.. mencari si dia yang soleh ..
Sudah Sampai Juzuk Ke Berapa?
Syabas kepada mereka yang menghidupkan malam-malam dan siang-siang Ramadhan dengan pembacaan Al-Quran.
Di dalam Al-Azkar, Iman Nawawi rah. ada menukilkan kisah seorang ahli ibadat bernama Sayid Al-Jalil Ibnu Katib As-Shufi yang mampu mengkhatam Al-Quran empat kali di siang hari dan empat kali di malam hari. Seorang tabiin[1], Mansur ibnu Zadan rah. mengkhatam sekali Al-Quran di antara Zohor dan Asar, sekali lagi di antara Magrib dan Isyak setiap hari. Mujahid rah, yang juga seorang tabiin besar mengkhatam Al-Quran di antara Magrib dan Isyak pada setiap hari di dalam Ramadhan. Di antara para sahabat Rasulullah, terdapat beberapa yang mampu mengkhatam Al-Quran di dalam satu rakaat solat. Di antaranya adalah Utsman Bin Affan r.a., Tamin Ad-Dari r.a., Sa’id Ibnu Jubair r.a. dan lain-lain.
Di dalam Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali rah. menyenaraikan nama-nama para sahabat yang mengkhatam Al-Quran seminggu sekali seperti Utsman r.a., Zaid Bin Tsabit r.a., Ibnu Mas’ud r.a. dan Ubai Bin Kaab r.a. Ini adalah menurut anjuran oleh Rasulullah s.a.w. agar mengkhatam Al-Quran seminggu sekali.[2]
Sheikhul Hadith Muhammad Zakariyya rah. pernah menukilkan kisah-kisah kehebatan para ulama terdahulu yang mengkhatamkan Al-Quran. Sebagai contohnya Imam As-Syafie rah. yang mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 60 kali sepanjang bulan Ramadhan.[3] Imam Abu Hanifah rah. pula sebanyak 61 kali di dalam bulan Ramadhan.[4] Qatadah rah. mengkhatam Al-Quran setiap tiga hari sepanjang Ramadhan dan sekali semalam di sepuluh hari terakhir Ramadhan.[5] Beliau juga menukilkan keadaan ahli rumahnya sendiri, walaupun sibuk di dalam melakukan kerja-kerja rumah tetapi mampu menghabiskan 15 hingga 20 juzuk Al-Quran setiap hari sepanjang Ramadhan.[6]
Dan banyak lagi kisah-kisah orang yang membaca dan mengkhatamkan Al-Quran. Namun persoalan sebenar adalah bagaimana dengan pembacaan Al-Quran kita di Ramadhan ini?
Pada saat ini, mungkin ada yang telah berkali-kali khatam Al-Quran. Mungkin ada yang baru bermula kerana baru mendapat “semangat Ramadhan”. Atau pun mungkin ada yang membaca sehari sejuzuk mengikut adat biasa. Mungkin ada yang mampu menghabiskan juzuk pertama walaupun telah setengah bulan berpuasa.
Apa-apa pun tahap pembacaan Al-Quran seseorang, semuanya sudah tentu akan mendapat ganjaran seperti yang dicerita oleh banyak hadith-hadith nabi. Di antaranya adalah riwayat daripada Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan tersekat-sekat ketika membaca Al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca Al-Quran, maka dia berhak mendapat dua pahala.”[7] Dua pahala atau dua kebajikan bermaksud, satu untuk pembacaan dan satu lagi kerana kesusahan yang ditanggung ketika membaca.[8]
Dr. Danial Zainal Abidin pernah berkata, sebaik-baik pembacaan Al-Quran adalah mengamalkan konsep 3M.[9] Membaca, memahami dan menghayati. Membaca di sini bermaksud membaca dengan baik dan tartil mengikut tajwid dan sebutan yang betul. Setelah membaca dengan betul, seseorang itu sepatutnya memahami maksud ayat-ayat yang dibaca. Kadang-kala terdapat ayat-ayat yang memberi nasihat, peringatan dan ancaman. Tahap terakhir adalah apabila seseorang itu menghayati pemahaman tersebut dengan mengamalkan segala yang dibaca di dalam kehidupan seharian.
