.. mencari si dia yang soleh ..
Kalau Wanita Bos Bertemu Dengan Lelaki Kuli

(gambar hiasan)
لَا تُنْكِحُوا النِّسَاءَ إلَّا الْأَكْفَاءَ ، وَلَا يُزَوِّجُهُنَّ إلَّا الْأَوْلِيَاءُ ، وَلَا مَهْرَ دُونَ عَشَرَةِ دَرَاهِمَ
Di dalam sebuah hadith daripada Jabir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak boleh dinikahkan seorang wanita kecuali dengan yang sekufu, dan tidak boleh dinikahkan melainkan oleh walinya, tidak ada mahar yang kurang daripada 10 dirham”
(Hadith riwayat Baihaqi, hadith ini mempunyai sanad yang terputus. )
Kufu bermaksud sama taraf. Pada istilah fuqaha, kufu ialah setara di antara suami dan isteri demi untuk mengelakkan keaidban pada beberapa perkara yang tertentu seperti agama, keturunan, kemerdekaan pekerjaan dan harta.
Jumhur selain daripada mazhab Maliki mengira kerjaya sebagai satu sifat pada kufu. Ini bermaksud lelaki yang mempunyai kerjaya yang rendah dan hina adalah tidak layak bernikah dengan wanita yang mempunyai kerjaya yang mulia.
Para fuqaha bersepakat bahawa kufu merupakan hak bagi perempuan dan juga hak bagi para walinya. Sekiranya perempuan berkahwin sendiri dengan orang yang tidak sekufu, maka para wali mempunyai hak menuntut supaya ‘aqad itu difasakhkan. Begitu juga jika wali mengahwinkannya dengan orang yang tidak sekufu, maka perempuan waliannya berhak menuntut supaya difasakhkan perkahwinan itu.
Dari segi kelaziman masyarakat kita .. memang rata-rata lelaki kuli agak keberatan menerima wanita bos sebagai isteri mereka. Tahukah anda sebabnya? Atau mungkin anda merupakan salah seorang lelaki yang tidak keberatan.
Wallahu’alam..
Rujukan
al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuhu al-Juz’ al-Sabi’ (Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain), Dr Wahbah al-Zuhaili, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001. ms305 – ms326
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on May 2, 2008 at 11:39 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 3 years ago
Tuah Ayam nampak dikaki,,, tuah manusia siapa yg tahu… begitulah lumrah dunia…. Alangkah bertuahnya seorang lelaki mendapat isteri yg mempunyai kecantikan dan mempunyai kedudukan sebagai ketua Jabatan… atau lebih layak di Panggil Boss wanita…..
Nak cerita sikit mengenai kwn sya yg tidak mempunyai pendidikan tinggi seropa saya naik moto “kapcai” hari2 ulang alik pegi kerja….. kawan nii.. muka buleh tahan jugak macam bintang filem Bollwood…. Shah Rukh Khan….
Entah macam.. tersangkut kat boss wanita tuu!!! akhirnya mereka kawin…..
Memang mula2 tu…kita nampak bahagia… dari naik moto kapcai… sekarang dah ada kereta.besau!!!..
Bila dah kawin baru.. tahu… kuasa memimpin di tangan isteri… jadi secara tak langsung kuasa memimpin telah bertukar tangan… Semua kerja rumah suami yg kena buat… dari hantar anak ke pusat penjagaan, kena masak untuk isteri… tiap2 minggu kena berus bilik air….dan banyak lagi yg tak patut di ceritakan…. apa arahan isteri kena patuhi… kalau tak di ikuti… isteri “mengamauk” sakan…
Bab tuntutan nafkah zahir bathin… malam “Suma’at” kekadang dapat.. kkdang tidak… malam nie tak boleh… esok ada meeting kat..nanti rambut basah…!!!! kwn sya dari
gemuk… dah tinggal Lidi… nampak saja di luar tenang… rumah tangga cuma tunggu hari ajer… nak roboh….
Memang benar kekurangan ilmu Agama yg. menjadi punca ssegalanya… kekadang depan orang ramai pun kena herdik.. sungguh malang nasib kwn tuu…
Tak malu pada yg di langit, malulah yg ada di bumi ini iaitu emak,ayah saudara mara dan kwn-kwn…. bila dah jadi Boss jangan ingat kita boleh lakukan apa saja!!!!!!
