.. mencari si dia yang soleh ..
“Gathering” Aidilfitri 2007
Hampir setiap tahun, sebahagian besar daripada warga myJodoh akan berkumpul beramai-ramai merayakan Aidilfitri. “Gathering” Aidilfitri myJodoh pada tahun ini akan diadakan pada 8 November 2007, di Senja Bistro, Asian Heritage Row, Kuala Lumpur.
Kepada mereka yang berminat menyertai perjumpaan ramah mesra ini, sila rujuk butiran berikut :
Tarikh : 8hb November 2007 (Khamis – Public Holiday – Deepavali)
Masa : 12.00 pm– 4.00 pm
Tempat : Senja Bistro, Asian Heritage Row
Harga : RM 30 nett
Pakaian : Bertemakan Raya
Acara tetap : Exchange gift (RM5 – RM10)
Maklumat berhubung pengelola :
1. u.aida – 019-2411412
2. AZURA – 019-3753344
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on October 27, 2007 at 10:11 am, and is filed under Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 4 years ago
hi miz noor,
terima kasih atas pandangan anda. tapi saya punya sebab kenapa gath tu pada hari khamis. utk menjalan kan program2 seperti ni, saya memerlukan AJK. dan saya mempunyai AJK tetap utk setiap gath yg saya anjurkan.dan utk gath kali ni, AJK saya ada masalah lain jika ianya diadakan pada hujung minggu. memandangkan 8hb Nov (Khamis) adalah CUTI UMUM, jadi saya rasa tidak juga menjadi masalah kepada ahli2 lain utk hadir. pada perkiraan saya, kalau nak balik kpg, pasti org akan pilih hujung minggu berbanding cuti 1 hari di tgh2 minggu.terima kasih.
about 4 years ago
bg laa drection cm ne nk g sane,adress pn x da,kl tu luas cik kak ooo
about 4 years ago
assalamualaikum..
aida, kalau i nak ajak member teman but they are not a member of MyJodoh, boleh ke?
about 4 years ago
Assalamualaikum cik aida
Saya berminat utk join majlis nie walaupun mulanya rasa cuak gak takut kat sana nanti cam mati kutu pulak.
TQ
about 4 years ago
assalamu’alaikum pd sahabt2 semua..
saya ingin memperingatkan sesuatu..kl tk ingatkan rasa serba salah, dn kl ingatkan mngkn ada yg tanpa kesedaran yg betul akan menyalahkn saya pula..
walau apapun..kebenaran tetap kebenaran maka sy perlu tegur juga..samada diambil perhatian atau tidak..saya telah buat kewajipan saya..
saya baru terperasan tarikh sambutan sempena hari raya yg anda ingin adakan tersebut adalah bersamaan dgn tarikh perayaan penganut agama Hindu..
biar saya jelaskn sedikit..
perkara2 berkaitan agama adalah serious dn memberi kesan pd diri dn hidup..
dalam ajaran Islam di larang melakukan apa2 bentuk perlakuan yg bersamaan dgn perbuatan keagamaan anutan agama lain..apa jua bentuk persamaan adalah dilarang..(bermaksud haram)..jika dilakukan juga..ia adalah majlis lagha dn dilaknat oleh para malaikat, rasul dn para ambiya..
baiklah..yg keduanya..inilah yg paling penting..
umat Islam tidak boleh mengadakan suatu suasana mirip kegembiraan pd hari perayaan anutan agama lain.. jika soalan ini ditanya kpd mana2 ustaz atau mufti pasti jawapannya sama..
di sini saya melihat sambutan raya hendak dilakukn pd tepat hari perayaan Hindu..
maka biar saya ingatkan perbuatan tersebut adalah haram… atas apa jua niat motif atau alasan ianya adalah haram.. yg menganjurkan..menghadiri dn merayakan atas apa2 jua niat..tetap haram..jika dilakukan juga..ia adalah majlis lagha dn dilaknat oleh para malaikat, rasul dn ambiya..
semoga anda tidak meng’interperate’ agama mengikut kehendak hawa nafsu anda semua…
alasan nak rehat time weekend itu hal peribadi..
dn hari raya hanya disambut pd satu Syawal..
maka sambutan selepas itu bkn wajib..
