Kenapa Tiba-Tiba Rasa Tak Nak Kahwin Di Saat-Saat Akhir?

Saya bertemu dengan seorang sahabat yang akan berkahwin di dalam masa 10 hari lagi. Beliau bertanya saya, “apa hang rasa kalau lagi sepuluh hari nak kahwin?”

“Rasa macam tak nak kahwin,” jawab saya dengan spontan, diikuti dengan sambutan ketawa daripada seorang rakan lain yang berada di situ.

“Takut culture shock ka?” Tanya rakan ketiga itu.

Dak, tetapi memang perkara biasa untuk depa yang nak berkahwin. Depa akan rasa macam tu.” Saya menjelaskan.

“Dulu, aku rasa macam Zaidi rasa juga.Bila aku confuse, aku telefon tanya sorang member aku.” Saya menceritakan pengalaman.

“Dia cerita kat aku satu hadith yang buat aku faham pasai apa aku rasa macam tu.” Saya menambah. Sebuah hadith yang menyatakan bahawa kerja-kerja menceraikan manusia merupakan kerja-kerja mulia syaitan. Sekaligus membuat saya faham kenapa perasaan tidak ingin berkahwin boleh terbit di saat-saat akhir.

Kedua-dua sahabat mendengar hadith yang saya ulangi, walaupun mata masing-masing tertumpu ke arah layar TV besar .. ulang tayang Chelsea melawan Liverpool.

Imam Muslim merekodkan sebuah hadith daripada Jabir r.a.. Katanya Rasulullah s.a.w. bersabda,“Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian ia mengirimkan bala tenteranya. Tentera yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah lakukan ini dan itu.’ Iblis menjawab, ‘Engkau belum melakukan apa-apa.”

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam melanjutkan, “Lalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, ‘Tidaklah aku meninggalkannya sehingga aku telah berhasil memisahkan dia (suami) dan isterinya.’’ Beliau melanjutkan, ‘Lalu iblis mendekatkan kedudukannya. Iblis berkata, ‘Sebaik-baik pekerjaan adalah yang telah engkau lakukan.” [1]

Rujukan

[1] http://hadith.al-islam.com ;  Sahih Muslim,  #5032

14 Trackbacks