.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Jangan kecewa apabila lamaran ditolak

May 13th, 2008 | Posted by azrul.alwi in Audio & Video | Panduan Memilih Si Dia

This post has already been read 755 times!

Ibnu Katsir meriwayatkan di dalam Bidayah Wan Nihayah, ketika Umar Al-Khattab menjadi khalifah, beliau pernah meminang adik kepada Aisyah r.a. iaitu Ummu Kaltsum. Di dalam hal ini Umar telah mengirim surat menyatakan kepada Aisyah hasratnya. Namun Ummu Kalthum berkata, “Aku tidak mahu menikahinya.”

“Apakah engkau menolak Amirul Mukminin?”, tanya Aisyah.

“Ya, sebab hidupnya miskin,” jawab Ummu Kalthum.

Akhirnya Aisyah mengirim surat kepada Amru Bin Al-Ash agar Amru berusaha memalingkan keinginan Umar dari menikahi dengan adiknya. Umar kemudian berkahwin dengan anak Ali bin Abi Talib.

Di dalam Al-Farooq Umar, pakar biografi Dr Muhammad Hussein Haekal, mengisahkan riwayat yang serupa. Dengan tambahan selain Ummu Kalthum, Umar juga pernah meminang seorang wanita bernama Ummu Aban Binti Utbah. Kedua-dua wanita itu menolak pinangan beliau dengan alasan Umar adalah seorang yang kasar, sangat garang terhadap wanita, kedekut dan selalu bermasam muka.

Umar Al-Khattab adalah antara sahabat nabi yang terjamin syurga. Semasa pemerintahan beliau, beliau telah berjaya menawan sebahagian besar jaziriyah Arab. Umar sangat berilmu sehinggakan Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menjadikan kebenaran pada lisan dan hati Umar.” Beliau juga seorang yang berwibawa di dalam kepimpinan, Rasulullah pernah bersabda, “sekiranya selepasku ada nabi, sudah pasti Umar.” Namun, apabila insan kelas pertama ini meminang, pinangannya ditolak!

Justeru, jangan bersusah hati apabila pinangan anda tidak diterima. Si dia mungkin mempunyai alasan tersendiri yang tidak dapat anda fahami. Yang penting anda kenal dengan kehebatan diri anda.

Life goes on !

Wallahu’alam.

.

.

.

Rujukan

FacebookTwitterGoogle+Share

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

15 Responses

  • nontak says:

    Jangan paksa orang-diri atau ”’bomohkan”’ orang jika hanya bertepok tangan sebelah aje,nescaya hidup tidak akan aman dan kekal-selalu aje ada musibah,cari lah pasangan yg suka sama suka insyallah akan kekal abdi hingga ke- ahkirat,baju yg dibeli kadang kala warna – rupa – bentuk tidak sesuai dgn diri.

  • eija says:

    YA…TAPI JIKA SI DIA MENGANIAYA HIDUP KITA…MEMBERI HARAPAN NAK KAHWIN DAN JAGA KITA..LASTLY MUNGKIR JANJI KEMIDIAN SANGGUP AIBKAN KITA PADA KENGKAWAN KITA TENTANG HUBUNGAN KITA DENGAN DIA.. PATUT KE KITA JADI WANITA YANG SOLEHAH, BERPELUK TUBUH DAN PENDAM DALAM HATI??? JANGAN LAWAN… DIA SAJA NAK BAHAGIA…KITA JADI APA….SAMPAH?

  • azrul.alwi says:

    eija,

    Menurut Dr Danial Zainal Abidin, konsep bersabar di dalam Islam bukan beerti diam dan membiarkan sesuatu berlaku. Sebaliknya konsep kesabaran adalah mengambil tindakan tetapi jangan melampaui batas.

    Beliau memberi contoh, Islam difitnah oleh mini-filem “Fitna” oleh seorang warga Belanda. Kita boleh mengambil tindakan membantah, menghantar petition, memberi penjelasan, memboikot dan sebagainya. Namun, tidak sehingga ke tahap memukul mana-mana pelancong Belanda yang melawat Malaysia.

    Di dalam hal saudari, mungkin boleh mempertahankan diri saudari apabila diaibkan. Tetapi tidak sehingga mengaibkan atau mudaratkan orang lain. Jika tidak, kita dan dia .. sama sahaja.

    Pendapat 2 sen saya.

    Wallahu’alam.

  • omarm says:

    Ohhh!!!!Bukan senang melayan perasaan bila di kecewakan…terutama apa bila kita tahu cinta kita tidak di terima.. munkin ada hikmah di sebaliknya, hanya Allah sahaja yg maha mengetahuinya…disebalik yg tersirat & tersembunyi….

    Lelaki tidak semudah wanita menitis air mata… lelaki lebih teguh melawan perasaan…

    Cara terbaik melayan perasaan kecewa ialah sentiasa mengisi masa yg terluang… Jangan dilayan perasaan gundah… kesibukan boleh, melupakan kita drp tekanan….

