.. mencari si dia yang soleh ..
Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati?
Di dalam keadaan diri yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju.
Di dalam keadaan ini, seseorang itu mempunyai dua pilihan. Pertama, meneruskan perkahwinan dan mengenepikan kedua orang tua kemudian menetap jauh-jauh selepas berkahwin. Kedua, ketepikan si dia dan utamakan kedua orang tua, kemudian meratap sedih. Sudah tentu, pilihan kedua adalah lebih arif, namun terdapat kaedah yang boleh digunakan agar seseorang itu memperolehi kedua-duanya tanpa sebarang dilema.
Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”
Pada zaman nabi, anak kepada Umar Al-Khattab r.a. iaitu Abdullah Ibnu Umar mempunyai seorang isteri yang amat disayanginya. Kerana sebab-sebab tertentu Umar Al-Khattab r.a. tidak menyukai menantunya itu dan menyuruh anaknya mencerai si isteri. Abdullah r.a. mengabaikan perintah ayahnya kerana sayangnya kepada isteri lalu mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Wahai Abdullah Bin Umar r.a., ceraikanlah isterimu.”[1]. Kisah ini direkodkan oleh Imam Tirmizi dan Abu Daud sebagai hadith hassan sahih.
Di dalam sebuah hadith lain riwayat sahabat Abu Darda’ r.a. Telah datang seorang lelaki kepadanya dan berkata, “aku memiliki seorang isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.” Kata Abu Darda’, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang tua-tua adalah pertengahan pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh menjaga ia.”[2] Ibu bapa diibaratkan seperti pintu-pintu di tengah syurga. Adakah bijak sekiranya seseorang itu mengabaikan satu kebaikkan yang besar kerana seorang kekasih hati?
Di dalam sebuah hadith riwayat sahabat Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Rugi besar! Rugi Besar! Rugi Besar!.” Ditanyakan, “siapakah yang Rasulullah s.a.w.?” Beliau menjawab, “Orang yang pada usia dewasa mempunyai kedua orang tua yang masih hidup, baik salah satu atau keduanya, tetapi kemudian orang tersebut tidak masuk syurga.”[3]
Justeru, adalah menjadi satu langkah bijak sekiranya seseorang itu dapat mengenal pasti “ciri-ciri menantu idaman” daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza.
Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadith-hadith Rasulullah dan tip-tip daripada ibu bapa tadi. InsyaAllah, tidak akan ada dilema menanti di hadapan.
Wallahu’alam
.
.
.
.
Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : 1110, hassan sahih
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : 1822, sahih
[3] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : 4628
Rujukkan
~~~~~~
Uts Shamsuri Hj Ahmad, audio mukhadimmah Kuliah Kitab Bahrul Mazi 7, http://www.savefile.com/files/1135075
.
.
.
.
Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on October 22, 2007 at 6:06 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 4 years ago
salam,
bolehkah disamakan ibubapa zaman skarang dgn ibubapa zaman nabi? atau bolehkah disamakan sebab2 ibu bapa zaman skrg memilih menantu dengan sebab2 ibu bapa zaman nabi pilih menantu? (untuk certain case leee)
about 4 years ago
salam….
menarik nampaknya topik kali ini….
ibu bapa atau kekasih hati????
pasti semua dalam dilema….
namun jika ini tidak berlaku maka tak wujud
CINTA ITU BUTA….am i rght
ntahlah mutiara tak tau nak komen apa…
takut bakal ada hati yang terguris….
mutiara pernah ada teman…NAMUN
tak di senangi oleh bonda tersayang
mutiara masih berkawan….
timbullah kisah kalau hati dah sayang….
ALHAMDULILLAH ALLAH masih SAYANGKAN MUTIARA
segala buruk terserlah di depan mata…
SYUKUR kerana semua terjadi sebelum
ada IKATAN yang SAH….
