.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Tips Ramai Kenalan – Bergurau Sekali Sekali

January 5th, 2008 | Posted by azrul.alwi in Megnet Sayang | Panduan Memilih Si Dia

05012008001-copy.jpgAnak kecil saya yang berumur 2 tahun itu terpaksa menunggu saya di sebuah bengkel pada suatu hari. Kereta yang kami dinaiki tiba-tiba mengalami sedikit masalah. Tidak dapat kami teruskan “jalan-jalan” kami. Setiba di bengkel, kereta itu mula dibaiki. Anak saya yang baru berusia 2 tahun itu, memerhati dengan teliti apa yang dilakukan oleh mekanik tersebut.

Setelah siap, si makenik menghidupkan enjin dan memandu kereta itu keluar dari bengkel untuk mengujinya. Anak saya tiba-tiba menangis dan berkata, “Adam punya! Adam punya!” Dia menangis kerana “keretanya” telah dibawa pergi oleh orang lain. Semua pekerja dan pelanggan yang berada di situ tertawa dengan gelagatnya.

Apabila tangisannya reda, salah seorang mekanik menghampirinya dan bertanya, “Mana kereta Adam? Mana kereta Adam?” Si Adam terdiam, berlari bersembunyi di belakang saya dan berkata, “kereta tak dak .. habih daaaahh,” kata Adam sambil melihat ke luar bengkel.

Rasulullah s.a.w. pernah melakukan perkara yang sama pada suatu ketika dahulu. Menurut sebuah hadith riwayat daripada Imam Tirmizi, Rasulullah s.a.w. pernah menziarahi rumah Anas Bin Malik r.a. Adik Anas r.a. pernah sekali bermain-main dengan anak burung, lalu anak burung itu mati. Insiden itu telah membuat saudara kecil Anas r.a. itu bersedih dan menangis. Apabila bertemu, berkata Rasulullah s.a.w. kepada anak kecil itu, “Wahai Abi Amir, bagaimana dengan anak burung kamu?”

Itu merupakan contoh gurauan mesra daripada seorang nabi dengan seorang anak kecil.

Pernahkah anda mempunyai sahabat-sahabat yang selalu membuat anda ceria dengan kerenah mereka? Mereka pandai menyelitkan gurau-senda di tengah-tengah perbualan serius. Bukan untuk mempermain-mainkan perbualan, tetapi sekadar menceriakan keadaan. Bukan membuat anda ketawa terbahak-bahak, tetapi sekadar tersenyum hingga nampak gusi. Kehadiran mereka akan membuat anda selesa. Ketiadaan mereka akan membuat anda rindu. Kehilangan mereka akan membuat anda tercari-cari.

Islam tidak melarang gurau senda. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Aku pun bergurau senda, tetapi tidak akan mengucapkan melainkan yang haq.” [1 ]Menurut Dr. Yusof Qadrawi, bergurau senda dan bersukaria merupakan naluri semula jadi seorang manusia. Islam yang menjadi agama fitrah tidak menghalang perkara sebegini. [2]

Anas bin Malik r.a. juga menceritakan di dalam sebuah riwayat bahawa Rasulullah pernah memanggilnya, “Wahai orang yang mempunyai dua telinga!” Menurut keterangan daripada para perawi hadith, tujuan Rasulullah s.a.w. adalah untuk bergurau. [3] Serta banyak lagi contoh-contoh di dalam riwayat-riwayat yang terpercaya.

Namun, setiap sesuatu itu ada batasan. Begitu juga dengan bergurau senda. Di dalam surah Al-Hujurat ayat 11, Allah s.w.t. telah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.”

Justeru, batasan bergurau senda di dalam Islam tidak boleh melebihi seperti yang ditetapkan sehingga menyakiti, mempersenda, menakutkan orang lain dan sebagainya. Di dalam sebuah riwayat dinyatakan, “jangan kamu berbantah-bantah dengan saudaramu, janganlah bergurau senda dengannya dan janganlah kamu berjanji dengannya dan kamu selisihkan.”[4 ]

Begitu juga dengan sikap yang terlalu suka bergurau senda, ia juga dicela. Di dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali berkata, “Ketahuilah bahawa yang dilarang itu berlebih-lebihan atau berkekalan dalam bergurau. Berkekalan bermaksud menghabiskan seluruh waktu dengan bergurau senda.”

