.. mencari si dia yang soleh ..
Erti Sebenar Sebuah Kebahagiaan?

Merujuk laman web Karyanet.com.my, perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definasi ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.
Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.
Seorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.
Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.
Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.[1]
Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu tercapai?
Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?
Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.
What do you think it is?
Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”
Itulah kebahagiaan yang sebenar.
Wallahu’alam.
….
Nota kaki
[1] Tasauf Modern, HAMKA; Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, cetakan 2003; ms20.
..
..
..
.
.
Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran
Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati
Kuasa Hebat Solat Istikharah
Sabar Dalam Memilih
Pernah Terlanjur, Perlukah Jujur?
Ucapan Selamat Untuk Pengantin Baru
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on April 25, 2008 at 2:34 pm, and is filed under Agar Diri Disayangi, Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


about 2 years ago
nie.. ada gambak seronok laa… tengok.
Terima kasih tuan WM..
Tahun demi tahun kami tetap bersama Anda…!!!!
KEYAKINAN ANDA,
KOMITMEN KAMI!!!!!!!!!!!!!!
Hati kami pon.. tetap bahagia..
Itulah tanda2 kebahagian…………
about 2 years ago
Sebagai umat Islam “Kebahagian” Akan menjelema… bila kita memahami bersunguh-sungguhnya ajaran … yg. Di bawa oleh para2 Nabi terdahulu… kita akan temui kebahagian bila kita dekat dengan Allah SWT … kita akan merasa bahagia bila kita dapat membaca, merenung dan mengamalkan isi kandungan Al-Quraan. Kerana kita faham kitab yg Agung dan di Wasiatkan oleh Rasuullah SAW kepada Umatnya….
Tetapi walau bagaimana pun, Nasib atau bahagia itu kita FOKUS kepada kehidupan di DUNIA sahaja… bicara hal susah senang seseorang….. dgn. Tidak memandang kepada akhirat…ALAM kesudahan masing2…………….
Jagalah Allah… pasti Allah menjaga MU… Pasti hati kita merasa puas dan dapat menikmati “KEBAHAGIAN” dalam hidup kita… baik di dunia mahu pun di Akhirat kelak…..
Kita faham “kebahagian: itu adalah kurniaan tuhan kpd setiap hamba-Nya akan Kelebihan2 tertentu. Seperti…..
1. Para Nabi & Rasul. Mereka adalah golongan yang terpilih dari kalangan manusia untuk berdakwah & menyebarkan ajaran Allah SWT di muka bumi ini. Mereka dikurniakan dengan satu Kelebihan, dipanggil MU’JIZAT.
2. Para Wali Allah & Salafus Soleh …… Mereka adalah orang yang tinggi Taqwa mereka kpd Allah. Mereka dikurniakan dengan satu Kelebihan, dipanggil KARAMAH.
3. Para Guru & Ulama. Mereka adalah orang yang mengajarkan Ilmu2 yang bermanfaat kpd orang lain, dan mereka beramal dengan Ilmu2 mereka ke jalan yang direhai Allah SWT. Mereka dikurniakan dengan satu Kelebihan, dipanggil MAU’NAH. (BUKAN Al-Mau’nah. Kalau Al-Mau’nah, lain maknanya).
4. Orang Biasa, yakni kaum Muslimin & Muslimat. Mereka adalah orang Islam yang biasa. Mereka juga dikurniakan dengan satu Kelebihan, iaitu ISTIQAMAH.
5. Orang Kafir. Mereka juga dikurniakan dengan satu Kelebihan, iaitu ISTIDRAJ & juga SIHIR.
*Kenapa orang Kafir juga dikurniakan kelebihan itu? Ini adalah kerana Sifat “AR-RAHMAN” ALLAH SWT.
Semua manusia di dunia ini dikurniakan dengan Kelebihan masing2. Inilah sifat MAHA ADIL ALLAH SWT.
***Dalam satu Hadis Sahih atau Ijma’ ada menyebut, “Orang Muslim biasa, yang mana jika mereka ada melakukan satu amal kebaikan, dan mereka ISTIQAMAH dengan amal kebaikan itu, maka sesungguhnya, yang demikian itu adalah LEBIH BAIK DARI SERIBU (1000) KARAMAH.”
Bila sesuatu Hajat..di perolehi… hati kita menjadi tenang…. Dan memperolehi Kebahagian dalam hidup… dan Redha di atas ketentuannya…
Jika kita tidak dpt menerima hakikat tersebut utk menemui kebahagian… jiwa kita akan menjadi kacau… jika terlampau emosional dan fikiran berserabut terpaksa menjalani hidup di hospital ” BAHAGIA” itu pun dikatakan bahagia jugak???