    Kerapkali yg menjadi masaalah ialah apabila malam…Inilah masa paling sukar melawan perasaan tertekan… nak tidur mata tak mahu lelap…Asyik terbayang wajah sidia….

    Perbanyakan membaca ayat Suci al-Quraan…berdoa dgn penuh harapan agar kehidupan kita lebih baik baik dari sebelumnya..
    Libatkan diri dengan mendengar sarahan ugama…
    Dan yg paling penting Ingatkan Allah SWT sahaja yang berkuasa menentukan segala-galanya dengan kekuasaannya dan kehendaknya termasuk soal perjalanan hidup dan soal kematian seseorang….

    Jangan sesekali bila Lamaran di tolak… Lelaki akan menangis… Dah Tua-Tua nie kalau menanggis buruk rupanya!!!

  • Cempaka_Ungu says:

    Salam.

    Perasaan sedih, kecewa tetap akan hadir bila yang dirancang tak seindah yang diimpikan. apa yang diingini tak menjadi kenyataan, dan hilang di tengah jalan….
    Mungkin itu yang terbaik, dlm menuju penghujung jalan pasti kita akan temui kebahagiaan. InsyaAllah.

  • milia says:

    jangan putus asa.. jalan terbaik adalah sabar..
    mungkin ada yang lebih baik untuk kita.. sapa yang tahu kan.. so perbanyakkan amal ibadah kepadaNYA mudahan dipermudahkan jodoh pertemuan itu.

  • eija says:

    sesiapa yang tidak melaluinya..tidak akan faham..bukan setakat terluka bila si dia mungkir janji..malah kita terlalu kecewa..menanggung aib kemudian turut dihina dan di cerca..kalu berkawan setakat sehari dua mungkin boleh kita pujuk hati..tapi berkawan dah bertahun2…sampaikan hati yang tak pernah kenal erti dendam ini mula terasa sakit yang amat2 sangat…
    di atas sejadah la tempat kita memohon dan merintih kepada Allah SWT..tapi hakikatnya..kita bukan malaikat..sudahlah diri di aniaya..malah dihina…mereka yang berkaitan pula bertepuk tangan melihat kita yang tak berdaya nak berbuat apa2..bila kita diam dan sabar..mereka ketawakan kita dan kata kita kalah..

  • eija says:

    saudara azrul alwi..
    jika boleh..sila emel kpd saya secara peribadi.. mungkin banyak nasihat dan tunjuk ajar yang saya boleh pelajari dari saudara…thanks…

  • amileen says:

    Eija…kadang-kadang kita merasa bahawa kitalah manuasia paling malang yang di aniaya dan di hina selepas cinta diputuskan… percayalah….bukan anda seorang yang melalui cerita perit itu… malah ramai lagi…mungkin lebih dasyat lagi cabarannya….mungkin berkali2 menanggung putus cinta….mungkin ada yang mati kernanya…tapi cuma satu yang membezakan kita semua…bagaimana cara kita menangani masalah itu…kuat atau tidak terpulang pada diri kita… jadi fikir-fikirkan lah.. jika berdendam dan melakukan perkara yang sama, maka samalah kita seperti mereka…yang terbaik serahkan segalanya kepada yang kuasa… mohon ketenangan kerana hanya DIA yang paling pengasih dan pemurah… kerana doa insan teraniaya yang meminta bersungguh-sungguh insyaallah akan dimakbulkan olehNYA…diharap eija akan berjumpa manusia terbaik yang sudi menjadikan eija teman setia disisinya…amin…

  • akma says:

    Setuju dgn pdgan omarm,milia n lain2.skr nk laluinya.tapi itu yang ditetapkan..hidup kita bkn sj tempuh jln lurus tapi pasti ada jln liku di dpn.bkn apa utk jadi pengajaran dan pengalaman kita utk menempuh tembok yg lebih bsr dihdpn.

    Sejak kebelakang ni hati saya tdetik mbaca surah Dhuha berulang kali mbuat sy tertarik mpelajari ayat suci ini bkn sj memastikan setiap sebutan dibaca dgn betul. sejak itu sy pelajari maksud sebenar ayat ini..antara ayat yang menjadi perhatian sy adalah:

    Ayat ke-3: “Allah tidak meninggalkan kamu dan tidak pula benci kepadamu”

    Ayat ke-7 “Dan Dia mendapatimu sebagai seorg yg binggung, lalu Dia memberikan pertunjuk”

    Ayat ke-8 ” Dan Dia mendapatimu sebagai seorg yg kekurangan lalu Dia memberikan kecukupan”

    Ayat2 ini pasti menghiburkan hati yang gunda-gulana, risau tanggapan org terhadap kita, rasa kekurangan atas dugaan yang diterima..percayalah Allah tetap dekat dengan kita.Allah yang juga yang dapat keluarkan kita dari dunia yang kegelapan dan Allah juga akan memastikan semua sempurna bagi kita.

