Kuasa Hebat Solat Istikharah Dalam Memilih Jodoh

Pernah suatu ketika dahulu, seorang pengguna myJodoh berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A) yang juga seorang pengguna laman web ini. Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.Gambar Hiasan

Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejakabaru di myJodoh (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.

Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.

Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.

Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.

Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.

Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.

“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.

“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.

Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.

Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.

Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.

Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..

Untuk maklumat tentang solat istikharah sila rujuk pautan berikut :

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543882

http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&id=3218

http://id.wikipedia.org/wiki/Shalat_Istikharah

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=103&Itemid=99

.

.

.

.

Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran
Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati

286 Comments

 Add your comment
  1. Betul spt dkatakan oleh purple tu.. Bro omarm harus berani, mcuba klu tidak xmerasa timang cayamata???

  2. Aikk Klon mana pulak daa si bro Budin dok maii..Jatuh dari langit kaa? :mrgreen: 😛

  3. sy pn pnh mndpt ptujuk selepas melakukan solat istikharah

  4. sy pn byk wat solat hajat n istikarah..nk lupa kt sorg ni..tp xdpt2..cba2 lari..last dia cri blik..pastu sakit ati blik..sekali ni mcm dh nekad je nk lupakan dia,tp lam hati mcam xsgup nk hilang dia..tp sy teruskan jugak wat solat tu sampailah saya benar2 yakin ngn keputusan saya..sy tau byk halangan…dn halangan itu adalah dtg dr saya,sy akui sya suka dia n dia pn suka sy pd asalnya,tp sy je yg xder keyakinan..n akhir sekali sy serah pada allah…tu la jalan terbaik

  5. hurmm…sy pernah alami keremukan hati yg amat sgt..sy selalu wat solat istikarah n hajat..tp xdpt petunjuk..tp sy xpnh pts asa..sy truskan jugak..sampai stu mlm tu,sy merayu dalam doa..sya mmg xterdaya..tp sblm tido..sy sempat bermsg dgn org yg saya suka ni.pastu sy tido..susah jgk nk lelap..akhirnya terlelap..sy mimpi kononnya ada seorg llki yg selalu beri sy hadiah tulah jodoh sya,tp xtau sapa..kununnya lam mimpi sy tu,dia tu adalah misteri..bila terjaga,sy xlgi terpk2 pasal mamat tu mcm sebelum ni.spjg hari sy tenang jer..apa yg sy mimpi tu sy xambik pusing..tu mkin skdr mimpi..apa yg penting hati sya..mmg la sya akui sy masih sukakan dia..tp sy serahkan pada Allah..

  6. sy pn dpt ptjuk gk lps istikhrah. sblm bt, hati meronta2 mahukan si dia, tapi lpas buat istikharah, xde lg prsn mcm tu malah rasa xkisah psl die. Alhamdulillah

  7. assalmulaikum…

    saya baru putus tunang 3 hari lepas. tunang saya kata kami tak serasi, die banyak mkn hati dgn saya sepanjang setahun bertunang.stakat saya tahu, die ni jenis pendendam and simpan perasaan. die baik orgnye. sampai satu tahap, die sakit dada bile bercakap or sms dgn saya. akhirnya die mintak kami ikut haluan masing2. memegla, diikutkan hati, tak nak sy lepaskan, tapi kesian kat die. n akhirnye, sy merana kerinduan kat die. baru 1 malam sy wat istikaarah, mlam ni nak wat lagi..
    doa2 kan saya dapat jodoh yang ditentukan Allah n ditenangkan hati ini…
    wassalam..

  8. hye..tp ja..jgn wat istikharah time hati awak tak tenang..awak mmg akan npk muke dia punye..sbb awak still tringat2 kat dia..mcm sy ni..lepas clash..trus wat istikharah mlm tu jugak..mmg la..7 ari sy buat..7-7 hari npk muke dia..so skang..sy hold dulu..smpai satu masa..sy dh tenang..sy akan buat lg..huhu

  9. assalammualaikum..
    saya nak berkongsi cerita dan masalah saya.saya mempunyai seorang kekasih yg keluarga saya sudah merestui.hampir tiap hari berjumpa,akhirnya saya menyarankan bahawa saya mahu suatu ikatan yg sah.pada saya mahu apa lagi,kekasih saya sudah lama bekerja keluarga saya sudah mengenalinya.tapi dia tidak bersedia dgn alasan keluarganya tidak bersedia menerima menantu dan dirinya sendiri tidak bersedia.cemburu yg melampau menyebabkan saya terfikir adakah dia pilihan saya,atau dia benar2 ikhlas bersama saya

  10. sala.smua..saye nie..mmg cpat suka ngan orng..cpt jatuh hati ngan org yg jdi masalah mereka smua x minat pon kat saye..xpe..dah lama2 saya bosan..saya nekat xnak dah nak admire kat orang..letih..

    1 day, de s1..laki..frst time dalm hidup saye de org kate dier minat saya..

    namun, sbb atas ksungguhnya saya mnerima jejaka tersebut (a). tpi lama2 saya xde lagsung perasaan kt dier..trima dier sbb dier 1, 1 nya yg ckp suke kt saye..sedih nasib saya nie..

    nak ditggal xde org lain dah…nak diteruskan mcm x sggup je…

    nak wat istiharoh..pun..tkut dier org yer..
    mcm maner?

