.. mencari si dia yang soleh ..
Bawa Bersabar Memilih Jodoh Dan Jangan Tergesa-gesa
“Saya ni betul hangat hati,” kata beliau.
“Kenapa pulak?” Tanya saya.
“Yer laa, orang lain daripada tak kahwin, lepas tu kahwin. Lepas tu bercerai, lepas tu kahwin semula. Saya masih macam ni jugak.” Keluh beliau dengan nada kesal.
“Boleh tak tolong carikan buat akak? Segera! Boleh tak?” Beliau meminta.
————
Jangan tergesa-gesa hendak berkahwin kak ooi!.
Alam perkahwinan sekiranya tidak dirancang dengan betul akan menimbulkan pelbagai bentuk kesukaran dan masalah. Jangan tergesa-gesa menerima atau memilih pasangan hidup semata-mata kerana tekanan daripada persekitaran. Berkahwin biar bersebab dan sebabnya sudah semestinya kerana agama.
Perkahwinan itu melengkapkan sebahagian agama. Justeru, kita harus memilih individu yang betul untuk melengkapkan agama kita. Jika tergesa-gesa, mungkin tersalah pilih. Apabila tersalah pilih, bukan sahaja agama tidak dapat dilengkapi, malah mungkin menambah kesukaran di dalam beragama.
Sebelum berkahwin, kita mungkin mengidamkan seorang suami yang boleh mengimami solat berjemaah. Suami yang beragama, yang soleh, yang boleh membimbing. Oleh kerana tergesa-gesa berkahwin tanpa selidik, ditambah pula diri sendiri selama ini tidak mahu mendalami dan mengenali ilmu-ilmu agama … akhirnya “terkahwin” dengan seorang pengikut “Ayah Pin”
Tak ka lagi ghaplah?
Di dalam Surah Al-Anbiya ayat 37, Allah berfirman, “Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halya.” Lalu tidak hairanlah ada di antara kita yang tidak menyedarai hakikat ini, terlupa mengawal diri di dalam banyak keadaan. Menjadikan emosi, fikiran, hati mengawal keadaan. Sentiasa tergopoh-gapah dan terburu-buru walaupun di luarnya wajah “kononnya” nampak tenang.
Di dalam sebuah riwayat sahih oleh Imam Muslim, Rasulullah s.a.w. memuji seorang ketua kabilah dari suku Abdul Qais, “sesungguhnya di dalam dirimu ada dua sifat yang dicintai Allah, iaitu sifat santun dan tenang.”[1] Di dalam riwayat lain dinyatakan, “bertindak dengan perlahan-lahan adalah daripada Allah dan terburu-buru itu adalah daripada syaitan.”[2]
Jadi, relaks kak ooi ..
Mungkin, sebelum kita tergesa-gesa membuat keputusan, kita boleh menangkan fikiran dengan mengkaji semula tanggungjawab-tanggungjawab selepas berkahwin.
Khas untuk Kak Bedah ….
Saya petik sebuah riwayat daripada kitab Muhimmah Fi Ilmi Hadith, dikeluarkan oleh Al-Hakim. Diceritakan seorang wanita berjumpa dengan nabi s.a.w. dan menyatakan beliau telah dipinang. Lalu beliau ingin tahu tanggunjawab beliau sebagai isteri setelah berkahwin kelak.
Maka bersabda nabi s.a.w., “Jikalau mengalir dari dua lubang hidungnya darah atau nanah, lalu dijilat oleh seorang isteri belum lagi mendatangkan akan haq suaminya dan jikalau patut bagi seorang manusia sujud kepada seorang manusia, nescaya aku suruh akan isteri sujud kepada suaminya”
Maka berkata wanita yang bertanya itu, “Demi tuhan yang membangkitkan akan dikau dengan sebenarnya menjadi nabi, tiadalah aku bersuami selagi kekal di dalam dunia ini.”[3]
Khas untuk Bang Leman …
Pada zaman Umar Al-Khattab r.a. menjadi khalifah, telah datang seorang lelaki kepada Umar Al-Khattab r.a. dan mengadu bahawa anaknya telah derhaka kepadanya. Si anak lalu dipanggil oleh Umar Al-Khattab r.a. seraya disuruh jangan menderhaka dan mentaati ayahnya. Tiba-tiba si anak bertanya kepada Umar r.a., “apakah seorang anak tidak mempunyai hak-hak ke atas anaknya?” Maksud pertanyaan ini adalah, “apakah tanggungjawab seorang ayah kepada anaknya?”