    Ayat ke-4 ” Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan”

    Ayat ke-5 “Dan kelak Allah pasti memberikan kurnia-NYA kepadamu, lalu kamu menjadi puas”

    hati akan kecewa bila kita rasa dia terbaik utk kita tapi kita sendiri tak tau sejauh mana kita fikir dia terbaik untuk kita..kenapa nak takut org cakap kita ‘kalah’ sdgkan mereka juga belum tahu sejauh mana kehebatan dan masa depan diaorg..yang paling penting kita cari ketenangan diri kita..sebab ketenangan bukan datang tiba2 tapi perlu dicari.cayelah..kita ni hebat jugak sebab mampu tempuh dugaan dengan sabar bukan mcm mereka yg menghina kita tu yg lupa diri sebenarnya telah menghina diri mereka sendiri.

    Ayat ke-4 ” Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik dari permulaan”

    Ayatke-5 ” Dan kelak Allah pasti memberikan kurnia-NYA kepadamu lalu kamu menjadi puas”

    Bagi tafsiran sy..ayat ini jelas bahawa Allah beri sesuatu itu pasti ada sebabnya..akhirnya pasti ada kebaikan untuk kita.

    kita bu
    bkn malaikat..mmg bnr tetapi Allah dah firman yg manusia ni adalah sebaik2 kejadian yang dicipta.

    kita semua ada sejarah sendiri..walau pun x sama, perbezaannya adalah kekuatan hati dan jiwa.

    bagi saya eija perlu byk mbaca buku2 ilmiah dan motivasi..cari lah buku La Takzan(jgn bersedih) buku ni juga bole mbantu eija.

    buat Eija sabar yer..jgn bersedih..sebenarnya dia tu bukan yg tbaik utk awk dan x mampu nak gembirakan awk.sy pasti awk akan temu jejaka pilihan yang tepat..jgn lupa tegok filem ayat2 cinta..citer tu pasti akan mbuat awk thibur dan akan mbuat awk tfikir lelaki bagaimana yang sepatutnya perlu ada di sisi awk..

  • eija says:

    Salam..maaf kerna baru ari ni saya membaca komen anda tntg saya..thanks yang tak terhingga saya ucapkan….kata2 serta komen anda benar2 membuatkan hati saya tersentuh hingga rasa sebak dan terharu dengan pandangan anda..seolah2 anda juga turut memahami apa yang tersirat dan terpendam dilubuk hati saya tatkala ini…saya tidak berani berkongsi cerita dan kedukaan saya ini dengan kawan yang ada sekeliling saya kerana saya bimbang di anggap menjaja cerita sendiri dan akan dapa keaiban yang bertambah2..sememang masa terluang saya banyak di atas sejadah..memohon ampun dan keredaanNya agar jiwa saya lebih tenang serta tabah..saya tahu, kita boleh menempuh dugaan ini..tapi masanya yang menjadi perhitungan kita.. dialah teman baik dan rapat saya, tempat berkongsi suka dan duka..tempat mengadu dan bermanja..kehilangannya amat saya rasakan bukan setakat kehilangan seorang kekasih tapi sahabat baik yang mana dia juga yang menghancurkan masa depan saya dan megaibkan saya.,..saya cuba sibukkan diri dengan tugas harian di pejabat dan rumah..tapi ntahlah…ingatan ni tak sesak sangat dalam mengingati dia..tapi hati saya teramat8X sakit dengan sikap dia dan lebih2 lagi ahli keluarganya yang teramat2 biadap menghina saya yang nyata dianiaya oleh abang mereka sendiri….

  • fariz ibnu hussin says:

    ego lelaki yang sebenarnye membuat leleki jarang menitiskan air mata.ego juga membuatkan seseorang lelaki kuat dan teguh.tapi ego biarlah bertempat….

  • PuRpLe says:

    Ye laa tue Fariz..klu boleh jgnlaa buat sampai pempuan makan hati gara2 ego punya pasai!! eheh! :P

  • nunwowro says:

    eija,
    memang sakit nak lalu semua ini..ini mgkin ujian menaikkan darjat kt..anasthetic yg kuat utk eija..lepas ni kalau datang kesakitan lain mungkin dah kalih @ lali mangli, blh jentik pakai jari..
    ketahuilah memaafkan lebih mulia daripada menghukum..semoga kt n dia mendapat kemaafan dari Tuhan Al-Ghaffur..yg luas keampunanNya mengatasi langit n bumi..kpd kt pelaku dosa..

  • jae says:

    a ah, kalau sy membaca sirah nabawi; sy dpt impressi bhw saidina umar ini agak kasar but of cos kemuliaan darjatnya tinggi di sisi tuhan.

    random survey, ramai ja shbt sy mahukn suami spt umar… but me personally, abu bakr FC. kalau WM bley memuatkn sedikit cerita abu bakr sy sgt2 hargai…



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by Comment SPAM Wiper.