.. mencari si dia yang soleh ..
Kenapa Suami Curang ?
Ini adalah untuk menjawab kemusykilan:
http://webblog.myjodoh.net/2007/08/01/kenapa-perlu-berusaha-sedangkan-semuanya-telah-ditentukan/#comment-970
Dear Min,
Biasanya apabila orang ada anak, mereka hendakkan anak mereka membesar menjadi orang baik-baik. Jika anak mereka berjaya di dunia dan akhirat, mereka akan bergembira. Jika anak mereka tiba-tiba masuk pusat serenti, terlibat dengan maksiat dan sebagainya, sudah tentu mereka akan kecewa dengan anak dan sedih dgn diri sendiri.
Begitu juga mereka yang telah berumahtangga. Sebelum berkahwin, mereka hanya mengharapkan kebaikkan. Selepas berkahwin, ada yang menemui kebaikkan, ada yang sebaliknya. Kasihan mereka yang sebaliknya.
Berbeza dengan soal zuriat. Baik atau buruk, tetap zuriat. Sedangkan pasangan hidup boleh bercerai atau berganti. Nabi berkata, “Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik”[1]
Sekiranya seorang suami berkeras dalam membentuk si tulang rusuk untuk lurus mengikut kehendaknya, ia akan patah. Di dalam keadaan lain, sekiranya si tulang rusuk berkeras tidak mahu lurus, walaupun dibentuk dengan lembut, ia juga akan patah.
Patah bererti penceraian atau mencari yang lain. Jadi, ini faktor kedua-dua pihak. Apabila suami mencari kasih lain, isteri ada salahnya.
Hanyasanya para isteri kurang merenung. Hanyasanya terdapat segelintir para isteri sebenarnya tidak tahu menjadi isteri, kebanyakkannya hanya menjadi isteri ikut-ikutan. Ikut cara wanita lain menjadi isteri. Ikut cara wanita lain menjaga suami. Bukan mengikut kehendak suami sendiri.
Padahal wanita yang diikut itu melayan suami berdasarkan kehendak suaminya. Secara tak langsung, si isteri telah mengikut kaedah lelaki lain. Apabila kita mengikut cara ketua lain, sudah tentu ketua yang sedia ada akan mencari pengikut baru.
Rasulullah mencintai Siti Khadtijah. Lelaki mana tak sayang isteri jika isteri mereka seperti Siti Khadtijah. Jika kita study sirah Nabawi, kita akan nampak bagaimana Khadtijah begitu taat dan sokong nabi. Sanggup buat apa sahaja. Bergolok bergadai mempertahankan nabi. Sampai diri sendiri jadi “zero”. Bayangkanlah perasaan seorang wanita yang pernah dua kali kematian suami, jika bersuami, sudah tentu mereka akan hargai. Berbeza dengan para isteri first time kahwin, belum lagi merasa kesusahan hidup bersendirian.
Nasihat saya, jika anda ingin suami anda menyayangi anda seperti mana nabi menyayangi Khadtijah. Contohilah kaedah bagaimana Khadtijah menjadi isteri.
Jangan lupa, nabi berpesan, “Sekiranya aku menyuruh manusia sujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya.” [2] Berapa ramai wanita yang sanggup menyembah suami mereka? Berapa ramai wanita yang ingin suami menyembah mereka?
Wallahu’alam.
.
.
.
Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #2671.
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1079 bertaraf hassan gharib. Menurut Imam Sayuthi di dalam Jami’ Saghir bertaraf Sahih.
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on August 13, 2007 at 11:33 pm, and is filed under Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 4 years ago
Assalamualaikum…
Saya sunyi hidup sendirian, apalagi ketika arwah suami meninggal, usia saya menjangkau 30. Saya memelihara anak-anak yatim saya, kerana itulah pemberian Nya untuk saya.. Saya memikul tanggungjawab maha besar, berusaha untuk membuat anak anak bahagia dan sentiasa ketawa… berusaha supaya mereka tidak terluka. Berusaha supaya mereka tidak merasa kehilangan.. Berusaha menunaikan keinginan mereka… berusaha supaya mereka menyanyangi dan menghormati saya. Berusaha untuk memenuhi segala keperluan mereka.Saya menjadi lilin.. Membuat mereka sentiasa gembira…tapi saya mencari ruang untuk mencari kegembiraan itu.. Saya dapat memberikan semuanya..Tapi…Tapi saya gagal hadirkan pelukan seorang ayah untuk mereka.. Saya gagal hadirkan kasih sayang seorang ayah untuk mereka..Saya gagal hadirkan dua belah tangan seorang ayah untuk doakan mereka.. Saya gagal hadirkan panggilan ayah untuk mereka..Saya gagal hadirkan seorang ayah untuk imamkan solat mereka… Di manakah saya boleh cari semua itu?