Lalu Umar Al-Khattab menerangkan tanggungjawab seorang ayah kepada anaknya, iaitu, “memilih ibu yang baik, memberi nama yang baik dan mengajar membaca Al-Quran.”
Si anak kemudian menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, sessungguhnya bapa saya tidak membuat ketiga-tiga perkara itu. Ibu saya seorang hamba abdi dari Afrika dan bekas isteri seorang Majusi, nama saya ialah Khufasa’ (lipas) dan dia tidak pernah mengajar satu huruf pun daripada Al-Quran.” [4]
Oleh itu, Kak Bedah dan Bang Leman ..
Mungkin, apabila memikirkan riwayat-riwayat di atas, kita akan lebih berhati-hati di dalam mencari pasangan hidup dan tidak tergesa-gesa. Atau mungkin kita akan lebih menghabiskan masa kita mendalami ilmu-ilmu agama supaya tidak gagal di dalam menjalankan tanggungjawab apabila si dia muncul nanti …
Wallahu’alam.
——————————————————————————–
[1] http://hadith.al-islam.com, sahih Muslim #24.
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1935. Menurut Imam Tirmizi, berstatus gharib. Menurut Imam Sayuthi di dalam Jamiu Saghir, bersatus hassan. Menurut Shiekh Al-Albani di dalam Sahih Sunan Tirmizi, berstatus daif.
[3] Mustadrak ala sahih Al-Hakim, dengan isnad yang sahih.
حدثنا علي بن حمشاذ العدل ، ثنا محمد بن المغيرة السكري بهمدان ، ثنا القاسم بن الحكم العرني ، ثنا سليمان بن داود اليمامي ، عن يحيى بن أبي كثير ، عن أبي سلمة ، عن أبي هريرة رضي الله عنه ، قال : جاءت امرأة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقالت : يا رسول الله ، أنا فلانة بنت فلان ، قال : « قد عرفتك فما حاجتك ؟ » قالت : حاجتي إلى ابن عمي فلان العابد ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « قد عرفته » قالت : يخطبني ، فأخبرني ما حق الزوج على الزوجة فإن كان شيئا أطيقه ، تزوجته ، وإن لم أطق لا أتزوج ، قال : « من حق الزوج على الزوجة : أن لو سالت منخراه دما وقيحا ، وصديدا فلحسته بلسانها ما أدت حقه ، لو كان ينبغي لبشر أن يسجد لبشر ، لأمرت المرأة أن تسجد لزوجها إذا دخل عليها ، لما فضله الله عليها » قالت : والذي بعثك بالحق لا أتزوج ما بقيت في الدنيا « هذا حديث صحيح الإسناد ، ولم يخرجاه »
[4] Abdullah Nasih Ulwa, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam Jilid 1 (terjemahan Syed Ahmad Semait), Pustaka Nasional, Singapura, 1998; ms 374
.
.
.
.
Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran
Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati
Kuasa Hebat Solat Istikharah
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on November 29, 2007 at 6:54 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 4 years ago
Untuk Bang Leman ngan kak Bedah… jangan jadi kelam kabut nak nikah.. kalau sampai masa tu kawin juga…. apa kata Bang Leman kawin ngan Kak Bedah Lagi senang … tak payah susah2 Pikiaq dok serabut pala Otak…
Ayat Azrul lagi Cantik… “Tak Ka Lagi Ghaplah” Depa tak faham kut En. Azrul… bahasa orang Penang????
about 4 years ago
Sebenarnya dalam diri kita kena ada niat yang ikhlas dan semata-mata kerana Allah S.W.T.Barulah hidup kita diberkati hingga ke akhir hayat.Zaman sekarang penuh dengan bermacam duagaan dan cabaran. Jika kita tidak mempelajari ilmu rumahtangga,boleh porak poranda jadinya. Namun yang pentingnya, sebelum bernikah sekurangnya kita kena ada asas agama iaitu ilmu fardu ain..dan bannyaklah bertanya kepada orang tua kita tentang alam suami dan isteri.Amin..
about 4 years ago
Ermm malaih nk serabut kepala nk pikiaq pasai kawen nie!huh!penats..
