Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati?

gambar hiasanDi dalam keadaan diri yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju.

Di dalam keadaan ini, seseorang itu mempunyai dua pilihan. Pertama, meneruskan perkahwinan dan mengenepikan kedua orang tua kemudian menetap jauh-jauh selepas berkahwin. Kedua, ketepikan si dia dan utamakan kedua orang tua, kemudian meratap sedih. Sudah tentu, pilihan kedua adalah lebih arif, namun terdapat kaedah yang boleh digunakan agar seseorang itu memperolehi kedua-duanya tanpa sebarang dilema.

Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”

Pada zaman nabi, anak kepada Umar Al-Khattab r.a. iaitu Abdullah Ibnu Umar mempunyai seorang isteri yang amat disayanginya. Kerana sebab-sebab tertentu Umar Al-Khattab r.a. tidak menyukai menantunya itu dan menyuruh anaknya mencerai si isteri. Abdullah r.a. mengabaikan perintah ayahnya kerana sayangnya kepada isteri lalu mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Wahai Abdullah Bin Umar r.a., ceraikanlah isterimu.”[1]. Kisah ini direkodkan oleh Imam Tirmizi dan Abu Daud sebagai hadith hassan sahih.

Di dalam sebuah hadith lain riwayat sahabat Abu Darda’ r.a. Telah datang seorang lelaki kepadanya dan berkata, “aku memiliki seorang isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.” Kata Abu Darda’, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang tua-tua adalah pertengahan pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh menjaga ia.”[2] Ibu bapa diibaratkan seperti pintu-pintu di tengah syurga. Adakah bijak sekiranya seseorang itu mengabaikan satu kebaikkan yang besar kerana seorang kekasih hati?

Di dalam sebuah hadith riwayat sahabat Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Rugi besar! Rugi Besar! Rugi Besar!.” Ditanyakan, “siapakah yang Rasulullah s.a.w.?” Beliau menjawab, “Orang yang pada usia dewasa mempunyai kedua orang tua yang masih hidup, baik salah satu atau keduanya, tetapi kemudian orang tersebut tidak masuk syurga.”[3]

Justeru, adalah menjadi satu langkah bijak sekiranya seseorang itu dapat mengenal pasti “ciri-ciri menantu idaman” daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza.

Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadith-hadith Rasulullah dan tip-tip daripada ibu bapa tadi. InsyaAllah, tidak akan ada dilema menanti di hadapan.

Wallahu’alam

.

.

.

.

Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : 1110, hassan sahih
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : 1822, sahih
[3] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : 4628