Di mana akan saya temui? Saya tidak mencari calon suami, tapi saya sedang mencari seorang ayah untuk anak-anak saya….. Siapakah yang sudi?
about 4 years ago
affifah,
Bukan menyalahkan wanita, tetapi menyatakan adalah tanggungjawab wanita untuk memastikan suami mereka tidak berlaku curang. Di dalam sebuah riwayat nabi menyuruh si isteri memenuhi kehendak suami walaupun di belakang unta. Di dalam riwayat yang lain dinyatakan walaupun sedang memasak. Ini menunjukkan peranan isteri adalah amat besar di dalam memberi tumpuan kepada kehendak suaminya. (Tetapi masyarakat melayu apabila orang cerita hadis ni, mereka nampak soal seks saja)
Terdapat 5 fasa tumpuan seorang suami kepada isterinya :
Fasa 1 – Tumpu Habis. Biasanya selepas berkahwin.
Fasa 2 – Tumpuan Kurang. Apabila jemu atau wujud konflik atau muncul sesuatu kelemahan pada diri isteri yang ketara.
Fasa 3 – Hilang tumpuan. Apabila suami kurang tumpu isteri, isteri pun sudah tentu malas melayan si suami. Keadaan menjadi semakin runcing. Suami buat hal sendiri setiap hari.
Fasa 4 – Mencari Tumpuan. Suami nanti cari benda lain untuk dilakukan. Suami yang elok, mungkin akan tumpu pergi mengaji di masjid. Yang kurang baik mungkin nanti mengadap YM sampai lewat malam.
Fasa 5 – Jumpa tumpuan baru. Memberi tumpuan kepada wanita lain atau perkara lain sepenuhnya. Tak picit SMS, nanti tak senang duduk. Tak balik lewat, tak lalu makan.
:: Sebuah keluarga yang bahagia biasanya akan berkisar sekitar fasa 1 hingga 2 sahaja. Apabila jemu makan kari, masak asam pedas. Apabila ada konflik, cepat-cepat mohon maaf. Apabila timbul kelemahan, cepat-cepat perbaiki. Keadaan akan kembali ke fasa 1, insyaAllah. Jangan bagi peluang untuk keadaan bertukar ke fasa 3, kemampuan ada di tangan setiap isteri.
:: Apabila membiarkan keadaan sampai fasa 5. Payah sikit nak jadi elok. Kemungkinan jadi semakin susah.
:: Semua ini adalah peranan besar seorang wanita di dalam tanggungjawab melayan suami mereka. Hanya isteri yang boleh buat kerja ini.
Wallahu’alam.
about 4 years ago
encik azrul,
katakan la kita dah buat semua tu..ok..bila ada konflik cpt2 minta maaf ekk..tp klau suami asyik nk cari kesilapan isteri je silap kit di perbesar2 kan sje nk cri alasan..amcm tu..kita hnya mampu brusaha jd yg baik n buat sehabis terbaik utk memulih kan keadaan tp klau dah ujian n ketentuan dr Nya jdoh takat tu je xde sapa leh mngubah nya..kan!!
xde sapa yg khwin hnya utk setahun dua je pastu cari lain..klau cmtu bgus jgn khwin..xde sapa yg nk semua tu brlaku..
bg ju peranan suami penting dlm membentuk sebuah rumah tangga yg bhgia..klau suami yg ketua dia pulak yg buat hal,sudah semesti nya rumah tngga jd kucar kacir..maaf la klau ju terlebih ckp..tp ni brdasarkan pemerhatian n pngalaman kwn2 lain..ju ni lom smpai ke tahap tu lg..tp apa pun klau nk khwin tu dah smpai seru..pikir la msk2,hati2 pilih pasangan..tnggungjwb dlm brumah tangga ni besar..pasti kan anda sudah ckup brsedia utk melayari lautan yg brgelora..
about 4 years ago
Assalamualaikum
Kajian yang mendalam perlu bagi penulisan seperti ini.
Pada pendapat saya, artikel ini agak berat sebelah mungkin kerana kurangnya ilmu di dada si penulis dan kurang tajam akal to nail down this very delicate problem. Berhati-hatilah.
about 4 years ago
Ju,
Biasanya keadaan macam tu sebenarnya dah masuk fasa 4 atau 5 dah. Dia dah jumpa benda lain yang lebih baik dan menarik. Kita buat apa pun memang nanti nampak tak elok. Konflik yang berlaku mungkin hasil daripada “bara lama yang dah bertahun-tahun terpendam”. Secara diam-diam dia dan masuk fasa 4 atau 5, sedangkan kita hanya rasa macam keadaan masih di fasa 2 atau 3.
