Kuasa Hebat Solat Istikharah Dalam Memilih Jodoh

Pernah suatu ketika dahulu, seorang pengguna myJodoh berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A) yang juga seorang pengguna laman web ini. Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.Gambar Hiasan

Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejakabaru di myJodoh (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.

Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.

Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.

Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.

Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.

Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.

“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.

“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.

Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.

Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.

Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.

Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..

Untuk maklumat tentang solat istikharah sila rujuk pautan berikut :

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543882

http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&id=3218

http://id.wikipedia.org/wiki/Shalat_Istikharah

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=103&Itemid=99

.

.

.

.

Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran
Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati

286 Trackbacks