Rujukkan
~~~~~~
Uts Shamsuri Hj Ahmad, audio mukhadimmah Kuliah Kitab Bahrul Mazi 7, http://www.savefile.com/files/1135075

.

.

.

.

Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran

162 Comments

 Add your comment
  1. ..kalo dah mcm nie.. botak kepala org tengah…! Banyak beno ragamnye.., sudahnye org tengah plak yg kawen…!

    Sekali lagi teman tanye.., Jiha ada rasa tak dgn abg Omarm nie…? And how about aspalela.., ada rasa dlm dakapan abg Omarm tak di kala ini…? Citerlah yg benar dari dlm lubuk hati kalian..

    Purple, kalo miker tak bisu… cubalah bebicara.., lontarkan pandangan dan hasrat hati sama ada positif ataupun tak sio dgn van ckulop… kita bagi pemudah dan jgnlah kita menyukarkan…! tapi kenalah itam putih duluuu…

    Teman dah ramei org mintak.. bersusun depa.. cuma nak bagi dateline utk sessi interview.. jerr

    Please reply asap..

  2. jangan Di Sebut Gulei Tempoyak… buat meleleh ayor Lior Teman…

  3. ntah la kekawan den ni..nak ke tak nak ni?? kang sume org merajok den gak melepas nak makan ns minyak tempoyak..hehe..seroja?? jeng..jeng..jeng…bermula la satu episod baru..

  4. Hmmm..teman rasa, dah takde rasa dah dgn omarm, bagi jalan kat aspalela la..sebab mcm dia malu2 kucing..mahu, tapi malu..hihi..ate, sebenornye van ckulop berminat kat seroja, ajak seroja join sekali..dia kan pernah post komen dlm artikel ‘jika hendak saya carikan’ ..so, seroja mai la join sekali..kesian la abg van ckulop yg menderita mengharapkan sesuatu yg ajaib berlaku.

  5. Aku ni… Resepi baru ke Nasi Minyak Tempoyak????
    Nampak nyer Van Ckulop Udah jual Minyak???
    Minyak Lintah ader ler teman simpan….

  6. Salam….
    Lama tak menjenguk kat ruangan nie.. dah ade perubahan kat semua disini.
    Purple…. bgtau la kat van ckulop, isi hati ngan jantung skali kat dia. jgn buat dia tertanya2, berilah jwpan. ade hati ker, ulam jantung ker @ ape2 hint je la asalkan van Van Ckulop tak tertanya-tanya.

    Nampaknyer sedara Omarm kite dah nak pasang dua yer, Cik Jiha & Aspalela dah habis pikir ker?? Sedara Omarm dah solat istikharah ker???? Jiha @ Aspalela….. yg mana satu. Saham Omarm tgh naik skrg nie….

    Sapa gerangan Seroja aku ni yg sebenarnya…..

  7. Van ckulop..tak taulaa nk berbicara apa!asyik dok tersengih jea tngk ragam2 org nih,sampai terkelu lidah nie nak berbicara 😛 ;))

  8. I am inisen. Lagipun sebagai kakak, saya pasti mengalah agar adiknya bahagia 🙂 all yours Jiha!

  9. Tak nakla Kak As, sebagai adik kena bagi can kat kakak dulu..nanti dikatakan langkah bendul lak..saya nampak Kak As dgn omarm pasangan sepadan, bila diusik, malu tapi mahu..hihi..okla Kak As ye..kira jadi lah, nnti saya jadi pengapitnye, hehe.. 😉

  10. Bunyi macam orang majuk ajer kakak kiter tuuu…. Kak As.. tu.. dah mengalah camna… JIHA Setuju ke macam Akak kita Cakap… Kalau setuju Angguk sudah Lah????

  11. tanye ckit….omarm ni umur brp ek?
    aspalela ni lak umr brp?
    pastu jiha ni umur brp ek??
    hehehehe…macm ada cinta tiga segi je ni….hahahah

  12. Bukan begitu En Omarm, standard piawai En Omarm ini agak tinggi. Dan setelah saya teliti diri saya ini, saya rasa tidaklah saya ini dapat menepati speksifikasi En Omarm. Tidaklah saya ini sempurna tetapi yang En Omarm cari pula adalah yang almost sempurna…kan?