Katanya lagi, “Berlebih-lebihan bergurau akan mempusakai ketawa. Dan banyak ketawa mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada setengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan.”[5]

Justeru, jadilah seorang yang periang tetapi tidak terlampau riang. Seorang yang ceria, tetapi tidak terlampau ceria. Berjenaka dengan sederhana, mudah-mudahan diri disayangi.

Wallahu’alam.

.

.

..
[1] إني لأمزح و لا أقول إلا حقا
Hadith sahih Riwayat Thabrani daripada Ibnu Umar, #4259 di dalam Jamiul Saghir.
[2] http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544110
[3] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi; #1915. Menurut Al-Albani, hadith ini bertaraf sahih.
[4] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi;#1918 Menurut Tirmizi bertaraf gharib. Menurut Imam Sayuthi bertaraf daif. Menurut Sheikh Al-Albani bertaraf daif.
[5] Ihya Ulumuddin, Al-Imam Al-Ghazali, “Kitab Bahaya Lidah; Bab bergurau senda”

Tips Ramai Kenalan – Berikan Penghargaan
Tips Ramai Kenalan – Jangan Mencari Kesalahan Orang Lain.

Tips Ramai Kenalan – Jaga Kebersihan Diri

.

.

.

.

Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran
Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

23 Responses

  • Cempaka_ungu@yahoo.com says:

    Salam.

    Tertarik ngan artikel nie. Bg pandangan sy blh bergurau selagi ianya tidak mendatangkan aib bagi pihak lain.Kadangkala kit x sedar ape yg kita guraukan itu, x disukai oleh org lain dan melampaui batas terutamanya apabila ianya menjatuhkan maruah. Bergurau ker tu????

  • PuRpLe says:

    Comeinyerr anak Pakcik nih..! 😉

  • van ckulop says:

    kalo dibandingkan dengan anak kita, mana comei..?

  • omarm says:

    Islam dan Adab adalah seperti irama dan Lagu… Islam itu indah kerana di dalamnya terkandung perkara2 keelokan peribadi yg diamalkan oleh penganutnya sehingga dikatakan Islam itu sebagai ‘the way of Life’……

    Di antaranya Adap Bergurau senda.. yg tidak melampaui batas…. Rasululullah pernah bersabda ” Seorang mukmin itu bukanlah seorang yg suka mencaci atau melaknat orang lain dan ia juga tidak bersifat jahat di samping ia tidak bersifat buruk” (at-Termidzi)

    Apa lagi tingkah laku dan tuturkata sememangnya boleh menjejaskan imej individu sendiri… tetapi imej bangsa, masyarakat, ugama dan Negara… Kekadang perbuatan meniru gaya tingkah Laku mahu pun percakapan yg kurang sopan padahal ingin bergurau…Seperti “Hei Luu!” Pergi mampus La” Cilakak kau, Kecik2 tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang….. dan banyak lagi yg menyimpang jauh drp adap2 ketimuran….
    Rasulullah saw selalu berpesan… “janganlah setiap kamu menjadi org tanpa pendirian perbadi berkata: “ saya dgn orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik, Jika mereka berbuat jahat, saya juga berbuat jahat… Tetapi biasakan dgn diri kamu jika org berbuat baik, seribu kali kita berbuat baik, jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka (jgn meniru mereka)…. (at-Tarmidzi)…
    Kalau kita hendak ber gurau biarlah berpada2 jangan menyentuh Hati dan perasaan orang Lain… Pepatah melayu ada menyebut:-
    Yang merah itu Saga,
    Yg. Kurik itu Kundi,
    Yg indah itu Bahasa,
    Yg elok itu Budi…
    Mudah2an kita berjaya berjaya mengawal mulut kita tanpa insuran dgn berhemah dan berbudi agar tamadun kita tidak hilang mutu dan keindahan sosialnya……

  • Asmidar says:

    Adam.. it’s either peace or bang! bang!

    Adam punye muke macam ummi eh? Tomei cangat!