  11. Salam…
    Sesungguhnya Solat Istikharoh adalah solat supaya diberikan petunjuk oleh Allah SWT. Apabila kita meminta petunjuk dari Allah, kita kenalah bersungguh-sungguh ketika melakukan solat dan berdoa bersungguh-sungguh, bersungguh-sungguh, bersungguh-sungguh, barulah kita beroleh petunjuk… Insya Allah

  12. salam…sy ingin bertanye…jikalau pihak A solat istikharah dan mimpikn pihak B itu, jodoh kita laa…kemudian pihak C pula mendoakan agar dirinya yang berada di dalam mimpi pihak A…itu dikira macam mane…????

  13. solat istikharah untuk menentukan adakah die terbaik untuk diri kita…jejaka A bercinta dengan gadis c…sebelum ni jejaka A telah putus cinta…jejaka A telah membuat solat istikharah, tibe2 die nampak gadis B, iaitu kawan kepada gadis c…padahal jejaka A tidak pernah kenal dgn gadis B, cume melihat daripada gmbar sahaja…saya ingin meminta pendapat kamu semua…

  14. salam..banyak juga info dan pandangan yg saya dapat di sini yee..seronok juga dapat membacanya.ok saya pun nak cerita pengalaman saya berkenaan solat istikharah ni. saya sudah bertunang pada tahun lepas. kira2 dah setahun saya bertunang. namun pada penghujung tahun lepas saya telah bertemu kembali dengan bekas kekasih saya semasa belajar di ipta dulu. dia pula masih belum mempunyai teman pada masa itu. semuanya berlaku tanpa saya duga. bertitik tolak dari waktu tersebut saya sering berhubung dengannya. kami terpisah dulu disebabkan oleh perasaan ego kami masing2. saya juga ada bertemu dengannya. dalam masa yang sama dia tidak tahu yang saya telah bertunang. salah saya juga kerana tidak berterus terang dengannya. nak dijadikan cerita kami telah jatuh cinta semula setelah 10 tahun terpisah. pada masa yang sama juga saya sebenarnya ada krisis dengan tunang saya. akhirnya dia mendapat tahu yang saya sebenarnya telah bertunang. dia sangat marah dengan apa yang saya lakukan padanya namun akhirnya dia memahami kenapa saya merahsiakan status saya kepadanya kerana saya mempunyai alasan saya sendiri. pada waktu itu saya sangat buntu. saya mengambil keputusan untuk melakukan solat istikharah. saya melakukannya selama 2 minggu berturut-turut. pada permulaannya saya tidak bertemu apa2 petunjuk. namun di akhir 2 minggu tersebut saya didatangi mimpi bertemu dengan bekas kekasih saya itu. pada hari tersebut sebelum saya tidur saya telah memohon kepada Allah supaya menunjukkan siapa yang terbaik untuk saya. dan pada malam itu juga saya telah bermimpi bertemu dengan bekas kekasih saya. sehingga sekarang saya masih buntu kerana tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. dengan status saya yang sudah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan… dan untuk pengetahuan, saya langsung tidak mempunyai perasaan teruja untuk melangkah ke alam perkahwinan nanti…

  15. ermm. banyak juga info yg sy dpt.. nk sy mintak pandangan… 2 tahun lepas…abg angkat sy ada berckp dgn sy..bertanyakan bila sy mau berkahwin…dan dia ada mendoakan sy mendapat suami yg baik2 dan elok… nk di jdkan cerita.. esoknya sy xbf sy yg dh bertahun tak pernah jumpa dan lost contact tiba2 boleh muncul di tempat kj sy…(sblom tuh dia g jumpa kakak sy dulu) dan sy layan mcm kawan biasa saja… beberapa bulan selepas itu.. dlm bulan ramadhan…. ibu sy ada mendoakan benda yg sama…. dan sekali lagi… sy terserempak dgn dia di bazaar ramadhan…..maka dr situ kami kembali menjadi rapat… dan pada akhir ramadhan dia telah membawa sy membawa berjumpa dgn keluarganya…sy masih lagi melayan dia seperti kawan dia…sbb bg sy ada mustahil….
    sy keliru dlm membuat pilihan.. sy mohon restu dr ibu sy.. dan dia tak kesah siapa pon pilihan sy…lalu sy pun mmebuat solat istikharah…..memohon apa yg terbaik utk sy… selama 7 mlm sy buat..sy x dpt apa alamat… cuma yg pasti hubungan sy dgn dia makin baik… sy masih lagi melayan dia seperti kawan… dan pada mlm yg ke 7 sy bermimpi… sy nampak dia…sy mimpi dia… akhirnya… sy memilih dia.. dan kedua2 keluarga merestuinya.. beberapa bulan selepas itu.. dia telah menghantar keluarganya dtg kerumah… (merisik)
    beberapa bulan telah berlalu.. hubungan kami diuji… sy telah mendapat tahu… sy telah diduakan… kedua2 keluarga tahu akan hal ini.. dan dia menyatakan yg dia masih memilih sy… tetapi.. saat lg 2 minggu tarikh kami akan ditunang… dia telah memutuskan hubunagn kami…. saat kedua2 belah pihak telah siap membuat segala persiapan….
    dan kami pun putus… dan dia sendiri yg mmebuat keputusan ini…..
    dan sekarang ini sy sendiri…. dan sekarang ini… sy tak mengerti apa maksud mimpi sy itu…adalah itu petunjuk bahawa sy tak seharusnya memilih dia.. atau…. ???????

