatutnya dihentikan sebelum berkahwin, diiringi dengan taubat. Perkahwinan pula dilakukan sekiranya takut perlakuan maksiat itu berulang dan bukannya berfikir, “tak mengapa kita lakukan ini, nanti kita akan kahwin jugak..” Ditakuti perkahwinan tidak menjadi, namun telah jauh terbabas sehingga tiada jalan kembali. Kehidupan masa depan jadi punah ranah.. terutamanya.. wanita… yg tersalah langkah bersama pasangan yg telah melakukan ADEGAN yang berat-berat…!!!! Berat yg. Macamana yer!!!!!
Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah. Kerana itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.
Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan Al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga. Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.
Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam. Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti. Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap baitul muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan. Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerna firtah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.
Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ar-Rum:30 “Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.”..
Oleh itu carilah pasangan yg. Benar2 ada Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung Al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya. Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan iman dan akhlak anak-anak mereka….
macam2 kita dengar Bohsia, bohjan dan juga Pengkid….. Donia-Donia…
Wallahu’alam.
about 2 years ago
membina masjid term lain untuk mendirikan rumahtangga maka rumah itu dipenuhi dengan ibadah kerana Allah bertiangkan islam dan iman.bila jadi anak tetaplah dan taatkan Allah, orgtua..kalaupun mak ayah masih belum restu jgn jadikan maksiat jalan keluar teruskan bersabar dan berdoa..Allah lembutkan hati mereka kerna Allah pemilik hati..mcm doa kita Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, kalau jadi ibu bapa pula bawak2 redha pada ank, mudah2an redha ibu bapa membawa redha Allah, Alah mudah2an ank2 kita berumahtannga dan bahagia.insyaallah.walahualam
about 2 years ago
ILMU ITU NUR YAKNI CAHAYA…
JIKA HATI HITAM PENUH DGN MAKSIAT(DOSA2)…
BAGAIMANAKAH ILMU ITU AKAN MENYELAMI DLM DIRI KITA..
ADAKAH CUKUP HANYA DGN SIJIL/DIP/DEGREE SBG PAMERAN…
INGATLAH KEHIDUPAN INI TIADA PENGHUJUNGNYA…
PERJALANAN KITA MASIH JAUH…
ALLAHU’ALAM…
p/s-minta ditegur jika ada silapnya..
baik hanya dr ALLAH…
about 2 years ago
Perkahwinan yang tak direstui..
…itulah yang berlaku pada saya. Sememangnya sukar mencari pasangan yang serasi tp bila dah jumpa, ku abaikan kelulusan dan kerja..yg penting dia pandai mencari rezeki untuk keluarga. Mula2 risau jugak kalau parents sy tidak menerima almaklumlah kelulusan yag tidak seberapa. Tp alangkah terkejutnya..mereka terima keputusan sy ttp malangnya keluarga pihak lelaki mempunyai calon menanti yg lain. Dimerisiknya senyap-senyap tanpa pengetahuan anak lelakinya. Sudahnya demi marwah keluarga..sy ditinggalkan. Katanya, ibunya lebih suka dia mengahwini perempuan yang lebih muda darinya..Salahkah jika kami sebaya?..Alasan: perempuan cepat tua. Tak Logik..!!!
Sy betul-betul pasrah dengan ketentuan ilahi. Mungkin saya belum lihat hikmah disebalik kejadian ini. Apa kurangnya diriku..??..kerja ada, rumah ada, kereta ada, pendidikan tahap degree..rupa takdela hodoh..sederhana. Saya cuba lupakan dia tp hingga ke saat ini saya masih belum jumpa penganti..tp dia bahagia dengan pilihan ibunya.
Ya Allah..hambamu pasrah dengan ketentuan mu. Dalam usia 27 tahun begini..harap2 sy masih ada peluang untuk bertemu dengan pasangan hidup. Tp sedikt sebanyak terasa juga peritnya. Tipu sekiranya hati ini tidak cemburu melihat kebahagiaan orang lain. Adakalanya terasa malu melihat diri sendiri..
