.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Musim Kenduri Kembali Lagi ..

April 27th, 2008 | Posted by azrul.alwi in Pasangan myJodoh

Musim cuti persekolahan akan bermula pada hujung bulan Mei ini. Dalam masa yang sama musim kenduri-kendara juga akan bermula di sana-sini. Saya ada mendapat berita tentang beberapa pasangan myJodoh yang akan mengadakan persandingan pada hujung bulan Mei ini. Ada juga berita dua tiga akak-akak yang akan bertunang. Tahniah diucapkan. Semoga anda semua diberkati.

Saya juga menerima beberapa jemputan. Mungkin tak sempat nak menghadirkan diri kesemua memandangkan sekarang ini dah ada ‘baby kecik‘. Justeru, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menjemput. Jangan “kecik hati“, kalau saya tak sampai. Saya sering mendoakan kebaikan untuk kalian yang bertemu jodoh di myJodoh serta rakan-rakan yang lain, semoga kalian sentiasa diberkatiNya.

Sekali lagi, tahniah untuk mereka yang berkenaan. Selamat pengantin baru dan semoga anda bersama pasangan-pasangan diberkatiNya. Amin.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

3 Responses

  • OMARM says:

    Jangan Lupa.. akak-akak tu… jemput kami sama!!! Dah lama teringin nak makan nasi minyak ngan Gulai kawah yg. depa buat dgn umbut pisang utan…
    Ehemm… memang menyelerakan!!!!!

  • omarm says:

    Ada sedikit panduan pada bakal pengantin:-

    Jika mahu majlis berjalan lancar dgn kesilapan minimum…
    rancang secara teliti dan hati2 kerapkali kita terlupa butir2 terperinci hanya di sedari bila di perlukan pada hari perkahwinan…

    mesti ada yg membantu… kerana memerlukan penyertaan yg ramai…

    Jgn abaikan saudara mara yg lain… jemput pak ngah mak ngah..termasuk saya… kerana ia acara keluarga…
    jemput jgn tak jempoootttt!!!!

    Buat belanjawan dulu sebelum mula berbelanja..
    Bunga telur jgn lupa…kalau tak sempat bungkus ngan kertas tisu pastu stpler…he!!he!!!

    Kamar indah, pengantin Gundah… malam pertama di dalam bilik berhias indah dgn pilihan warna yg menenangkan fikiran… serta bersuasana romantik, past mengasyikan bagi pengantin baru…

    Jgn lupaan CHECKLIST… samping, songket..yg sedondon!!!
    Majlis perkahwinan sangat memenatkan….
    Bila ia berakhir… barulah terasa penat…Fuuuhhhh!!!!
    ketika itu baru rasa lega… kerana semuanya telah selesai!!!!

    ohh lupa… pelamin anganku..dah siap???
    KEKANDA tampan, adinda Jelita,
    Cinta di dada tambah membara,
    Dua sejoli sehati sejiwa,
    Hebat bersanding di singgahsana…

  • omarm says:

    Semuga apa yang di rancangkan… berjalan dengan lancarnya..
    Kepuasan dalam perkahwinan itu adakah ianya belandaskan perkongsian hidup, kasih sayang, cinta, persefahaman atau nafsu semata-mata??? Kalau anda bersandarkan kpd tuntutan yg di gariskan dalam Islam, perkahwinan itu beroleh kebahagaian…

    Tetapi jika berasaskan nafsu, maka kita akan kenyang makan kenduri sahaja…. dan kemudian lapar lagi…
    Bila ada perkongsian hidup diantara lelaki dan wanita akan mempengaruhi kita samada berpuas hati atau tidak… harap pengantin bertolak ansur demi kebahagian rumah tangga. yg di bina kelak..

    Jangan lupa jemput saya sama tauu!!!! mana tahu di majlis … tuuuu sya terjumpa jodoh plak!!!!



Leave a Reply