  16. asalamkm..
    pnjang bjele2 comment kat cni.abis gak sy bc.byk info tol.
    msa bru kat cni.
    tuk pngetahuan semua sy pn karang ni tgh dilema…wnita yg sy btl2 syg n mrupakn kkasih ptama n takhir yg sy arapkn dh xsperti dlu.apakn daya kita semua akn diuji…
    sy msih baru lam dunia bloging ni…

  17. pnjang bjele2 comment kat cni.abis gak sy bc.byk info tol.
    msa bru kat cni…..
    sori….tclap
    sy baru kat cni…bloging ni pn baru gak.arap2 dpt ptunjuk.
    im just try again..:)

  18. aku x pernah wat solat istkharah,solat wajip pun tingal..tp skang aku memerlukan petunjuk.aku takut ar nak wat solat istkharah tapi hati aku ragu2..aku x reti pasal agama ni.tp aku percaya dengan kekuasaan allah.amat2 yakin,jahilnyer aku..aku dah nak kawin tapi
    ragu2 dengan jantan ni..dalam hati dah tawar kat dia hmm tp bila pk usia aku dh meningkat terpaksa lah.dulu cinta habis tapi skang memang x ada cinta langsung.risau nyer perlu ker aku kawin dengan jantan ni..

  19. salam…
    sy ni br bertunang dkt 3 bln lbh…sy knl die dh lm dkt 7 thn,dan sblm ni pangai die x pns baran n x cpt marah x tentu psal n die sgt sbar..tp skg ni yg membuatkn ati sy keliru, dgn sikap die yg pns baran semenjak dua ni…
    ati sy dh tawar sb asik bergaduh je..sy x thn la..disebabkn perkara kcik kami bergaduh sampai dkat semggu br berhubung blik…die t’lalu ego..yela kami pn jauh x slalu jp..
    tp skg ni ikut perancangan lg 6 bln kami akan melangsungkn perkhwinan, tp ati sy keliru n sakit ati bile mengenangkn sikap die yg byk berubah.. mmg x dnafikan,mmg ade prasaan syg lg,tp bl d’pk kn blik,asik bergdh mmbuatkan ati sy twar…
    sy nk wat solat istikharah tp sy tkt, sy masih sygkn die tp sy twar dgn sikap die sejak kblakngan ni…
    sy tkt bl dh brmahtgga pangai die mmg x brubah…
    mmg pns baran sgt…sy ingin minta pendapat semua…

  20. salam…sikit pandangan mengenai msalah diri ini..diri yng daif ini sngat dahagakan kasih syg n cinta dg seorng yng halal buatku,,dlm masa yng sama ada seorng muslimin yng ingin melamar hati ni.sempat dirini mlayan perasaan brsama nya 2 minggu dan mula merasakan dosa bermain hati dgn org yng x halal lg buat diri ni…lgpn dirinya yakin untuk berumah tangga slpas tertunai sgala cita2nya(so x tau bila)lalu sgera sy bertrus trng dan memadam segala janji jika yng tlah ku tabur wlu hakikat aku pasti tidak prnah aku taburkan apa2 janji melainkan die..skarang ak bnar2 selesa dgn ketiadaan dirinya dlm hidupku..dlm masa yng aku mnanti mngharapkan cinta dr seorng muslimin lain,yng stiap harinya aku berhadapan dgn nya,,,,tapi agamanya kuat berbanding aku,,die sngat bagus dr sgi fizikal mental dan emosinya,,,aku yakin die pasti dpt mengubah aku k arah yng lbih baik..aku mngharapkan ia adalah cinta ku,tp mngenagkan jauh amalannya dgn ku aku jd lemah…apa perlu dirini buat????mcm mana nak trus trng sebab aku dgn die x pernah brcakap mlainkan urusan kerja…dn dlm masa yng sama lelaki yng mula2 td mula mnghmpiriku kmnbali..yaallah serba slh sngat…adakah die mmg ditakdirkan untuk ku dan trima lamarannya,,,atau aku trus mnnti cinta dr lelaki yng ku minati dan yakin die mmpu mrubah ku arah yng lbih baikkk…yaallah hilangkan dilema hati ini,,,berikan aku petunjukk….jika ia baik u agama n gerak kerja dakwah ku,maka kau satukan lah hati kami,,,dkat kanlah hati kami..brikn kami kbnaran…tunjukkan wasilah dihati kami untuk kami bersatu..yaalllah

  21. saya amat yakin dengan istikharah. Tiap kali berkawan dengan lelaki pasti saya akan buat solat ini. Minta petunjuk jika ia baik untuk dunia dan akhirat saya minta DIA dekatkan dan permudahkan urusan dan jika tidak baik untuk dunia dan akhirat saya moga Allah jauhkan. Kini saya masih lagi sendiri setelah 10tahun beramal dengan istikharah. Yakin setiap ketentuan ada hikmah.kepada rakan-rakan tidak semestinya petunjuk itu dengan bermimpi adakalanya ia datang dengan berbagai cara. Kita berdoa moga Dia beri petunjuk.