PERCAYALAH…..mata bonda dan ayahanda
INSYAALLAH mampu memerhati apa yang tersirat
kadangkala ianya pedih…TAPI
pasti akan MEMBAHAGIAKAN….
tak ada bonda dan ayahanda yang
ingin melihat ZURIATnya menderita…..
mutiara masih mencari jodoh yang sesuai
dan serasi serta menerima diri ini seadanya…
juga menerima bonda dan ayahanda seadanya….
namun….tepuk dada tanyalah IMAN
about 4 years ago
voice pernah bercinta dengan seseorang yang tak direstui orang tua..memang lebih seksa dari bahagia. sekarang voice rasa, kalau orang tua pilihkan pun tak mengapa..sebab tak kira kita pilih atau org lain pilih, kita mesti bertanggungjawab jugak dengan pilihan tu. sebab org tua pilihkan sekalipun, kita akhirnya yang menjawab ya atau tidak kan?
about 4 years ago
Peranan Ibu bapa dalam merestui Jodoh anak2 Penting… kerana keduanya terlebih dulu makan GARAM dpd kita.. mungkin mereka lebih memahami Calon bakal menantunya… Biasanya tiada restu dari ibu bapa banyak membawa kpd keruntuhan sesebuah rumahtangga… kita harus menerima fikiran yg terbuka langkah bijak ialah dgn berunding dgn. kedua ibu bapa bagaimana ciri2 bakal menantu pilihan mereka…
Walaupun kita sudah menjangkau hidup di zaman serba maju … Faktor restu dari kedua ibu bapa amat penting kerana kata2 kedua ibu bapa adalah satu DOA… kekadang kalu mereka kata “kalau tak ikut kata mak bapa… tak selamat kau dunia akhirat” Mmg benar… di peringkat awal Perkahwinan, rumah tanga di warnai bunga2 cinta Ceria tetapi akhirnya pudar dan layu… Apabila fonema ini berlaku, kebanyakan rumah tangga yg di bina itu akan porak peranda …
Walau pun perasaan cinta sudah hilang … bagaimanakah wajarnya kita melayari bahtera hidup sebagai suami isteri…
kalu Hariraya kita tidak dpt beraya ngan org tua… kerana mereka membuang kita… apa perasaan Kita???? Calon menantu bukan pilihan mereka..
Apa pun kita kena ingat… Dalam surah Al-Baqarah ayat 216,…. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagi mu.. Allah Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”…
Pada saya tidak kisah kalu Dah di Jodoh ngan Puteri Bunian pun kita kena terima… disini jelas bagi kita… jangan membenci sesama sendiri kerana mungkin org yg kita benci itu mempunyai kebaikan di sisi Allah…
Saya pun dh beli UMAH tapi tangga nak Pinjam kat JUUU…
about 4 years ago
ermm..
kasih penah hadapi situasi mcm ni..
dah 5 tahun bercinta, pastu last2 parents x restu..
bkn sebab tak suka ngan that person tapi sbb taknak kasih duduk jauh2 dari mereka
(ex kasih org Borneo.so kalo lps tawen, sure kasih kena ikut dia balik sana)
hmm..memang walaupun frust menonggeng (yelah, dah 5 tahun) tapi kasih redha.. semua parents nak yang terbaik untuk anak2 diorang,kan?
mungkin kasih x nampak apa yg parents kasih nampak..
waktu mungkin x banyak untuk kasih & parents kasih, entah esok lusa mayb diorang akan ‘pergi’..
untuk itu, biarlah kasih buat diorang happy, kalau itu yg diorang inginkan….
kekasih kita blh cari, tapi ibu bapa kita x leh tukar ganti, hanya ada satu jer…
peace…
about 4 years ago
Memang masa brcinta tu semua manis…..dah kawin baru tau!!!nasihat ni khas utk org pompuan,nak cari jodoh tu kalau boleh biarlah org tua restu.ini pengalaman sendiri,kawin dgn org yg parents tak suka akhirnya diri sendiri yg menyesal….walaupun akhirnya parents restu juga tp hidup takla se o.k mana…..
about 4 years ago
Assalamualaikum…
tdk dpt dinafikan ibu dan ayah adalah org yg melahirkan kite ke dunia ni dan org yg patut kite hormati dan sanjungi sepnjg hayat kite. soal jdoh tdk smstinye pd tgn mereka utk memilih siape jdoh kite tp restu mereka adalah kunci kebahagiaan kite dlm berumahtangga. walaupun pasangan kite adalah teman yg akan hidup bersame kite, nmun ikatan itu boleh putus jike berlakunye perceraian (nauzubillah). ikatan yg kekal selamanye adalah dgn ibu bape dan keluarga kite.
