.. mencari si dia yang soleh ..
Ucapan Selamat Untuk Pengantin Baru.
U. Aida dan suaminya sepatutnya telah selesai melangsungkan majlis perkahwinan ketika artikel ini disiarkan. Begitu juga dengan beberapa pasangan myJodoh yang lain.
Di sini marilah kita ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada mereka. Serta kita mendoakan bahagia berkekalan hingga ke anak cucu. Eh .. hingga ke anak cucu sajakah? Atau hingga ke akhir hayat? Takkan sampai akhir hayat saja, selepas tu macam mana pula alam akhirat?
Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”
Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”
Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”
Aqil menjawab, “Katakan
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”
Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “
(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]
Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.
Wallahu’alam.
.
.
Selamat pengantin baru, rakan-rakan myJodoh. Semoga anda dan pasangan diberkatiNya!
.
.
.
Nota Kaki
~~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad : 1648
[2] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #4758
[3] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1011, menurut Imam Tirmizi hadith ini bertaraf Hassan Sahih.
[4] Al-Azkar Nawawiyah (Terjemahan Bachrun Abu Bakar & H. Anwar Abu Bakar), Al-Imam Nawawi rah., Sinar Baru Algensindo, Bandung. Cetakkan 2005. ms 721 – 723.
.
.
.
Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran
Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati
Kuasa Hebat Solat Istikharah
Sabar Dalam Memilih
Pernah Terlanjur, Perlukah Jujur?
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on February 8, 2008 at 7:07 pm, and is filed under Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.
Kenapa perlu ditanya … watak-watak tokoh Malaysia ?
about 4 months ago - No comments
Assalamu’alaikum, Mulai posting ini diterbitkan, myJodoh akan mempamerkan watak-watak tokoh nusantara di screen pendaftaran. Ini adalah untuk memastikan pengguna yang menyertai myJodoh hanya di kalangan orang-orang nusantara. Ini merupakan salah satu langkah myJodoh bagi menghalang pendaftaran “mamat negro” di myJodoh, seterusnya meminimumkan risiko pengguna diperdaya. Adalah menjadi sesuatu yang amat pelik apabila individu-individu negro,
Doa Cepat Jodoh & Doa Putus Cinta (Hati Kecewa)
about 2 years ago - 30 comments
Assalamu’laikum, Saya terjumpa doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’. Bukan setakat doa-doa di atas, buku tersebut mempunyai banyak doa-doa yang mungkin bermanfaat kepada kehidupan kita seharian. Mungkin anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.
Perlukah Wanita Tahu Memasak?
about 2 years ago - 68 comments
Berikut disajikan klip video pendapat Dr Danial tentang tentang persoalan di atas. Rakaman diambil ketika kuliah tafsir pada hari ahad yang lepas (2009-05-03). Untuk mereka yang belum pernah mendengar nama Dr Danial, sila lawati mindasuper.com untuk keterangan lanjut.
Selamat Datang Ke myJodoh versi terkini..
about 2 years ago - 62 comments
Salam, Selamat datang ke myJodoh versi terkini .. antara pembaharuan yang dilakukan adalah ke atas maklumat diri. Banyak perkara yang perlu anda isi, dan banyak perkara yang boleh anda dapati apabila setiap kali melihat maklumat orang lain. Sebarang teknikal error .. sila lapor di topik ini …
Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok
about 3 years ago - 20 comments
Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok. Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan. Ini atas beberapa alasan; Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri.
Panduan Solat Sunat Tarawih
about 3 years ago - 21 comments
Salam, Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, barangsiapa yang mendirikan sembahyang (tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Muslim) Kepada mereka yang ingin mempelajari cara-cara solat sunat tarawih, kenapa, mengapa dan berapa .. Klik sini dan download risalah ringkas panduan
Jangan Tunggu Lama-Lama, Nanti Lama-Lama …
about 3 years ago - 12 comments
Suatu ketika dahulu pada tahun 1981, kumpulan rock Sweet Charity telah melancarkan album bernama Sejuta Wajah. Ada di dalam album itu sebuah lagu bernama “Jangan tunggu lama-lama.” Mereka yang membesar di zaman itu sudah tentu ingat. Lagu itu pernah berkumandang di radio hampir setiap hari 27 tahun dahulu. Ia menasihati para lelaki agar “jangan tunggu
Implikasi “Maksiat Sebelum Berkahwin” di Alam Perkahwinan
about 3 years ago - 31 comments
Setiap kali di dalam kuliah tafsir Al-Quran Dr Danial Zainal Abidin, terdapat satu sessi yang dikhaskan untuk bersoal-jawab. Di dalam sessi tersebut para hadirin akan mengajukan soalan-soalan tertentu. Ada yang berkaitan dengan kuliah tafsir, ada yang di luar skop pengajaran pada hari itu. Ada soalan diajukan secara lisan, ada soalan dimasukkan ke dalam ‘kotak soalan’
Jangan Salah Faham, myJodoh Bukan Agensi Pencari Jodoh
about 3 years ago - 12 comments
(Imej Laman web myJodoh pada Ogos 2002, yang direkod oleh Webarchive.org) Jangan salah faham, myJodoh bukan agensi pencari jodoh. myJodoh tidak akan mencari pasangan hidup untuk anda, sebaliknya anda perlu berinterasi di myJodoh untuk mencari pasangan hidup dengan sendiri. myJodoh adalah tempat untuk mereka yang mencari pasangan hidup berkumpul, berdaftar dan mengiklankan maklumat diri melalui
Semalam Di Ipoh ..
