Jangan Salah Faham, myJodoh Bukan Agensi Pencari Jodoh | myJodoh WebBlog
.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Jangan Salah Faham, myJodoh Bukan Agensi Pencari Jodoh

May 20th, 2008 | Posted by Bahagian Teknikal in Teknikal www.myjodoh.net | Umum

This post has already been read 221 times!

(Imej Laman web myJodoh pada Ogos 2002, yang direkod oleh Webarchive.org)

Jangan salah faham, myJodoh bukan agensi pencari jodoh. myJodoh tidak akan mencari pasangan hidup untuk anda, sebaliknya anda perlu berinterasi di myJodoh untuk mencari pasangan hidup dengan sendiri.

myJodoh adalah tempat untuk mereka yang mencari pasangan hidup berkumpul, berdaftar dan mengiklankan maklumat diri melalui pakej yang disediakan. Sesiapa yang ada jodoh di sini, maka itu adalah jodoh anda. Sesiapa yang tidak ada boleh memanjangkan tempoh pengiklanan atau mencuba kaedah lain.

Dengan menggunakan kuasa internet, myJodoh akan memberitahu anda siapa yang sedang mencari pasangan hidup. Dalam masa yang sama myJodoh juga akan memberitahu pengguna lain tentang kewujudan anda. Jika berminat, anda atau si dia boleh berhubung melalui kaedah yang disediakan. Sedikit caj akan dikenakan untuk mengiklankan maklumat berhubung anda (Pakej A) atau mendapatkan maklumat berhubung mereka yang tidak mengiklan. (Pakej B)

Kaedah ini amat mudah, murah dan menjimatkan masa. Dengan teknik yang betul, pencarian pasangan hidup akan menjadi mudah. Dengan teknik yang betul juga, sebarang bentuk penipuan mudah dihindarkan.

Secara am, tugas utama saya adalah menambah jumlah kepenggunaan laman web, agar tidak tinggal aku, engkau dan si Leman sahaja di myJodoh. Lebih ramai pengguna yang aktif, lebih besar kebarangkalian seseorang bertemu pasangan hidup. Setakat ini alhamdulillah, setiap hari pasti ada pengguna baru yang berdaftar.

Pendirian saya amat mudah, saya tidak layak mencari pasangan hidup untuk sesiapa. Saya tidak mengenal kebanyakan pengguna secara peribadi. Untuk berkata “aku kenal si fulan dan ia sesuai untuk engkau” tidak semudah yang disangkakan. Menurut Dr Abdullah Nashih Ulwan di dalam Tarbiyatul Aulad, ia memerlukan syarat-syarat khas. (Kalau saya tolong carikan pun, tidak bermaksud saya syorkan, dan ia dilakukan secara percuma.)

Maklumat yang kita dapat daripada kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil, ijazah-ijazah, penampilan luaran, kata-kata, tidak mencukupi untuk kita berkata, “aku kenal engkau..” atau ..”engkau tidak sesuai dengan dia ni, engkau lebih sesuai dengan si fulanah ..”

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Muslim, Utsman r.a. pernah menyatakan tawaran kepada Ibnu Mas’ud, “Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah.” Ibnu Mas’ud kemudian membacakan hadith masyhur yang sering kita dengar. (Riwayat Imam Muslim: 2485) Melalui riwayat ini kita tahu bertapa rapatnya hubungan di antara para sahabat sehingga mereka boleh mencadangkan seorang jodoh untuk sahabat mereka. Hubungan tersebut mungkin berbeza dengan orang yang tidak kita kenali.

Maafkan saya, saya tidak berani melangkah masuk ke wilayah ini. Apatah lagi, membina rumahtangga adalah satu perkara penting dalam kehidupan manusia. Ia melibatkan soal hati, soal keluarga dan ia merupakan rancangan masa panjang ke akhirat. Justeru, adalah lebih baik pengguna belajar mengenali dan mencari sendiri. Saya akan memberi khidmat nasihat sedaya mampu sekiranya diperlukan. Alhamdulillah, kaedah ini telah banyak menyebabkan ramai pandai memilih dan ramai yang bertemu jodoh di myJodoh.

Seperkara lagi, myJodoh juga tidak pernah mengadakan apa-apa majlis untuk menemukan anda dengan sesiapa. Biasanya majlis-majlis, aktiviti, program dan sebagainya yang pernah diadakan adalah anjuran komuniti myJodoh sendiri. (Tidak dinafikan ada peserta yang bertemu jodoh ketika menghadiri program-program tersebut … dah jodoh mereka.) Saya hanya membantu mempromosikan program tersebut sekiranya ada komuniti yang meminta berbuat demikian. Program terakhir, Gathering Aidil Fitri telah diadakan pada bulan syawal tahun lalu.