pepatah, buang emak buang saudare, kerana kasih hamba turutkan tu sebenarnye satu pepatah yg tidak spatutnye digunakan kerana membawa kpd keburukan. ye lah, sebab kekasih, kite buang keluarga kite yg selama ni menjaga kite, membesarkan kite dan memberi kasih dan sayang secukupnye…
restu ibu bape kite tu menunjukkan dorang redha dan setuju dgn pilihan hati kite. tp kalu ibu bape yg pilih utk kite walaupun kite tdk berkenan dan kite tak suke, camne pulak ye… sampai mcm kena kawin pakse pun ade… mgkin ade hikmahnye… Allah lebih mengetahuinye.
Waallahu a’lam.
about 4 years ago
Penat juga kita nak memikirkan kalau kedua ibu bapa tak setuju… Bagi yg pompuan tu camna nak Cari WALI.. Kalau kurang satu drp Rukun tu… maka Perkahwinan tu tak SAH… Keizinan Wali dlm sesuatu akad perkahwin itu amat penting…..Jika tidak terbatallah AKAD Perkahwinan itu. Jadi lah kawin KOBOI…
Nak Cari WALI Hakim… wali yg sah ada tak kan nak membelakangi kedua ibu bapa. Sedangkan keduanya membela kita dari kecil hingga Dewasa… tak baik melawan mak bapa… Derhaka namanya…
Lainlah kalau pompuan yg. tiada mempunyai wali dari Nasab. Ikut Hukum Syarak, perkahwinan Hendaklah di akad nikahkan hanya oleh Wali RAJA.
Kalau kita menyembunyi maklumat… bila berlaku penceraian ia akan terbongkar bila Wali itu hadir sbgai Saksi….
JESTERU itu kita perlu ambil berat ISU berkaitan akad Nikah dan rukun yg perlu dipenuhi. Perkahwinan Fasid perlu di elakan agar rumahtangga yg di bina tidak tercemar oleh sikap tidak perihatin individu, yg menjejaskan kesucian perkahwinan dan keturunan…
KALO Little Angel and JUUU nak Suruh saya jadi wali pon Boleh…. jadi burung RAJAWALI lagi boleh?????????
about 4 years ago
ala omarm tak yah la jadi wali !!!! jadi la calon suami lagi bagus……
about 4 years ago
perkhwinan tanpa restu mmg tak akan mmbhgiakan dan akan merosakkan segala2nya…pada spa2 kat luar tu terpikir nak membelakangkan keluarga,harap pikir la dulu walau kita sayang..sayang tak akan kemana pun dan akan lenyap jika tidak dijaga tapi dgn keluarga tak kan hilang..pilihla keluarga dahulu..hdp tk kan tenang dan mcm boleh berlaku..tuhan itu maha adil..hdp akn sengsara termasuk la fizikal dan mental..HIDUP TAK AMAN…..
about 4 years ago
Pandai Pun cik Kelapa Tajam bagi idea… Nak suruh saya jadi Calon… takut tak ada orang yg mengundi pasti kalah…. Bukan senang nk jadi Calon, kita bukan calon pilihan… dah tu plak nak kena lobi-melobi…
Apa pun jangan kita Derhaka kepada kedua ibu bapa… walau pun perkataan “ugh” sekali pun kita dah Berdosa… Bercakap dgn kedua ibu bapa biarlah bersopan santun… walau pun kita tak setuju ngan pilihan mereka… kita jelaskan terbaik munkin…
Orang tua lazimnya Cepat marah apabila anak menegur, walau pun tahu mereka bersalah, mereka mudah tercabar…
Jika kita pernah bersalah pd mereka segeralah insaf dan bertaubat… tetapi jika orang Tua telah meninggalkan kita sewaktu hidupnya kita melawan cakap mereka kita dah derhaka kpd keduanya….
Bila insaf selalu Ziarah kubur keduanya…. Baca ayat2 suci untuknya… Minta maaf berkali2 semoga mereka berdua redha… dan Allah ampun kan Dosa kita, Allah SWT maha pengampun dan Luas Rahmatnya… Tpi jangan ambil mudah buat jahat kemudian TAUBAT. Hidup tak tenteram, Allah akan turun kan dalam bentuk BALA pula pada kita….
