.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Betulkah Anda Mengenali Si Dia?

May 3rd, 2008 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia

Mereka yang pernah putus tunang (atau putus cinta) tentu sekali pernah menerima soalan seperti, “Kenapa boleh putus?”, “Siapa yang minta putus?” atau “Apa alasan yang dia bagi?” Namun, yang paling lazim adalah “Berapa lama dah kenal dengan dia?”

Betul tak?

Tidak dinafikan kita perlu mengenali seseorang sebelum menerimanya di dalam hidup, namun ia adalah mustahil untuk “betul-betul” mengenalinya. Beruntung kita kerana Umar Al-Khattab r.a. ada meninggalkan satu contoh tentang perihal “kenal” yang mungkin dapat kita jadikan panduan, InsyaAllah.

Diriwayatkan oleh Ibnu Katsir di dalam Al-Irsyad bahwa di dalam suatu perbicaraan seorang lelaki telah tampil sebagai saksi bagi seseorang. Lelaki tersebut mendakwa beliau mengenali orang yang terlibat di dalam perbicaraan itu.

Umar Al-Khattab bertanya kepada lelaki tersebut, “apa yang engkau ketahui tentang dia?”

“Tentang keadilan dan kemuliaan,” jawab lelaki (yang ingin menjadi saksi) itu.

“Adakah dia jiran kamu, sehingga kamu mengetahui tentangnya baik di waktu siang atau pun malam?”, tanya Umar lagi.

“Tidak,” jawab lelaki itu.

“Adakah dia pernah bermuamalah (berniaga, bertansaksi) denganmu, sehingga dengan muamalah itu kamu mengetahui sejauh mana kewara’kannya (meninggalkan yang ragu-ragu) ?”, tanya Umar lagi.

“Tidak,” jawab lelaki itu.

“Adakah dia temanmu di dalam perjalanan sehingga engkau mengetahui kemuliaan akhlaknya?”, tanya Umar untuk kali ketiga.

“Tidak,” jawab lelaki itu lagi.

“Bererti engkau tidak mengenalinya.”, kata Umar. Lalu Umar menyuruh menampilkan saksi lain.

Wallahu’alam.

Rujukan

Fatawa wa Aqhidyah Amiril Mu’minin Umar ibn Al-Khattab (terjemahan Uts Zubeir Suryadi Abdullah, Lc), Muhammad Abdul Aziz Al-Halawi, Risalah Gusti, Surabaya. 1999

Tarbiyatul Aulad Fi Islam (terjemahan Drs Jamaluddin Miri Lc), Prof Abdullah Nashih Ulwan, Pustaka Amani, Indonesia, 2002.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

30 Responses

  • omarm says:

    Burung tekukur pun pandai bermain cinta… apatah lagi kita manusia… persekitaran hidup hari ini memudahkan kita bertemu dgn berbagai ragam wanita… ada cinta ” sehari”.. cinta setahun… dan mudahnya kita bercinta dimasakini…

    Wanita kini makin berani, daring, menggoda, seksi, matang, berfikiran terbuka,berdikiri dan berpendidikan tinggi..
    Elemen-elemen yg menonjolkan pada wanita akhir2 ini ketara dan mengkagetkan lelaki… Laelaki pulak terpaksa berhati2.. takut tersalah pilih kena jadi “kuli” pula…

    Sifat wanita melayu yg lemah lembut, bersopan santun dan mementingkan nilai2 ketimuran kini hanya tinggal ungkapan kosong….

    Kejadian wanita azalinya datang drp Lelaki.. ….Diciptakan “HAWA” bukan persaingan kpd Adam…
    Apabila Adam buka mata dan ada Hawa di hadapannya lantas ia bertanya… “siapa awak” maka dia menjwb. “aku Hawa”…Adam tanya… Lagi…”drp engkau diciptakan..
    Adam tanya… untuk apa kau diciptakan? Hawa jwb., Untuk engkau mendapat piece of mind (ketenangan).”

    Adam gelisah di “Syurga”, jesteru kehadiran Hawa menenangkannya… Bila wanita keluar dengan wajah yg cantik dan kita rasa bergelora, apakah itu yg memberi ketenangan???? Cacamarba, kelam kabut… lari dari fungsi asal… sepatutnya memberikan ketenangan tetapi mereka seolah menjadi bahan rebutan…

    Oh!!! di manakah wanita… dimanakah dikau… tidakah kau ingin mencari pasangan seperti burung diatas… pilihlah aku walau pun rupa tak encem… atie baik?????