Ramai org dok tanya bila nk kawen??ermm soalan cepumas daa..harap2 tak terbawa2 dari persekitaran..Alhamdulillah,tak paksa diri pun..siksa woo paksa diri!ahaks.. :p macam2 nk kena pikiaq..huh..
about 4 years ago
Betul, saya setuju.
Macam makan juga, baik kunyah perlahan2. Perut pun sihat, lawas buang air juga.
Kalau gelojoh makan,kan tersedak2? pendek kata, biar lambat asalkan bahagia, dan selamat. Namun, perkara yang baik wajib di percepatkan jika calon nye sudah ada depan mata. Wallahu a’lam..
about 4 years ago
salam,
mmg tak paham ‘Tak ka lagi ghaplah’ tu apa..? ‘Tak ka kena ngap lah’ tu tau lah ngehngeh…
apapon..agaknya kak bedah pon teringin gak nak kawen cerai kawen cerai kawen…baru happenning agaknya, adventure sikit…ngehngeh…
(gurau aje, jgn marah ha)
apapon…good article la…’nikah bio skali je…insyaAllah’
about 4 years ago
Kalau Kak Bedah nak Kawein Juga dgan Bang Leman…. kak bedah kena Faham abang Leman .. Harta Tiada… Cuma Moto Honda cup Aje… rupa jauh sekali… Kalu Kak Bedah setuju… ari ni pun abang Leman pi minang???
about 4 years ago
Makacih pd single mother n gedong lalang..menariknyerr citer yg korang bg..ermm sy kena blajaq dr akak2 laa nie..sb tak dak pengalaman..hihihi
nanti boleh tanya balik kat org tua saya terutamanya kat bapak sy..ceramah panjang berjela woo kusyuk dok dngr..
Org tua selalu ada bg nasihatlaa jgak n bg tips bila dah berumahtangga nanti..bnyk nk kena pikiaq nie..tak pelaa boleh kongsi n tips2 yg akak bg..
Kwn2 yg lain pun sy nk dngr gak..boleh share..
about 4 years ago
terkedu kejap den..besau sungguh tanggungjawap nye ek..kena persiapkan diri ni..agaknye budak2 la ni ntahapeapentah perangai sebab mak ayah x sedar psl tanggungjawap…mungkin gak sbb agama dibuat ada had-had dan hari-harinye..ceduk sini,buang sana..wallahualam..
about 4 years ago
Dalam apa jua pun kita perlu besabar tambahan pula di dalam soal memilih Jodoh… bukannya pekara mudah… Tambahan pula kaum lelaki di berikan peranan sebagai ketua atau pemimpin dalam bekeluarga.. Tujuan perkahwinan ini merupakan satu ibadah…. bertujuan mengembangkan Zuriat yg berilmu…
Pada fitrahnya, kehidupan lelaki dan wanita saling memerlukan di antara satu dgn yg. lain… sebelum melangkah ke alam berumah tangga kita perlu melengkapi ilmu.. untuk di curahkan kpd. isteri dan anak2..
Sekurang2 nya kita boleh mengimam kpd angota keluarga dan boleh mengajar anak2 mengaji quran dgn Hukum tajwid yg. betul, dan kelancaran sebutan Mahkraj Huruf…
Tapi.. kalau kita memilih pasangan biar lah boleh bertolak ansur demi kerukunan hidup berumah tangga…….
about 4 years ago
erm..btol gak.. bkn sng mendirikan rumah tangga..
sy dan rakan2 suke sgt berangan2 nati kawen cmni la cmtu la..
sumenya angan2 yg indah2 je ttg perkahwinan.. lg2 tuk sy yg mentah lg..
xsedar yg kawen ni kn btul2 bsedia tuk memikul tgyngjawab….