Konsep ini adalah berdasarkan amalan para sahabat. Menurut Ibnu Mas’ud r.a., bahawa beliau dan para sabahat dahulu mempelajari tidak lebih dari sepuluh ayat Al-Quran setiap kali, mereka tidak akan melampauinya sebelum betul-betul memahami secara benar maknanya dan mengamalkannya. [10]
Di dalam konteks pencarian jodoh dan alam rumahtangga, mereka yang membaca Al-Quran dan memahami maksud ayat-ayat yang dibaca sudah tentu akan bertemu dengan ayat-ayat yang menerangkan ciri-ciri wanita yang sepatutnya dijadikan isteri[11], berhati-hati dengan kata-kata dusta[12], kesabaran di dalam berumahtangga[13], “masalah gantung tidak bertali”[14], teknik mengajar dan melayan isteri[15] serta lain-lain yang berkaitan.
Pendek kata terdapat pelbagai perkara yang difirmankan secara bertebaran di dalam Al-Quran untuk kita renung dan berfikir. Kita tidak akan menjumpainya melainkan dengan hanya meneliti Al-Quran secara konsisten. Firman Allah di dalam Surah An-Nisa’ , ayat 82, “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.”
Pembacaan Al-Quran perlu diteruskan walaupun selepas Ramadhan. Ramadhan adalah bulan penyucian daripada sikap negatif dan bulan pembentukkan sikap positif. Mudah-mudahan sikap positif yang baru terbentuk terus dipupuk dan dipertahan sehingga Ramadhan sekali lagi.
Akhir kata, di dalam sebuah riwayat, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Apabila seseorang membaca Al-Quran, maka hendaklah dia meminta kepada Allah. Sesungguhnya akan tiba suatu masa di mana orang-orang akan membaca Al-Quran, tetapi mereka meminta kepada manusia.”[16]
Mungkin selepas keampunan dan kehindaran api neraka yang diminta, kemurahan rezeki dan kemudahan di dalam jodoh pertemuan?
Wallahu’alam.
Nota Kaki
~~~~~~
[1] Generasi yang hidup selepas wafatnya nabi, yang guru-guru mereka terdiri daripada para sahabat nabi.
[2] Buku Sahih Bukhari: 1824. Online : 4666
[3] Fadhilat Ramadhan (terjemahan Madrasah Miftahul ‘Ulum), Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya, Era Ilmu Sdn. Bhd., 2005, ms68.
[4] Fadhilat Al-Quran (terjemahan Madrasah Miftahul ‘Ulum), Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya, Era Ilmu Sdn. Bhd., 2005, ms75.
[5] Fadhilat Ramadhan (terjemahan Madrasah Miftahul ‘Ulum), Sheikhul Hadith Maulana Muhammad op. cit., ms67.
[6] Fadhilat Ramadhan (terjemahan Madrasah Miftahul ‘Ulum), Sheikhul Hadith Maulana Muhammad op. cit., ms30.
[7] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim, #1329.
[8] Fadhilat Al-Quran (terjemahan Madrasah Miftahul ‘Ulum), Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya, Era Ilmu Sdn. Bhd., 2005, ms 16.
[9] Khutbah Jumaat, 14hb September 2007, Masjid Hashim Yahya, Pulau Pinang.
[10] Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsier, Al-Imam Ibnu Katsier (terjemahan H. Salim Bahreisy & H. Said Bahseiry) Victory Agencie, 2006, Jilid 1, ms xviii.
[11] Surah An-Nisa’, ayat 25.
[12] Surah Al An’aam, Ayat 112
[13] Surah An-Nisa’ , ayat 19.