  • omarm says:

    Betulkah anda mengenalisi si “DIA”… macam burung tu… bertuah kau ….dalam dunia percintaan.Itulah tanda kebesaran tuhan…….

    Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
    Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

    Cinta itu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun bertimbun-timbun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
    Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

    Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

    Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..di waktu pagi..

    Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain.Melopongkau…. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

    kerana Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan…. namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

    Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

    Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kekesalan yang tak sudah……. macam buah “DURIAN” isi didalam memang enak… tapi kulit di luar berduri… hati2 mengupasnya… takut termakan diri…

    jagalah sebaiknya.. bersyukur apa yang ada.. alam siber ni memang indah- indah belaka kalau dah terjadi satu hal.. nanti menangis tidak berlagu…susahkarang ……… .Siapalah tempat nak mengadu… ngadu pada saya… saya pun seropa juga… tengah mencari cinta??????

  • wanie85 says:

    sy nk tnye skit leh.kalo kite smbhyng hajat nk mntak Allah tunjukkan wajah jodoh kite bleh ke.
    N slalu orng kte muke serupa de jodoh,btul ke.

    1 lg bile nk berdoa bleh ke kte doa mcm ni
    “Ya Allah,Kau pertemukanlah jodohku dgn….dan jdkanlah die seorng yg bertaqwa dan boleh mmbimbingku.

  • PuRpLe says:

    Salam Wanie85..

    Wanie check kat tajuknyer Kuasa Hebat Solat Istikharah Dalam Memilih Jodoh..Kat situ boleh buat kita berfikir sejenak..Wanie pi kat search tue tulis tajuk spt yg saya tulis tue,haa kuaqlaa tajuknyer..best baca kat topik tue.. 😉

  • wanie85 says:

    ok.time kasih

  • PuRpLe says:

    Sama2.. 😉

  • sweet_yang_ikhlas says:

    Bagaimana mengenali si dia? ermmm… susah sebenarnya nak ckp kan? aku mungkin xdpt menandingi cara Khalifah Umar Al-Khatab mengenali diri seseorang tp aku percaya setiap yg berlaku ade sebab dan hikmahnyer…
    semlm aku blk dr keje n ternampak dua pasangan sejoli nek motor sambil bermesra2… ermmm mcm best jer kan? tetiba aku rase terlalu sunyi hidup nih…xtau naper!
    terkenang saat aku bercinta hampir 2thn lalu.. mungkin cara aku mengenali dia agak unik.. mungkin juga terlalu lewat utk mengenali dia dulu sedangkan dia dah pun pergi dr idup aku skang nih…tp secara jujurnya aku betul2 ralit kerana terlewat mengenali siapa diri dia yg aku cintai selama nih…
    bila dah berpisah dan imbas kembali setiap rentetan kenangan kami, baru aku sedar dia jenis lelaki yg bagaimana… betul la kata org…cinta yg telah pergi itulah cinta yg akan selalu kita rindu2kan…
    pernah kami mkn sekeluarga dgn keluarga aku… dia nampak terlalu malu sedangkan aku yg gadis nih pun xsemalu dia! aku ingat lg time tuh aku order kangkung goreng belacan.. sampai je lauk tuh, aku letak dipinggan si dia n dia diam jer… tetiba pas mkn tuh, idung dia bengkak! rupe2nyer dia xboleh mkn belacan! hehehehe sian dia… bukan setakat itu jer! Sampai la suatu hari saat dia kene merisik pilihan maknye, masih juga dia berdiam diri… puas aku berpikir, tak sayangkah dia pada aku? walaupun ditipu keluarga idup2 tp dia masih tak marah pun, ye la tuhkan mak dia… :)aku sebenarnya rase marah sebab dah saat2 akhir pun dia masih xberterus terang pasal aku pada keluarganya tp ITULAH DIA YG SEBENARNYA… itulah lelaki yg aku cintai selama nih.. itulah lelaki yg aku cinta dalam diam selama dia pergi nih… tp aku xsalahkan dia sebab cara kita dididik oleh keluarga sememangnya berlainan… lagipun Ibu itu segala2nya, hak ibunya pada dia sampai mati takkan terputus.. mungkin dia dididik untuk berbudi pada org2 sekelilingnya.. tp mungkin juga dia memang jenis yg berat mulut! buktinya sampai sekarang dia xkawin2 lg! salah satu alasan yg pernah dia beri pd keluarga tunangannya bila disuruh kawin ialah “insyaallah kalo ade duit ape salahnyer…” mungkin nampak rasional tp itu ke alasan yg paling konkrit untuk didengar? sampai bila dia boleh beri alasan semacam itu? yg paling menarik, sampai bila dia boleh bertahan dgn mendiamkan diri? akhirnya semua persoalan tuh terjawab sudah…lelaki yg aku cintai tuh membawa diri atau perkataan paling sesuai adalah melarikan diri ke Arab Saudi bekerja di sana sehingga 2010… sampai sekarang cerita ini xmampu untuk aku tamatkan kerana masih belum menemui penghujungnya tp perpisahan ini byk mengajar aku tentang bagaimana mengenali dia yg kita cinta dan ape sebenarnya cinta itu… mungkin aku berdosa kerana memuja lelaki yg sudah menjadi tunangan org walaupun hakikatnya aku dicintai sebelum segalanya terjadi tp soal hati siapakah yg mampu menafikannya? betapa besar kurniaan Allah pada kita, betapa bermakna Cinta yg diberi ada hambaNya.. perpisahan ini walaupun menyakitkan tetapi memberi aku sejuta keinsafan atas kebesaranNya… yg paling unik sekali, rupa2nya aku telah lama mengenalinya.. rupa2nya dia la lelaki yg selalu menyapaku didalam Yahoo Messenger suatu ketika dulu sebelum kakakku mempertemukan kami! betapa ralatnya aku kerana menyedarinya setelah setahun kami berpisah…tp Hebat kan kuasa Allah itu?