    Jadi, pada pemerhatian saya, Adik Jiha dan En Omarm nampaknya ‘serasi bersama’

  13. waduh…waduh…dia main pas-pas plak..tolak sana,tolak sini…ape la nasib sedara aku van ckulop ni..mcm bola ..last2 tercampak kat seroja dua2 melopong..pape la,yg penting MU menang mlm td..tevez mmg bagus!!

  14. Jiha… tu Abang Omarm dah tanya… jgn le majuk atau berdalih lagi…Jangan bior Abang Omarm ternanti-nanti.

    Kalau idak lambat le lagi kami nak makan NASI MINYAK + GULEI TEMPOYAK!!!

  15. Nampak nyer demi menjaga Kedua2 nya saya terpaksa ke Utan Mencari Madu Lebah… apa kata kalau kedua2 nya minum MADU????

  16. Ehehe Omarm nk dua2 org ke nie?? 😀 😛

  17. Saya tak kata gitu.. Purple… Saya nak Bagi Kak As Ngan Jiha minum Madu Lebah… supaya di pulihkan tenaga… sebab kak As kata dia Lenggoh.Badan????

  18. Kak As cam tau je standard piawai yg omarm ndak tu..pedia? Kalau Kas As tau ckapla. Omarm pulak, teman nak tau jugak standard piawai pasangan omarm nak cari tu. Mana la tau, kot2 teman jugak tak layak. Abg omarm, jgnla masuk utan cari madu, kesian teman nengok, kalau jumpa rimau & beruang..tak ke haru nnti, hihi :P. Kat kedai kan byk jual madu.

  19. Purple ni org mane

  20. Manusia aslilaa..hahahaha :)) gurau jea..
    Berkenan ke?? 😛 eheh!

  21. TUAH BADAN LA NI EN.OMARM..PE PUN DEN DOAKAN ADA SEMOGA BERJAYA PADA CIK JIHA,CIK AS..CHAIYUKKK!!!

  22. Teringin nk mengenali Cik purple kita nie..dngr kata dia Anak Mami,Sweet Smile mcm heroin hindustan,betul ke???takkan tak ada sapa yg tersangkut..
    Siapa dia ye sebenarnyer Cik Purple nie?

  23. perhatian semua… kita ni orang islam,halal beristeri banyak bukan. tanggung beristeri tanggung bercerai kerana isteri tak sanggup di madu. yang bertahan itu isteri yang bodoh tak nak di ceraikan oleh suami. peranannya pakai buang pakai buang opsss. macam artis islam malaysia. isteri juga yang sakit hati.. bagi orang islam dalam hal ini tidak berdosa betul? gara-gara halal berkawin ramai-ramai. bagi agama lain,tidaklah berlaku seperti agama islam ni..hampa betulah agama kita,apa tidaknya,kawin crai gara-gara halal berkawin ramai isteri. dengar tak…ustaz..!!! macam tak ada tuhan. heeeeiiii. siapa nak isteri banyak,masuk agama islam woi..

  24. assalamualaikum semua, antara mak bapak ngan kekasih hati,mintak pendapat awk semua ye..sebenarnya saya baru mendapat ‘seorang kwn’seorang kekasih la(A) dr my jodoh ni..dan hati saya memang terbuka utk dia…buat pengetahuan smua,slum ni saya dah 3 x putus cinta..lepas putus cinta kali ke 3 tu, saya berkwn secara biasa ngan kwn lelaki(S) lain(tp bukan melalui myjodoh)…dan hati saya x dapat menerima lelaki(S)yg bukan melalui myJ ni..salah satu sebab utama adalah faktor agama..saya bukan niat utk memperkatakan sesiapa tetapi saya harap biar ia menjadi iktibar utk saya dan kita semua kat cni..lelaki (S) kalu dr segi pekerjaan dan pangkat dan pendidikan,(kalu kira dr pendidikan kira lebih kurg sama level la)..memang lebih bagus dr lelaki (A) tetapi lelaki (S) ni jenis yg mengabaikan solat..saya seorang perempuan dan saya selalu mendoakan sebelum ni supaya bertemu dgn lelaki yg beragama dan membimbing saya..kalu crita pasal agama lak..mmg subjektif kan..tp memadailah saya katakan..lelaki (A) ni jenis yg pentingkan solat dan berakhlak baik..cuma dia bukan yg berpangkat dan pendidikan pun biasa2 jer..