Adakah Transaksi Pembayaran Kepada myJodoh Haram?

Seorang pengguna telah menemui sebuah laman web (yang juga mengadakan pencarian jodoh) mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

Fiqah Muamalah membincangkan syariat peraturan perhubungan antara manusia, masyarakat termasuklah perniagaan, jual-beli, kewangan, dan ekonomi.

Dari segi syariah, sumber kewangan yang diperolehi oleh portal jodoh lain seperti MyJodoh.net dan MuslimMatrimonial.com mungkin TIDAK HALAL kerana mereka mengenakan bayaran untuk sesuatu yang sebenarnya hanyalah email dan nombor telefon ahli.

Manakala portal jodoh Islam ini sedaya-upaya menyediakan PERKHIDMATAN MENCARI JODOH dan menguruskan Majlis Takruf dan Perjumpaan, dan ini boleh diberi ganjaran atau upah.


Saya lalu menulis dan bertanya kepada beberapa ulama seperti berikut :

Salam, Nama saya Azrul, pengendali dan pemilik laman web myJodoh (www.myjodoh.net). myJodoh telah diasaskan pada Disember 2002 dan berfungsi untuk membantu muslimin dan muslimat menemu pasangan hidup.
Konsep Pembayaran di myJodoh
Peserta menyertai myJodoh dengan percuma.

Caj dikenakan apabila pengguna ingin mengiklankan maklumat berhubung mereka (nombor telefon, emel, laman web dan sebagainya) dalam tempoh tertentu (3 bulan, 6 bulan atau 1 tahun). Sesiapa sahaja yang mendaftar secara percuma boleh melihat maklumat mereka yang menghubungi mereka sekiranya berminat. Mereka juga boleh mengguna sistem pesanan peribadi, forum dan beberapa ruangan tertentu yang dikhaskan untuk pengguna berbayar.

Sekiranya seorang pengguna berdaftar percuma (tanpa membuat pembayaran iklan seperti di atas) dan meninggalkan maklumat berhubung untuk dihubungi. myJodoh akan menjual maklumat berhubung tersebut dengan kadar tertentu kepada pengguna lain yang berminat kepada mereka.

Persoalan

Saya ada menerima kritikan daripada beberapa entiti/laman web pesaing yang mendakwa dari sudut fekah muamalat transaksi pendapatan seperti diatas adalah tidak sah. Harap tuan boleh jelaskan kerana ini amat merunsingkan saya. Mudah-mudahan Allah s.w.t. membantu tuan dalam menyatakan kebenaran.

Terima kasih.


Lalu menerima jawapan seperti berikut, daripada :

  • Dr Danial Zainal Abidin, bekas Yang Dipertua JIM Pulau Pinang melalui telefon telah mengatakan, “tidak mengapa. myJodoh merupakan sejenis perkhidmatan.”
  • Prof Madya Dr Radzi Othman , seorang pakar hadith dari USM, Pulau Pinang, melalui sahabat saya Abu Hasif, telah berkata, “tidak ada masalah dengan ini.”
  • Ustaz Abdul Rashid, Presiden Institut Al-Qayyim telah menjawab secara bertulis seperti berikut :

    Berdasarkan penjelasan yang diberikan, boleh difahami bahawa bayaran yang dikenakan adalah dalam dua bentuk:

    1. caj untuk pengiklanan.
    2. caj untuk perkhidmatan menyimpan dan menyebarkan data.

    wallahu a’lam, apa yang zahir tiada unsur penindasan, penipuan atau perkara-perkara yang dilarang syarak. Hukumnya HARUS, oleh itu barangsiapa yang mendakwa ia tidak sah di sudut syarak mestilah membuktikan di mana kesalahannya. Tidak cukup sekadar dakwaan yang mungkin dilatari oleh perasaan dengki dek persaingan dalam industri yang sama.

  • Sahibul Samahah Dr Mohd. Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis telah menjawab secara bertulis seperti berikut :

    itu sebgai upah dan ianya sah.


Mudahan-mudahan keterangan ini memberi penjelasan kepada mereka yang bertanya melalui emel. Terima kasih kerana menyemak terlebih dahulu dengan saya. Semoga anda diberkati.

9 Trackbacks