  • Bagaimana mengenali si dia? ermmm… susah sebenarnya nak ckp kan? aku mungkin xdpt menandingi cara Khalifah Umar Al-Khatab mengenali diri seseorang tp aku percaya setiap yg berlaku ade sebab dan hikmahnyer…
    semlm aku blk dr keje n ternampak dua pasangan sejoli nek motor sambil bermesra2… ermmm mcm best jer kan? tetiba aku rase terlalu sunyi hidup nih…xtau naper!
    terkenang saat aku bercinta hampir 2thn lalu.. mungkin cara aku mengenali dia agak unik.. mungkin juga terlalu lewat utk mengenali dia dulu sedangkan dia dah pun pergi dr idup aku skang nih…tp secara jujurnya aku betul2 ralit kerana terlewat mengenali siapa diri dia yg aku cintai selama nih…
    bila dah berpisah dan imbas kembali setiap rentetan kenangan kami, baru aku sedar dia jenis lelaki yg bagaimana… betul la kata org…cinta yg telah pergi itulah cinta yg akan selalu kita rindu2kan…
    pernah kami mkn sekeluarga dgn keluarga aku… dia nampak terlalu malu sedangkan aku yg gadis nih pun xsemalu dia! aku ingat lg time tuh aku order kangkung goreng belacan.. sampai je lauk tuh, aku letak dipinggan si dia n dia diam jer… tetiba pas mkn tuh, idung dia bengkak! rupe2nyer dia xboleh mkn belacan! hehehehe sian dia… bukan setakat itu jer! Sampai la suatu hari saat dia kene merisik pilihan maknye, masih juga dia berdiam diri… puas aku berpikir, tak sayangkah dia pada aku? walaupun ditipu keluarga idup2 tp dia masih tak marah pun, ye la tuhkan mak dia… :)aku sebenarnya rase marah sebab dah saat2 akhir pun dia masih xberterus terang pasal aku pada keluarganya tp ITULAH DIA YG SEBENARNYA… itulah lelaki yg aku cintai selama nih.. itulah lelaki yg aku cinta dalam diam selama dia pergi nih… tp aku xsalahkan dia sebab cara kita dididik oleh keluarga sememangnya berlainan… lagipun Ibu itu segala2nya, hak ibunya pada dia sampai mati takkan terputus.. mungkin dia dididik untuk berbudi pada org2 sekelilingnya.. tp mungkin juga dia memang jenis yg berat mulut! buktinya sampai sekarang dia xkawin2 lg! salah satu alasan yg pernah dia beri pd keluarga tunangannya bila disuruh kawin ialah “insyaallah kalo ade duit ape salahnyer…” mungkin nampak rasional tp itu ke alasan yg paling konkrit untuk didengar? sampai bila dia boleh beri alasan semacam itu? yg paling menarik, sampai bila dia boleh bertahan dgn mendiamkan diri? akhirnya semua persoalan tuh terjawab sudah…lelaki yg aku cintai tuh membawa diri atau perkataan paling sesuai adalah melarikan diri ke Arab Saudi bekerja di sana sehingga 2010… sampai sekarang cerita ini xmampu untuk aku tamatkan kerana masih belum menemui penghujungnya tp perpisahan ini byk mengajar aku tentang bagaimana mengenali dia yg kita cinta dan ape sebenarnya cinta itu… mungkin aku berdosa kerana memuja lelaki yg sudah menjadi tunangan org walaupun hakikatnya aku dicintai sebelum segalanya terjadi tp soal hati siapakah yg mampu menafikannya? betapa besar kurniaan Allah pada kita, betapa bermakna Cinta yg diberi ada hambaNya.. perpisahan ini walaupun menyakitkan tetapi memberi aku sejuta keinsafan atas kebesaranNya… yg paling unik sekali, rupa2nya aku telah lama mengenalinya.. rupa2nya dia la lelaki yg selalu menyapaku didalam Yahoo Messenger suatu ketika dulu sebelum kakakku mempertemukan kami! betapa ralatnya aku kerana menyedarinya setelah setahun kami berpisah…tp Hebat kan kuasa Allah itu?

