.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Semalam Di Ipoh ..

May 20th, 2008 | Posted by azrul.alwi in Pasangan myJodoh

Saya berada di Ipoh hujung minggu yang lalu. Ada beberapa tujuan saya ke sana, antaranya adalah melawat seorang sahabat lama yang bernama Jak (Panggilan itu adalah sempena cerita siri Kojak). Beliau merupakan antara warga internet terawal yang mendirikan rumahtangga setelah berkenalan di internet. Beliau telah berkenalan dengan isterinya pada tahun 1998 dan sekarang telah berumahtangga dan mempunyai dua cahaya mata. Anak beliau yang sulong sudah pun darjah satu. Mudah-mudahan beliau sentiasa diberkatiNya.

Saya juga sempat “drop by” ke majlis kenduri saudara Azuan di Ipoh. Majlis beliau bertemakan warna hijau diadakan di Dewan Silver Haritage, Ipoh. Beliau dan isterinya kedua-duanya peramah dan bijaksana. Memang pasangan yang sepadan. Rupa-rupanya menyertaan saudara Azuan di myJodoh adalah atas “recommendation” saudara Shahrani. Saudara Shahrani juga telah bertemu pasangan hidupnya di myJodoh pada tahun 2004 kot (kalau tak salah saya). Mudahan-mudahan kesemua diberkatiNya.

Keesokkan harinya, saya sempat meninjau-ninjau “pasar pagi” di Ipoh. Keadaannya lebih kurang seperti “pasar karat” di Petaling Street atau Road Walk di Penang. Dalam perjalanan pulang , kami singgah di Zoo Taiping.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

6 Responses

  • nontak says:

    ..Banyak berjalan ..banyak pengelaman..banyak cerita dapat dikongsikan..itu lah tuah nya ade MYJ..berharap tuan punya web serta kakitangan dapat pahala bukan bala..bagi peserta jangan mengambil kesempatan …tempat ni bukan taman suka2 atau cari “spare parts” atau pakai buang pilihan.. GOOD LUCK.

  • siti sab says:

    Alhamdulillah, semoga diberkati sampai syurga. Ipoh tu dulu tempat saya pi outing empat tahun setengah masa belajar undergrad di tronoh 😀

  • Omarm says:

    Ohh… Ipoh mali tatak sombong begitulah sinonim ayat yg di dengar dari zaman kanak2 hingga sekarang… Munkinkah orang di sana baik2 dan tidak sombong serta mudah mesra…!!! Macam sahabat kita En VanCkulop.

    Pada Pak Jak teman tumpang bergembira kerana anak sulong telah masuk dh.1.. dan doa teman semuga pak Jak sekeluarga di berkati Allah sentiasa…
    Saudara Azuan dan Isteri selamat pengantin baru dan selamat menjalani kehidupan berumah tangga.aman bahagia…dan pernikahan pun jadi diberkati Allah Subhanahu wa Ta’ala. Alam rumah tangga pun bakal di tempuhi dengan diiringi keikhlasan, kesabaran, dan tawakal kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

    Rakyat Perak pun ada MB Baru.. berkata, kerajaan yang diterajui pada masa ini bukanlah merupakan kerajaan yang mengamalkan sikap berdendam dengan kerajaan terdahulu walaupun terdapat banyak bukti terhadap mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab sewaktu memegang amanah.Oh.negeriku semuga kau di dalam perilaharaan Allah…

    Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal.Di situ ada Hotel Haritage… Agaknya di Dewan Silver Haritage nie Azuan mengadakan Kenduri… kalau tak silap teman…

    Nama Bandaraya Ipoh diambil sempena Pokok Ipoh yang tumbuh meliar di sekitar kawasan tempatan. Getahnya yang beracun digunakan oleh orang asli pada suatu masa dahulu untuk menyumpit binatang liar. Teman pun biasa guna sumpitan nie.. sajer nak belajor… mana tahu kalau sesat dalam hutan.. buleh guna jugak…..

  • PuRpLe says:

    Esok bila sampai time kita kahwin harap pakcik n k.ayu mai tmpt kita noh..dekat pulak tue..ntah aku akan kahwin ke tak nie..??Rancang pun tak,calon pun tak tetap n tak tau yg mana satu pilihan,ermm lastly malaih nk pikiaq..hrmm..janji mak bapak tak desak anak kahwin sudahlaa..kang tekanan,masuk spital plak.!eheh.. 😛

  • OMARM says:

    He!he!! Nampak misai & lobang idung ttp mjadi pojaan.



Leave a Reply