(maksud saya,tak sama level ngan saya la)..dan di awal perkenalan saya dngn dia..mmg saya terbuka hati kat dia..so..saya saya trima dia..pasal mak bapak saya pulak…bapak saya tak membantah perhubungan saya dgn (A)..tapi mak pulak pada mula nya tak suka sebab tak sama taraf pendidikan..tapiii..entah napa.lepastu dia bagi reaksi positif..mungkin dia tgk lelaki (A) ni hantar saya balik pakei keta n saya xplain sikit2 pasal lelaki (A) ni…sebenarnya slum ni pun saya ada berkwn ngan lelaki yang kira nya mmg keta besar la,kerja baik,pendidikan tinggi lagi dr saya..mak saya mmg suka sgt kat laki tu…tp saya tak dapat trima..sebab lelaki tu saya tgk bukan jenis yg solat n playboy..saya trus terang cakap ngan mak saya..lelaki tu bukan jenis yg solat n playboy..tapi mak saya kata ‘xpa,awak bimbing dia’..terdetik saya dlm hati,sedangkan dlm hati saya..bukan kah tugas seorang suami membimbing isteri..bukan isteri membimbing suami,akhirnya saya tak berkwn lagi ngan lelaki tu..mak saya pulak senyappp…berbalik kisah saya tadi…mak saya tunjuk tanda suka kat lelaki (A) tadi..sampai dia sendiri bagitau ngan ngan mak usu saya,pak usu saya yg saya ni dah boyfren..bukan takat tu aje, mana2 org tua yg dia berkwn..bila cita bab kawen..dia trus cakap yg saya ni dah ada calon..tunggu masa jee tak bila…alhamdulillah dan insyaAllah,lelaki A ni mmg nampak serius hubungan ngan saya..dan dia terpaksa jual keta dia kat org lain..sebab nak kumpul duit belanja kawen..saya bagitau mak..mula2 dia ok…entah napa..seminggu yg lepas ..mak saya bagi kiasan kata’jgn main2,kdg2 lelaki ni tgk kita beduit,nanti dia harap kat kita je..lepas kwen nanti,masalah utama nanti adalah duit,pk btol2 apa yg mak cakap ni’…saya terdiam bila mak saya cakap mcm tu…dan bila masuk bilik saya nangis sgt2…kdg2 saya tak pasti mak saya suka ke x ngan lelaki A, nak kata tak suka…habis dicanang ngan semua org org yg saya ni nak kawenn,dah ada calon,kdg2 saya malu sebab mmg saya ngan lelaki A ada perancangan nak kawen..tp masih jauh lagi sebab nak kumpul duit tu bukannya sekelip mata,jadi kitaorg diamkan je dulu dan cuma bagi tau perancangan kiraorg ngan famly tp mak saya pulak habis heboh semua org saya ni tak lama lagi nak kawen,saya malu ..saya dah bagitauxplain ngan mak..jgn heboh dulu..tapi mak saya tak nak dengar..dia sebaliknya masuk bilik,tutup telinga,saya sedihh..dan kdg2 pulak..dia bagi reaksi tak suka ngan lelaki A…saya tak faham ngan mak saya..adik bradik saya semua ok je,begitu jugak ngan bapak..cuma mak je..yg kdg2 tunjuk reaksi suka..kejap x suka….saya tau..mak saya nak saya pilih lelaki yg sama pendidikan dan kerja bagus2..contohnya..engineer ke,pegawai tadbir ke,pensyarah ke..mmg saya pernah berkwn ngan org lelaki camtu..tp dah beberapa org saya jumpa..semua nya tak pentingkan solat..sdangkan solat tiang agama…lelaki A pulak, x sama taraf pendidikan ngan saya..tapi dia ada kerja tetap dan pat kerja dia jugak