  • Omarm says:

    sweet_yang_ikhlas & Ikram ul haq…. Cerita yg sama tapi orang yg berlainan… sungguh ajaib dan mempersonakan termasuk tujuh (7) di dalam keajaiban Donia….

  • qaseh says:

    Assalamualaikum…..hmmm..”betulkah anda mengenali si dia?..
    susah nk kenal seseorg tue masa bcinta lain, masa btunang lain masa kawin lg la lain..ha masa kawin la baru kite kenal betul2… masa 2 dh tak boleh menyesal dah lain la kalau ada mesin doraemon kan2..maknanya jarak masa tidak boleh menentukan tahap2 kita kenal seseorg..ingat dulu pensyarah sy pnh kata kite dok dgn org tue 3hari 3mlm baru la tau perangai dia yg sebenar mcm mn..
    sebenarnya sy ada mslh nie….dh fobia, trauma nk bcinta nie..takut bnda yg sama berulang lg…bulan 8 nie sy ‘dijangkakan’ akan bertunang dgn pilihan keluarga….kalau nak diikutkan hati sy nie tahun nie nk bersara dr cintan-cintun nie…takut la…coz sy nie jenis yg tak lekat dgn mana2 lelaki pun..sampai abah pn naik poning fikirkan hal sy..kdg2 tue sampai jd anti dgn org laki & kalau disebut2 hal cinta nie mula la mood sy berubah..

  • pakkulop says:

    Alang nya baik jadi burong merbuk tak ada banyak problems..dosa tak da..kawin sesuka hati…asal dapat da..tentu syok ye…tak payah nak kenal lebeh dekat lagi..tak da surga -neraka…pandangan ajo…dong…

  • lynn_akim says:

    Kdg2 kita rasa kita dah btl2 kenal dia,tapi rupanya tidak.Lelaki nih sikap dia blh brubah biler2 jer kan.. semalam dia sgat2 syg pd kita,harinie x brapa nak lyn n esok plak lgsg tak dgr brita.. Kenapa yer? Kita yg x fhm dier or dia yg x fhm kiter?

  • arena says:

    saya cke kat dia tpy si dia sudah ada yang punya

  • tulip putih says:

    “Adakah aku mengenalinya?” Aku sendiri tdk dpt menjawabnya wlaupun sudah 3tahun ku mengenalinya.. Yg pasti dia adalah cinta pertamaku.. Ya Allah, temukanlah aku dengan insan yang terbaik buatku.. Aminn

  • yaya says:

    betulkah cinta itu buta??????kali ini aku sudah serik utk b’cinta lg.hal ini krane ati aku telah dip’mainkan oleh s’orang leleki yg b’asal dr klantan.sedangkn dia sudah ade awek tetapi dia berpura-pura untk melamar aku utk m’jd awek dia.setelah kta org couple ari demi sikap dia mula berubah…hgga suatu ketika dia memutuskn p’hubungan antara kami.ape yg amat aku xdpt terima hakikat ttg sikap dia adalah tiada sikap jujur…………..sudah ade awek tp sggup lukakn ati pmpuan lain.knp?