mengadakan majlis bertepatan raya Hindu adalah haram samasekali..
harap2 kita boleh pastikan emosi.atau kehendak2 kita tidak mendahului agama..
jika anda mengaku atau benar2 pengikut ajaran nabi Mohammad saw..pasti anda akan membatalkan hasrat tersebut.
itu saja nasihat saya..
sekian
about 4 years ago
…macam tak percaya orang Islam yg mengaku Islam..dn telah bersyahadah..melakukan hal2 semacam ini..
ia boleh mebatalkan aqidah..
dan para penganjur dan yg menghadiri akan menghadapi risiko batal aqidah..
dan dosa2 org yg menghadiri( dlm hal sah tak sah solat selepas ini) akan ditanggung oleh penganjur seumur hidup sehingga hari qiamat..
bkn itu saja..jika mereka akhirnya punya anak..anak mereka juga ada risiko tak sah..dn dosa itu ditanggung penganjur semuanya…
perlu bertaubat nasuha..dn jika dilakukan dgn sengaja..maka ntah la akan diterima atau pun tidak..
jgn la biarkan kejahilan atau hawa nafsu mengatasi hukum dn larangan agama..
about 4 years ago
orang pandang kecil bab2 aqidah..bab2 syirik atau perkara yg boleh batalkan syahadah..
jika anda penyebab org batal syahadah samada anda mengakuinya atau pun tidak..dn samada org lain sedar atapun tidak..
maka yg akan anda tanggug..
a. terbatalnya syahadah anda..solat, puasa, umrah dn haji yg pernah dilakukan batal..dan yg akan dilakukan juga akan batal semuanya..melainkan taubat nasuha..itupun jika buat bkn dgn sengaja..(jika sengaja??)
b. jika anda dpt anak selepas itu, anak itu ada musykilah..dlm agamanya..samada dilahirkan sebagai Islam atau tidak..
c. dosa org lain yg hadir..dn hal sah tak sah ibadat mereka dn anak yg bakal mereka perolehi akan anda tanggung semuanya..
d. sembelihan mereka selepas itu ada musykilah..jika mereka sembelih ayam untuk org Islam lain makan??
perrrkkkhh!!! apa nak jadi manusia zaman ini..apala azrul alwi tak peka bab2 macam nii…
about 4 years ago
Ajeed,
Saya rasa tiada siapa yang hadir untuk menyambut hari deepavali. Gathering itu diadakan pada suatu hari cuti umum. Saya yang bertanggungjawab meletakkan statement :
Tarikh : 8hb November 2007 (Khamis – Public Holiday – Deepavali)
sedangkan pada asalnya organizer hanya letak :
Tarikh : 8hb November 2007 (Khamis)
Ini adalah untuk menjawab soalan mereka yang tak pernah tengok kalender dan bertanya, “kenapa buat hari khamis, kenapa tak buat weekend?”
.. kerana hari itu public holiday, deepavali.
about 4 years ago
Assalamualaikum w.b.t…
Azura, U Aida dan semua….
Syabas kepada Azura & U Aida kerana berusaha mengadakan gathering Aidilfitri ini…Memang sedikit sbyk ada cabarannya berikutan tempat yg jarang dikunjungi dan tarikh ditengah minggu juga bersamaan dgn sambutan perayaan ugama lain..Pokoknya kita merayakan Aidilfitri yg mulia..Rasa tidak berkaitan langsung dengan aqidah..Bukannya kita pergi rumah pengganut ugama lain untuk merayakan perayaan mereka…Itu baru boleh membawa erti kita menggadai aqidah….
Sesekali kita sebagai manusia hadir ditempat yang tidak pernah dikunjungi sebelumnya, seronok juga.. Mencari di negara sendiri bukanlah susah sangat manapun…Cuma tingkatkan usaha mencari barulah ada uummph bila menemuinya dan hadir untuk makan….Barulah dinamakan Melayu Islam tidak takut kepada sesuatu yang baru atau diibaratkan sanggup menempuhi cabaran…Cabaran ini baru sikit belum tahap explorace lagi….
Harap bersabar sahajalah ye dgn karenah mereka…
Insyaallah, saya akan hadir bersama rakan serumah sebagai teman..Beliau bukan ahli MYJ..Bolehkan? Saya akan bayar untuknya sekali..Tapi bagaimana hendak membuat pembayarannya?
