.. mencari si dia yang soleh ..
Kahwin: Apabila lelaki lebih muda daripada wanita
“Tak mengapa kalau isteri tua, nabi pun berkahwin dengan wanita yang lebih tua juga …”, begitulah kebanyakan orang apabila mendengar seorang lelaki muda akan berkahwin dengan wanita yang lebih berumur daripadanya. Mereka mengatakan begitu sambil merujuk dengan perkahwinan Rasulullah dan Khadtijah.
Itu mungkin bukan kebenarannya!
Terdapat pendapat-pendapat daripada kajian ulama moden yang Khadtijah r.a. sebenarnya masih muda, sekitar umar 20an ketika berkahwin dengan Rasulullah.
“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadtijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)
Di tempat lain , Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadtijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)
Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadtijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun.
[ Umur meninggal - tahun hidup bersama nabi = umur kahwin dengan nabi ]
:: 50 – 25 = 25 tahun
Hafiz Ibn Kathir telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. ) adalah salah dan tidak benar sama sekali..
Kesimpulannya, syarak tidak melarang lelaki berkahwin dengan wanita yang lebih berusia. Namun, jangan kisah perkahwinan Rasulullah dan Khadtijah dijadikan alasan kerana riwayat tentang umur Khadtijah ketika perkahwinan itu masih boleh dipertikaikan.
.
.
Wallahu’alam.
.
Rujukan
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on May 13, 2008 at 6:14 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 12 months ago
salam…
byk komen dan pengalaman yg dikongsikan bersama pembaca topik nie.
saya mencari info berkaitan sebagai panduan sekiranya saya terjebak dengan “bercinta dengan lelaki yang leboh muda.”
dan saya terjumpa ruangan ini.
dari pembacaan saya, ramai yg menghadapi masalah berkawan dengan lelaki yg lebih muda.
ini sedikit sebanyak menakutkan saya.
sebelum ini, saya menolak untuk bercinta @ berkawan dengan lelaki yg muda.
tetapi, baru2 ini saya keluar dengan seorg lelaki yang muda setahun daripada umur saya dan terdapat “kelainan” @ hint yang ditonjolkan hamba allah itu.
ia merisaukan saya.
about 12 months ago
Sye rase x salah mengahwini lelaki muda..asal die seorang yg matang..suami sy pun 6 tahun mude dr sye..lebih senang..sye dpt mengajar die dr pelbagai aspek.kire x byk masalah lah…huhuhu
about 11 months ago
salam,
sy sendiri pun bercinte dengan perempuan 6 tahun lebih tua dari sy… sampai sekarang alhamdulillah kami ok.. happy..
bermula dari laman web jugak. satu tempat keje pulak tu. mule-mule xkenal sape dia. tapi lame-lame kenal jugak.. waktu kenal dalam laman web memang hati sy berdebar nak berchating.. kate oranglah lelaki dan perempuan nie ade kuasa magnet huhuhu…
sampai sekarang kami dalam proses nak berkhawin..
bg lelaki:: kalau hati dah suke.. jagalah mereka elok-elok..
dah mampu ape lagi teruskan je bende baik(kahwin).
about 11 months ago
Saya berkawan dgn seorang lelaki yang muda 5 tahun dari saya..seorang yang dah tak ada mak ayah, dulu duduk dgn tok bila mak ayah dia tak ada sekarang hidup sebatang kara, bekerja sambil belajar atas hasil usahanya sendiri…
Saya bagitahu pada mak, tapi mak menentang sekeras2nya, sebaliknya suruh saya putuskan hubungan dgn dia..
Reason mak sebab dari segi batinnya tak sama dengan saya n dia tak ada keluarga atau adik beradik – keturunan yng entah datang dari mana
Dia seorang yg jujur n lurus, mcm sekarang dia jadi imam solat terawih dalam kampung dia..tak cukup baikkah mcm tu? Takkan org nak suruh jadi imam kalau dia org yg bukan2?
Apa yang patut saya buat?