Biarlah kita naik moto “kapcai” buruk asalkan hati kita bahagia..
about 3 years ago
sy dh 31, tp belum kawin… org ckp u ni memilih sgt kot… jd sy kawan jugak dgn laki yg lg rendah kerja, bila kenal ok aje, dan hepy ada org syg kita, tp ayah tak bg sbb dia ckp nanti susah nk bawak laki ni gi majlis, pandangan org luar bole bg kesan kt family gak…
baru ni sy jumpa kawan yg kawin dgn laki lg rendah kerja, kenal tak sampai sethn dh kawin, dia ckp susah tak setaraf, isteri byk mengalah, 6 bln kawin dah tak tahan, tp mak ckp apa bole buat dh kawin…
ada kwan sorang ni pun kawin dgn laki lg rendah kerja, mula2 kenal ayah tak bg, lama2 baru dpt greenlight, lps 6 thn baru kawin, hepy je couple ni…
moral of the story… kalau nk kawin tak sekufu, kena kenal lama2 dulu kot, baru bole tau ngam ke tak…
berbalik kpd kes sy, ntah la…. takut nk buat pilihan…
about 3 years ago
Sebaiknya carilah yang sekufu (setaraf) karena kita ingin rumah tangga bahagia, hingga keanak cucu. Jika tidak disatu masa nanti akan terjadi lebih banyak pertengkaran dari perdamaian, dan hal ini akan menjadikan rumah tangga yang tak bahagia. Sedangkan yang kita inginkan “baiti jannati” (rumahku syurgaku)’
about 3 years ago
Saya sendiri sekarang bercinta dengan lelaki yang rendah kerja. baru setahun lebih berkenalan. Sekarang saya dah 28 dan dia 29. Dari takde langsung baik saya terus bercinta & saya terus mendalami isi hati dia, saya sentiasa menguji dia. Saya cuma nak kan kepastian samada dia mencintai saya sebab diri saya atau duit saya. Dan kami merancang untuk berkahwin bila umur kami masing – masing berumur 30lbh, nak kumpul duit katenye. Tapi suruh saya bantu jugak untuk kahwin nanti.
Entahlah kekadang saya rase hubungan kami ini takan ke mana.. kekadang dia ade gak meminjam wang dari saya, boleh dikatekan dalam hubungan ini saya yang lebih banyak memberi.. Dia ade gak memberi tapi tak lah sebanyak saya..
Bayangkan kalau dah kahwin nanti? Saya ade melakukan solat istikarah tapi masih belum mendapat petunjuk lagi.
about 3 years ago
Well.. its not dat im getting married with sum1 yg tak sekufu.. but i have an experienced about it.. well to tell da truth.. it was a very bad experienced.. and i was so naive at dat time and really desperate to have a bf coz.. im 19.. soo tengok all my frends has a bf.. and it makes me feel.. dat.. ohh i wanna have a bf too….
sooo.. dat was it.. i juz couple with a guy.. who is.. juz had Sijil.. and i was studying for my degree at dat time.. well.. im still so young soooo naive.. then dat guy was cheating on me.. i was put my trust on him.. coz kononlaa 1st couple.. not to say my first love.. coz i realize.. i dun love him..
ok i couple for 3 years.. then i was suffering.. really suffer… coz. pemikiran dia.. sgt low… and sebab dia rs dia tak sekufu dgn i.. so dia jd sangat mengongkong!!! cemburu.. and memacam laa… as for 1 example.. every time we had a date.. he will check all my sms… my phonebook… seriously.. i dun have any privacy…i was so stress…
then dr segi pemikiran of coz la.. sgt berbeza… terasa kekadang.. tensen sgt..
and banyak laagila.. moral of the story.. kalau anda rasa anda tidak kuat.. jgn couple dgn yg tidak sekufu… kenal laa dulu…
Peace!!
about 3 years ago
Salam….sekadar nk luahkan sedikit pendapat…
Sekufu penting dalam memilih jodoh, sepertimana pendapat2 yg telah dinyatakan sblmnya…ada yg boleh bahagia melayari rmtgg dan ada sebaliknya….papepun pada saya ia amat bergantung kpd pegangan,kekuatan n ketaatan agama seseorang itu….kalau isteri menyedari bhw ‘bos’ hny ditmpt kje dan dirmh suami adalah ‘ketua’,insyllh keharmonian akan wujud…
kawan saya guru,suaminya tukang kebun sekolah ja…apa yg saya lihat kebahagiaan n keserasian wujud dlm rmhtgg mrk…yg pasti dlm memilih jodoh, pilihlah yg beragama…pasti segala2nya dipermudahkan ALLAH!!!
about 3 years ago
Salam,
Sebenarnya yang penting si lelaki pandai menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Saya boleh dikategorikan lady boss tapi bagi saya, sisuami haruslah berwawasan dan tidak bergantung kepada si isteri walaupun gaji si isteri lebih daripada suami. Pokok pangkalnya balik kepada agama.
about 3 years ago
Saya setuju sesangat dengan pendapat nasis dan sue..dan yg lain2… apa yg penting suami tahu tanggung jwbnya dan isteri tahu peranannya sebagai hamba Allah yg. mentaati perintah Allah.. di smping taat perintah suami bersama ikrar jalan ke Syurga…
Di samping kedua2nya melakukan perbuatan yg berbaik2 dan bekasih syg antara suami isteri… imannya menunjang dengan Subur didalam hati… yg merupakan sasaran keimanan menjadi penentu segala2nya..