Sekian. Wasalam…
about 4 years ago
Menariknye rancangan ramah mesra ni, cuma sya tk dpt hadir kerana hari tersebut sya kena bertugas. Sabtu & Ahad insyallah no problem.. so sya harap pihak penganjur akan dapat adakan majlis2 sebegini pada masa2 akan datang serta tidak pada hari raya shj. Munkin satu majlis yang lebih specific khusus utk ahli2 myjodoh yg serius serta berfikiran terbuka.
Secara peribadi sya yakin dgn myjodoh.net dari segi kematangan dan keikhlasan perjuangannye….!!! Tahniah….
about 4 years ago
terima kasih kepada Big Boss n tq juga pada Ajeed.
Ajeed,soalan saya pada anda, adakah anda sembahyang kerana org lain sembahyang, adakah anda berpuasa kerana org lain berpuasa?adakah anda memberi pendapat itu hanya kerana ingin memberi pendapat? pasti anda memulakannya dgn niat, betul tak? jadi apa niat anda bila memberi pendapat? saya bukan nak menyangkal setiap pendapat anda,saya cukup hargai tapi apa yg saya lihat sejak anda berada di MyJ, anda banyak menyangkal setiap program saya. bermula dari nak pergi makan pizza dulu sampai la ke gath raya ni.bagi saya senang sahaja, as a mastermind, niat saya adalah utk melihat kawan2 seperjuangan dapat hidup berpasang-pasangan dan menambahkan umat Nabi Muhammad S.A.W secara halal. saya ni bukan la pandai sangat, tapi seingat saya la, dalam Al-Quran ada sebut, bila kita berkahwin, kita dah sempurnakan part of ibadah kita, n sebahagian lagi adalah usaha kita sendiri. Ajeed tak nak ke ada isterti yg jaga makan pakai Ajedd? ada anak utk menyeri kan hidup di hari tua? dan bagaimana Ajeed nak dapat semua tu kalau Ajeed menolak setiap anjuran Gath?saya tak pernah minta apa2 pun dari Big Boss, apa yg saya lakukan adalah kerana Dia.saya tak pernah minta disanjung dan saya tak pernah minta utk diingati, cukup sekadar bila melihat teman2 bahagia hidup berpasangan.
Ajeed, saya tak pernah kendur dgn setiap tentangan dari anda. bagi saya anda mencabar kewibawaan saya. terima kasih kerana tentang saya. dan ini tidak bermakna saya akan tunduk dgn setiap tentangan anda.
about 4 years ago
Assalamualaikum..
Seronok jugak pegi tempat cam ni kan.. kalu saya tinggal kat k.lumpur boleh jugak saya join sama.. mana tau kan boleh dapatkan kenalan kat sana.. eei rasa rugi la plak tak dapat join..
about 4 years ago
ajeed, jika anda org yg berilmu, tolong jawab soalan2 ini.
1. Apa syarat utk masuk Islam?
2. Apa syarat sah solat?
3. Apa syarat nikah?
adakah semua pendapat anda tu berdasar kan dalil sahih atau hanya hujah anda?
bagaimana pula Saidina Omar yg bersembahyang di dalam gereja?
maaf Ajeed, bagi saya setiap kata2 anda adalah membangkang saya. saya tak tahu apa silap saya sampai setiap gath saya Ajeed akan bangkang.
saya ulang semula, saya hanya terima dalil sahih bukan hujah.awak bercakap mengenai Islam, jgn sampai aqidah awak sendiri yg terpesong.hati2 Ajeed.
about 4 years ago
Terima kasih kepada rakan2 yg berfikiran positif dan pada2 rakan yg menggunakan akal bila bersuara.
helena, hari ni hari terakhir utk pembayaran n pendaftaran. boleh hubungi saya utk keterangan lanjut.
utk mendapat kan map, anda semua boleh klik dkt tulisan kaler oren ‘asian heritage row’ yg kat atas sekali tu, itu link ke website tersebut n kat situ ada map.soory sbb tak copy paste seperti yg di janjikan.
about 4 years ago
assalamualaikum ajeed,
terima kasih atas komen dan hujah anda yang saya sendiri tak tau dari mana awk copy n paste or whatever…tapi saya rasa, niat awak yang menyimpang, BUKAN KAMI.
tapi takpe la…dalam dunia ni, walau apa jua yang kita buat, biarpun dengan niat yang baik (lillahi ta’ala) akan tetap wujud satu makhluk Allah yang akan mempertikaikannya dengan pandangan serong yang ekstrimis seperti saudara Ajeed ni.