[14]Surah Al-Baqarah, Ayat 231.
[15] Surah An-Nisa’, ayat 34.
[16] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi, # 2841
.
..
..
Segalanya Bermula Dengan Niat
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on September 30, 2007 at 8:13 pm, and is filed under Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 4 years ago
Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kebanyak kita Menjadikan Tadarus al-Quran sebagai amalan sebagai kegiatan sepanjang bulan Ramadhan sahaja. SAYA PUN di BULAN PUASA ni baru Juzuk 24 itu pun secara Tadarus beramai2… iaitu seorang membaca dan yg lain menyemak…. Cuba juga baca kat Umah.. tpi tau sajalah… kena 2/3 muka surat dah nak Lentok… tambahan pulak perut dh kenyang…..
Dengan cara ini sahaja kita dapat merapatkan diri dengan al-Quran, tetapi kita juga akan dapat membaiki mutu bacaan nya “Jangan takut dengan anggapan bertadarus akan membuang masa atau tidak cukup masa. Apabila mengamalkan kerja-kerja ibadah, apatah lagi membaca Quran yang mengandungi kata-kata Allah berupa pesanan, nasihat, ingatan, amaran dan sebagainya untuk hamba-hamba-Nya, masa bukan sahaja akan menjadi lebih daripada cukup tetapi kita akan diberi ganjaran pahala
Al-Quran sesungguhnya merupakan kitab yang berisi petunjuk untuk kehidupan di alam dunia. Dengan menggunakan petunjuk itulah, kita diminta oleh Allah SWT untuk beribadah kepada-Nya. Ibadah dalam erti yg luas, bukan terbatas, tetapi seluruh kehidupan manusia sesungguhnya sebahagian dari ibadah. Tanpa menggunakan petunjuk itu, maka apapun yang kita niatkan sebagai ibadah akan sia-sia.
Maka selayaknya sebagai muslim, kita bukan sekadar hanya membaca Al-Quran sebagai ibadah, tetapi lebih dari itu, seharusnya kita mempelajari maknanya, mendalami maksud isinya, serta mengamalkan perintah-perintah yang ada di dalamnya menjadi suatu tindakan yang nyata.
Perintah untuk melakukan tadarus Al-Quran juga kita dapati sebagai sebuah keharusan sebagai seorang muslim.
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quraan ataukah hati mereka terkunci? (Muhammad: 24)
Sekadar Membaca pun Ibadah
Namun tidak dapat kita nafikan bahawa Al-Quran itu memang lain dari wahyu yang lain. Salah satu kelebihannya adalah bila dibaca, meski tidak dipahami maknanya, Al-Quran tetap mendatangkan pahala. Walaupun manfaatnya menjadi sangat sedikit dibandingkan bila kita paham maknanya.
Namun perintah membaca tetap ada, sehingga meski kita belum menguasai bahasa arab, tetap saja membaca Al-Quran merupakan perintah dari Allah SWT. Perintah untuk membaca Al-Quran kita temukan bertebaran di dalam Al-Quran sendiri, di antaranya ayat berikut ini:
Bacalah apa yang mudah dari Al-Qur’an.( Al-Muzzammil: 20)
Selain ayat Quran juga banyak hadits nabawi yang menganjukan kita untuk membaca Al-Quran, tanpa menekankan pentingnya kita mengerti maknanya.
Salah satu hadits secara tegas membandingkan orang yang membaca Al-Quran dengan yang tidak membaca Al-Quran.
2. Bersama Malaikat
Hadith ini juga menyebutkan tentang orang yang membaca Al-Quran, yaitu dijanjikan Allah akan di tempat bersama dengan para malaikat.
