.. mencari si dia yang soleh ..
Archive for May, 2008
Kalau Wanita Bos Bertemu Dengan Lelaki Kuli
May 2nd

(gambar hiasan)
لَا تُنْكِحُوا النِّسَاءَ إلَّا الْأَكْفَاءَ ، وَلَا يُزَوِّجُهُنَّ إلَّا الْأَوْلِيَاءُ ، وَلَا مَهْرَ دُونَ عَشَرَةِ دَرَاهِمَ
Di dalam sebuah hadith daripada Jabir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak boleh dinikahkan seorang wanita kecuali dengan yang sekufu, dan tidak boleh dinikahkan melainkan oleh walinya, tidak ada mahar yang kurang daripada 10 dirham”
(Hadith riwayat Baihaqi, hadith ini mempunyai sanad yang terputus. )
Kufu bermaksud sama taraf. Pada istilah fuqaha, kufu ialah setara di antara suami dan isteri demi untuk mengelakkan keaidban pada beberapa perkara yang tertentu seperti agama, keturunan, kemerdekaan pekerjaan dan harta.
Jumhur selain daripada mazhab Maliki mengira kerjaya sebagai satu sifat pada kufu. Ini bermaksud lelaki yang mempunyai kerjaya yang rendah dan hina adalah tidak layak bernikah dengan wanita yang mempunyai kerjaya yang mulia.
Para fuqaha bersepakat bahawa kufu merupakan hak bagi perempuan dan juga hak bagi para walinya. Sekiranya perempuan berkahwin sendiri dengan orang yang tidak sekufu, maka para wali mempunyai hak menuntut supaya ‘aqad itu difasakhkan. Begitu juga jika wali mengahwinkannya dengan orang yang tidak sekufu, maka perempuan waliannya berhak menuntut supaya difasakhkan perkahwinan itu.
Dari segi kelaziman masyarakat kita .. memang rata-rata lelaki kuli agak keberatan menerima wanita bos sebagai isteri mereka. Tahukah anda sebabnya? Atau mungkin anda merupakan salah seorang lelaki yang tidak keberatan.
Wallahu’alam..
Rujukan
al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuhu al-Juz’ al-Sabi’ (Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain), Dr Wahbah al-Zuhaili, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001. ms305 – ms326
Salahkah Wanita Memilih Yang Lebih Kacak?
May 2nd

Kita sering mendengar ada pihak yang mengeluh terdapat segelintir wanita yang hanya memberi tumpuan kepada mereka yang kacak dan bergaya sebagai calon suami. Mereka menyelar golongan wanita ini kerana membelakangi golongan lelaki yang beragama dan mengutamakan rupa. Salahkah wanita mengutamakan rupa?
Berhubung dengan rupa, Muhammad Abdul Aziz Al-Halawi, di dalam bukunya Fatawa wa Aqhidyah Amiril Mu’minin Umar ibn Al-Khattab menceritakan Umar pernah berkata, “jangan kamu kahwinkan puteri-puteri kamu dengan laki-laki yang hodoh rupanya, kerana rupa dapat mengakibatkan mereka tertarik, seperti lelaki tertarik kepada wanita.”
Justeru, adalah tidak menjadi satu kesalahan seorang wanita menilai seorang lelaki berdasarkan rupa dan penampilanya. Hanyasanya biarlah ‘outlook’ tersebut diiringi dengan kemantapan beragama.
Wallahu’alam.
Rujukan
Fatawa wa Aqhidyah Amiril Mu’minin Umar ibn Al-Khattab, Muhammad Abdul Aziz Al-Halawi.