Pengguna juga tidak semestinya memberitahu saya sekiranya mereka telah menjumpai pasangan hidup di sini. Melalui pengalaman, saya belajar rata-rata mereka yang lanjut usia, janda, duda, anak-anak dato, orang-orang kenamaan atau yang berpoligami tidak mahu perkahwinan mereka diketahui orang. Ini merupakan antara sebab saya tidak menyiarkan senarai mereka yang sudah bertemu jodoh di sini.

Justeru, semuanya terpulang kepada anda, sekiranya dijemput, sudah tentu saya akan angkut anak isteri pergi makan kenduri. Saya akan ambil gambar dan simpan sebagai kenangan di hari tua saya esok dan mendoakan anda. Sekiranya hanya diberitahu 1 tahun kemudian, pun saya akan ambil gambar dan juga mendoakan anda. (ada jugak orang buat macam ni..)

Sekiranya tidak diberitahu, its ok. Semoga anda diberkati.

Dan …. jangan terlalu risau, maklumat statistik dan pemerhatian saya menunjukan lebih 90% daripada pengguna myJodoh akhirnya akan berumahtangga setelah menyertai myJodoh. Walaupun bukan semua yang bertemu jodoh di myJodoh, tetapi mereka selalunya mendapat pasangan hidup setelah menyertai myJodoh.

Ini bukan menunjukan myJodoh ini ada keramat atau kuasa ajaib. Tetapi ia mungkin menunjukan para pengguna berkenaan mengalami beberapa perubahan diri ketika menjadi komuniti myJodoh. Ini termasuk ilmu, tambah kenalan, cara pemikiran, cara pergaulan, cara memilih, persepsi, penilaian, dikecewakan dan sebagainya.  Akhirnya mereka lebih berpengalaman dan lebih mudah mengenal pasti pasangan hidup mereka walaupun di tempat lain.

Rasanya cukup setakat ini, harap-harap selepas ini tidak akan wujud sebarang salah faham.

Terima kasih.

Wallahu’alam.

FacebookTwitterGoogle+Share

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

18 Responses

  • u.aida says:

    ai ai cip :D

  • PuRpLe says:

    Ehh Pakcik gmbr bayang2 tue sapa erk?Pakcik ke or Hitrik Roshan ke tue??Pakcik pun dh jadi Hero industan erk?? :D hihihi..Jgn mare..tak leh gurau gi dok surau..!

    Klu Hitrik Roshan yg join..FuhYooOO ramai yg berebut..!
    Jgn mare noh kwn2 yg lain sb terlari topik..

    Bab tajuk diatas nie,Terpulanglaa pd pendapat individu masing2 nie..Sepanjang kita sendiri yg join myjodoh,ok gak,tak dak masaalah,klu bab org nk permainkan perasaan kita,itu lantaq koranglah nk main2 ke nk tipu apa ke,punya pasai kat hang!Yg penting kita tak bg hati 100% n jgn sampai kita lupa diri sudahlaa..klu lupa diri hingga terhanyut,tak tahulaa nk cakap,itu yg lebih parah..! ;)

    Org kata baik kita sendiri yg kenai warna2 pelangi n ragam2 org..!Berbeza2 warna pelangi..ada yg cantik,kabur,tak rata,warna lari,retak n macam2 lagilah..!huhuhuhu
    Cakap pandai beb!!eheh.. :D :P

  • Omarm says:

    Terima kasih Saudara Azrul yg. berterus terang, tentang hasrat Murni MYJ di ujudkan supaya tidak timbul salah faham di antara pengguna di MYJ antara satu sama lain…

    Kita mesti berfikiran terbuka dalam menentukan hala-tuju mencari pasangan masing2.. di MYJ cuma membantu mengikut citarasa masing2.untuk memilih pasangan.. Cuba kaji kelemahan diri sendiri… mengapa jadi begini.???.. kaum wanita mudah merajuk dan kecewa kalau hajatnya tak tercapai…

    Sememangnya tidak ada jalan mudah untuk mencari cinta sejati. Namun sebagai wanita anda boleh berusaha dan mencari jalan bagaimana lelaki boleh tertawan dengan anda lantas jatuh cinta… Cinta tidak boleh di paksa.. ia akan datang sendiri… Coba jgn tak Coba…

    Lihat di sekeliling kita, terdapat beratus malah beribu lelaki yg boleh di jadikan teman Lelaki… Kiranya anda kurang menarik(cantik) anda boleh mencari pasangan menarik..
    Lelaki tampan(seropa saya) tidak semestinya memilih wanita cantik sahaja.. Biarpun lelaki mudah terpukul dan tergugat dengan kecantikan wanita… wanita cantik mudah meninggalkan psgn bila dapat lelaki yg dianggap lebih terbaik… Anda jua mungkin mempunyai peluang sekarang… tapi sopan santun, percakapan harus di jaga… takut di salah anggap….