  • hanna says:

    Salam…
    Yaya, janganlah serik utk bcinta lagi..
    Crita kita samalah.. bezanya lps ketahuan (mcm lagu matta), dia amik keputusan btunang dgn gadis pilihan hatinya (bukan pilihan keluarga).Tapi, sy x perna dendam dkt dia. Biarla asal dia bahagia dgn jalannya. Sy sedih jugakla time tu (rase nak mbersihkan seluruh kawasan rumah masa tu. Nasib baik keje menimbun x sempat pk sgt).Setelah 3 hari penat bekerja, sy akhirnya demam dan dapat mlepaskan perasaan ketika sakit.Syukur sy x sakit di ati.,

    Skrg sy dah ready utk bcinta lagi. Harap2 biarlah yg diizinkan Allah untuk bersama sehidup semati di dunia dan akhirat. tak smestinya cinta baru x dapat menandingi cinta pertama kan?? Be positive..

  • hanna says:

    nak kenal org ni bukannya senang. ‘Hanya Johari mengenal Mariam’ (tiada kaitan dgn sesiapa. JIKA ada persamaan ia hanya satu kebetulan)

    Perna gak bkenalan dgn org yg tak sabar2 nak kawen. baru jumpa skali dah ajak kawen. Siap suru sy x perlu pk pjg. (bgus gak dr bbuat maksiat)Teman2 yg len dah bising nape tak trima ja? Sy tak kenal dia sgt. Mane bule nak kawen trus. Lagipun, sy yg nak kawen kan…(mgkin teman2ku risau sbb aku lg masi sgle ni dlm grup) Marriage itself is a gamble thing. We can’t predict future. TRUE. But we have choices. I never dare gamble in making this kind of decision. Its a lifelong decision. tak encem, tak berada takpe yg penting attitude dia tuh. Sume bole berubah sekelip mata. tapi nak ubah attitude seseorg bukan mudah. Sebole2nya takyah ubah. jadi kena pilih org yg x kelam kabut mbuat pilihan. pertemuan pertama x reliable sgt utk judge org kan? Tapi kdg2 allah bg kita petunjuk sama ada kita perlu truskan ke tidak hubungan tersebut. Setelah melalui beberapa siri istikharah, akhirnya sy tidak memilih dia. Dan sy single lagi ketika itu. Hehe

    Biar berpuluh-puluh tahun hidup bersama pun xkan mjamin bahwa kita sebenarnya mengenali si Dia yg kita cinta.
    Berusahalah mengenali dia selagi terdaya dan mintaklah pada Allah yg berkuasa mbolak-balikkan ati manusia supaya hati kita dan hatinya sentiasa tetap dan terikat dlm ikatn perkahwinan yg diberkatiNya

  • nunwowro says:

    buat qaseh..
    jd dak tunang bln 8 aritu?
    mengenalinya(Rasululah saw), barulah kt rasa betapa bahagianya melaksanakn sunnahnya..

    buat yaya n lynn_akim ..
    wanita memang mudah setia, lelaki memang cam gitu..mudah bermain kata2..ikut masa..bila sibuk xingat pun kat kita (wanita)..bila bosan thp cipan bru cari wanita utk mghilangkan kebosanan..(bkn sme…tp byknye)

    pendapat yg dhaif..
    hilangkanlah kekecewaan, keresahan, kegundah gelanaan dgn meminta sungguh2..
    “Ya Allahu Malik yg bkuasa atas hti2 mnusia, sekiranya dia jodohku, palingkan hatinya kepadaku dan palingkan hatiku padanya dgn tenang..ya Muhaimin..yg menenangkan hati manusia..”
    perkahwinan itu terhimpun sgl mcm kebaikan..
    hati tenang pd kebaikan..resah gelisah pada keburukan

  • ain says:

    ~assalammualaikum..

    ~sy mempunyai masalh tentang cinta jarak jauh…

    ~apakah korang semua cinta jauh itu akan menjadi?..

    ~tolong r

  • aizuddin says:

    salam semua..
    sy bru disini..
    ley x sy minta pendapat sumer..
    huhuhu
    ape akn jd lau gurl yg kata dy ske kat kte tp pada mse yg sme dy keliru tntang perasaan dy sbb exbf(1st lurv)dtg cari dy ag..huhuhu
    tlg lah yer..
    huhuhu

  • Sahabat says:

    aizuddin, kalu sy duk kt tmpt gurl tu, sy rase sy msh syg kn exbf sy, klu x, xkn rse srba salah cmtu. n myb jgk sy sygkn awk tp prsn dlm itu masih lg mengharap pada exbf..