stabil…tp sebab utama saya pilih dia sebab dia jenis beragama dan insyaAllah dan alhamdulillah,berakhlak baik…lepas solat,saya pernah berdoa ngan Allah …sesungguhnya saya memilih lelaki A kerana mu ya Allah,kerana takut jika saya mengambil lelaki2 yg saya ceritakan sebelum ini,saya khuatir diri saya akan menjauh dr mu ya Allah..para pendengar,sebenarnya 6-7 thn yg lepas..bila saya bersama berjalan ngan org tua pada wktu nak maghrib, saya bagitau makbapak saya yg saya nak singgah solat kat mana2 dulu..tapi para pendengar…bapak saya tak bagi..dia tak bagi saya solat..saya nangis sepanjang saya kat dlm keta tu..saya menangis sebab saya tak diberi oleh org tua saya utk solat…bebrapa kali itu berlaku bila saya berjalan dgn makbapak saya,setiap kali pkara tu blaku..mmg saya nangis dan sampai sekarang masih teringat.. saya takut…kalu saya pilih lelaki yg mak saya suka tadi..mmg duit byk,kerja bagus…tapi macam mana kalu dia pun jenis yg tak bagi saya solat..kalu berjalan keluar dengan suami saya nanti sebab mmg tau dr awal yg dia tu mmg jenis yg abaikan solat, …sebab tu saya pilih lelaki A…para pendengar..plzz..tolong bagi pendapat…

  25. mak saya juga penah ckp kat saya..dia surh saya carik calon anak datuk..kdg2 saya selalu sedih,bingung dan menangis bila ingatkan permintaan dan kata2 dr mak saya

  26. Muslimah.., cakap dgn emak baik-baik.., jgn tinggikan suara dan juga jgn lawan..! Angguk jer kata-katanya meskipun tdk bersetuju.

    Maafkan saya terlebih dahulu.. sbb nak buat sedikit komentar : Sikap emak awak samalah seperti watak-watak jahat yg seringkali kita tonton dlm drama tv itu.., masih ada peluang utk membetulkannya.

    Bukan emak awak saja yang bersikap sedemikian.., malah semua ibu mahukan melihat anak-anaknya hidup senang dan mewah. Nak tumpang senang dan megah..! Kekadang tuu.., kelihatan saja hidup senang tetapi hati menderita..! Sebabnya tidak mengukur baju di badan sendiri..!

    Harta benda dan anak pinak adalah sebahagian dari ujian ALLAH. Untuk itu janganlah kita bermegah-megah. Setiap jiwa adalah milik ALLAH dan DIA Mahaberbuat – kemiskinan dan kekayaan, kemuliaan dan kehinaan adalah milikNYA. Kita adalah hambaNYA, bermula dgn setitis air yg hina kemudian membentuk menjadi manusia dan kesudahannya busuk menjadi bangkai…!

    Bisikkan ke telinga emak bahawa kebahagiaan itu bukanlah terletak kepada harta tetapi hati dan jiwa yang tenteram. Bukan tdk boleh berharta tetapi sekiranya kita menjadi sengsara dan hati tidak tenang sudah tentu tidak membawa apa-apa makna kpd harta yg dimiliki itu selaras dgn kehendak hidup kita ini.

    Bawa bertenang dan jangan banyak menangis serta lapang dada dengan cara bangun malam dan lakukan banyak solat sunnat serta berzikir..! KepadaNYAlah sebaik-baik tempat mengadu dan memohon pertolongan..

  27. Cempaka_ungu@yahoo.com

    Salam.

    Buat saudari Muslimah..

    Sy bersimpati dgn ape g sy dr lalui skrg ini, & sy hrp saudari tabah menghadapnya. Ada sesuatu yg ingin sy katakan pd saudari….