  22. Assalamualaikum…
    jodoh?..jodoh y baik n btul?..ia sesuatu y semua org inginkan n dambakan..sesungguhnya tiada y sempurna..
    “manis cinta i2 xsemanis cinta n pahit cinta i2 xsepahit cinta y dirasai..”
    walau blum mndpt ptjk, kesabaran perlu ditnmkan dlm diri n yakin akan kekuasaan Allah…adakalanya apa y dikejar adlh xsebaik y difikirkan..hnya Allah tahu apa y trbaik bt hambanya..
    sy brkt bkn sekadar brkt tp brdsrkan pngalaman n agr blh mjd ikhtibar bt semua jg..
    dulu sy btl2 frust dgn seseorg n sjk i2 sy sring slt hjt n istikharah agr dibri kekuatan n ketenagn dlm mnjalani hidup ini..ktika i2 sy tlh mndpt sdikit ptunjuk tp xjls..
    then, sy brtemu dgn sesorg y konony tlh lm mnunggu sy..sy still xdpt trima mn2 llki aftr ht sy dsakiti..tp trdtik dht sy ingin br pluang pd diri spy mnrima dia..awlny sy clash cz xdpt go on cz kbncian sy kt llki msih mluap2..tp sy sllu brdoa spy dtenangkn hti ini.. then sy fikir smula myb dia la jdh sy cz smua ptunjuk mjk ke arh dia n km smbung smula..
    sjk sy couple dgn dia sy smkin krp slt hjt n istikharah cz sy tkt hti sy kmbli dlukai..smkin sy slt istikharah, sy mrskn ada ssua2 y xkena dgn hbgn kami…sy smkin xsdp hti..
    pd sua2 hr dia mgku ssua2 n sy btl2 xmnyangka tp sy blh mnrimanya tp dia bkn husband org..n sy trskn slt n keadaan smkin mjd xmnen2 n akhirny kmi btl clash..kali ini ht sy 10 kli gnda skit brbanding dulu..tp sy xblh bt apa2 cz myb ini y trbaik bt sy..sy pn brsyukur Allah tlh ban2 sy jauhkn sy dr llki jnis ini..sy trfikir, myb sy trsilp tafsir ptjk trsebut n sy redha n kena kuat…nmun sy still xkn pts asa..sy yakin akan kkuasaan Allah..sy yakin Allah akn brikan kgmbiraan pd hambanya kelak slps ditimpa musibah..
    1 je pnwr utk ht y skit iai2 trik la sejadah n mngis la di sejadah..dekatkn la diri dgn Allah…
    jangan la brpts asa dlm mncr jodoh..

  23. Salam.

    Memang seronok baca hal solat istikharah.

    Tetapi saya tidak percaya perkara yang ditunjuk pada mimpi kerana kita bukan mafhum seperti Para Nabi dan Rasul serta para sahabat kerana mereka benar-benar memahami ilmu tersirat. jadi mereka dapat menafsir mimpi dengan tepat.

    Tapi, pada pengetahuan saya – mimpi itu benar jika mimpi itu

    i- tiada perbualan. kerana mimpi syaitan pasti ada percakapan.
    ii- hadir dalam kita masih berwuduk.
    iii- hadir dalam masih kita berwuduk dan di antara 1pg – 3pg

    Wa Allahu A’lam.

    saya juga ada melakukan istikharah seperti saudara-saudari di sini. tetapi saya dahulukan dengan solat taubat diikuti solat istikharah dan ditutup dengan solat hajat.

    kemudian, saya berdoa dengan meminta petunjuk yang jelas petunjuknya (contoh: memohon seandainya si A jodoh terbaik buat diriku, agamaku dan keluargaku, ditetapkan hati dan ditemukan dengan cara begini begini. jika bukan maka dijauhkan dan dimatikan cinta dan rindu dan dikurniakan keredhaan pada ketentuan yang telah ditetapkan. serta memohon diberikan hidayah dan kebijaksanaan untuk melihat kebenaran yang telah ditunjukkan.)

    buat masa ini, saya telah mendapat petunjuk yang saya pohon. hati lebih tenang. alhamdulillah, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana. kini saya berserah dan redha kerana perkara seperti ini tidak boleh terburu-buru dan perlu banyak kesabaran kerana mungkin Allah akan menguji sebelum menunjukkan kebenaran takdir jodoh kita.

    Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis Qudsi bermaksud: ‘Allah Aza Wajalla berfirman : ‘Wahai malaikat, makbulkanlah permintaan hamba Ku itu, akan tetapi engkau lambatkan sedikit, kerana Aku suka sekali mendengar dia meminta kepada Ku dengan suara yang mendayu-dayu’.