Keimanan yg kukuh akan menjana keinginan untuk bertindak dengan tingkah laku yg baik…
Jika memperolehi kesenangan, kita bersyukur… kalau di timpa bahaya… kita sabar.. dan beramal teguh…
Apa pun kita redho dengan segala ketentuan yg telah tertulis dan tersirat… dan berdoa agar yg buruk di jauhi dan yang indah datang menjelma…
Wallahu’alam..
about 3 years ago
Bagi saya lelaki ni ada egonya…kedua2nya harus bertolak ansur, faham memahami, jgn pentingkan diri sendiri, mesti meletakkan diri dalam situasi yang membolehkan anda mahu memikirkan persaan org lain, dgn ini menjadikan kita sentiasa sedar akan perbuatan dan kesan keatas orang lain, simpati itu bagus tapi mesti berpada pada, jgn menjadi lemah pula…sentiasa beralah walau pun anda tahu anda benar…
about 3 years ago
entah..ler nek peneg la plak bla fikir
about 3 years ago
buat fiza..
bertahan dan bersabarlah berdoa..
semoga dikurniakan sedikit sabar dr Allahussobur..yg tetap bersabar atas kita pelaku2 dosa.
setuju dgn semua pandangan di atas,
“begin with d end in mind”
sungguhpun xdpt menerima siapa bos..siapa kuli..
kiranya terjebak..sudah sunnatullah..
harus tabah kerana inilah tarbiyah
about 2 years ago
Sebenarnya semua bergantung pada setiap individu itu sendiri. Kebahagian itu terletak pada tahap kesyukuran setiap orang. Walau sehebat mana pun lelaki tersebut, walau secantik bidadari sekalipun wanita tersebut, sekiranya tiada nilai kesyukuran pasti porak peranda jadinya. Anda pasti sentiasa mencari cari kelemahan dan kekurang mereka. Walau malaikat sekali pun tetap mempunyai kelemahan iaitu tiada nafsu.
Asalkan anda bersyukur dengan apa yang ada dan redha dengan ketentuannya sudah tentu anda akan mencapai kebahagian. Sekiranya anda tidak suka terhadap sesuatu sikap pasangan anda tersebut, anda boleh cuba mengubahnya,menasihatinya dan berdoa kepadanya dengan sabar dan bersyukur atas apa yang ada.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatKu maka sesungguhnya azabKu sangat pedih”. – surah Ibrahim 7
Dan firman Allah:
“Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar”
Kesimpulannya disini, maka bersyukur dan bersabarlah dengan apa yg ada nescaya kebahagian pasti akan muncul. Agama menjadi keutamaan dalam pemilihan pasangan hidup. Sekiranya pasangan anda seorang yang tinggi nilai agamanya nescaya dia sentiasa akan bersyukur dengan keadaan diri anda seadanya. Wallahualam..
about 2 years ago
Assalamualaikum..
saya pon mengalami perkara yg sama. tidak sekufu dari byk aspek. kerja, pendapatan, pendidikan n byk sgt lg. bagi saya, jika kita saling memahami, ade give n take, then it will be ok..tp bile memikirkan soal kawin, rase tk ok plak. sbb family saya kurang berkenan dengannya. saya sendiri maklum sebabnya. kadang2 saya menyalahkan diri sendiri sebab dari dulu tak tahan hati dan perasaan dari jth cinta pada dia. sekarang sangat susah rasenye nk lepaskan diri lagi sebab dia sangat nekad untuk dapatkan saya. katanya walau macam mana halangan dari family saya dia sanggup hadapi. kesungguhan dia selalu buat saya terharu n saya pon akui saya sayang dia.
pada teman2 sekalian, apa yang patut saya buat sekarang..??
about 1 year ago
Pd pendapat sy mmg penting memilih yg sekufu sbg jaminan utk kebahagiaan rumahtangga. Akn tetapi sudah tntu pegangan agama merupakn ciri yg paling penting dlm memilih calon psgn hidup. Drp pemerhatian sy, 90% kwn2 ppuan sy yg brkawin, suami mereka boleh dikatakn setaraf dgn kawan2 sy tu dr segi pendidikan & pekerjaan iaitu sama2 brkelulusan universiti & sama2 professional. Dan rumahtangga mereka sgt bahagia sehingga mmbuatkn sy rasa cemburu. Sy brcita2 nk jd mcm mereka iaitu kawin dgn yg sama taraf. Lgpun kedua2 ibu bapa sy amat mengutamakn thp pendidikan.
about 1 year ago
janji niat ikhlas yaa sahabat n saling hormat menghormati… peace