    Taatilah kedua org tua saudari selagi mereka mentaati Allah, & sekiranya mereka melarang saudari dr melakukan keburukan, maka hormatilah mereka. Ttp jika sebaliknya, saudari blh membuat keputusan yg terbaik selagi tidak melanggar batas agama. Nasihat sy sebaik-baiknya dptkan pandangan dr mereka yg lebih arif dlm bab Agama Allah ini. InsyaAllah, akan ada jln penyelesaian buat saudari Muslimah.

  28. x puas hati betoii la ngan minah ke mamat rendy ni..hang dok komplen ape??!! dok komplen undang2 Tuhan ke? org islam ke hang ni? akai ada ka..hukum Tuhan dh sempurna,manusia je yg x laksanakan…

  29. cik muslimat..kena la citer skali nape,mengapa,apa sebab bapak nye x berhenti nak solat magrib tu..baru fair and square..kot2 la bapaknye x selesa bersolat kat situ..

  30. Muslimah…Tapi kita mesti ingat tak semua org memandang pangkat dan harta… kalau harta menimbun… suatu hari kita tinggal pergi juga mengadap illahi… nasihat ibu anda bukan cara begitu utk kebahagian anak…. Kalau anda nak suruh saya rokmen Anak Dato cucu banyak ader ler???????

  31. AKU INI..,

    ..jangan ambik pusing dan beri respon kepada org yg mempunyai feel spt ituuu….! Tidak sepatutnya kita layan… sbb individu tersebut ada masalah yg sangat kronik dalam dirinya. Menyangkal hukum-hakam ALLAH alamat binasalah syahadah.. – islam di waktu pagi dan kufur di waktu petangnya…!

    Sebelum kita menyalahkan hukum ALLAH dan peraturan hidup yang telah disempurnakan melalui RasulNYA, sepatutnya kita menilek dan merenung jauh ke dalam diri sendiri…! Cari puncanya kenapa semua itu berlaku..?

    Kegagalan berbuat demikian, bermakna akan menjadikan diri sendiri dalam keadaan hura-hara dan bermasalah serta menyumbangkan masalah kepada orang lain pula..!

  32. aku ni,
    saya pun tak brani tanya lanjut bila bapak saya dah marah saya bila saya kata nak berhenti solat,saya takut sgt ngan bapak saya kalu dia naik marah..setau saya,waktu tu,stail bapak saya, kalau jalan pukul 6 petang..bila dah msuk waktu mahrib,dia suka KIV..dia lebih suka qada solat..maksud saya..berjalan 6 petang balik pukul 9 malam..maghrib tinggal trus..kat umah baru nak qada maghrib pastu isya’…dia tak gemar singgah sekejap kat mana2 surau utk solat..balik umah baru solat

  33. salam,
    terima kasih sgt van ckulop,cempaka_ungu,omarm,aku ni, atas nasihat awak semua,saya amat2 hargai sgt2…kalu dgn izin Allah,jodoh saya mmg dengan lelaki A,memamg akan terjadi jugak,insyaAllah dan kalu dgn izin Allah pulak bukan dengan lelaki A..saya redha,…kita merancang Allah menentukan…

    saya selalu berangan2..dikurniakan anak nanti..anak lelaki,saya nak namakan hassan dan husin,muhammad hassan dan muhammad husin(sempena nama cucu Rasulullah)..dan kalu dgn izin Allah,bertambah lagi anak lelaki..saya nama anak ikut nama 4 khulafa’ ar-rasyidin,nama simpe tapi penuh bermakna…anak perempuan pulak,biar lah siapa yang bakal jadi suami saya yang bagi nama pulak 😉

  34. betul kata van ckulop tu aku ni,jgn amik pusing n respon trus …apa yang keluar dr mulut kita jugak melambangkan peribadi dan akhlak kita

  35. Cempaka_ungu@yahoo.com

    Salam.

    Buat pertama kalinya rasa menyampah yang amat sgt apabila membaca kata2 RENDY. Siapa dia yg sebenarnya. Btul ker dia beragama Islam????????? Suka dia jer nak offer orang lain utk masuk Islam klau nak kawin byk. Mn dtg hukum klau nak kawin ramai tu kena msk Islam. Dlm Islam nak bermadu pun, bkn blh sesuka hati jer. Ada sebab musababnye bukan sebab nak memenuhi nafsu jer.