Dari `Aisyah Radhiyallahu `Anha berkata, Rasulullah bersabda, “Orang yang membaca Al-Qur`an dan ia mahir dalam membacanya maka ia akan dikumpulkan bersama para Malaikat yang mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur`an dan ia masih terbatas-batas dan merasa berat (belum fasih) dalam membacanya, maka ia akan mendapat dua ganjaran.” (HR Bukhari Muslim)
3. Bacaan Quran adalah Syafaat
Selain itu juga kita temukan adanya dalil yang menyebutkan tentang salah satu fungsi bacaan Quran sebagai syafaat yang akan menolong kita di hari akhir nanti.
Dari Abu Umamah Al-Bahili t berkata, saya telah mendengar Rasulullah bersabda, “Bacalah Al-Qur`an!, maka sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai syafaat bagi ahlinya (HR Muslim)
4. Diberi Pahala per Huruf
Rasulullah SAW bersabda:
Dari Abdullah bin Mas`ud t berkata bahwaRasulullahSAW, “Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al-Qur`an) maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali . Saya tidak mengatakan “Alif lam mim” itu satu huruf, tetapi “Alif” itu satu huruf, “Lam” itu satu huruf dan “Mim” itu satu huruf.” (HR At Tirmidzi dan berkata, “Hadits hasan shahih). Betul-betul disebutkan bahawa membaca Al-Quran itu berpahala dan pahalanya dihitung perhuruf, di mana setiap huruf akan dikalikan sepuluh kebajikan. Semua dalil ini menunjukkan bahwa sekadar membaca Al-Quran tanpa memaham arti, juga sudah mendatangkan pahala. Namun kalau kita bandingkan dengan dalil-dalil yang lain, tentu pahalanya akan menjadi lebih berkah, lebih banyak dan lebih besar, manakala kita pun juga mengerti dan faham makna bacaan yang kita baca.
Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
about 4 years ago
Hari ni dah 19 hari Puasa…….
kita mesti rebut Peluang ibadat dalam 10 malam terakhir Ramadhan telah sedia diketahui ramai.
Pengkhususan berkenaan kehebatan dan tawarannya juga bukan lagi ganjil dari
minda umat Islam sedunia.
Kini, kita ada peluang kita untuk meraih ganjaran dan hasil Ramadhan semakin
sampai ke minit terakhir. Bagi memastikan ramai yang berjaya, sayangnya
Allah s.w.t kepada kita yang lemah ini, diberinya lagi peluang minit-minit
terakhir ini dengan sesuatu yang lebih istimewa. Ia bertujuan memberikan
motivasi kepada kita agar mampu menjadi insan bertaqwa serta dengan segera
Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan
yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus
rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)
Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya
seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan
siapa yang BERKAHWIN dengan siapa??????, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan
Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )
Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu ‘shopping’ dan rehat pasti
akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.
Hidup kita adalah pendek, PANJANGKAN ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan. Semuga yg. masih SOLO allah permudahkan JODOH nya tahun ni insaalah sma2 kita BERDOA….
about 4 years ago
salam..
qaseh amat sependapat dengan omarm..
alhamdulillah..qaseh dah qatam quran dalam ramadhan ni dengan bertadarus sesame tenaga pengajar dan pelajar2 qaseh..qaseh amat berbangga dan terharu dengan pelajar qaseh yang menyahut ajakan untuk bersama2 bertadarus.. terasa kuatnye talian ukhwah diantara kami semasa bertadarus.
memang benar kate omarm, kite kene merebut pahala di bulan yang mulia yang akan meninggalkan kite dalam beberapa hari lagi..terase sayunye di hati qaseh..kerana kite tak pasti adakah kite masih boleh menyambut ramadhan di tahun yang seterusnya..
buat sahabat2, 10 malam terahir ini..bersamalah kite memanjangkan amalan..mengadu pada allah..semoga hajat sahabat2 insyallah dipermudahkan..seperti saya juga semoga hajat dan nazar saya ditunaikan..
insyallah..sama2lah kite berdoa..
about 4 years ago
Assalamualaikum wrt..
