.. mencari si dia yang soleh ..
Salam Aidil ‘Ad-ha
Salam Aidil Ad-ha untuk semua warga myJodoh.
Maaf, saya sibuk sikit menyiapkan sebuah laman web “lama”. Laman web asal-usul terjadinya myJodoh – myMasjid. Pada asalnya, myMasjid (www.mymasjid.com.my) ditempatkan di server Windows, kini telah dipindahkan ke server Linux seperti myJodoh.
Konsep myJodoh bermula daripada ruangan komuniti di myMasjid, lalu berkembang menjadi sebuah laman web yang anda anda kenali sebagai myJodoh. Namun pada ketika itu fokus utama bukanmencari pasangan hidup. Hanya sekadar berkenalan-kenalan dan mengeratkan silaturrahim.
50% daripada seluruh laman telah selesai, bakinya tunggu lepas raya.
Mungkin, anda ingin meninjau keadaan di sana!? www.mymasjid.net.my
Salam Aidil Ad-ha !
Daripada Azrul Alwi sekeluarga.
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on December 19, 2007 at 11:32 pm, and is filed under Isu Teknikal myJodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |





about 4 years ago
Assalamualaikum Semua…
Sesamalah kita bermaafan Terutama Pada WM Saudara Azrul Alwi yg. bertungkus Lumus menghadapi Kerenah Ahli MyJodoh dan menyediakan Laman Terbaik utk pengunjung MJ..semuga Allah memberkati kehidupan anda sekeluarga..
Melalui Aidil ‘Ad-ha Lah, Segala Persengketaan dapat dileraikan dan persaudaraan dapat dijalin dengan baiknya…
Segarkanlah Perayaan Hari Raya Aidil Ad-ha..Ini dengan renungan ‘introspektif’ dan muhasabah jiwa bagi menyuburkan ketakwaan, meningkatkan persaudaraan dan rasa perihatin kepada
mereka yg kurang bernasib baik…
Dalam keadaan apa pun, biarlah kita menyambut Aidil ‘Ad-ha dgn rasa keinsafan kepada Allah dan tetap menyambut dengan kegembiraan yg sewajarnya…
Kita merasa beruntung dapat merayakan dalam keadaan Nikmat Aman, sejahtera dan harmoni yg berpanjangan, tidak seperti umat islam lain yg terpaksa merayakan dlm keadaan tidak tenteram , malah ada yg Langsung tidak berpeluang utk meraikannya…
Jadikan Aidil ‘Ad-ha sebagai medan untuk mengeratkan silaturahim dan ketakwaan kepada Allah S.W.T… melalui sikap bermaafan di hari mulia ini….
…. Semuga saudara mara kita, sahabat handai dan kedua ibu bapa kita yg menunaikan Haji di tahun ini memperolehi Haji MABRUR…. Semuga mereka memperolehi keredhaan Allah SWT… memerlukan ketabahan, kesabaran, ketakwaan, tawadhuk, istiqamah dan hanya menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT semata2….
Di Sini saya menggunakan kesempatan Menjunjung jari sepuluh memohon kemaafan pada para pengunjung MJ yg.. pernah ada kata-kata saya yg kurang di senangi atau ada yg terluka.. Ampun maaf di pinta…
Allahuakhbar!!!
Allahuakhbar!!!
Allahuakhbar!!! Wallila illham….
MAAF ZAHIR BATIN… DARI…omarm…
about 2 years ago
Salam.
akaun saya telah diaktifkan.terima kasih.