about 11 months ago
Saya juga menghadapi masalah yg sama.saya berumur 28thn dan pasangan sy 20 tahun. dia merupakan staf sy.mulanya kami rapat seperti adk kakak, namun lama kelamaan perasaan itu bertukar menjadi sayang.saya takut ngan penerimaan keluarga. menjadi anak sulung kepada 2 beradik, cucu pertama dlm keluarga, saya tahu saya tak boleh menunggu terlalu lama, tapi dia masih belum bersedia dari segi kewangan. lebih2 lg sy meminta dia menyambung pelajarannya. sekurang2nye perlu 4-5 tahun lg.kami sangat menyayangi tapi blhkah keluarga kami menerima???mampu ke saya menunggu dia?? dia pernah mengalirkan air mata bila kami membincangkan hal ini. bahkan saya perah mengusik dia dgn mengatakan satu hari kalo dah kawen n saya mati dulu…dia kawen lg tak..dia menangis dgn bersungguh2 kerana hal ini.dia sgt matang, sentiasa memahami sy, sgp berkorban utk sy.tak pernah sy berjumpa lelaki yg benar2 menyayangi sy seperti dia.tapi saya buntu memikirkan di mana ending kami???bantu la saya
about 10 months ago
saya ni jadi nasib lah kot…sbb x kawin lg…dulu yang sebaya nak ke kita, dah kita ni x reti nak mnggatal..dan hajat nak lebih tua dari kita…hah sekarang..masalahnya yang lebih muda dari saya kesemuanya…ada yang sampai 9 tahun…dari sekolah dulu sampai la ni saya bukan jenis gedik, mengada2 menggatal, aku x banyak ckp…skrg plk sbb I know who I am…yalah orang dah berusia kan…lg lah x bnyk ckp…tp dok x byk ckp, ramai plk yang ada hati…(bukan nak puji diri tp dah jd trauma )…
Oleh krn kita lebih jauh lbh matang dari orang lain kita mudah kenal tindak tanduk budak2 yg “sedikit pelik” trhdp kita ni…jd saya ajukan kpd Allah dalam solat hajat.. kalau betul dia ni ada perasaan trhdpku tunjukkan sesuatu kpdku agar aku tahu perasaannya…(sbb aku x mahu aku ke yg perasan yg dia pelik ke aku ni)..jd aku mntk kpd Dia agar tunjukkan satu2 perkara…klau berlaku, that means that’s it…Ternyata Allah tunjukkan…jwpnnya dia mmg ada perasaan trhdp ku…
Tapi aku x brani lg nak berhajat lg kpd Allah…sbb dia terlalu muda…terlalu muda…kita yang yang jauh lebih tua satu hari akan rasa pahitnya nanti…
Jd utk jln kluar tiap kali bila brhdpn dlm perkara ni aku doakan diaorang bertemujodoh..(maksudnya bukan dgn aku)…semuanya Allah makbulkan…Rasa mcm bodohnya aku…tapi…bila kita fikir hidup kedpn2, dan mintak Allah kuatkan kita…x ada masalah apa…
jd ini je,aku bila tngk org semcm je peliknya kpd aku, aku munajat pd Allah…tunjukkan jwpn…
tapi…aku takut nak masuk alam prkhwinan sampai dah berusia sbb aku dah nmpak rntngan prkhwnan trlalu bnyak…lelaki buat ke prm, lelaki ambil kesampatan dlm prkhwinan, anak tidak hiraukan ibubapa,kita mndpt “menantu Hantu”……aku jd takut…
sehinggakan skrg aku x brani lg nk mohon sampaikan jodohku…
skrg aku buat semua perkara terus kerana Allah…Hati ku hanya utk Allah…honestly.
about 6 months ago
apakah keburukan suami lebih muda dr isteri?
about 4 months ago
sy hairan sbg muslim mgapa kita mpertikaikn tentang fakta usia Saidatina Khadijah r.a semasa brkahwin dgn Baginda Rasulullah s.a.w. Sy ttap prcaya usianya semasa brkahwin dgn Baginda adalah 40 tahun. Kita mgetahuinya dr pelbagai sumber, faktanya adalah sama. Knp tiba2 dlm MyJodoh ni faktanya brbeza?
Apa pun sy ttap brpndpt tiada salahnya wanita brkahwin dgn lelaki yg lebih muda drpnya sebaliknya ianya lebih baik. Bg sy, lelaki muda lbih memahami kita & tidak seego lelaki yg lebih brusia. Kita merasa lebih selesa, senang & selamat dgn mereka (lelaki muda). Mcm pglmn sy sndiri, kbykan lelaki yg brkenalan & brwkn dgn sy lebih muda drp sy. Malah ada yg jauh muda drp sy iaitu jarak umur 9 tahun. Sy brdoa smoga sy dijodohkn dgn lelaki yg lebih muda, amin…
about 3 months ago
Dulu sya pantang ble ade llki yg mude dr sya cbe tackle atau nak serius..tp kini xpe kot tp setakat setahun dua boleh la kot byk sgt nti tlalu ketara lak!
about 2 months ago
salam all…To minah dan fina, sabar je la cik minah dan cik fina, pendapat saya, ikutkan hati memang dia seorang yang ok, taat, sempurna di mata kita etc,susah nak mcari lelaki sbegitu.. tapi apa2 hal jangan kita membelakangkan orang tua, mungkin akan wujud seorang lelaki yang lebih baik untuk kita suatu hari nti..yakinlah kepadaNya.. ingatlah, “Jika tiada cinta insani untukmu cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu, kelak akan ada cinta untukmu dari seorang insan yang cintakan Allah sepertimana cintamu kepadaNya”…..Insyallah!!