about 3 years ago - 6 comments
Saya berada di Ipoh hujung minggu yang lalu. Ada beberapa tujuan saya ke sana, antaranya adalah melawat seorang sahabat lama yang bernama Jak (Panggilan itu adalah sempena cerita siri Kojak). Beliau merupakan antara warga internet terawal yang mendirikan rumahtangga setelah berkenalan di internet. Beliau telah berkenalan dengan isterinya pada tahun 1998 dan sekarang telah berumahtangga

about 4 years ago
Tahniah dan selamat Pengantin Baru Untuk U.Aida dan Suami, serta pasangan yang baru mendirikan rumah tangga… Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu, iman yang sempurna, ilmu yg. Memberikan menafaat, Rezeki yg. Halal, Anak yg Soleh, rumah tangga yg bahagia, Usia yg. Berkat, Doa yg. Mustajab, hajat yg. Tertunai, kesihatan yg. Berterusan, hutang yg. Berbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti..
Ya Allah, Ya tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkan Doa kami Untuk pengantin tersebut… dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad S.A.W dan dgn berkat Amalan kami yang paling Ikhlas…..
AAMIIN.
about 4 years ago
Aaminn
about 4 years ago
Amin..
about 3 years ago
aminnnn…
insyallah
about 3 years ago
Hi U.Aida.. tahniah.. alahai.. tak bagi tau pun nak berkahwin yer.. ape2 pun.. saya harapkan awak dan suami akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Insyallah… ok selamat mengecapi alam perkahwinan..
about 3 years ago
tahniah dan alhamdulillah selesai sudah separuh dari Islam..doa yang indah2 sentiasa mengiringi dan jangan lupa untuk doakan diri sendiri..semoga kasih yang tertambat, terikat jua sampai di akhir2 hari kehidupan U.Aida and husband..amin..:)
about 3 years ago
terima kasih atas ucapan kalian semua.
about 3 years ago
Alhamdulillah…
Tahniah sekali Lagi pada pasangan yg. baru menjadi Raja Sehari..
Tapi!!! tidak terfikirkah Pengantin Baru mencari Destinasi Bulan Madu….
samada di dalam Negeri atau Luar Negara…
Kalau dalam Negeri mcm2. tempat kita ada.. dan berapa banyak pulau yg boleh di lawati dan kalau nak mencabar boleh Lawati Taman Negara…
Kalau Lawatan Luar Negara kita boleh lawati PARIS… Ada banyak sebab kita menyukai Paris, Antara paling istemewa, sejarahnya, unsur romtik dan Nostalgia… Kata orang berbulan Madu nie “PASRAH DALAM PENANTIAN”… aPA yg. penting utk Memadu kasih… tanda kasih sejati
Suasana romantik dan nyaman menjadi pilihan Pasangan UDA dan DARA di kala bersama … tiada siapa yg. menggangu….
Di Paris kita boleh melawat menara Eiffel atau Museedu Lourve utk menjenguk Si MONALISA, atau mundar mandir sepanjang Avenu des champs-Elysees…. Minum petang yg. popular di Fouchan di Madeleine Place dan juga di Ritz… dan juga tmpt menarik yg. Lain… jalan sambil berpegang tangan.. tiada siapa yg. peduli.. pengantin baru katakan… semua nya Indah belaka…..
Oh, Ya!!! Satu Pesanan saya kalau di Kota PARIS.. janganlah Anda “MEMICIT, MEMEGANG,MENJENTIK, MERABA Sebarang jenis “BUAH”…Tak pasal2 kita maki dalam bahasa Perancis, Walau tak faham bahasa perancis, merah padam muka kita dibuatnya….
Mereka sentiasa sedia melayan kita, tunjuk saja apa yg Buah kita mahu, jangan sesekali mengambil sendiri… itu di Pasar yg. menjual buah….
Kalau di Hotel tak kisah lah Samada kita nak jentik atau memegang buah… sebab buah dah kita beli… INGATLAH jika Wanita yg. ke PARIS… JANGAN SESEKALI Memegang “BUAH”…?????
about 3 years ago
Buah hape pulok lah yg nak dipicit tu bro omarm?