Saya akan cuba dapatkan pandangan Dato’ Mufti Negeri Selangor tentang perkara ni. InsyaAllah kalau tak petang ni, mungkin esok pagi saya akan tulis di sini pandangan dan hujah beliau. Kalau pandangan seorang Mufti pun Ajeed nak kata haram lepas ni…tak tau la nak kata apa kan…
Wallahu ‘alam.
about 4 years ago
ok…oleh kerana sibuk melayan Encik Ajeed yang mengomen dengan komen yang agak ekstrimis tu…terlupa pulak nak menjawab pelbagai soalan dari saudara2 dan saudari2.
kepada yang berminat nak join dan nak bawa kawan bukan member myj, boleh…takde masalah. seboleh2nya biar la yang single…bukan apa, bertepatan dengan matlamat kita di myjodoh.net ni kan…
tapi sape2 yang nak join tu, harap2 sangat please bagitau awal2 dan buat payment sebab ianya penting untuk urusan reservation. kalau daftar on the day of event, takut takde seat atau takde kuota pulak. kesian u all yang datang nanti.
apapun, kepada yang dah buat payment…terima kasih. dan jangan lupa ye…pada hari gathering nanti bawa satu hadiah yang nilainya antara RM5 – RM10. Sebab ini dah jadi acara tradisi untuk kita di myjodoh.net. Diharapkan semoga gathering kita kali ini akan mendapat keberkatan dari Allah SWT dan hajat dan niat suci kita akan dimakbul Tuhan.
about 4 years ago
Assalamualaikum,
Penyertaan utk Gath Raya diluar jangkaan saya dan team. terima kasih kepada semua yg memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami. Oleh itu secara rasminya saya tutup pendaftaran penyertaan, takut nanti roboh plak Senja Bistro tu.
Senarai terkini akan saya letakkan dlm masa terdekat ini. Tunggu sahaja post dari saya. dan sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih atas sokongan padu anda semua dan juga pada WM dan isteri yg banyak membantu saya dan team.
about 4 years ago
tarikh tutup bila ek nak confirm g..
about 4 years ago
Ehem ehem aku tak dpt join sb aku owang jauhhh..cian kat aku..
huhu
about 4 years ago
INFO TERKINI:
1. ATURCARA MAJLIS
12 – 1.30 – Pendaftran ahli/Solat
1.30 – 4 – Makan / Lucky Draw / Exchange Gift
Kita juga ada 1 slot utk seorg ahli lama.
2. PAKAIAN
Kita menyambut Syawal, jadi saya minta anda semua tolong ikut tema yg telah
di tentukan. Kalau lelaki nak pakai baju melayu siap dgn samping – di alu2 kan.
kalau boleh saya tak nak le org lelaki pakai selekeh, biar la smart, baru la
terbuka mata kaum wanita nak dkt dgn anda.
3. EXCHANGE GIFT
Jgn lupa tntg ini.hadiah max RM 10. cara pertukaran tu akan kami aturkan.
4. MAP
Anda boleh dapat kan di laman webnya.