    Klau benar RENDY org Islam, sy x ade ape nak kata kecuali satu jer….. BERTAUBATLAH….

    Sy manusia biasa juga ada melakukan kesilapan, tp luahan RENDY x dapat sy terima kerana bagi sy ianya menghina Agama Islam. Sayangilah agama kita……

  36. Cempaka_ungu@yahoo.com

    Salam.

    Buat Muslimah…

    Moga anda ditemukan dengan jodoh yang terbaik dan bersesuaian dengan fitrah anda dan saling melengkapi diantara satu sama lain.

    Amin

  37. insyaAllah..amin

  38. Kekadang kita terfikir… beramal tanpa berilmu atau berilmu tanpa beramal pun tak berguna…. kedua2nya sekali baru.. kita rasa kenikmatan hidup!!!!!!!

  39. FuhYoo garang gak Aku Nie noh..! 😉

  40. Muslimah..,

    …ate kalo dpt kembor 4, 2 lelaki dan 2 pompuan..! Yang lelaki tu kita ubuhlah nama Hasan dan Husin. Menkala yg pompuan pulak, i nak bagi nama Ruqiyah bt Van Ckulop dan Naqiyah bt Van Ckulop… ok tak..? Itupu kalo datuk neneknye setuju lerr…!

    Beranak kali kedua pulak , kembor 4 lagi tapi semua lelaki. Yang ini kita ubuhlah nama khalifah ar rasyiden yg empat itu…!

    Agakkk.., kembor slalu.. larat ke muslimah..?

  41. sori kekawan..angin barat terkeluar plak..

  42. Betuah.. Betui Van Ckulop udah dapat kembo’ sesajer.. siap bubuh namer Lagi.. pada muslimah tu Larat ker.. asyik kembor tak Larat Van Ckulop membakor tungku??? Kalo udah ramai bederet-deret … bior Ler teman menjaga dengan Aku Ni…..

  43. Van ckulop..sapalaa yg nk beranak ank reramai nih..! 😛
    Lelaki tak pelaa bukannyer boleh bawa kuar anak..buat anak pandailerr..IhiQs..
    Dah siap ke utk anak2 ramai tue?klu mlm2 dok bising jgn dok marah2 kat budak lak!dahlaa teruja ank kembar sampai berderet2 pas tue marah2 kat budak2 lak haa jgn terbungkus diri sudah laa noh! 😀 hihihihi 😛

  44. Omarm..,

    .. teman cadang nak pakai strika elektrik jerr kalo dah ghamei sangat…! Kalo naK membako tungku.., alamat payah..! Mana ada masa, nak membasuh dan melipat kain lampin lagi…! Fuuu… tak kering peluh dibuatnye..

    Lagipun mak mentua dah tak berape bekenan… sbb tak beharta dan ngaji tak tinggi..

    Nasib badan ler Muslimahkuuuu…!

  45. Citer di atas itu berkenaan dgn muslimah dgn calon suaminya… si A. Tetapi kalo dia tak jadi dengan Si A, maka si B akan mengambil tempat…,lalu berderet-deretlah anaknye itu..!

    Al maklumlah…, kalo benih yang baik ditabur pada tanah yang subur, akibatnya akan menghasilkan produk yang baik lagi berkualiti tambahan pula dibubuh baja yang bersesuaian…!

    Tidak timbul soal mampu atau tidak, yang penting kita kena berusaha terlebih dahulu untuk memastikan hasil yang terbaik dan menempah kejayaan dunia dan akhirat.

    Tetapi kebanyakan dari kita(apa yg tertulis di blog ini) ialah mewujudkan pelbagai rintangan dan halangan dlm minda masing-masing sebelum mempraktikkan sesuatu. Walhal perkara tersebut belum lagi bermula dan baru tercetus idea semata TETAPI masalah dan kegagalan telahpun berlegar dlm benak fikiran kita…! Maka hasilnya mesti gagal..!