hai..bertemu lagi di topik kali ni..bg pendapat ju bera tadarus ni xkira bulan ramadhan yg pnting niat kita ikhlas..tp ye laa bulan ramadhan kan bnyk keistimewaan nya dan di lipat kali ganda pahala nya..tp lg elok klau di terus kan membaca quran tu sampai hayat di kandung nyawa..
bertadarus gak xsemestinya nk di habiskan pada bulan ramadhan..ikut kemampuan la kata org..ju sendiri bertadarus sorang2 kat umah..lambat memang la lambat tp bg ju xhabis satu kitab dlm bulan ramdhan pun xpe ju akan sambung sampai habis..dan begitu la seterus nya….
klau boleh biarlah amalan membaca kitabullah tu di teruskan wlaupun bukan bulan ramadhan..agar ilmu tu xlekang dek panas….kan kan kan
about 4 years ago
Bagus lah tu JU.. bulan ramadan ni kita perbanyakan membaca al-Quran, kerana orang yg membaca al-Quran, tidak akan melibatkan diri dengan maksiat kerana dalam dadanya ada kalamullah…. tapi faham2 sajalah bulan posa ni mata kita mudah layu… tk kira siang atau Malam… hati2 lah membacanya .ketika Wakaf hendaklah berenti atau jumpa “sin” kecil kena berhenti… tanpa terputus nafas… kekkadang tk perasan gak….
Mengenai orang yg membaca Quran berramai2 (bertadarus) Rasullah saw menyatakan bahawa org. yg berbuat demikian akan mendapat ketenangan, mendapat rahmat allah dan di lindungi oleh malaikat…
Di samping sembahyang Tarawih, witir, tahjud dan solat tasbih… allah swt menyuruh Hambanya agar bangun tgh malam untuk melakukan solat Tahjud utk mendapatkan maqam yg terpuji.. (al-Isra’ 17…… Bahawa solat di waktu malam itu adalah amalan org yg salih…. Ia mendekatkan diri sesorang itu kpd Allah, menutupi dosa2 yg di lakukan dan mengelakan penyakit drp Tubuh…
JU solat Tarawih…kat mana…Umah, surau,Mesjid… kalu kat mesjid..& surau ada Morehhhh….. org bujang suka sesangat tmpt tu sssbbb freee la…
about 4 years ago
Assalamualaikum wrt…
hai encik omarm nye..Ju solat kat masjid tp xslalu baru sekali ju pegi ngan kakak ..ju memang teringin nk pegi selalu tp keadaan xmngizinkan..yg pegi kaum lelaki la slalu..solat terawih pun xsmpai hbs so moreh xdpt la..tp yg pnting dlm solat terawih adlh niat bukan pasal sebab nk dpt mknan..kang mknan dpt tp pahala xdpt..
ju nk gak solat smpai hbs tp kak long dh bawa pulang xdpt la nk join smpai rakaat terakhir..hmm..sabar aje la…
klau lelaki bujang lain cite la depa bnyk free so xde alasan xdpt pegi..