Pastikan hubungan dgn ayah ibu sentiasa HARMONI dan lancar… Tidak rugi menjalinkan hubungan yg baik kerana hayat orang tua bukanlah terlalu panjang utk kita bersama kita…Jadi insaflah segala jasa dan pengorbanan yg. mereka telah tabur dan curahkan kepada kita selama…
Balik raya tu saya pun… suruh keluarga kat kampong carikan calun…. tapi mereka menggeleng2 Kepala (bukan kelapa) mana nak Cari anak Dara kat Kampong ni, Semua dah keja kat Bandar… yg tinggal pun dah sebaya ngan ibu ayah…
Apa pun kita kena hormati kedua orang tua, kalau itu pilihan mereka suruh kita Kawin, kita kena kawin….. Jangan tak KAWIN……. Nanti kita Menyesal tak Sudah….. SAPA nak jadi WALI kita??????
about 4 years ago
Apa Pun Jadilah kita Insan yg Beruntung… Untungnya hidup kita sentiasa bersyukur… Apa yang kita ADA di samping terus berusaha mendapat yang terbaik dalam HIDUP… Untung nya menjadi muslim sejati kerana apa jua perkara kebaikan yg kita lakukan dengan Niat kerana ALLAH akan Di beri Ganjaran…. PAHALA…..
about 4 years ago
assalamulaikum, saya bersetuju dengan artikel di atas.baik lelaki atau perempuan perlu utamakan ibu bapa dalm segala hal
about 4 years ago
Hrrrmmm….
about 4 years ago
belum bertanding dah mengaku kalah en.omarm ???? mana pergi semangat juang mu???? belum cuba belum tau……
about 4 years ago
Assalamualaikum wrt..hai all my lovely fren in this room..dah lama ju xmasuk room bg komen..mklum la situasi dah berubah..apa pun yg pnting ju masi still ingat kat korang semua..
dlm topik ni ju rasa ibu bapa pun patut di beri kursus or motivasi dlm mnghadapi situasi tersebut..amcm nk handle agar xde pihak yg terluka dan di lukai..
dlm islam kita di ajaq bermusyawarah yakni berbincang pasti ada jln pnyelesaian nya..dlm hadis ada di sebut xkan rugi org yg bermusyawarah..ye la kkdg ada gak org tua yg payah betul nk dibawa brbincang kena guna khidmat pihak ketiga plak..nk pilih org ketiga ni biar la yg betul2 layak..pandai ambik hati klau berbicara so hati org tua pun leh jd lembut..ju rasa klau pun proses tu memakan masa xpe jnji org tua kita merestui pilihan kita..yg pnting kita bnyk bersabar n berdoa mohon pd Allah minta ptunjuk kpdNYA..insyaAllah pasti selesai masalah..
jgn melakukan sesuatu tu dgn tergopoh gapah,pelan2 kata org..ju ni ckp mcm org yg ada pngalman je padahal khwin pun lom g..hehehe..apa yg wajar kita ambik teladan la kan..kkdg bila trpikiq bab khwin ju jd takut,risau gak..hmm apapun ju sntiasa berdoa moga jodoh ju di prmudahkan Allah..
ni encik omarm nye nk pnjam tangga dr ju yee..mai cni ambik tngga ni lgpun ju dh xpkai dah..dah habis guna masa raye tmpo ari.pkai la selama mana yg omarm nk tp pnjam tetap pnjam pas guna jgn wat2 lupa kmbalikan plak.. ;>
about 4 years ago
Apa pun sya setuju Ngan Pendapat JU kita kena cari Pihak Ketiga dan bermusyawarah dgn baik, ngan kedua ibu bapa untuk mendapat keberkatan Mereka… Yg. penting kita kena berusaha, Usaha “TANGGA” kejayaan….
about 4 years ago
Saya baru pertama kali bercinta, saya sgt2 sygkan kekasih saya. Kami telah berkenalan selama 6 bulan. Saya telah pergi berjumpa dgn keluarga kekasih saya untuk minta restu supaya dapat kahwin dgn anak mereka. Tapi saya hampa, mereka tak dapat terima saya. Saya betul2 ikhlas ingin kahwini kekasih saya. Kami buntu memikirkan perkara ni. Saya harap jasa baik semua yg budiman untuk memberikan saya pendapat atau apa2 jua untuk saya dapat selesaikan masalah ni…
about 4 years ago
Kalau sudah jadi mcm ini tak daya nak tolong…, wahai tolong_kami. Perkahwinan perlukan restu keluarga. Kalau emak dan ayahnya dah tak boleh terima.. apa yg harus dilakukan..?