Ya Allah..tabahkanlah hati hambamu..
about 2 years ago
buat saudari nur cahaya…alngkah perit bile saya sendiri dpt merasakan peraasaan saudari walaupun saya belum pernah berumahtangga..
about 1 year ago
masalah saudari nurcahaya sama dengan yang dialami oleh aq sekarang tapi yang membezakan nya hanya aqu masih lagi student dan petengahan tahun hadapan saya bakal menamatkan pelajaran diperingkat degree .hubungan yang tidak direstui oleh orang tua aq, aq tidak pernah membayangkan bahawa aq turut mengalaminya.aduh sungguh perit rasanya tambahan lagi aq merupakan anak kesayangan kedua ibubapa aq. pilihan antara putuskan hubungan atau teruskan secara diam2? dua pilihan yang amat susah.sudah setahun 7 bulan hubungan kami berjalan. selama itu aq dapat mengenali beliau sedikitr demi sedikit. alangkah tidak kusangka rupanya perwatakan dan peragai beliau saaama seperti bapa ku.ttp yang kurangnya beliau tidak berpelajaran seperti aku.disebabkan itu kedua ibu bapa ku menolak pilihan aku. apa yang patut aq buat? aq mempunyai pelajaran, rupa yang cantik, pakaian yang cantik, tapi untuk mendapatkan lelaki pilihan orang tua ku,aq gagal.mereka cuma meinta untuk mendapatkan lelaki yang sama level n pelajaran ku. tp itu yang aq xmapu berikan. apa yang patut ku buat?
about 1 year ago
kalau yakin bahagia sampai akhir hayat dan tidak akan ada masalah,lari kawin jer la..tapi kalau masih tak yakin dengan keputusan sendiri..sendiri mau ingat.perkahwinan adalah perjudian,ikut untung badan..bahagia tanpa piala.parents still no 1.coz kita pun akan jadik mak bapak gak kedepan..memang dapat elakkan maksiat dan menyekat dosa tapi betul ker pilihan kita takkan membawa unsur dosa tambahan?
about 1 year ago
kisah diatas seakan sama mcm kisah saya ..umur 35thn bertunang dgn suami org…dalam proses mahkamah, permohonan poligami isteri beliau tidak mengizinkan kami bernikah dengan bermacam2 alasan buruk ttg perangai suami nye diceritakan kepada Hakim…kami memutuskan pertunangan tapi saya rasa diri ini ditipu dek janjinya mahu bernikah dgn saya.kami bertunang selama 3 bulan je.tapi saya merasa beruntung kerana duit hantaran kawin sebanyak RM12500 masih dgn saya dan beliau pun telah menghalalkannya…Insyaallah moga Allah mengmakbulkan doa saya utk jodoh akan datang …amin
about 1 year ago
no komen
about 1 year ago
jgn wt maksiat..nti kantoi..bila kantoi,mengandung plak..bla mengandung,malu plak..bila malu,rasa nak bunuh diri..bila rasa nak bunuh diri,2 yg wt mcm2 2..bila wt mcm2,ada yg mati..bila mati,direct masuk neraka sebab bunuh diri..sapa yang malu???mak bapak korang jugak…….
about 1 year ago
Di atas dunia ni semua orang ada masalah. Samada dicari atau datang sendiri. Biasanya dicari. Wanita pula selalu impikan kesempurnaan, details dsbgnya yang susah nak dicari dan tidak dapat terima poligami. Lelaki pula perlu berpura-pura untuk memikat siwanita sebegini. Tidak semua orang bernasib baib di atas dunia ini. Tidak mengapa hidup sendiri kalu itu pilihan hati dan lebih bahagia dari menderita mempunyai pasangan yang tidak berguna.
about 1 year ago
untuk elakkan maksiat adalah dengan perkahwinan..tp perkahwinan perlukan restu ibu bapa..apa kata tanya sj ibu bapa, jika halang,siapa yg berdosa jika terjadi maksiat? aku bukan pandai beri nasihat, tp kalu dah mula hidup dengan maksiat, akan jd hanyut dan sukar ingin kembali.. dan selamanya hidup jd tidak tenang..
about 1 year ago
nur cahaya..cahaya..semoga diberikan kesabaran dan ketahanan..
Allahu Sobur..mintalah sedikit sabar drpNya, mdh2an ada kekuatan.