Kita ni lum mampu agi nak ke paris. kalu leh nak ke Mekah dulu…
Setakat pakai perfume Champs-Elysees je yg termampu. ada banyak kat kaunter Guerlain.
about 3 years ago
kepada pasangan pengantin Baru selamat ” BERBULAN MADU” udah balik dari percutian ke Belom.???.. takder ke cerita dari pengantin pulak….
Ramai Dok Melangut nak Dengaq cerita dari pengantin Pulak… Doa udah bebakoi2 kami tulong Doakan.. semuga pengelaman Anda …membuatkan kami di sini terbayang2 nak kawien Cepat??????
about 3 years ago
Assalamualaikum en Omarm…hamboi2..menunggu cite pengantin baru ye? ala..cite biasa2 je la..baru balik melawat kampung halaman nun jauh di utara semenanjung…kasi warm up suami sikit…kalau tak tu, dia takat travel dari kajang ke rembau je…idok le jauh mana…ni bila bawa dia balik kampung jauh nun di utara tu..at least dia merasa la dok dlm kete berjam2…hihihihi
about 3 years ago
Alhamdulillah… semuga termakbul niat suci Cik La tu… saya Doakan mudahan Niat untuk ketanah suci di perkenankan Allah SWT…
Saya ke sana atas tajaan sahabat saya “Sykt Kulup kecil & Kulup besar” dia yg beria2 ajak saya kesana.. di bawa setiusahanya Cik Jiha sekali atas urusan P’niagaan…
Itulah di sana buah2an masih segar… mutu mkanan mereka di jaga.dgn baik…Cakap saja tapi jangan pegang, kerana buahan nya berkualiti… peniaga di paris amat bangga dgn apa yg mereka jual dan sentiasa melayan kita…
Tunjuk saja apa yg kita mahu… kalau kita pegang mereka akan maki kit dlm bahasa perancis.. walau kita tidak faham… dari riak muka mereka… mmg mereka marah… itulah keadaan di pasar Rue Poncelet, pasar terbuka yg. amat Luas dan Besar…
about 3 years ago
Udah bertukor gambor pengantin Pulak… baguihlah.. Ada perubahan Tuan WM..
about 3 years ago
tahniah ya..semoga diberkati hidup kalian berdua dunia dan akhirat..sentiasa fikirkan yg terbaik supaya ganjarannya yg terbaik jua..
about 3 years ago
Alhamdulillah… semuga termakbul niat suci Cik La tu… saya Doakan mudahan Niat untuk ketanah suci di perkenankan Allah SWT…
Saya ke sana atas tajaan sahabat saya “Sykt Kulup kecil & Kulup besar” dia yg beria2 ajak saya kesana.. di bawa setiusahanya Cik Jiha sekali atas urusan P’niagaan…
Itulah di sana buah2an masih segar… mutu mkanan mereka di jaga.dgn baik…Cakap saja tapi jangan pegang, kerana buahan nya berkualiti… peniaga di paris amat bangga dgn apa yg mereka jual dan sentiasa melayan kita…
Tunjuk saja apa yg kita mahu… kalau kita pegang mereka akan maki kit dlm bahasa perancis.. walau kita tidak faham… dari riak muka mereka… mmg mereka marah… itulah keadaan di pasar Rue Poncelet, pasar terbuka yg. amat Luas dan Besar…
about 3 years ago
Lama dh tak usik Pengantin Baru…dah jadi Lama..
Walau dah melalui detik indah di mlm pengantin… kekalkan kasih sayang yang berasaskan iman lebih berharga daripada kerana harta benda, paras rupa dan nafsu semata2…..
Semuanya akan hilang Sinarnya bila2 masa saja… bukan mcm bercinta dulu semuanya indah belaka…..
Tapi iman yg hidup di hati suami isteri mampu menguatkan keduanya dari Godaan duniawi….
Mmg tidak dinafikan kita memerlukan harta benda dan kecantikan untuk mengikat hati pasangan…. TAPI jangan jadikan “PRIORITI” di atas segala2nya… Hanya beriman kpd Alah yg. boleh menyelamatkan segala2nya…..
Cuba kita bayangkan… berapa ramai wanita yg cantik molek yg di madukan????… Bukankah ramai lelaki berharta yg dikhianati pasangannya???????
Sesungguhnya yang maha berkuasa “MELESTARIKAN” cinta suami dan isteri hanya kpd Allah SWT. Anda perlukannya untuk menjaga cinta suami sejak pertama kali bertemu Hingga bercerai Mati……
Wallahualam Bisawab………
about 3 years ago
tq omarm…bila nak menyusul plak?
about 3 years ago
eheemmm!!!! Bila tiba masanya insaalah di kabulkan, berkat Doa kalian!!!
about 3 years ago
nak wat teks ucapan pengantin camane ek11?sape2 yang tau bantula….
about 3 years ago
i love you all
nessalovesyouall