  • PuRpLe says:

    Hahahahaha :)) Van Ckulop dok wat lawaks.. 😀

  • omarm says:

    Ater!!! Anak kiter Pun Tomei jugak kan AS… ikut ibu nyer….

  • Ju_sandakan@yahoo.com says:

    Assalamualaikum wrt ..

    bg ju brgurau biaq la kena pada tmpt nya…jgn main hemtan je..ye la kkadang kita xtau hati org ni ibarat rambut sama hitam hati lain2..

    ada gurauan yg boleh di terima oleh sesorg tu kira jenis org yg open minded la..tp ada plak sstgh org tu yg xdpt nk trima..akibat gurauan gak hal kecik leh jd jaduh besaq…kkdg smpai brpanjangan..

    kata org bergurau biaq la brhemah,tngok tmpt,tngok org pendek kata ambil kira semua aspek dlm khidupan kita agar xde hati yg trluka,trguris,trcoret dan yg swaktu dgn nye la..

    bg ju apa yg penting dlm khidupan ni bersederhana la dlm semua hal…

    wassalam..

  • van ckulop says:

    JU Sandakan..,

    ..bila kita masuk sini sepatutnya mesti open minded laa…! Adalah mustahil utk kita semua memiliki pandangan dan fikrah yg sama. Namun demikian perbedaan pandangan itu sepatutnya membawa kepada kebaikan dan manfaat.

    Sikap mudah mengalah dan menjadi mangsa lalu mengalirkan airmata dan menyalahkan orang lain serta menuding kepada suasana sebelum berjuang habis-habisan TIDAK sepatutnya ada dlm jiwa kita.

    Kepada individu yg mudah terasa dan terguris hatinya.., belajarlah untuk menjadi lesak dan lasak, kasar dan keras, merasai kelat dan pahit hidup ini. Unsur-unsur ini telah pun menjadi realiti dlm kehidupan seharian. Kegagalan kita menangani unsur-unsur tersebut menyebabkan diri kita menjadi pasif dan tiada daya saing…!

    Untuk itu kita mesti kuatkan semangat dan kentalkan jiwa melangkah terus menongkah hidup ini, agar diri kita sentiasa berada dlm keadaan ‘win win situation’ sehingga tdk mudah terpedaya, tdk sentiasa kena buli dan dipermainkan..!

    Sikap bersederhana dlm segala hal itu memanglah sesuatu yang murni tetapi sekiranya saingan kita bersungguh-sungguh utk menjatuhkan kita…, masakan kita boleh bermain-main..?

    Kalau saingan telahpun membuka langkah dan menghunuskan keris.., wajar lagi layaklah bagi kita untuk mencapai lembing maupun tombak…!

  • omarm says:

    Selamat bertemu kembali JU… Anda sudah lama menghilang Diri…
    Tapi tak mengapa kami mendoakan kesejahteraan Anda… Bagi sya gurauan jangan melebihi Hadnya… ada yg. mudah terasa walau pun kita anggap hanya jenaka…

    Cth: Bila ada org. bertanya bila lagi nk kawin??? ada yg terasa mudah Marah dan tersinggung… Tapi bgi sya…Insya-Allah..bertemu jodoh kawinlah kita.. itu adalah salah satu doa..dari yg. bertanya agar kita mendapat cepat Jodoh..
    Kita tidak hanya berdiam diri tanpa sebarang usaha utk mencapainya… malah segala iktiar diambil disamping menyerahkan pencapaiannya kpd keizinan dan kehendak Allah SWT pada akhirnya hanya keputusan Allah SWT sahaja yg. berlaku…. dan kita kita tidak kecewa dan putus Asa… dan berasa tenang jiwa di atas ketentuan illahi…

  • omarm says:

    Apakah Ju.. juga akan mencapai Lembing dan Juga tombak sekiranya Lawan menghunus kerisnya seperti yg. di perkatakan oleh Van Ckulop?????????

  • Cempaka_Ungu says:

    Salam….