    Wa Allahu A’lam.

    Semoga kita semua dikurniai Allah hidayah dan kebijaksanaan dalam membuat pilihan hidup….Amiinn~~

  24. SAYA PERNAH BUAT SOLAT ISTIKHARAH..SESUNGGUHNYA SOLAT TU MEMANG HEBAT..

    SAYA BERKAWAN DAN NK KAHWIN TERUS TAK NAK BERTUNANG ..LPS BUAT SOLAT TU ..SATU2 KEBURUKAN SI LELAKI TUHAN TUNJUK..

    TUHAN MAHA BESAR DAN MAHA SUCI ALLAH..

    TERKESIMA SAYA,,,BIAR LAH KEBURUKKAN TU DIRAHSIAKAN..tak baik menjaja keburukkan org..walaupun berat sangat dugaan DIA pada hambaNya ..sesungguhnya ada HIKMAH yg tersembunyi.

    SEMOGA ADA RAHMAT MU UNTUK HAMBA MU YANG KERDIL DAN XSEMPURNA INI..AMIN

  25. saya baru putus cinta pada raya baru ni.hati masih syg.skrg die dah xde khabar berita.xtaw apa slh sy smpi die buat sy tgantung tak btali.sy ingin sekali buat solat istikharah.tp sy rasa saya patut lakukannya apabila hati saya telah tenang.

  26. Assalamualaikum…sudah lama saya ingin berkongsi cerita saya di sini.Alhamdulillah hari ini saya mempunyai kesempatan yang lebih untuk berkongsi dengan anda semua dan saya harap anda dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini.

    Ringkasnya,saya pernah berkenalan dengan seorang lelaki tetapi hubungan itu tidak ke mana akhirnya.Saya terkena buatan orang,sudah setahun lebih sehingga saya tertekan.Ketika saya buntu,saya pernah melakukan solat istikharah.

    Solat pertama saya nampak seorang lelaki bersama ibunya dan seorang kanak2.Saya buat lagi solat istikharah tuk kali kedua kalau tidak silap saya selepas putus dengan lelaki tersebut.Kali ini saya tidak mendapat petunjuk mimpi pada malam tersebut,tetapi 2 3 hari selepas itu.Apa yang saya nampak,seseorang (saya tak pasti lelaki atau perempuan,yang saya nampak dari paras bahu hingga ke bawah saja)menghulurkan sebuah kotak pada saya.Terlalu antik dan cantik sekali.Apabila dibuka,ada cincin emas dalam kotak tu.Bila di ambil,ada lagi sebentuk cincin.Saya belek lagi,kali ini rantai tangan tertatah zamruh hijau,juga 2 utas.Begitu juga dengan rantai.Boleh dikatakn lengkap set barangan kemas,tapi kenapa semuanya 2?Anda tahu tak apa maksudnya?

    Selepas putus dengan lelaki tersebut,saya mengambil masa mencari identiti sebenar.Apakah lelaki yang paling sesuai dengan diriku?’Hmmm….aku rasa nak cari sorang Ustaz la pasni’.Doaku termakbul tidak lama selepas itu,beliau merupakan anak murid ayahku.

    Sekarang saya telah menjadi tunangannya genap sebulan semalam.Ujian datang lagi,keluarga angkatnya menyatakan hajat arwah ayahnya yang menginginkan tunang saya berkahwin dengan salah sorang anak perempuannya..sebaya dengan saya.
    Sebelum ini tunang saya pernah bercerita dengan saya perkara ini.Saya tenang dan redha.Pernah saya tanya,’Bi nak berpoligami?’.pernah juga saya katakan padanya..’Seandainya…kite kahwin 1 hari nanti,dan ney isteri pertama bi..Seandainya…bi,nak kahwin lain..Ney redha jika ____ madu ney.Seandainya… Hati bi lebih berat terhadap keluarga ____,kahwinilah _____.. Ney mengundur diri…Maafkan ney.’Saya tidak sanggup merosakkan kebahagiaan orang lain.

    Dan sekarang dia bercerita lagi,dia buntu..saya lagi buntu.Keluarga angkatnya tidak mengetahui yang kami sudah bertunang.Dia pula tidak sanggup bagi tahu perkara sebenar.Mereka sudah kenal agak lama dan rapat sekali.

    Apakah yang patut saya lakukan?Apakah saya memang ditakdirkan untuk hidup bermadu?Minta pandangan dari anda…Terima kasih.

  27. Salam
    Seronok juga baca komen dan pandangan korang mengenai solat istikharahni. Kita adalah manusia yang lemah dan jahil, terutama mengenai keadaan yang akan berlaku di masa depan. Justeru itu, ketika menghadapi dilema kehidupan, bersimpuh sujudlah kehadratNya untuk memohon petunjukNya, kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya

  28. Salam..

    Adakah petunjuk mimpi yang dtg berulang kali adalah benar setelah melakukan solat istkarah?