http://www.asianheritagerow.com/serisenja.asp
5. SENARAI TERKINI
LELAKI
1 aleh – PAID – TQ
2 Khairul – PAID – TQ
3 Hj Mohd Salleh – PAID – TQ
4 safamusafir – PAID – TQ
5 abah ajip – PAID – TQ
6 Mohaidin – PAID – TQ
7 Rosli PAID – TQ
8 HAM PAID – TQ
9 Irwan PAID – TQ
10 Shafiq PAID – TQ
11 Zamri PAID – TQ
12 Fazel PAID – TQ
WANITA
1 u.aida PAID – TQ
2 AZURA PAID – TQ
3 cik la PAID-TQ
4 mishannur PAID – TQ
5 kak nani PAID – TQ
6 aliya PAID – TQ
7 siti sab PAID – TQ
8 melur PAID – TQ
9 abi – kawan melur PAID – TQ
10 Deja PAID – TQ
11 Kak Jue PAID – TQ
12 nia azia PAID – TQ
13 serimarz PAID – TQ
14 cempaka PAID – TQ
15 Zalia PAID – TQ
16 Izah – kawan cempaka PAID – TQ
17 nor PAID – TQ
18 liza – kwn nor PAID – TQ
19 Rahimah PAID – TQ
20 Maya – kwn Rahimah PAID – TQ
21 Norazlina Ismail PAID – TQ
22 CT PAID – TQ
23 Aniza PAID – TQ
24 Khaty PAID – TQ
25 Asma PAID – TQ
26 Salisa PAID – TQ
27 Nik PAID – TQ
28 Azie PAID – TQ
29 Syima PAID – TQ
30 Azyla PAID – TQ
31 Lyana PAID – TQ
32 Huda PAID – TQ
33 Zatil PAID – TQ
34 Suraya PAID – TQ
35 Wan PAID – TQ
36 Farah PAID – TQ
37 Helena PAID – TQ
38 Nurul PAID – TQ
39 Aingirl PAID – TQ
40 Isma PAID- TQ
41 AB PAID – TQ
42 Waty PAID – TQ
43 Adik Waty PAID – TQ
44 Sharah PAID – TQ
1 Ome & Linda
2 Modiezham & Saadatul
Kita jumpa di sana nanti.
about 4 years ago
ramainye .. rekod tertinggi ghatering sebelum ni 45 orang saja .. tahniah. Selamat bergather dan ingatlah tuhan semasa berjumpa, bersama dan berpisah di dalam sesebuah majlis, agar semua dirahmati.
about 4 years ago
Insya-allah n tq Big Boss
about 4 years ago
Aiyyoooooooooo…
bestnyer tgk list panjang berjela tu…satu rekod terbaik yang pernah kita buat gath kan u.aida? semua ni atas daya usaha dan bantuan dari encik WM…terima kasih banyak2…er…terima kasih daun keladi sebenarnya…hehehehe
ini menambahkan lagi semangat kami nak organize majlis gathering macam ni. InsyaAllah, tahun depan kita akan buat lagi…boleh ke u.aida? mana la tau…kot2 tahun depan aku ngan u.aida masing2 dah jadi “bertiga”….muahahahaha!
Apapun…see u guys kat senja bistro khamis ni…
eh! lupa pulak…semalam dah janji nak post komen Dato’ Mufti Selangor pasal haram halal gathering kita ni kan? Unfortunately, semalam tak sempat nak call Dato’. Tapi baru jap tadi jumpa Dato’ kat perkarangan Masjid Shah Alam…tapi rasa tak sesuai lak nak tanya sebab time tu tadi kat majlis Hari Raya Lembaga Zakat Selangor. Tapi saya akan usahakan juga komen Dato’ Mufti tu untuk makluman dan panduan kita semua.
Secara peribadi…dari ilmu yag pernah saya pelajari di Kuliyyah Ilmu Wahyu selama 6 tahun…tak kira la Fiqah ke…usuluddin ke atau apa jua yang berkaitan dengannya…saya yakin, tak pernah pula ustaz2 saya ajar tentang hal2 yang diharamkan oleh USTAZ ajeed tu…
Wallahu a’lam…
about 4 years ago
ramainya list laki dr pompuan.. cam nisbah 1: 3 ! ingatkan pompuan yang pemalu.. ehm… takut nanti sume berebut.. hehehe…
about 4 years ago
Assalamualaikom…, mendoakan agar semuanya berjalan lancar dan diberkati. Tapi nampakgayanya 1:4 …, kenapa begini jadinya..? Kaum hawa tak banyak pilihan..! Bukalah ruang sekiranya ada kaum Adam ingin join di saat-saat akhir…
about 4 years ago
…kalo begitu jadinya, setiap lelaki kena beli 4 hadiah utk acara exchange gift, kalo tdk ianya tdk meriah krn ada kaum Hawa yang akan bawa pulang hadiah yg tlh dibelinya…. ciann dia…!
