Kahwin: Apabila lelaki lebih muda daripada wanita

Tempat tersemadinya jasad Saidatina Khadijah“Tak mengapa kalau isteri tua, nabi pun berkahwin dengan wanita yang lebih tua juga …”, begitulah kebanyakan orang apabila mendengar seorang lelaki muda akan berkahwin dengan wanita yang lebih berumur daripadanya. Mereka mengatakan begitu sambil merujuk dengan perkahwinan Rasulullah dan Khadtijah.

Itu mungkin bukan kebenarannya!

Terdapat pendapat-pendapat daripada kajian ulama moden yang Khadtijah r.a. sebenarnya masih muda, sekitar umar 20an ketika berkahwin dengan Rasulullah.

“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadtijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)

Di tempat lain , Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadtijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)

Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadtijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun.

[ Umur meninggal – tahun hidup bersama nabi = umur kahwin dengan nabi ]

:: 50 – 25 = 25 tahun

Hafiz Ibn Kathir telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. ) adalah salah dan tidak benar sama sekali..

Kesimpulannya, syarak tidak melarang lelaki berkahwin dengan wanita yang lebih berusia. Namun, jangan kisah perkahwinan Rasulullah dan Khadtijah dijadikan alasan kerana riwayat tentang umur Khadtijah ketika perkahwinan itu masih boleh dipertikaikan.

.

.

Wallahu’alam.

.

Rujukan

93 Trackbacks