  29. Aku juga mengalami yg sama. Keluargaku mempermasalahkan keturunan alias adat.

  30. sblum nie mse di sekolah sy pnh membce doa utk solt ishkrh nie..tpi sy x bt solt tue..cme bce SJE sje.. n dpt ptunjk..bf sy..
    leps tue mse kje sy bt lg..mse tu sy sgt kliru sy sygkn bf sy..tpi dlm mse yg sme ade org yg lg bek dri pgai die dtg..utk bkwn..
    sy cbe cri alsn utk ptus ngn bf sy..n dekati kwn tue..kami pun ptus…sy bsme ngn kwn tu selame sbuln..kami ok spti biase tpi perasaan snta xdpt diberikan pd die..syg tu ade ckit..
    tpi x spnuh yg sy brikn pd bf sy..sy cbe kmbli pd bf..kwn tu sy tggalkn..sy n fmly die amat akrab.. wlupon da ptus..agk pyh jgk bf nk trime sy tpi slps 2 bln die pon tdk dpt lpekn sy..krne ade nyer bhgia ble sya ade dcc die…n die ade d cc sy…kmi mnruskn prhubgn dan kami ptus kmbli..sy kmbli kpde kwn lme tue..skrg nie sy rse nk bt slt nie krne..kami da cbe selma 5 buln..tpi hti sy msih tringtkn yg lme lg..n yg lme msih syg kn sy..cme ati die skit krne bt die mcmnie..dgn kwn tue,,sy pnh sgah kerumah ibu nyer,,tpi tidak d layan lgsung..maka dalam ati nie berbeda sme ade prhubungn sy & ank die itu d trime bgaimana..sy sgsi,,nk d truskn..tkut blkg ari nti..sy tdk mnjdi pilihn ape yg ibu die nk….sy sgsi bntulah sy..

  31. assalamualaikum,,

    sy ade sorang kwn,die buat solat istikharah untuk pilih aliran kelas,,
    pastu die mndapat ptunjuk stlah melakukan solat istikharah,,
    kini kwn sy bahagia di dalm kelas tersebut,,
    alhamdulillah,,

    p/s;sorie,,ni bukan cer psl jodoh tp keajaiban solat istikharah,, 🙂

  32. Sy pernah bercinta 2 kali,stiap kali bercinta sy smbhyang istikarah sbb sy x mahu bercinta lama2. Pertama kali tu Allah tunjukkan sy dgn lelaki tu dlam bas,bas tu x penuh tapi,sy & kekasih sy x dapat menghampiri satu sama lain,sy lambai pada dia pun,dia x dpt pergi pada sy. Jd sy tahu itu bkan jodoh sy. Dgn lelaki ke-2 sy smbhyang istikarah,lepas seminggu tu,lelaki tu tunjuk perangai,dia ugut nak bunuh dirinya kalau sy x layan dia,belum jd isteri dh buat mcm tu,trus sy putuskan hubungan,tukar no.tpon. Nasib baik sy x ajak dtag rumah. Skarg ni sy masih mencari,kalu jumpa yg sy berkenan,sy akan buat smbhyang istikarah krn sy yakin Allah akan tlg sy buat dpat jodoh yg baik.

  33. saya da bercinta dgn kekasih sy ni hampir 3 thun.. die beza 18 thun dgn sy and x brape kcak la kalo nk dibandingkan dgn saya.. dlu sy syg sgt dgn die.. tp skrg hati sy tiba2 jadi tawar dgn die.. sbb sy ade mnat sseorg ni..tp sy xtau la die minat ke x dgn saya.. huhu.. bile jmpe die hati ni x keruan rase.. perlu ke sy wat solat istikharah? nk mntak ptus tap kekasih sy mmg x pnah wat slah pun.. ape sy nak die bg yg termampu.. ya Allah tnjukkanlah kuasa mu..

  34. assalamualaikum..aku ade masalah tntg hidup aku..mlm ni baru aku nak start wat solat istikharah..sebelom ni aku jrg sgt wat..ni aku nak kan kepastian tntg hidup aku..untuk mendapatkan jodoh yg baik..aku harap sgt aku dpt petunjuk dari ALLAH S.W.T.AMIN

  35. ya allah…tunjuk kan lah siapa jodoh aku yg sebenar..amin

  36. HERNI DAHLIA BT MOHD ZAID

    ya allah kekalkanlah iman kami sebagai suami isteri

  37. Harap kwn2 dpt bantu sya..saya telah melakukan solat istikarah mohon petunjuk antara 2 lelaki..tetapi hanya sorg shaja dr mereka telah muncul 3x dlm mimpi tersebut..
    petunjuk yg diberikan

    1) Mimpi pertama, sya lemas di dlm sungai.. dan lelaki itu meyelamatkan saya

    2) Mimpi kedua, Seorang shbt menyuruh sya membuka aurat yakni tudung di hadapan org lain..saya menyatakan sya hanya akn membukanya pd suami sya..dan tiba2 lelaki itu muncul dan terdetik dlm hati, dia lah suami sya..dan sya membuka tudung di hadapan dia..

    3) Mimpi ketiga, saya membawa surat tawaran kerja dgn hati gembira kerana dpt keje baru.. sya ke tempat keje tersebut dan menunjukkan surat itu kepada lelaki tersebut..