about 4 years ago
alhamdulillah. ini semua kerana sokongan padu dari anda semua.tanpa anda semua siapa la kami ni.
tahun depan? saya hampir2 putus asa ari tu masa mula2 post topic utk gath, dan dgn bantuan dari Big Boss suami isteri, ini la hasil nya. mcm mana pun, tahun depan saya tak berani nak janji kan apa2.bergantung la pada rakan baik cik Azura tu..(zura, kalau ko ok, aku pun ok juga)..hihihihi….
van ckulop, saya cuba stopkan ahli wanita tapi nak buek cam no, yg lelaki nya tak de plak yg tampil diri.tapi kalau lepas ni ada yg tampil, saya minta maaf awal2 sbb tmpt mmg dah penuh.pasal hadiah tu, kita tak leh buat apa, tapi ahli lelaki tetap bawak 1 je hadiah, tak yah bawak sampai 4…kami tak mau nanti org kata kami dera org plak..hihihihi
about 4 years ago
tahniah team orgnaizer .. kami tolong jer ..
Nway, siapa yang tak sempat ke gathering myJodoh (sebab dah full) .. dijemput untuk ke Jamuan Rumah terbuka pada tarikh yang sama di Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.
http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/message/7757
tapi kena call orgenizer confirm juga kot ..
about 4 years ago
.. rasa nak gi sgt tp cam maner dah penuhh…, leh jadi weter tak..? Tolong angkat minuman dan makanan..? rasa boleh kot…
about 4 years ago
Assalamualaikum kawan2 semua,
saya susun 10 jari minta ampun dan maaf pada sesiapa yg call saya yg saya tolak penyertaan anda. Maaf sangat2..tmpt tu hanya boleh masuk 65 org je..tmpt tu mmg limited. saya tak pernah jangka sambutan sebegini. sbb dari awal saya hanya target 30 je, tapi tu la saya bersyukur sangat2 walaupun ditohmah, alhamdulillah sambutan nya cukup la diluar jangkaan saya.
Insya-allah, jika ada kedrat saya, pasti ada lagi gath selepas ni. tapi yg pastinya ada Gath besar bulan Dec ini dan bulan Feb depan.tunggu sahaja pengumuman dari saya dan Azura.
Pada yg akan hadir esok, kita jumpa di Senja Bistro.Cuba tepati masa sbb pukul 4 kita kena stop.Terima kasih banyak2 atas sokongan yg padu dan jitu dari anda semua. Semoga apa yg kalian semua hajati akan dipermudahkan Allah.
about 4 years ago
u.aida,
tahun depan aku rasa ok kot kalu nak buat…even sekarang aku tgh berkira2 nak plan buat holiday gath pulak…hehehehe! Yo..yo..o jer! tengok la kalu aku tak bz (tapi biasanya bz la…ko pun tau keje aku macam mana kan…)
apapun, gath kali ni mmg kena bagi standing ovation (betul ke ejaan aku ni…kekekeke) ehem…sambung balik. kena bagi standing ovation kat u.aida yang bertungkus lumus untuk menjayakan gath raya kali ni. maklum le, aku takat menyampuk jer sesaat dua…
van ckulop,
pelik benor nama miker ni weh…hehehehe kalu miker nak ngikut, boleh jer. teman bagi izin. sebab nak mencukupkan kaum adam…kalau van ckulop ni kaum adam le kan…hehehehe!
about 4 years ago
….weh ooi.., teman memang nak datang.. manalah tau kot-kot calon bini teman ada kat situ. Ate bebenor ke miker jemput teman atau ajak ajak ayam jer, ghiso pulak nanti duduk bersila atas lantai tak bertikor sejuk bedi plak… eik kena gelak memanjang teman..!
Tengok lerr esok kalo ari tak ujan ada ler teman bersamping songket dan keris di pinggang sebagai tanda anak jantan mewarisi lambang kekuasaan…!
