Jika Hendak Saya Tolong Carikan

Tawaran Ini Telah Ditutup … setelah kami menaik taraf myJodoh ke versi yang lebih mantap. Semua maklumat di bawah kini boleh diisi dan didapati terus daripada laman web myJodoh. Daftar Hari Ini.

 

Kepada mereka yang ingin bantuan saya untuk ‘tolong carikan jodoh’ sila emelkan butiran berikut kepada saya :

  1. Alamat emel anda di myJodoh
  2. Asal, sekarang tinggal di mana?(Contoh: asal Kelantan, sekarang menetap di Taman Melati, Kuala Lumpur)
  3. No IC baru ..
  4. Sekarang kerja apa, di mana?
  5. Dulu belajar di mana?
  6. Berapa kali pernah bercinta?
  7. Berapa lama menjalinkan hubungan?
  8. Apa menyebabkan terputus hubungan?(Contoh: cinta pertama, 7 tahun, si dia ada lelaki lain. Aku pun kerja tak menentu. Kedua, 2 bulan, 3bulan bertunang. Lepas aku furst dengan yang pertama, aku terjumpa dengan seorang wanita, entah macam mana aku terjatuh hati kemudian bertunang. Tunang putus kerana dia yang minta putus, katanya dia tak suka.)
  9. Kebolehan/minat yang ada pada diri anda?(Contoh: Saya boleh memasak, saya pandai menyulam. Saya memang expert di dalam interior design rumah, mengalahkan si Eric Kasa Impian. )(Contoh: Saya kalau bab kereta ni bukan laaa expert sangat. Tapi boleh laa sikit-sikit. Proton Iswara tu kalau saya laaa yang make-up, boleh nampak macam Estima juga ..)
  10. Perkara-perkara yang anda tidak suka?(Contoh: Saya cukup tak suka dengan pemalas, pengotor. Ambik barang tak tahu nak letak semula di tempatnya. Orang hisap rokok pun saya tak suka.)(Contoh: Saya cukup menyampah dengan perempuan yang tak prejudis dengan lelaki yang merokok. Sepatutnya mereka bantu saya untuk berhenti. Macam laa kat luar sana tu bersih sangat .. asap lori .. asap kereta .. asap lrt )
  11. Apa yang anda buat pada 6 pagi .. 1 tengah hari dan 6 petang?(Contoh: 6 pagi tiada dalam hidupku .. aku bangun kul 6.30. 1 pm baru lepas lunch, 6 petang tengah sesak-sesak naik LRT)(Contoh: 6 pagi, baru lepas solat subuh … 1 pm .. lepas makan …tengah siap-siap nak solat zohor …. 6 petang .. ada kat opis lagi …. lepas magrib baru balik)
  12. Apa makanan anda di pagi, tengahari dan malam?(Contoh: pagi, entah lerr .. tengok gerai yang kat depan stesen LRT tu. Tengahari, … KLCC .. kalau dapat gaji, kita selalu ke Bukhara, tingkat 3. Malam, tengok laa apa yang ada kat rumah tu)
  13. Rancangan TV apa yang anda suka tonton?
  14. Surah apa yang paling anda sukai di dalam Al-Quran, dan sebabnya?(Contoh: Saya suka surah Luqman, kerana ia menceritakan tentang bagaimana seorang ayah mendidik anaknya..)
  15. Ibu bapa anda hendakkan orang mcam mana menjadi menantu?(Contoh: Mak saya kalau boleh dia nak seorang yang boleh mewarisi ilmu masak-masak dia. Bapa saya tak kisah sangat, saya pula asalkan sedap mata memandang dan beradap)(Contoh: Ayah saya selalu tekankan seorang suami yang tidak meninggalkan solat. Mak saya pula selalu cakap cari seorang yang sebaik ayah saya. Saya dapat mengenalinya dengan sekali pandang)
  16. Keadaan keluarga anda. Ibu, ayah, jumlah adik beradik, anda adalah anak yang ke berapa?(Contoh: Ibu saya seorang suri rumah, ayah saya dah pencen. Saya ada 8 adik beradik. Saya anak yang ke 5. Dua abang dan seorang adik bongsu lelaki. Yang lain semua perempuan. Semua adik beradik saya dah kahwin kecuali saya dan adik bongsu saya yang tengah SPM tu)
  17. Sila sertakan gambar terbaru dan terbaik. (Gambar ni saya tak tunjuk kepada orang, melainkan orang tu dah 100% berminat dengan profile anda.)

————————————————–

  • Hanya untuk para pengguna pakej A.
  • Sila emel terus ke aalwi(@)myjodoh.net

—————————————————————————————

Telah dimansuhkan kerana myJodoh telah dinaik-taraf (pada Sept 2009) untuk mengisi butiran seperti di atas, memudahkan pengguna meneliti sendiri butiran calon pasangan yang dikehendaki. Harap Maklum.

97 Trackbacks