Wallahua’lam…
about 2 years ago
Selamat kembali Tuan WM…setuju dgn isi artikel ni. just nak komen…baju baru blog ni nampak JAMBU! hehehe..
about 2 years ago
alah .. dah nama pun baju .. nanti kita tukar-tukar plak concept lain. My wife cakap “macam budak-budak”…
about 2 years ago
Awat.. gambaq tuan YM… nampak idung ajerrr!!!!
mmg mancung abihhhhhh!!!!!!!
about 2 years ago
saya setuju. erti kebahagiaan ialah apabila kita sentiasa terasa ingin tersenyum. kebahagiaan bg sy pula ialah, buah hati sy telahpun berada di pasaran. bibir sentiasa ingin tersenyum kala berkunjung ke kedai buku dan melihat hasil penat lelah sy berada di rak2 buku…syukur alhamdulillah. walaupun allah belum menemukan sy dgn seorang lelaki yg layak bergelar suami, tp buah cinta sy ini telah memberikan kebahagiaan kepada sy….
about 2 years ago
Apa nama tajuk buku tuu… cik Rihanna!!!
kalau tak keberatan… ingin juga nak tahu…
tajuknya pasti mengancam… “Cinta ku di padang pasir”?
about 2 years ago
salam, abg omarm lama tak dengar berita.maaf byk2 PM yg omarm bagi tu tak dpt saya baca sebab saya bukan pengguna berbayar lagi.harap maklum
about 2 years ago
terima kasih… JIHA!!!
Tengoklah… Jiha… sejak jiha menghilang diri dari abg…
Hidup ini tidak pernah tenteram, perasaan tidak pernah tenang, sentiasa tertekan… tubuh abg dah kurus merincing, wajah pulak cengkung jelas menonjolkan tulang pipi, mata pula sayu… membendung perasaan yg. bersarang dihati…
apa pun email tetap ku nantikan…
Walau bagaimana pun hati abg tetap “bahagia” kerana Jiha telah mendapat pilihan hati dari Setiu!!!!!
Dah!!mula dah!!! lama tak usik Jiha… cuma nasihat abg kalau jiwa rasa tertekan, cara terbaik menenangkan fikiran dgn bersolat, tidak kira sunat ataupun fardu diikuti mmbaca al-Quraan… ayat2 ini mampu menenang dan menenteramkan jiwa…. JIHA boleh rasakan perbezaannya… selamat berbahagia “JIHA”"
about 11 months ago
kebahagiaan bagi diri saya bila dapat dekatkan diri pada Allah … dpt membuat mak ayah senyum dengan kejayaan kita dan mempunyai suami yg dpt membimbing ke jalan Allah
about 11 months ago
salam abg omarm..lama tak dengar berita. mcm mana pencarian? dah jumpa pasangannya? dengar khabar kawan kita, abg van ckulop dah jumpa pasangan nya dan akan melangsungkan hari bahagianya akhir tahun ni..insyallah..
about 11 months ago
hanya cinta yang bisa membawa seseorang menjadi bahagi, jika kau mengatasnamakan cinta namun tidak merasakan bahagia maka yang kau rasakan bukanlah cinta.
about 8 months ago
..bagi aku lah..ado duit untok memenohkan cita rasa ..segala keperluan okey laa..kereta cantik rumah cantik bini dan anka2 pun cantik-ikut ajaran mak bapak.
Tapi biasa lah selagi kita di klassifikasikan sebagai manusia ni, setiasa aje tak puas puas-dulu naik cup cai..kemudian proton hingga tak sudah2 tukaq kereto..maseh lagi kurang puas..dulu setinggan dapek rumah terrace ati maseh nak rase dudok bungloo..kalo dah ado bini yg cun baik lak tu..nak nak tambah lagi..walu seketika dia rasa puas..di hari mendatang akan mencari cari lagi..
about 7 months ago
Penilaian yang berbeza dari setiap kaca mata manusia…yang ada kala nya mereka memberi pendapat yang lari dari perangai mereka sendiri..jahil minda orang gelar mereka ini…maksudnya sebenarnya mereka ni adalah hipokrit…contoh sebenarnya mereka cintakan wang ringgit ..tapi pada ruangan ini mereka katakan yang mereka cintakan Allah T.A…itulah hipokrit namanya…soal hati boleh sembunyi . soal lidah mana blehhhhh
about 7 months ago
bahagia trletak pd individu.tk semestinya cinta sajer blh buat kita bahagia.,lot of other things yg blh buat kita bahagia..carilh bahagia..dimana2 ada…
about 3 months ago
Bagi aku laa..ado petti, nak membelanjo kan apo2 keinginan dalei diri key lah tu..sonyum bonar selalu…ia mengatasi segala kedukaan..nak semayei pun khusuk… bagi aku laa…
about 3 months ago
aku amat berbahagai selalu kalo dapat bini cantik yg loaded
min:
bahagia trletak pd individu.tk semestinya cinta sajer blh buat kita bahagia.,lot of other things yg blh buat kita bahagia..carilh bahagia..dimana2 ada…
about 3 months ago
Aa duit semua boleh bahagia
about 3 months ago
bab nak korek niee sentiasa aje tak puas2..nak nak lagie..tiab2 aje bukak mata dah mati…
about 3 months ago
ahah kan….
about 2 months ago
mengape ssh sngat nak cr pasangan yg setia?