sy msh blajar disebuah ipt..baru2 ni sedang kami btungkus lumus mhadapi exam..ada satu kejadian yg menyedarkan saya betapa besarnya tanggungjawab ble da kawen..
citenya begini..ada sumone sebelah bilik di kolej saya dah berkahwen..umur sebaya saya..21thn…sewaktu semua org sdg sebuk study tuk exam, dia tpaksa menjaga anaknya sbb slalunya suami dia jaga ble die ade claz, tp time tu suami die kn g outstation, die tpaksa bwk baby die diam2 kt kolej.. tp mgkin anak dia xselesa.. anak dia selalu nangis xhenti2.. kdg2 saya bgn nk study dlm kol3pg tu masih dgr anak dia nangis.. saya pun g la jenguk..da kata jiran sblh blik.. rasa nk nangis sy tgk dia keletihan jaga anak.. sy tanya ” u ade exam x esok?” die jwb “ade, lom study lg, anak meragam..” esok pg2 sy jmpe lg dia kt bilik air tgh mandikn anak dia…
sejak dr tu saya sedar, selama ni sy ngn kwn2 asek berangan nk kawen.. tp kitorg x pk betapa besar nya tanggungjwb seorg isteri.. rasanya byk lg sy kn persiapkn diri sy..
about 4 years ago
Salam.
Hebatkan tanggungjawab yang perlu ditanggung oleh suami/isteri. Tapi adakah mereka yang merasakan diri telah bersedia menempuhi alam perkahwinan benar-benar telah bersedia, sanggupkah menghadapi liku2 kehidupan dan memikul tanggungjawab yang telah diberikan. Bila ditanya soalan ini, terdiam seketika untuk menjawabnya. Hanya masa akan menentukan segalanya.semoga kita semua dapat memikul tanggungjawab yang diberikan dengan ikhlas. InsyaAllah.
about 4 years ago
Insyaallah cempaka_ungu..mudah2an..
about 4 years ago
Test jap..
about 4 years ago
Hebat memang Hebat Cik Cempaka ungu… Wanita Saja di persalahkan…. Kita pernah Mendengar.. Prmpuan dgn 9 Nafsu satu Akal, Lelaki 9 akal Satu nafsu… Detik Waktu ini kita seronok mendengar ungkapan ini… Tetapi??? Apabila di fikirkan Semula dan dikaji dari mana ungkapan ini datang???? Lazimnya apabila sesuatu ayat dikatkan dengan nama ALLAH, mesti ada sumber rujukan sama ada dari Al-Quran surah apa??? ayat Berapa, Hadis nabi Riwayat siapa??? DAN sebagainya yang di takrif sebagai Hadis sahih ( tidak Lemah)…….
Saya pun banyak bertanya kepada orang yang di anggap ariff di dalam Agama… Ustaz/ustazah… tidak memberikan kata putus kata2 tersebut… (Harap betulkan Jikalau Saya tersilap Kata)… saya sedia menerimanya…
Betulkah andaian ini???? Hanya Lelaki saja yg. tahu…. Bukan hendak mengangkat mertabat Wanita… Tapi kita ada emak, kakak n Adik????
Ungkapan di atas hanya untuk menghina kaum wanita????
IBARAT Meludah ke Langit Jatuh ke MUKA sendiri…..
Setakat ini saya tidak menjumpai… seperti falsafah yang mencatatkan siapa pemikir hebat di sebaliknya?????????
APA PUN,, APA JUA KEBENARANNYA Datang Daripada Allah,,, yang buruk dari saya……
AMIN, AMIN, …Ya Rabbal ‘Aalamiiin…
about 4 years ago
Bak kata org2 tua, kalu dah jodoh tak ke mana, jgn gopoh2 kena persiapkan diri dulu sblm berumah tangga.
about 4 years ago
sunggoh aih.. awat la yang nak kalut kawen? jangan pasai kawan2 kawen kita pun kalut sama nak kawen. main tangkap muat asai yang mai tu pasai…. nu.. kawan2 abih kawen.. satlagi aku tinggai sorang
(
wahai hawa, jadikan lah tempoh kita bujang lama ini sebagai rahmat dari Allah. kita diberi peluang untuk melihat dan menjadikan pedoman akan kebahagiaan/kemusnahan perkahwinan orang lain agar kita tidak melakukan kesilapan yang telah mereka lakukan.