    Saya telah berulang kali melakukan solat istikarah..dan 3kali adalah petunjuk dia..
    adakah sememangnyer dia jodoh saya? Sebelum ini kami mmg rapat tetapi sejak kbelakangn ni sudah lama tidak lg berhubung..
    Sejak mimpi tersebut..saya selalu teringatkn dia..saya benar2 keliru..

  38. ada jugak kisah macam ni. itulah pentingnya istikharah. tak rugi meminta pada Yang Kuasa.

  39. sya juge mngalami msalah cinta, hati sye sgt2 berbelah bagi skrg nie..sye pnah brcinta dgan exbf sye 3 tahun, kami putus sbb dia kecewakan sya, mase brcinta mmg sye kerap brgaduh n kdg2 xtahan dgn sikap nye yg terlalu sensitif n xtahu nak jaga hati n perasaan saya, tp sbb saye dah rase syg dia sye trima sje sikapnye mcm tu..sye setia sgt dgn dia..tp tibe2 dia mngaku curang tanpa sye sedar n tggalkan sya,skrg sye sgt serba salah sbb skrg sye sdg brkwn dgan seseorg yg sgt fhami hati saye, take care dgn sya ,tp sye slalu rse sunyi sbb dia trlalu sibuk dgn bisnes dan sye dpt tahu yg dia sudah beristeri,sye xsggup mnyakiti hati wanita lain n mruntuhkan masjid lalu sye sggup trima jika sye mnjadi yg no 2,tp skrg exbf sye mula mncari sye semula,sye sgt keliru..bgaimana cara sye utk bristikharah? adakah sye prlu mneruskan hbungan dgn si dia yg sdah beristeri itu atau mncari yg lain ?

  40. salam..
    sy berkwn dgn bf hampir setahun..
    segala-nya sy korbankan untuk dia hingga satu tahap sy rasa dipermainkan dan minta petunjuk Allah..
    solat tahajud, hajat, taubat,dan istikharah..sy lakukan hampir setiap mlm berbulan hingga saat ini..
    Allah tunjukkan satu2 keburukan dia..satu2 penipuan dia pada sy..Allah buka hingga sy nampak semuanya..
    dr segi duit, dan hubungan dgn wanita lain..

    jelas sy dianiaya..

    Sy sedih..tp hati sy redha sgt..sy cerita pada dia yg sy dah tau segala-galanya..
    dia akhirnya mengaku..dan minta maaf pd sy..
    dia mengaku dia jahat tp ttp dia ttp sygkan sy…
    dan berjanji untuk byr duit sy..
    hingga hari ini dia masih terus menghubungi sy wlaupun sy bersifat dingin dengan dia..

    sekarang sy nampak segalanya..
    dia bukan lelaki yg baik spt sy kenal dia..
    Tp sy selalu berdoa ringankan bebanan yg sy tanggung, bersihkan hati sy dan redha dgn ujian Allah ni..
    Sy begitu redha hingga sy x mampu marah atau benci dia sikit pun..malah mendoakan hidup dia dipermudahkan dan diberi petunjuk untuk terus berubah.

    sy masih bgn malam supaya sy ada kekuatan untuk
    teruskan hari2 sy..walaupun jelas apa yg telah dia lakukan pd sy tidak dapat dimaafkan oleh seorang wanita yg waras..
    sy tak tau adakah sbb sy mmg sygkan dia..atau Allah telah takdirkan sy untuk menerima dia seadanya dia selepas apa yg telah dia lakukan pd sy..

    sy tak pernah mendapatkan mimpi yg benar2 memberi kesan melainkan petunjuk2 ttg keburukan dia dan keredhaan hati sy pada dia..

    sy ttp tak tau jawapan adakah dia jodoh sy..
    hanya bertawakal pada Allah skarang ni..

  41. salam…byk info sy dpt dr sini..tq smue..rase lega sket ati ni..rupe2nyer ramai lg ade msalah lebih rumit dr sy…sy nk luahkan kat sini..sy dlm dilema skang ni..bulan lepas..sy dpt tau bf sy ade pompuan lain..sy nmpk msg yg mesra antara mereka…sy cube check smue…tp due2 nafikan hubungan mereka…bf cume ckp mereka kwn rapat..tp ape yg sy nmpk n dgr bkn setakat kwn je…sbenarnyer lebih dr kwn..ati sy sgt sakit..kami dah 5thn berkapel…sy syg sgt kat bf sy…die kate die syg sy..tp dlm mase yg same die still contact dgn pmpuan tu…die mcm takleh lupekan pmpuan tu..mmg ade smthing special antara mereka…sy runsing n buntu…lpas kejadian tu mmg slalu kami gadoh..ati sy tak pnah tenang dah..asyik terpikir je pasal kecurangan die tu..smpai ati die buat sy mcm tu…skarang ni sy mtk petunjuk dr Allah sama ada sy perlu teruskn hbungan ni atau pon tak..tp ati ni tak rela berpisah dgn die…sy buat solat istikharah dan dlm mimpi sy mmg die hadir dlm mimpi sy..tp dlm mimpi tu kami bergadoh…slpas tu kami still ok lg..tapi tak lama..mcm2 pkara berlaku yg wat sy skt ati..mlm td sy buat solat istikharah lg,,n dlm mimpi sy tu sy berbaik smule dgn die..sy pon kmpius..tp pape pon sy akn teruskn solat ini shingga ati sy tenang dan dpt petunjuk dr Allah…smoga yg berlaku ni ade hikmah yg baik utk sy…amin…….