Allahu Alim..mintalah sedikit ilmuNya, mdh2an ada kyakinan atas sirah hidupMu yg tlh ditntukan..
about 1 year ago
pendapat yg dhaif..
bacalah comment omarm (wpun pjg berjela)..semoga ada manfaatnya..
about 1 year ago
ingat satu jer,dunia ini hanya persinggahan yang kekal abadi diakhirat kelak.kiter duk kt dunia ni jap jer macam orang musafir,nti kte kne g ke akhirat.jgn ler bt dosa,takut la mati,lg pun dunia ni dah nak kiamat,tanda-tanda kiamat dah ada.emm…………pape pun byk2 la ingat ALLAH S.W.T
about 1 year ago
ermm…. kcian kan aku pun menghadapi masalah ne ya alah ampun kan dosa ku ya allah
about 1 year ago
anang persa laban nya dosa ti besai aku madah ngagai kitak nagau manah
about 1 year ago
masalah saya juga same dengan nurcahaya dan hidayah. bezanya saya lelaki berumur 27, ada kerjaya, rupa. teman yang saye cintai juga baikl hati dan ade rupa
cuma hanya dari politeknik. ibu bapa saya tak terima sebab katenye tak setaraf dan jauh. sya kelantan dan dia KL. saya memang menghormati org tua. dah 4 tahun kami mcm ni\nak putuskan tiada terdaya. kami merancang nak kahwin bimbang terjebak maksiat. manusia ada tahap msg2. sya buntu
about 6 months ago
salam… peka kepada isu semasa adalah jalan terbaik, see..dimedia n dada akhbar? social problem?? salah siapa?? bukankan islam itu cukup lengkap? bukankah Melayu itu takkan hilang didunia? mengapa wujud kecelaruan cinta lagi…?? ayuh…kita pimpin tangan yg hampir terkulai dek cinta nista… pernahkah kita renung akn cinta Rasulullah s.a.w kpd saiyidatina Khadijah?
terlintaskah kita sejauh mana cinta kita kpd diri sendiri,Sang Pencipta…. ibu bapa?keluarga,teman,guru?? sama2lah kita hayatinya dan muhasabahkan utk diri kita
about 1 month ago
salam…sy dalam dilema dan keresahan…sy masih menuntut di peringkat masters di ipta malaysia…masalah sy adalah sy sedang bcinta dgn seorang lelaki yg dlm proses bcerai dgn isterinya krn masing2 dah xsehaluan…bkn kerana kehadiran sy…sy bumur 24thn dia pula 38thn dan kami sering bjumpa dan hati sy selalu ingin dekat bsamanya…masalahnya sy nak sgt kawin dgn dia cepat2 kerana ingin mengelakkan maksiat dan ingin mencari kesempurnaan hidup yang diredhai allah s.a.w…masalahnya status dia skrg blm settle lg…dan ibu sy amat memilih menantunya krn sy anak perempuan tunggal…dia mahukan yg perfect…sy pula xkisah asalkan dia ada pendapatan yg mjamin dan menyayangi sy seadanya…tolong sy!!!!!
about 1 month ago
Salam Diya,
- 24 tu masih muda.
- kes di mahkamah syariah memang lambat sikit. Kalau nak cepat saudari kena ’sign-up’ sebagai isteri kedua. Takut sebelum iddah, dia rujuk balik dengan isterinya. Maka kekallah title isteri kedua kat saudari.
- Mak saudari sayangkan saudari. Tunggu dah ada anak sendiri, atau selepas mak meninggal (maaf cakap) baru ramai nanti faham. Sekarang ni cerita apa pun memang tak nampak.
- Taubat daripada maksiat adalah sebelum kahwin, bukan selepas. Tidak ada nas pun yang mengatakan bahawa jika seseorang itu berzina kemudian dia berkahwin dengan kekasihnya itu, dosa berzina dahulu diampunkan. Ia mungkin mengelakkan dosa akan datang, tetapi yang terdahulu tetap dosa. Jangan sampai dibawa masuk ke alam perkahwinan.
- Apabila dah taubat dan insaf dan tenang serta ikhlas kepada Allah. Selalunya seseorang itu akan mula terbuka minda. Syukur atas hidayah. Dia dah boleh terima dah bahawa bukan lelaki ‘itu’ saja yang berada kat planet bumi. Ramai lagi rupanya. huhuhu ..
- Beza kalau orang tu dah kahwin, baru nak taubat. Sebaliknya pasangan dia dok macam tu jugak. Last-last dia sedar, yang dia rupanya dah tersalah kahwin. Dia dah tak compatible dengan pasangannya. Masa tu keretakkan akan mula berlaku kepada mereka yang mempunyai spritual yang lemah.
Anda bukan pertama yang bertanya sedemikian.
Wallahu’alam.
- try baca
http://webblog.myjodoh.net/2007/11/29/bawa-bersabar-memilih-jodoh-dan-jangan-tergesa-gesa/
http://webblog.myjodoh.net/2007/10/22/antara-ibu-bapa-dan-kekasih-hati/
http://webblog.myjodoh.net/2007/11/13/kuasa-hebat-solat-istikharah-dalam-memilih-jodoh/