gunakan masa yang terluang dengan belajar menjeit baju, langsir.. mahai oooo nak tempah. belajag masak kari kepala ikan, belajag gilin rempah (asik pakai blender isk..), goreng kopi, kisag beraih dll. tuntutlah ilmu, tak kira apa sekali pun.
bila sampai masa dia, dia tolak pi la lagu mana pun, kalau hat tu jugak jodoh kita, tak kemana.
think.. think.. think.. make a wise decision… okay???!!!!!
about 4 years ago
Hat.. tu kami tak mau masik campoq… nanti kami pandai jait, gilin rempah ke.. nanti kawen… ampa dok suruh kami buat benda2 tu… kalau suroh pi jala ikan ka, pi laut, pi pukui padi tak pak jugak… Nanti depa kata Laki duk jait baju… bini dok pi jalan umah orang?????
about 4 years ago
kalau dh jodoh tak ke maneeeeeeeeerrr……
berdoa byk2 moga2 jodoh kita dengan wanita/lelaki yg soleh/solehah
DOA SENJATA ORG MUKMIN
about 4 years ago
sat sat :p sebelum bagi komen nak gelak dulu boleh tak ? hahaha!
Kecoh sangat pasai pa? dok tak dan dan nak nikah awat? Dah gawat sangat ka??? muahaha! sabaq je la…
Hermm… nak bagi komen apa nooo??? tak dak komen, cuma tersenyum sebab cek dulu pernah mintak kawan cari sebab kononnya nak sanding ngan best fren sekali. keh.keh.keh…
Jodoh memang patut dicari… tapi bukan main cekup atau tangkap muat ja. Takut esok nak tanggung bukan sehari dua… merana la merintih hiba.. hu.hu.
Kak Bedah buat la solat hajat & isthikarah… mintak Allah tunjukkan jalan, lapangkan dada, tenangkan fikiran dan jiwa. Insya-Allah, hati & jiwa lebih bahagia.
about 4 years ago
Ekekekeke..Tau tak pe
about 4 years ago
Salam…
Pengalaman mengajarku agar jangan terburu-buru untuk masuk ke alam perkahwinan, namun semua itu ketentuan Allah. Kita perlu sentiasa redho dengan apa jua yang telah ditakdirkan….jodoh pertemuan, ajal dan amut di tangan Allah……….
about 4 years ago
Salam Buat semua,
Nanti sy tanyakan pd penasihat dan sumber yg bleh dipercayai, drmn dtgnya kata yg megatakan p’puan 9 nafsu & 1 akal & lelaki sebaliknya. Adakah dr sumber yg blh dpercayai serta sahih @ hanya omong kosong.
dr apa yg terjadi pd teman sy, pyh plak nak percaya yg lelaki diberi akal spai 9. jgn katakan perempuan myusahkan, semua org melakukan kesilapan yg sama, so jgn nak mgata org k. jgn spai apa yg kita katakan, blik semual pd kita k.
sama2 la kita beringat k.
buat omarm, sy akan cuba carikan dr mn dtgnya pepatah tua k.
about 4 years ago
Salam,
Hebat mmg hebat, tp ngape wanita jer yg nak dipersalahkan, lelaki x slh ke? knp kesilapan mrk org tutup mata, tp klau wanita semua nak tundingkan jari, hidup ini biarlah adil, kenapa nak mengadili seseorang dgn pdangan mata kasar tp bukan dgn mata hati, knp x pikirkan sebab & musabab semuanya terjadi serta puncnya.
sapa kata, klau laki pandai buat keja rumah, bini pi jln umah org. mn dtg pepatah nie???? cuba pikiiaq mai, klau semua org pompuan nak buat, org laki nak buat apa? dah tanggungjawab depa, kena la buat sama, mana blh harap org umah ja. buat la sama2. baru aman umah tangga. br syg tue berpanjangan, x de la yg rasa terdera hati n perasaan.
sy msh usahakan mencari mn dtgnya pepatah p’puan 9 nafsu 1 akal & lelaki sebaliknya. dah dpt nanti sy akan kongsi bersama anda semua k. sama ada ianya dr sumber yg sahih @ omongan semata.
about 4 years ago
salams semua…..tahun berganti tahun…usia makin meningkat…bintang timur masih tak ditemui…memang sedih sangat melihat org yg berkahwin kali kedua…meniti bahagia tapi nak buat camner….sabor ajelah…
about 4 years ago
cari jgn x cari cempaka_ungu kami menanti2kan hasilnye..
about 4 years ago
Salam….