Pujuk hati sendiri untuk terima keyataan tersebut sambil berdoalah agar emakayahnya menjadi lembuthati dan terbukahati mereka utk menerima anda sebagai menantunya.
Tolong jgn buat sesuatu yg boleh mengusutkan lagi keadaan seperti berusaha nak kawen lari atau lain lain lagi yg seumpamanya. Perbuatan yang sis-sia akan mengundang bala dan dosa…!
Sabar dan redha…, idup ini menjadi sangat indah sekiranya kita dpt menyelesaikan sebarang masalah dgn cara yg bijaksana..
about 4 years ago
Salam buat semua. Sangat setuju dengan pandangan yang dinyatakan dalam artikel tu. Takkan bahagia hidup jika pilih isteri/suami akhirnya terbuang dari keluarga. Sebab esok mendatang kita jugak akan jadi mak ayah tentu kita juga nak anak pilih calon yang mendapat restu kita. Nanti jika anak jugak ikut jejak kita, buang kita pilih kekasih macam mana?
about 4 years ago
saya baru je alami situasi camni, si dia dijodohkan pilihan keluarga dia raya baru2 ni.sedangkn si dia berhasrat nk berkahwin dgn saya dan memperkenalkan saya pada keluarganya raya baru2 ni, tapi sebaliknye terjadi.semuanya dah diatur, mgkin dia akn bertunang x lama lagi.dia pun x sangka boleh jadi camni.sedih tu mmg sedih, dh itu kptsn dia x mau kecewakn ibu dan bapa dia.saya redha apa yg berlaku.masuk yg ni dh 3x putus cinta.kdg2 jadi serik nak jalin kasih dgn anak mak ni.
about 4 years ago
Assalamualaikum..
Tak da ker kat sini orang kelantan yang masih bujang..he,he… malunye aku promote diri sendiri…
about 4 years ago
kalu camtu,saya pun nak promote gak..takde ke org trg yg masih bujang dan serius nak kawin..hehe. kalu berminat boleh tgk profile saya, nickname pun sama kat atas.
wassalam
about 4 years ago
Assalamualaikum..
Jiha
Ai cam tak da sambutan jer.. he, he kena guna cara lain la plak…Saya ada kawan tapi pompuan dia pun dok mencari gak.. tapi kalu lah dia lelaki leh saya kenalkan ngan cik Jiha… saya kat sni susah la cari kwan lelaki.. saya ni keje kat sabh tapi orang semenanjung… ada tak lelaki semenanjung yang masih bujang yang kejer kat sabah.. he,he.. kali ni jer promote kalu tak da sambutan gak… nak say good bye lah.. buat malu jer.. he,he,he
about 4 years ago
Salam buat semua pembaca khusus buat jiha dan mas. Sabarlah masanya akan tiba… dan jangan mendesak sangat. Tiada pulaunya org tak kawin. Dan lagi jgn mudah berputus asa dgn rahmat Allah ini. Namun demikian ada orang kata, biar berkelana berseorangan dari berdua membawa sengsara dan derita.. makan hati berulam jantung…! Takper juga ada benda yg nak dimakan.., jenaka mereka yg dah kawin.
Kata mereka lagi.., nak kawen itu mudah tapi nak menguruskan perkahwinan agar kekal segar bugar sehingga akhir hayat… itulah perkara yg sulit dan paling menyukarkan….! “..aku dulu bercinta bagai nak ghak, tapi kau lihat skrg macm mana..?”, tambahnya lagi. Bukan setakat sakit kepala, sakit seluruh anggota badan dan sakit hati tetapi segala penyakit akan datang sekiranya pasangan itu sentiasa berada dalam keadaan tertekan.