    Kalo ALLAH mentaqdirkan beranak banyak dan kembor belake.., terimalah dgn riang dan girang hati serta disertai dgn memanjatkan kesyukuran ke hadratNYA. Kerana ianya telah dijanjikan rezeki…!

    Semoga kita berlapang dada, berfikiran terbuka dan positive thinking dgn perkara-perkara baik serta mendatangkan manfaat dlm kehidupan ini..!

  46. Tak peLah muslimah.. kawinlah dgn saper saja asalkan itu dah jodoh anda.. tak kira pemuda A,B atau C… Kami di sini hanya mampu berdoa supaya anda beroleh Suami yg mithali… Dan Zuriat yg. dibina atas dasar keimanan dgn akidah yg betul…

    Kalo udah di janji Jodoh anda dgn Van Ckulop.. kami pon bebeso Atie….

  47. Muslimah dah tak nampak muka…, nampakgayanyer dia dah kecut-perut dan takut..! Banyak sangat antu kat sini.., bukannyer nak selesaikan masalah tetapi mengundang masalah plak..!

    Udah ler dgn si A emaknyer tak berapa bekenan.., lepas tuu kena beranak kembor bederet plak bila dilagakan dengan kromosom XY van Ckulop…!

    Bawak betenang Muslimah…, takkan berubah apa yg telah tertulis di Lauh Mahfuz, kalo dah tertulis akan berkahwin dgn si A maka sooner or later kamu akan mengeramkan benih dari dia.. jgn bimbang dan terbit rasa ragu-ragu dgn janji ALLAH..!

    Lagipun van Ckulop bukanlah seorang doctor atau majestret, tdk juga seorang lawyer mahupun ahli musik tetapi seorang dhaif dari kelompok marhein..

    ~ Ater.., ati gajah memang ler beso.., dah bole dibuat nyiru utk nampi beras…! Tak usah cakap ler Omarm, memang umpan yg teman lotorkan tak ponah dimakan..!

  48. Tak mengapa Van Ckulop kita di sini sebagai Watak Tok Dalang yg. main wayang Kulit untuk Hiborkan hati mereka yg sedang di landa duka Nestapa… Ader yg marah, ada yg suka itu dah Lumrah dunia… Dalam hal begini kita kena melihat Dengan mata hati…

    Dalam banyak hal yg. sebenarnya,Ramai yg celik mata, tapi mata mereka tidak ubah seperti “Mata Si Ikan Kering” Dalam persahabatan atau perhubungan khususnya, melihat punya takrifan yg. meluas… bukan sekadar memandang….tetapi lebih dari itu…

    Apa pun Muncullah Wahai “MUSLIMAH” Supaya Van Ckulop dapat melihat, memandangmu, mengkaji, membelik barulah dapat menilai dengan Hati… Dari mata turun ke Hati…

  49. ..amboi sahabatku.. tinggi sangat tu..! Subhanallah sudah ada bashirah pandang tembus dan boleh melihat melampaui lapisan banjaran dan gunung ganang..? Van ckulop trauma dgn ketinggian.., takut jadi spt buah kelapa.. jatuh tegolek sbb ianya telah berada di atas. Menetaplah di bawah bersama dgn orang kebanyakan…

    Arakian, ini adalah ceritera spt telur di hujung tanduk..!

    Bertuah dengan limpah kurniaanNya kepada sesiapa yang kalbunya sudah boleh melihat, mendengar dan berkata-kata..! Sudah tiada hijab lagi di antara dia dengan Khaliqnya..

    Semoga kita semua dikurniakan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan terpelihara dari azab nerakaMu ya ALLAH..

  50. Semuga Van Ckulop menjadi Mukmin yg paling sempurna imannya dan yang paling baik akhlaknya,,, dan juga sebaik-sebaik dirinya ialah menjadi terbaik sifatnya terhadap Isteri-Isterinya.. Muga Allah Limpahkan kurnia dalam hidupmu… Doa Dari seorang sahabat.. Amiiinnn.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.