Buat Jiha…
Hrp bersabar menunggunyer psal sumber maklumat sy dh blik kg, cuti sklh nie. jumpa suami. Nanti dpt sy bgtau k.
Buat Syanell…
Sabarlah menghadapinyer k. Moga bahagia milik anda.
about 4 years ago
Hurm… sunggoh noh.. awat kalau hat tak menikah lagi tu orang pompuan, abih semua kalut dok tanya. Hat orang laki tak la pulak. Masalahnya hat tuan punya badan tak dak apa pun, dia tak mintak pun duit kat orang (ni kalau hat jenih berdikari lah, hat dok minta duit sungguh2 tu, tak leh kata apa la, pelangkong ja kepala dengan belanga. pi la cari kerja, isssh!!)
So, as long as hat tak menikah tu pandai jaga diri, berdikari, awat yang orang ramai nak kata tutog macam2 kat depa? Depa pun tertekan jugak tak menikah, hampa hat menikah mana tau. Tapi depa kena la sengap bila orangramai dok tekan dan tala tak sudah2 soklan ‘awat tak kawen lagi?’ As jawab je balik.. ‘Awat? As tau ka bila nak kawen nak jawab soalan hat hampa dok tanya nih!?
about 4 years ago
Amboi… Aspalela.. Bukan main Cengei” Hang… Sampai nak pelangkong kepala dengan Belanga.. Macam ni Rimau pun tak berani Hampiaq????
about 4 years ago
hampiaq? mcm kelakar je bunyi nya
about 4 years ago
Allah Maha Mengetahui ape yg terbaik buat hambaNya….bersabar n bykkan doa..sy pun masih lg mencari2 jodoh yg sesuai..tp belum ketemu lg…sy tahu bukan mudah utk melawan perasaan ( takut/malu/etc), tp jiwa akan tenang bila segala yg kita lakukan adalah kerana Allah…
about 4 years ago
fuh..panaih..panaih…
about 4 years ago
Kehadapan En Omarm,
awat hat cheq dok tulih untuk orang pompuan, En Omarm pi dok terasa ati nih? Cheq surut En Omarm pi belajag menjeit ka? Dak pun. Cheq suruh orang2 pompuan nu yang pi belajag kisag beraih, goreng kopi dll.
Hat pelangkong dengan belanga tu.. iiiishhhh.. awat lak En Omarm terasa ati pulak? Cheq kata pada hat tak kerja, itu ditujukan buat diri Cheq la, bukan En Omarm. Dan yang cheq dok karang nulih sini ni semua tu untuk awek2 cun yang tak kerje.. En Omarm ni awek cun ker ;;) auuuwww…
Rimau? Aaaaauuuuuummmmmmmm…..
about 4 years ago
Ehehehehe..sokong kata kak AS..
about 4 years ago
Memang Sah… Ngaumm Rimau Dari Gunung Jerai… dia nak pi minum ayaq kat Kuala sg. Yan.& Kuala Kedah….. Munkin rimau tu kesunyian sbb lama dok betapa kat Gunung Jerai?????
about 4 years ago
muka baru
about 4 years ago
Muka Baru ni… kena orang Baru pula yg beri komen/Pendapat… asyik2 muka lama saja… Tak de ke Muka Baru Pulak????
about 4 years ago
Penah gak raser cm gitu.. Org lain satu persatu, kiter bile lagi. Tp de terbace artikel tak ingat kt mane. Jwpn kpd soklan dr org2 sekeliling yg dok tanye bile lagik nk kawen. Leh la jwb, ‘Allah masih merahmati saye. Kalau kawen skang,mgkin x kekal. Adelah rancangan terbaik tuh utk saye.’ wink.. wink…
p/s: cmne if de situasi yg sorg ni ssh nk temu jodoh sbb ade org yg dgki jampi supaye die tak kawen smpe akhirnye, pe dia bleh buat?
about 4 years ago
wardah, suke la comment awak.. wink.. wink.. ^^
about 4 years ago
sape muke baru? mai sini nak tengok sikit… amboih.. samseng semacam je :->
hi unggu.. i like your songs
aida.. aku ka muka baru tu ;;) jangan la promo aku.. maluwww…
about 4 years ago
Salam.