Kenapa pulak tertekan dan siapa pula yg menekannya..? Tanya mereka lagi, semuanya berpunca dari tiadanya kesefahaman dalam tindakan dan aliran pemikiran yang tdk sama dalam segala pendekatan yg diambil untuk menyelesaikan setiap masalah yg timbul. Cinta bagai nak gila tapi berakhir dgn huruhara dan jiwa yg tdk tenteram dibuatnya.
Cinta ke pembohong atau org yg bercinta itu yg berpura-pura..? Aku tdk percaya pada cinta lagi sebelum kawin dan tdk berminat utk menelusurinya. Semuanya itu gelojak nafsu yg membuatkan kita terpedaya. Skrg aku lebih suka gunakan pendekatan yg berterus terang sekiranya hati tlh berdetik kpd seseorang – cakap berterusterang dan pastikan ke mana arah haluan yg nak dibawa dalam perkenalan ini. Kalo nak kawin buat cara nak kawin…! Jelas seorang kawan dgn penuh bersemangat.
Sebulan dua perkahwinan sehingga melahirkan anak yang pertama is ok lagi. Yang penting bila dah kawin jangan tinggal dgn emakayah…., kena pindah rumah lain meskipun serba serbi kekurangan.., jelasnya lagi.
Tetapi ramai juga yang berbahagia dgn perkahwinan itu dan sentiasa senyum dgn likuan kehidupan yg mereka lalui. Formulanya ialah tak ambik peduli dgn cakap cakap orang khususnya dari keluarga kedua belah pihak. Ada saja masalah yg terbit akan dibincang bersama dan langsung tdk menggunakan org tengah sbg jalan penyelesaian. Maknanya ada terbentuk hubungan 2 hala dlm berkomunikasi, saling tegur menegur dan memberi peringantan kpd pasangan masing masing.
Buat mas dan jiha.., anda berdua tdk rugi dan boleh mencuba dgn sebaik mungkin, setidak-tidaknya boleh diperolehi pengalaman dan pengajaran yg tdk dapat dikutip di dewan kuliah mahupun semasa usrah. Takut dan enggan mencuba tdk akan dpat apa-apa.., yg penting tahu batasan dan tdk mengusut fikiran..!
Terlalu berhati-hati pun kerja tidak akan menjadi dan terlalu rilex pun akhirnya dimamah usia jadi mcm ini….
salam..
about 4 years ago
Nampaknya kaum lelaki dah naik takut… pompuan yg. promote camtu… tapi apa pun bagus juga.. kurang2 dah berusaha… kalu dh belum sampai jodoh nk buat camna????… Tapi jiha N Mas dh. usaha … Cuma kita besabor bebanyak.. disamping berDoa kpd maha Pencipta…..
about 4 years ago
xpe la mas, bkn xde sambutan, tapi diaorg kurang baca komen utk artikel2 ni.saya pun x perasan ada komen kat bwh lepas baca artikel ni.kalu dah jodoh tak ke mana. ada la tu kat mana2 tu.
about 4 years ago
to cik mas and cik jiha..
betul2 dh ready ke nak berumahtangga? leh ke jalankan tanggungjawap seorang isteri,ibu..pernah kawan saya ckp..”klo ko dh betul2 sedia,ready nak kawin,InsyaAllah jalan tu mudah je nanti”..mungkin ada sesuatu yg kurang tanpa kita sedari..mgkin niat kita bak kata artikel kat atas nun..berkata ke???
about 4 years ago
Insyallah, saya dah ready nak berumahtangga dan akan cuba jalankan tanggungjawab sebaik mungkin sbg isteri dan ibu. saya niat pun untuk dapat pahala sebab ada hadis mengatakan seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja :
>>*sembahyang 5 waktu
>>*puasa di bulan ramadhan
>>*taat suaminya
>>*menjaga kehormatannya
3 syarat tu saya dah ada dah cuma untuk taat kpd suami saya perlu berkahwin. Allah dah tunjukkn mungkin si dia tu bukan yang terbaik untuk saya.Saya redha dengan ketentuanNya, tapi saya tak akan berputus asa.
about 4 years ago
cik jiha..