  42. saya pun baru nak mula…moga2 termakbul….

  43. lovedea8660@yahoo.com

    oh Tuhan..seandainya telah Kau catatkan..dia milikku tercipta untuk diriku..~

  44. sy baru 2bulan b’kenalan ng pakwe sy..kenal je dia trus buat kputusan nk kawen ng saya…sy pon da setuju sbb dia mmg baek…tapi mak seolah-olah xmerestui dgn alasan sy belum mempunyai keje tetap…kakak sy pon sependapat ng mak…tapi sy betol2 rasa dia yg tbaek utk saya…sy harap dapat petunjuk adakah dia betol2 jodoh yang terbaek utk sy…doakan sy dapat membuat pilihan tbaek utk sy dan kami semua

  45. Salam…pnah gak wat solat istikharah…tp xnmpak ap2… msti nmpak muka ke? lau x cmne…truskan wat ke? Ya Allah, berilah aku petunjuk..

  46. bagus..skali citernye..menarik dan suspense…
    citer saya ni kurang sket mcm ni…
    saya ada gewe name A jelah..kami couple dan nak kawin..
    arwah mak semasa hayatnya pernah meninggalkan pesan tidak akan merestui hubungan kami sampai bila2 pun (dia x berkenan dengan si A ni)…skang hubungan kami hang pasal hal ni…dalam pada tu kakak2 saya pun x setuju ngan pilihan saya….dalam pada juga saya berkenalan pula dengan seorang gadis si A juga (yg lain tapi nama start A jugak)klise betul citer ni kan..dia baik sama mcm saya anak yatim piatu dan menyara adik yg masih belajar…umurnya 2 tahun lebih tua dari saya (aman x kesah)iklan tv..saya wat solat istikharah beberapa malam dan…….mmg nampak sangat dia ni jadi jodoh saya…yang jadi problemnya mcmana dgn A yg mula2 tu…nak break off kecian…tolonglah beri padangan mcmana nak wat nih…huuuuuuuuuu

  47. bagus..skali citernye..menarik dan suspense…
    citer saya ni kurang sket mcm ni…
    saya ada gewe name A jelah..kami couple dan nak kawin..
    arwah mak semasa hayatnya pernah meninggalkan pesan tidak akan merestui hubungan kami sampai bila2 pun (dia x berkenan dengan si A ni)…skang hubungan kami hang pasal hal ni…dalam pada tu kakak2 saya pun x setuju ngan pilihan saya….dalam pada tu juga saya berkenalan pula dengan seorang gadis si A juga (yg lain tapi nama start A jugak)klise betul citer ni kan..dia baik sama mcm saya anak yatim piatu dan menyara adik yg masih belajar…umurnya 2 tahun lebih tua dari saya (aman x kesah)iklan tv..saya wat solat istikharah beberapa malam dan…….mmg nampak sangat dia ni jadi jodoh saya…yang jadi problemnya mcmana dgn A yg mula2 tu…nak break off kecian…tolonglah beri padangan mcmana nak wat nih…huuuuuuuuuu

  48. as salam.. pernak gak wat..mintak d beri petunjuk.. sbb dha terlalu keliru & x nak kenak tipu ngan lelaki… alhamdulilah.. lpas mlam 2 buat.. pgi ke esokan hari.. lelaki 2 ngaku kat sy yg die ada ppuan lain.. syukur sgt2… alhamdulillah tenang.. tp skang.. ade dilema lak.. dah berjumpa dgn seseorng.. tp die lak yg masih sangsi dgn hubungan.. ingin nak halal kan hubungan & ada hubungan yg sah. tp.. msalah die lak yg masih keliru ngan keputusan sendiri.. suggt juga.. suruh die wat solat istikharah..& cpak.. apa2 keputusan sy akan terima dgan redha… rasa nya lpas nie sy perlu wat lagi solat istikharah…. arap sy akan lebih tenang lepas nie.. insyaAllah..

  49. salam… saya dlm kebuntuan skrg…. sya dah putus dgn exbf… sya mengaku silap saya… n skrg dah ade yg menyanygi sya n fmly dah thu… 3 thn sya dgn ex sy… mkin sya ingin lupakn ex sya… mkin kuat ingtn padanya… ssh nye nk lupakn dia… kesian bf baru… dia xslh pape… tp kbhgiaan sya hnya dgn ex walau kami sering xspndpt,.. dah 2mlm wat solat tp msih kuat ingtn pdnya…. sya xdpt lngsng berita dr ex dan sya xsmp hati nk hancur kn hrpn bf sy… tp sya pun ade hak utk bhgia… sya dah xtau nk wat cam ner….

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.