  • Sahabat says:

    to ain,

    xmustahil cinta tu akan menjadi. jika ada izin Allah, awk akn bersama dgnnya nanti. tp sy rse awk terlalu byk fikir dan rase takut dgn percintaan awk tu kn? jgn simpan perasaan itu dalam hati.. kelak berlaku perkara yg tidak diingini, kamu akn ssh nk menerima kenyataan itu. biarkan lah diri awak bebas dri rasa itu cuma yg penting percaya dan yakin pada diri sendiri dan plg penting Allah swt.

  • alieyza says:

    sya bnci sgat2 pd cnte…
    sya xprcya pd smua nh…

  • Cempaka_Ungu says:

    Salam…
    buat Ain.. InsyaAllah… klau ade jodoh,, jd la nanti

    buat Aizudin…
    buat solat istikharah.. InsyaAllah…

  • kecewa says:

    Salam…..sa org baru na join…sa pun ada masalah sprti korang juga…

  • yemem says:

    salam…..saya sgt2 takpasti di kala ini….dihati saya ada org laen….dia yg saya sayang n cintai…saya tak pernah rasa selesa n tenang bila berinteraksi dengan lelaki laen..tapi dgn dia saya rasa sgt selesa,,dgn dia saya tak berlakon untuk jadi org laen,, saya adalah saya..saya jadi diri saya sendiri..takde lakonan…namun, dia bukan milik saya…dia terpaksa berkahwin ngan wanita laen kerana janji yg telah dia buat pada wanita tsbt..pernah dia kata dia terpaksa buat semua neh, dia snggup tak bahagia ngan wanita tuh asalkan dia tepati janji nya….dia menyayangi n mencintai saya jugak…di saat akhir 3hari sebelum hari pernikahan nya,,kami bertemu,,bukan hanya saya menangis, dia juga turut menitiskan air mata..kami tak sanggup berpisah namun terpaksa jua…adakah salah andai janji yg di buat di mungkiri..adakah salah janji yg dibuat di mungkiri itu mampu membahagiakan diri…sampai kini dia masih lg menyatakan syg nye pada sya…namun hakikatnya dia kini suami org…saya cintakan dia sepenuh hati….saya tak mampu untuk menyayangi org laen selain dia…apakah semua ini dugaan…

    kini muncul sesorg yg beria untuk mengenali saya…saya nampak kesungguhan dan keikhlasan dirinya..namun saya akui saya tak punya perasaan padanya…apa yg harus saya buat…saya tak nak bohongi dia n tak nak bohongi diri sendiri….apa yg harus saya buat….

  • wedok says:

    Assalamualaikum…,terima kasih ur info omarrm dan kawan2 semua…seronok saya baca comments anda..sya dapat tips dari anda semua…
    ‘Betulkan Anda Mengenali Si Dia…?’

  • me and u says:

    salam.
    saya nk tanya pndapat kwn2 ttg bagaimana nk kenal prasaan wanita yg pemalu..??apa yg mereka malukan??kalau dgn org laen tk la malu sngt tp kt sorang ney malu sngt..sila berikan pndapat.thankz..

  • coco says:

    aku ada kekasih tp ntahlah, kami kenal hmpir 4 tahun, kami pernah berpisah lbh kurang 6 bulan, tp kuasa Allah hbgan kami bertaut kembali, cuma kdg2 aku xpaham kenapa dia xpernah nak dgr ape y aku katakan, dia aje y betulnya,org kata cinta perlu ada memberi n menerima bgtu jg nasihat n pendapat. kenapa dia lgsg xdgr pandapat org lain, alasannya dia bakal mnjadi ketua keluarga, adakah aku xboleh nak bg pape pandangan n nasihat?? realitinya aku makin xmengerti ape sebenarnya y dia inginkan?
    ada sape2 boleh bg pendapat kat aku..
    tq

  • nikki says:

    Aku berkenalan dengannya x sampai setahun, tapi dia dh melamarku. saat aku menerima lamarannya untuk berkahwin, aku rasa dialah yang terbaik untuk aku…. , bila semakin hampir perkahwinan, aku rasa perhubungan makin pudar, mudah terasa hati dan seakan tidak mengenalinya. Perubahan dirinya tak seperti di awal perkenalan. Aku pula berasa takut peristiwa lama berulang (putus tunang) semakin terasa..apa patut aku lakukan.



Leave a Reply