alhamdulilah macam tu..penah dengar gak psl hadis tu,wanita paling senang nak masuk syurga..tp lelaki..btgjwap pada ibubapa,pada adik perempuan,pada isteri..wanita fokus pada suami je InsyaAllah..tp muskil gak..niat kawin tok dapat pahala?
about 4 years ago
ye la..kahwin tu byk dpt pahala.bila kita masak untuk suami dpt pahala, layan suami dapat pahala dan lain2 yg menyenangkan suami pun dpt pahala.
about 4 years ago
oh..tp skang banyak isteri x sedar..bagus ar cik jiha ni..
about 4 years ago
assalamualaikum
sekarang ni saya alami masalah di mana keluarga teman lelaki sy tak sukakan saya, sejak 3 tahun lepas. dah macam cara kami cuba untuk pertahankan, tapi keluarganya nekad untuk memisahkan kami.
saya ada tanya seorang ustaz, dia ckp tak apa kahwin tanpa restu ibu bapa sebab itu tak dikira derhaka. tapi dalam masa yang sama berdoa la agar kedua ibu bapanya terima kita. camne tu? saya keliru.ibunya suruh memilih antara saya dan ibunya.
apa yang saya harus lakukan, dalam masa yang sama teman lelaki saya ada buat yang terbaik pada saya meskipun tidak melakukan hubungan seks. Apakah salah kami bersama untuk menebus kesalahan kami, atau adakah kami terpaksa berpisah sahaja. siapa yang perlu menanggung dosa kami..
about 4 years ago
wsalam tini,
keadaan tini sama macam yang di dalam hadith yang di atas. Hanyasanya Abu Darda’ apabila ditanya soalan tersebut, beliau tidak menjawab, sebaliknya memberi pilihan kepada si penanya.
Di dalam keadaan ini, pilihan berada di tangan beliau. As for you, kita perlu ingat apabila mengahwini seseorang, beerti mengahwini keluarga beliau juga.
Wallahu’alam.
about 4 years ago
sama la mcm kes saya..tp tini kira ok lagi dh jumpa mak dia..saya x penah dapat peluang pun jumpa maknye hatta di aidilfitri sekalipun…
about 4 years ago
mak bapak zaman ni pun x mcm dulu..
about 4 years ago
kau dah jadi bapak nanti.., buat ler mcm dulu dulu…!
TAPI kurang faham dgn kenyataan Tini ttg, “…dalam masa yang sama teman lelaki saya ada buat yang terbaik pada saya meskipun tidak melakukan hubungan seks.” Apa maksudnya..?
about 4 years ago
sy pun trfikir-fikir apa maksud tini tu…
about 4 years ago
haha..yela,den klo jd bapak sure antau ank den masuk skolah agama pondok..biar kena dera ngan ustaz klo dia dogil sangat..rasanye tini tu dh typing error kot..maybe nak ckp ‘yg kurang baik bukan terbaik..possible?
about 4 years ago
salam.best gak bc komen2 korg.
slm perknln.sy alami msalah yg sm
ibuayah tak restu hbgn sy ngan keksh sy.
keksh sy terllu jujur bercrita kisah silam yg tak elok kt ibuayah sy
sy dh buat istikharah tp buntu
tolgla nsihat sy. skrg sy msh lg berhubg ngan kksh sy, tp kami berkwn dgn keadaan msg2 memendm perasaan.
about 4 years ago
aah, silap taip,
yg tak baik, bukan ‘terbaik’
about 4 years ago
Bagi saya, ibu bapa itu la syurga. pasangan ni, kita nak hidup bersama2.
Dua2 pun berharga dan bernilai dalam hidup kita. Kalau bersungguh, tak salah beritahu dgn ikhlas dengan ibubapa, memang susah, kalau ikhlas Allah pasti akan menolong. Di situ la terletak keistimewaan istikhrah dan berdoa.