    Perlu ke open minded dlm ruangan ini. Perlu ke??? pd pendapat saya open minded @ tidak itu hak individu. blh menerima gurauan tersebut atau tidak. terserah kepadanya untuk menerimanya. Dan bukan semua orang terbuka pemikirannya. Mungkin dikatakan kolot tp kadang-kala itu adalah yang terbaik. dari berpura2 open minded sedangkan hati dir mtidak menyukainya. Tetapi terpaksa berpura menyukainya agar orang disekeliling menerimanya….. Parah jadinya… Menipu diri sendiri dengan sesuatu yang tidak disukai. Menerima sesuatu guarauan itu biarlah ada batasnya..

    Sekian.

  • omarm says:

    Gurauan hanyalah untuk menghiburkan hati, tapi janganlah sampai menyakti org lain… kalau tak buat lawak pun, rasa boring juga… sekali sekala kena gurau juga… kalau tidak sunyi sepi jadinya… Biasa org yg pandai bergurau nie ramai kawan dari Lawan.. tapi biarlah bertempat.. setuju atau tidak itu pandangan masing2….

  • Cempaka_Ungu says:

    Salam.
    Benar kata Omarm, bergurau biarlah bertempat, jgn spai menyentuh hati n perasaan seseorang. Biarlah ada batasnya, walaupun x bersua muka, tapi gurauan itu, dpt mencerminkan siapa kita, secara tidak langsung…….. Gurauan menceriakan, tapi adakala gurauan juga blh menyakitkan

  • hasma says:

    assalamualaikum..
    pertama kali sayaa masuk memang syok, ini kerana pelbagai pengetahuan yang dapat saya perolehi terutamanya tentang keindahan islam,,indahnya islam katakan.. klah secara tidak langsung kita dapat mengetahui bahawa bergurau tu ada hadnya,jan lah sampai kita terasa pastu hilang lah usrah yang amat dituntut oleh agama kita iaitu islam..k lah nampak nya kenalah stop kat sini dulu.. wassalam

  • Cempaka_Ungu says:

    Salam.

    Lama benar x menjenguk ruangan ini, masih banyak yang blm berubah dan masih seperti dulu.

    Hasma…..,
    Ruangan ini mmg menarik dan memberi manfaat buat kita, selagi kita ingin mendapatkan seseuatu yang berguna darinya. Sy menyukai ruangan ini keran ianya mmeberi peluang utk sy mengenali rakan baru disamping itu ia juga membantu sy mengenali diri ini, secara langsung dan tidak langsung.byk yang diperoleh dlm ruangan ini tau… Dan byk juga yang blh dilakukan sekiranya mempunyai keinginan utk melakukannya.

  • firdaus says:

    Ingatlah buat teman se ISLAM..

    Carilah pasangan mu bukan kerana hartanya,
    Kerana hartanya itu akan habis bila dia sudah hilang kerjaya nya…

    Carilah pasanganmu bukan kerana pangkatnya,
    kerana pangkatnya akan hilang bila dia sudah turun dari kedudukannya…

    Carilah pasangan mu bukan kerana wajahnya,
    kerana wajahnya akan pudar bila dia sudah semakin tua…

    tetapi…

    Carilah pasangan mu kerana AGAMA nya,
    kerana dengan agama dan didikan yang sempurna dapat membawa kamu bercinta selamnya hingga ke SYURGA…

    Inilah cinta yang diredhai TUHANNYA…Inilah cinta yang kekal abadi…

    CINTAILAH KERANA ALLAH…

  • nunwowro says:

    Rasulullah saw jg pandai bergurau..
    “kisah biji kurma dan saidina Ali kwj”
    tidak mungkin tak gelak besar..tapi pasti tersenyum lebar.

  • nunwowro says:

    Shilap taip..sori!
    Rasulullah saw jg pandai bergurau..
    “kisah biji kurma dan saidina Ali kwj”
    tidak mungkin gelak besar..tapi pasti tersenyum lebar.

  • azrul.alwi says:

    salam nur,

    saya pernah dengar cerita tu, tapi saya tak dapat kesan sumbernya, riwayat siapa. Mungkin saudari boleh bantu saya .. terima kasih.

  • adie says:

    hahahahhaha….korank aku budak bru la kat cney,,so rsa janggal skit nak add korank jd pren

  • Pingback: weddingadatpadang



Leave a Reply