Jangan miker ngecek teman sudah lerr.., haru biru plak jadinya nanti tojun sungai kelang… kalo dengorkan accent miker itu kita ini mcm sekampung jerr…
about 4 years ago
van ckulop,
ate nyer…nak buat macam mana kalo udah datangnya dari kape yang sama…aje ghaban teben miker! miker datang je le esok..kalo pun tak nampak calon bini, boleh le teman kuih2 mata miker bior terbuntang sikit luehnya bagi nampak yeop!
idak le pulak ngecek, ate udah memang betoi2 ngajak…datang aje le weh…kalo tak cukup bangku, duduk bersila ateh lante pun tak ngape nye weh…lagi sedap, soh aje bunyi ngadap nasik. ate…mana idaknya, takde le bunyi kaki bangku menggelesek kalo udah duduk ngempap ateh lante!
about 4 years ago
..kalo dah duduk di bawah alamat kena hempap ler teman, penyek jadinyer…! Kalo gitu memang sah gheban teben. Bila dah abih program dah tak mcm org lagi ler weh…., sampai kat ghumah org dah tak kenel… alamat kena humban kayo. Beranyut lerr kite ngelor…
Kalo gitu bicaranyer, antor jer emak miker jumpa emak teman dan bulan depan boleh kita menyatu dan tak perlu lagi nak tunggu senja kat bistro tuu… buat ngabiskan beras jerr….! Jangan makan tak abeh udah lerr….
Jauh sudah seluang melaut, akhirnyer balik ke lubuk juge..
about 4 years ago
ya allah, tolong la zura, kok ye jumpa org kampung pun….penat aku nak paham satu2
about 4 years ago
Assalamualaikum kawan2 semua,
Terima kasih banyak2 pada yg hadir semalam. Teruja saya bila melihat kedatangan anda semua. lebih2 lagi yg datang dari Johor, Melaka, Seremban, Kelantan.Sokongan anda semua membuatkan saya terasa seperti penat lelah saya berbalas
Saya ingin memohon maaf jika sepanjang program kami semalam ada perkara2 yg tidak menyenangkan semua pihak. Seperti yg saya katakan semalam, pada asalnya, saya target 30org sahaja, tapi tiba2 saat akhir, saya terima banyak sangat panggilan telepon, yg mana kami terpaksa tolak. Hasilnya smlm kami berjaya kumpul kan 67 org, list asal ada hampir 80 org.
Terima kasih juga pada Big Boss, Mr Azrul dan isteri (Norsalju), tanpa bantuan dari anda berdua, saya rasa saya pun tak dapat kumpul kan seramai smlm. Terima kasih juga atas hadiah yg dikirim kan dan door gift yg cantik. (sesiapa nak tempah sabun tu boleh hubungi saya utk dapatkan no tpon nya, kedainya kat Seri Kembangan)
Seperti yg saya katakan smlm juga, insya-allah ini adalah gath terakhir saya. Bukan bersara dari MyJ, saya masih disini selama2nya, tapi bab aktiviti tu saya tak berani nak janjikan apa2. Kalau ikut plan AZURA, dia nak buat Gath Holiday. Maknanya kita cari tarikh yg menarik, dan lepas tu kita pi bercuti ramai2. Kalau jadi plan AZURA, insya-allah tahun depan lps bulan Feb ye
So, pada yg akan melangsungkan perkahwinan, selamat menempuh alam baru
Saya pasti selepas ini ada pengumuman2 tntg perkahwinan akan menyusul. Insya-allah, saya doakan agar hasrat anda semua tercapai dan diberkati Allah. Sesungguhnya yg baik itu adalah dari Allah, dan yg buruk adalah dari dia saya sendiri.
about 4 years ago
van ckulop,
mintak mahap ler yer…bulan depan teman nak naik pelamin dah…
nampak gayanya, tak jadi le “Jauh sudah seluang melaut, akhirnyer balik ke lubuk juge…” yer….
about 4 years ago
zura, tahniah dan selamat menempuh alam rumahtangga. Indah dan asyik kata mereka kalo kena gayanye. tapi siksa dan derita kalo silapgaya…, itu kata deme yg dah kawen le – sakit bebadan siang malam..!
kalo seluang tak sudi nak balik ke lubuk lama, kite tunggu lampam plak…!
about 4 years ago
kuikuikuikui..zura, frust le si van ckulop tu
about 4 years ago
..boleh faham pulok ko.. si aida nie..! tak penat ke..? suka sangat agaknye kalo ada org frust.. huahua hua…
tolong le weh carikan ganti….!