Jangan letak beban membentuk rumahtangga kepada suami 100%. Confirm ribut rumahtangga. Jika di sekolah kita serahkan tanggungjawab mendidik anak kepada guru. Tetapi untuk menjayakan anak-anak, kita biasa akan dengar guru-guru berkata, “ibu bapa juga adalah peranannya di dalam proses pembelajaran anak-anak”. Dua-dua kena saling bantu-membantu untuk anak-anak cemerlang di dalam kehidupan.
Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Setiap suami isteri inginkan rumahtangga yang baik. Justeru, bantu suami anda untuk menjayakan rumahtangga dari peringkat awal lagi. Seperti Kadtijah membantu suaminya.
Wallahu’alam.
about 4 years ago
Terima kasih bosss insya-Allah akan dijadikan sebagai pedoman dari pengalaman yang lain. Musyawarah & perbincangan antara suami/isteri sebenarnya ramai yang anggap remeh, di ambil ringan. Tapi sebenarnya itulah antara kunci kebahagian rumahtangga.
Jadilah pendengar yang baik untuk pasangan kita & celikkan lah mata yang tuli untuk membaca ‘body language’ pasangan…
Bincang & respek… insya-Allah.
@ Hanya pendapat @
Zaifatul…
Anggaplah anak yatim itu satu kurniaan… bukan semua orang bernasib baik untuk melipat gandakan pahala menjaga hal kebajikan anak-anak yatim.
Ibu saya balu semasa beliau berumur 32tahun… arwah ayah meninggal semasa saya berumur 6++, adik lelaki berumur 4 tahun dan adik perempuan yang bongsu berumur 3 tahun. Ibu saya bekerja siang malam untuk membesarkan kami adik-beradik tanpa bantuan sesiapa pun. Saya tak pernah tengok beliau menangis atau merayu mohon bantuan sesiapa untuk membesarkan kami.
Arwah nenek ada mencarikan calon untuk ibu, tapi ditolak ibu kerana takut hal kebajikan kami diambil enteng. Syukur Alhamdilillah, kami 3 beradik berjaya ke menara gading… Masing-masing bangga menjadi anak ibu. Sekarang masa kami untuk membalas jasa-jasa beliau. Kami akan sedaya upaya berusaha membahagiakan beliau meskipun jasanya tidak terbalas.
Walaupun sekarang umur ibu sudah mencecah 54tahun, saya masih kekadang mengusik nak jodohkan ibu dengan mana-mana pak haji untuk menemankan ibu. Ibu tersenyum, setiap kali ibu tanyakan hal perkahwinan saya… mesti saya kata “Jom mama! kita sanding sekali nak…” he.he.he
Sebenarnya, memang betul kami terasa sunyi tanpa kehadiran seorang ‘ayah’ tapi… ibu telah membahagiakan kami. Walau ibu tak pernah bersungut, kami sedar susah payah ibu. Kami tak boleh tengok ibu terluka, dia segala-galanya bagi kami. Dialah AYAH dialah IBU… Dia SEGALANYA.
… Tak terbalas jasa beliau, moga Allah sahaja yang dapat membalasnya.
@–’,–
about 4 years ago
Neli,
Saya menulis ini berdasarkan kajian kepada beberapa hadith dan kisah rumahtangga nabi serta kitab-kitab lama yang menceritakan kebahagiaan rumahtangga. Kalau depa silap, silaplah saya. Tetapi, tak mungkin nabi berkata sesuatu yang silap.
about 4 years ago
yg tu ada gak btul nya ju stuju tp yg selebih nya bukan ker dah ketetapan Tuhan..kita dh ckup jga di awal perkhwinan lg ,mybe dah tercatat kat Lauh mahfuz jdoh dah takat tu je..or rumah tangga lintang pukang n mcm2 ujian lg…. wallahualam..DIA jua yg lebih mngetahuiNya
about 4 years ago
PETUA TERHADAP PASANGAN
oleh: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
——————————————-
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan BELAIAN dan romance.
6. Murah dengan SENTUHAN.
7. Mencari KEBAIKAN pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi/berbual/ bergurau.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had/sempadan/hal-hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka — boleh TEGUR MENEGUR.
13. Berani mengambil risiko emosi — tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan membetulkan keutamaan (priority) dalam kehidupan.
15. Flexible/tolak ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira “gerak batin” (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kekadang tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredhai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa BERMAAFAN sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan HAK kepada pasangan.
28. Tidak menjadi HAMBA kepada pasangan.
29. Berubah secara kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian menang-menang.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semulajadi pasangan.
34. Memahami peranan “pasangan” (13 P).
35. Emotional intercourse.
36. Jangan simpan ketidakpuasan/sedih/marah/ benci dalam hati.
37. Bentuk KOD-KOD kasih sayang yang anda 2 orang saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk memperbaiki hubungan suami isteri.
39. 7 kali puji dan 1 teguran.