Lepas tu, tgk la tanda yang mana terjurus kepada yang benar. Yang pasti, ingatlah Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil.Dia juga yang tahu siapa yang terbaik untuk kita. Berdoalah selalu untuk dapat pasangan yang soleh/solehah. Juga, jgn lupa memperbaiki diri supaya diri lebih disayangi.
about 4 years ago
cik izzie,bf cik izzie mmg lurus betul la..pembaris pun x selurus dia kot..rasanye klo mak bapak x suka pandai2 la suh dia amik hati makbapak tu..klo x dapat gak pasang iklan kat my.jodoh.net..jgn wat kijer sia2 udah..sian mak ayah..
about 4 years ago
tq kpd GEDONG LALANG.Insyallah.
kalau AKU NI berani tak berckp jujur mcm bf sy?
zmn sekrg, perangai sesorg akn terserlah bl lepas kawin
sbb sblm kawin,lembut gigi dr lidah dan baik budi pekerti dpn org lain. kn …?…?AKU NI?
Insyallah, sy cuba yg terbaik.
dua2 sy sayang.
tp sy kene terima hakikat yg ibu bapa lebih penting dr kekasih ht.
about 4 years ago
bercakap jujur biar ada tempatnye..ada sesetengah perkara yang lebih baik dibiarkan sebagai rahsia..mcm ape yg dh dia wat dengan awk tu x patut citer ngan mak ayah..hancur hati mak ayah..klo sy mmg biarlah rahsia…x mustahil dia akn jujur bercerita tentang hal rumahtangga plak nanti..renung-renungkan..
about 4 years ago
Izze, AKU NI..apa khabar?
Harap u all baik2 sajer, insyallah. Memang betul Izze, parents adalah segala2nya. Walau apa pun Allah dan Rasul punya tips yang terbaik. Kalau parents suka yg poket tebal ke, atau yang kete besar ke,tapi si anak mahu yang yang lain, baik budi pekerti dan berilmu, walau tak sekaya mana, tapi mampu nak jaga diri nya dan keluarga.
Macam ni, susah juga nak influence parents… macam cite Qaseh kat TV3 tu. kesian tgk.. Tapi Gedong Lalang heran juga, ada ke mak mertua macam tu lagi zaman sekarang? I thought zaman dulu2 ajer, masyarakat sekarang dah berilmu, hopefully, my assumption is correct,becoz i never came across real stories like Qaseh’s mother-in-law. Waliya zubillahi min zalik..
kesian.. kesian..
about 4 years ago
Assalamualaikum Jiha..
Rasanya la, niat Jiha nak kawin bukan semata2 sebab nak dpt pahala kan, tapi supaya maruahnya lebih terjaga dari pandangan orang yang bukan mahramnya, supaya solatnye lebih banyak berkatnya, dan puasanya lebih bermakna ..kerana ape? sebab masakkan untuk suami tersayang.. lagi double triple berkah dan rahmah, betul tak Jiha? So everything will be completed for a lady if she is married.
Lagi pun, ibadah orang yang sudah berkahwin lebih bermakna disisi Allah.
Insyallah, kita semua akan berada pada tahap yang mulia ini, mudahan2an.
about 4 years ago
Betui tu Jiha… macam kata Gedong Lalang… kalau tidak ada angin Lalang takan bergoyang… Perkahwinan merupakan suatu ibadah dan juga merupakan satu sunnah junjungan kita…..Bagi mengembangkan Zuriat keturunan…. Secara Fitrahnya, kehidupan lelaki dan Wanita saling memerlukan di antara satu sama Lain….
about 4 years ago
Omarm.., bagaimana kiranya teman talakan miker dgn Jiha..? okay tak… ataupun ko ada taste lain..? Jiha tu ranum serta baik budipekerti dan kelayakannya seorang jurutera kimia.. come lote dan kecik molek..!
Ko nak pilih apa lagi..? Dia lebih tua ckit dari AKU INI dan aku ini tak menunjukkan kesungguhan.., kita buat kasi jadi punye..
jangan buang masa laa sbb nak buang sampah yg bertimbun lagi. start from now jgn buang karan laa…
ATAUPUN di sini tiada satu pun yg memenuhi piawaian yg engkau kehendaki…, teman boleh order tempat lain. Cuma beritau spec jerr…
tawaran ini juga dibuka utk AKU INI dan Gedong Lalang… kawan maa.. wa mesti tolong kasi jadik…
about 4 years ago
Betui la tu kata kome (Gedong Lalang & omarm). Sekarang ni teman nak belajor bahasa oghang perak lak…hehe