    Tidak menjadi perkara yg sia2 sekiranya anda mengambil sedikit masa untuk berhias, mengenakan solekan (boh gincu tebal2 mcm wayang cina) dan menitik beratkan penampilan diri dan juga cara berpakaian sesuai dgn adat ketimuran… jgn berpakaian sendat sangat… nanti terkoyak.. teman lelaki lari lintang pukang…

    Jika rasa selesa berbual dgn teman lelaki itu petanda baik dan anda mudah mesra dan ini akan memikat lelaki.. ajak minom kopi dulu jgn malu2…. supaya serasi…

    USAH terus “menangkap” Lelaki untuk di jadikan teman hidup.. Seeloknya dekati mereka sebagai sahabat terlebih dahulu.. Cara begini bukan sahaja membina perhubungan malah akan mendekatkan diri anda dgn si dia… Kemungkinan persahabatan anda selama ini akan berakhir sebagai pasangan kekasih…

    Cari inisiatif utk mendekati Lelaki yg anda minati… jgn berdiam diri… nanti org lain kebas… anda melopong!!! Di Maya ini segala kemungkinan akan berlaku… oleh itu hati2 memilih pasangan jika sebarang angan2 tidak seperti yg diharapkan…

    Oleh itu marilah kita memberikan Sokongan terhadap MYJ supaya lebih ramai pengguna yang aktif, lebih besar kebarangkalian seseorang bertemu pasangan hidup. Insa’allah semuga kita sesama berusaha mencari kebahagian di Donia, mahu pun akhirat….

    Usah bimbang dengan diri sendiri dan berusaha mempamerkan sifat yg. baik yg terlindung dalam diri… Munkin ada lelaki yg tertarik disebabkan penampilan jujur Anda…
    Selamat mencobaaaa!!!!!!

    Wallahu’alam..

  • hawa says:

    bro omarm, drpd pemerhatian sy, encik ni pandai menulis la… best jugak baca pendapat org lain, ade mase bole hilangkan rase risau sendiri…(pendapat ikhlas tp jauh…) :)

  • Cik La says:

    noted.
    thanks boss… :)

  • Omarm says:

    Hai!! Cik la… Dh lama tak jumpa. Mai la minom kopi..

  • As says:

    Terima kasih Azrul. Semoga Allah merahmati kamu atas hasrat murni meng’ada’kan myjodoh.net ini dan memegang pada amanah dan janji sungguhpun ianya adalah alam siber.

  • Razlah says:

    Apa saja dalam hidup,buat yg terbaik,kemudian laluinya dengan penuh redah segala yg berlaku dn terjadi,kerana yg baik akan allah balas juga dgn abik

  • noorhayati says:

    saya sebenarnya ingin mencari jodoh yang sesuai .saya
    berharap agensi bole membantu saya.ciri2 pilihan saya adalah seorang lelaki bujang atau duda.usia antara 40-50 tahun.bekerjaya dan berpewatakan yang baik. saya yati
    ibu tunggal,45 tahun.anak 3,usahawan dari perak.

  • ayuwahida says:

    salam saya ayu ingin mencari jodoh,kerana saya kesunyian setelah ketiadaan suami.umur 28, tinggi 165cm,melayu kulit kuning lagsat.

  • FARAH MOHD FAUZI says:

    SALAM SAYA FARAH INGIN MENCARI CALON SUAMI KERANA MEMIKIRKAN MASA DEPAN ANAK2 SAYA UMUR 28 TAHUN

  • alesirnez says:

    Hee5 ada gak owg guna laman ni buat cari jodoh yea…??? setahu aku cara cam ni banyak yg kena tipu… aku tak salahkan sesiapa…. cuma yg nak cari jodoh tu mestilah jujur, ikhlas & tulus…herm.. dgn cara ni barulah hubungan tu akan berkekalan…

  • hasri says:

    hai semua… sy org baru kt cni.. nk cri jodoh kt cni gk la…hehehehe

  • hasri says:


    hasri:

    hai semua… sy org baru kt cni.. nk cri jodoh kt cni gk la…hehehehe

  • anna says:

    hye semua…nk cri jodoh la nk hilang kn kesunyian

  • anna says:


    anna:

    hye semua…nk cri jodoh la nk hilang kn kesunyian

  • anna says:

    hye semua sy nk cr jdoh sunyi la

  • anna says:


    anna:

    hye semua sy nk cr jdoh sunyi la


    anna:

    hye all … nk nk cri lost mate to silence kn


    anna:

    hye all quiet jdoh sy nk la cr



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by Comment SPAM Wiper.