about 4 years ago
Assalamualaikum,
Seronok sangat bila tiba ramadhan ni, banyak perkara perlu dilaksanakan dan pastinya semuanya telah dirancang lebih awal lagi. Sebagaimana setiap wanita yang lain, jarang sekali jika dapat menikmati sebulan puasa ramadhan penuh, begitu jugak ngan saya, tetapi syukurlah, saya telah merancang sesuatu sebulan sebelum ramadhan tiba,membaca al-quran. Jadi bila ramadhan tiba, saya hanya meneruskan bacaaan, dan syukur sehingga ke ari ni walaupun belum tamat satu al-quran, saya sudah hampir menuju matlamat saya, tamatkan bacaan sebelum aidilfitri menjelang. Insyaallah, saya pasti matlamat saya berjaya….:)
about 4 years ago
Bagus Lah Cik JU & CT78 sama2lah kita hidupkan malam2 akhir Ramadhan dengan Beribadat sehabis munkin bagi memastikan yg terbaik buat destinasi hidup kita…..di tahun ini….manalah tahu bertemu dengan lailatul qadar…
Amalan lain yang sering dilakukan oleh Rasullah pada malam 10 terakhir ramadhan… menghidupkan malam tersebut dgn amal ibadah sambil mengharapkan datangnya malam Lailatul Qadar…. Malam tersebut adalah malam yg diberkati oleh Allah SWT, lebih baik drp seribu malam…. LEBIH baik drp tempoh usia manusia hidup di dunia ini……
Kaum Pompuan juga mesti jaga tingkah laku, jangan sehingga perlakuan mereka menyebabkan terbatal Puasa orang Lain… Contohnya dari segi berpakaian.. seeloknya kaum wanita menjaga tingkah laku dan pakaian mereka agar mencerminkan ketinggian perkerti mereka sebagai seorang muslimah… SIKAP ini hendak lah diteruskan, jangan di bulan POSA saja…
Saya tak dpt bayangkan JU pakai maxi, ke Skirt nanti Terbatal Posa saya sebb bnyk tertelan Air Liur????????
about 4 years ago
Assalamualaikum wrt wat Omarm n all geng yg di rindui…
Amboi2…encik omarm ni xhabis2 nk kena kan ju ye..hmm..
ju xpakai cmtu la encik omarm nye..xkn la bru pkai pakaian cmtu dah terleleh aiq liur basi tu..hehehe..tu nmpak sungguh xkuat iman encik omarm nye..
ju rasa omarm kena pegi brguru lg bg power kit iman tu..k..hmm anyway wat semua geng n xterkecuali encik omarm ju ucpkan selamat hari raya..baju raya nnti jgn plak wat design yg seksi2..pakai sopan n menutup aurat bukan pd bulan ramadhan je klau leh jdkan la amalan n budaya kita sepanjang masa sbgai org timur xkira di mana ita berada..xgitu encik omarm nye..
about 4 years ago
Perjalanan Kita Masih Jauh Lagi.. Banyakkan Ibadah di Dalam PUuasa ini,,, semuga Amal Ibadah kita di berkati Allah… Hanya di dunia ini Merupakan tempat Perjuangan dalam mengisi bekalan dan persiapan bagi menuju destinasi terakhir… Masih Banyak lagi tempat…. DEstinasi… yang perlu kita Singgah.. Sebelum ianya berakhir dengan Penyesalan dan Penderitaan…
Marilah kita sama2 cari KEREDHAAN ilahi dalam merentasi pengembaraan di Dunia ini untuk mencari bekalan yg di redhai Allah…
Pencipta Sebenarnya yang mewujudkan Manusia dan seluruh alam Semesta ini….???????
about 4 years ago
Malam lailatul Qadar.
Malam Lailatul Qadar adalah suatu anugerah allah keatas umatnya yang sentiasa taat akan perintahnya.Biasanya mereka yang bertemu malam Lailatul Qadar adalah di kalangan ahli ibadah yang istiqamah dalam menjalankan nya.Banyak cerita yang direka reka oleh dari kebenarannya.Seperti malam lailatul Qadar pokok sujud kebumi,air menjadi beku dan lain lain lagi.Kita perlulah berpandu kepada Al Quran dan hadish yang jelas.Kita teruskan ibadah pada setiap malam yang terakhir dan mala malm yang ganjil.Bermakna soalan dah bocor!!!! pikir2lah nak jawab soalan.amin
about 4 years ago
ASSALAMMUALAIKUM….
DIKESEMPATAN INI SAYA NAK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN KPD SEMUA YG MELAWATI BLOG NI MUNGKIN KOMEN ATAU KRITIKAN SAYA ADA MENYINGGUNG PERASAAN….. MAAF SEKALI LAGI.PADA JU,OMARM SELAMAT HR RAYA.FALLEN ANGEL,MARKONAH YG DAH LAMA TAK JOIN MENGAPA SEPI TANPA BERITA ?