about 4 years ago
itu le mike van ckulop…
aritu teman udah beghiye nyuruh miker dtg gathering…tapi eksen bebenor. kalu miker pegi aghitu…ghame benor calon nunggu, ya amat lawa deme tu weh… ate…udah kan ghope ini…teman pun susah le nak nolongnya.
gini le yeop…ari kendughi teman nanti, ghame deme nak turun. kalo miker datang, boleh le nginte2 sikit…kalo nak mintak tolong ejas…teman boleh nolong. u.aida pun ada boleh nolong. adik teman pun ada lagi sorang…ha! itu lampam! miker nak lampam kan….hehehehehe…
about 4 years ago
ari itu teman ada dtg tapi ngite dari jauh jer.., dah tak boleh naik kate org yg jaga kat ctu.. dah penuh..! di halonye teman…aiiih terkedik-kedik ler teman mcm muka tak malu…!
Teman sambut cabaran mike.., lampam pun lampam lerr kalo kene dgn tempoyak bute mate dibuatnye.. langsung tak nampak org. sedo-sedo ari dah siang…. alahai kak ipor akuuu…. muahhh
about 4 years ago
sapa yg ngalau ko tu van ckulop…susah benar nak taip nama ini….
rasanya kami tak plak siapkan pengawal utk menghalau org..kami terima dgn hati terbuka
, betul tak kak ipar van ckulop?
about 4 years ago
..mahap lerr .., mmg agak susah ckit nak ngeje nama teman tuuu…, maklom ler bapak teman org belanda+aryan+scottish dan emak org melayu + minang + portugis + deli = van ckulop
tak per ler sbb semuanye dah berlalu dan langsung tdk memberi bekas di hati ku ini.. insyaallah ada pjumpaan lagi menyusul selepas ini. ada rezeki jumpe le kite..
about 4 years ago
van ckulop…nanti kita pi la kenduri AZURA, kan bakal kakak ipar tu…alang2 pi, boleh la bawak tepak sirih sekali, bulan depannya hang plak menyusul
about 4 years ago
adehhh..sakit perut gelak membaca komen2 orang perak ni…hahahaha…
about 4 years ago
InsyaAllah.., kalo diundang hadirlah teman…! tapi kalo ghumahnye dekat dgn sunge, alamat lenjun ler kena cuak… ! deme mesti mandi sampat punyaa…
about 4 years ago
van ckulop..nanti kita konvoi ye…tapi ko ni dari mana? kitaorg pi kitaorg ingat nak bawak boat sekali, mana le tahu…kot2 kena makan dalam air…:))
sooryy ye zura, aku melawak ja
about 4 years ago
dear u.aida,
konvoi dgn boat..? dasat laa…! Bapak segala kehebatan tentunye tlh dimiliki oleh kaum kerabat, rakan dan taulan si zura nie..! elok la tuu, kalo dari selatan turun dari westport menuju ke betin beras basah dan dari utara pula terus tojun ke laut melalui jambatan p.pinang menuju kuale sg perak dan berjumpa di sana sebelum terus ngulu ikut sg perak…
Tapi teman nak gi mcm mana,sehingga kini tiada dpt kad dan tiada undangan secara lisan dari zura pun…, nanti buncit perut mkn kenduri org tak ajak..! idak la teman… kalo dia ngajak, awak beghanyut dgn buloh sbatang jerr.. kita bertemu di lubok mak anjeng sebelom naik ke darat…!
sonok laa.., kalo dpt makan dalam ayo dan sudah tentu semuanye boleh jadi boya la…
Zura pun sehingga sehingga kini tak nampak btg idung dan dah bisu, maklom la suka sgt nak kawen… agaknye sdg pekemas badan laa tuu…, mandi lulo la dia dan mcm mcm lagi… alamat kena lulo la dia dgn lakinya mcm makan pisang bebako..!
about 4 years ago
van ckulop, kok ye ko ni org perak pun, jgn le cakap perak dgn kita..kita slow sikit nak paham bila org cakap perak ni…
zura idak le berlulo…smlm jumpa dia, elok je makan kenduri kat Selayang tu,
makcik tu bz la, rasanya ari ni ada kot dia masuk sini..tunggu ye…nanti kita bagitau dia…