Tertarik dgn soalan Nazreen@Ungu, sebabnyer ade sorang kenalan teman dah 8 tahun menghadapinyer. Mcmner tu??? Sape blh bg cadangan. dah byk tempat g berubat tp x jln gak. Camner??
Ade idea x??
about 4 years ago
Thanks Naazreen@Ungu…apepun, segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t…my view utk kes jampi menjampi ni….Nauzubillah…mintak jauhkan dari kita ye…tp kalo berlaku jgk, kite manusia ni kena berusaha mencari penawarnya….jgn putus asa..sbg saudara/keluarga, kite kena bg support yg x berbelah bg..bukan mudah utk menerima hakikat kite terkena buatan org…tp setiap yg Allah turunkan, ade hikmah n rahmahNya..cuma sbg manusia, kite sering kaitkan benda tu dgn nasib malang yg menimpa kite..Itu mungkin bukan nasib malang, tp adalah satu rahmat dr Allah secara kita x sedar yg mungkin akan mendatangkan seribu satu makna dlm hidup kite sbg hambaNya..nikmatilah setiap rahmat itu dan yg penting kita jgn lupa yg Allah sememangnya sayang pd hambaNya..semuga kite sentiasa di dlm keredhaanNya.
about 4 years ago
Ramainyerr pakai nama Ungu..huhuhu
about 4 years ago
Mai sini tok Moo Nak jampi.. tapi jampi siam la no.. nang peru nam prai.. katak PURU balik tirai…???
about 4 years ago
aspalela, muka baru tu bukan hang la tapi website ni :p
about 4 years ago
mandi bunga la kot..colour vibrant therapy ke ape ntah nama nye..tu usaha la,yg menentukan yang Maha Esa jugak..tp mmg ada la sihir mcm ni..simplest thing to do nak elak sihir..sblum tido Al-Fatihah,3 Qul and Qursi….Tiup satu badan..
about 4 years ago
Aspalela..
den suko lagu aspaleela..dlm kesedihan ada keceriaan..
about 4 years ago
Salam.
Jgn la nagis Purple. Nama Purple x de org ambik punya. Jgn nagis tau…
Buat Wardah.
Bukan nak cari jampi mentera, klau kita x berusaha nak ubati camner. Klau blh perubatan Islam k.Dah merata dia pergi, cuma x naik belon lg. Spai bila dia nak bergantung harap pd keluarga??/
Sedara Omarm,
jampi siam bhaya tau,…… jgn amalkan selalu k.
about 4 years ago
Aikk bila pulak kita nangis..eheh
Lorr nama lebih kurang sama kira adik beradiklaar..
about 4 years ago
Aha… nice kan the song aku_ni. That inspire me for my id, a funny song.
Anyway, nak mandi bunga.. jangan ler bunga taik ayam
I love bunga ‘harum sundal malam’ cuma tanam kat rumah dia tak menjadi. Bunga raya yang giler2 berbunga, bunga melor pun okay, pokok kari lagi ler menjadi. Bunga kertas? Well.. buat apa tanam bunga kertas, nanti kene recyle paper banyak2
) haha
Aida
kakza giget satgi..
about 4 years ago
Cempaka Ungu…
Apa yg. patut kita Amalkan ialah selepas Solat..dan lepas berdoa… ambil segelas air dan Bacakan bismillah Lima.. tujuannya untuk… bisa dalam badan dan tak tahu punca penyakit nya… lebih elok lagi dgn air zam-zam… seeloknya biar pesakit melakukan nya… munkin tuhan nak uji pada sesaorang supaya dia dekat dgn tuhan…
Jampi siam tu saja buat Lawak????