40. Sebut “I Love You” all the time.
41. Banyakkan BERGURAU/BERMESRA.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku — SABAR.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan SALAHKAN pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat/pandangan/maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat — bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan daripada segi
a Mental/pendidikan/ilmu
a Emosi
a Fizikal/ekonomi
a Sosial
a Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza
a Pendapat/pandangan
a Hobi
a Kegemaran
a Makanan
a Citarasa
a Warna pilihan
a Dan sebagainya
56. Humor/lawak dari masa ke masa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang/peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Redha/syukur/tawakkal kepada Allah s.w.t.
Pada saya semua perkara hatta mendirikan rumahtangga sekalipun..memerlukan ilmu yang sebaiknya..Rumahtangga merupakan permulaan masyarakat yang kecil..berjaya dalam rumahtangga akan menghasilkan generasi yang berguna…
about 4 years ago
Bukan senang kita yang lalui semua ini kecurangan orang suami kerana orang ketiga dalam rumah tangga.
Tidak Puas pada yang satu mahupun
Tidak hargai pengorbanan seorang isteri ..
setiap rentak,kehendak dipatuhi oleh seorang isteri yang baik tetapi berlaku curang juga..dunia sekarang….
Redha ketentuan allah taala….
about 4 years ago
Ba’ah Mardziyah,
Anda benar. Kebanyakkan daripada kita hanya akan kalut semasa kereta telah kehabisan minyak. Sedangkan apabila lampu merah kat sebelah meter tengah lit-lap, lit-lap dan semasa kereta masih berjalan kita akan berkata, “tak per..sempat lagi.”
Wallahu’alam.
———
Ju,
Pasal takdir ini panjang sedikit ceritanya.Tetapi tanpa pengertian takdir sebenar, seseorang itu akan kecewa dengan tuhan. Walaubagaimana pun, pendekatan yang paling selamat dalam memahami takdir adalah mengikut cara-cara para sahabat nabi beriman dengan takdir.
Apabila mereka berperang, mereka berperang untuk mati. Jika mereka tidak mati, mereka ingin kembali dengan kemenangan. Sama ada mati atau menang, biar takdir yang menentukan. Yang penting mereka menyahut seruan peperangan. Itu cara mereka.
Kita kena bertanggungjawab dengan apa yang kita buat. Kita kena sedar yang kita akan dipersoalkan tentang usaha, bukan end result.
Dalam kes seperti ini, sudah tentu kita kena bertanya diri sendiri tentang inisiatif yang dicurahkan.
Wallahu’alam.
————-
Sweet,
Ilmu berumahtangga bermula sebelum berkahwin. Yang dah berkahwin biasanya akan sedar yang diri sendiri tersalah pilih apabila mereka mula meluangkan masa mentelaah ilmu-ilmu agama dan mengenal arah tuju diri mereka.
So. before anything happen, sementara masih ada masa, kita kena mengkaji Al-Quran dan sunnah secara habis-habisan.
Pada zaman Umar Al-Khattab terdapat seorang lelaki datang mengadu tentang anaknya yang derhaka. Umar memanggil anak mengadapnya. Anak itu kemudian bertanya kepada Umar, apakah tanggungjawab ayah kepada anak. Umar berkata, “ada 3, memilih ibu yang baik, memberi nama yang baik, mengajar Al-Quran.”
Anak itu berkata, “ayahku tak menjalankan tanggungjawab itu. Dia menamakan aku tawwath (bermaksud kelawar, setengah riwayat berkata Al-Ju’al yang bermaksud kumbang hitam). Ibuku adalah seorang bekas hamba hitam (setengah riwayat berkata, ibuku adalah bekas perempuan pelayan). Ayahku tidak mengajar sepatah pun Al-Quran.”
Umar berpaling dan berkata kepada si ayah, “kamulah terlebih dahulu yang dehaka kepada anak kamu”
Ini menunjukkan proses pembentukkan anak soleh bermula jauh sebelum seorang lelaki menemui isterinya. Proses pembentukkan suami atau isteri soleh pula agaknya bermula bila?
Wallahu’alam.
——
Suhazliza,
Sebenarnya kita tak tahu cerita sebenarnya di sebalik kisah rumahtangga orang lain. Ada suami yang ingin kebaikkan tetapi tidak dapat. Ada isteri yang ingin memberi kebaikkan tetapi tak tahu cara. Namun,kuasa untuk melayan dan mempengaruhi suami sebenarnya ada pada isteri. Banyak hadith menceritakan tentang isteri harus taat kepada suami, seolah-olah isteri nampak macam diperlekehkan. Tetapi jika kita renung dan baca hadith-hadith itu berkali-kali, kita dapati ia mengandungi tips-tips agar disayangi suami. Tip-tip itu dah wujud 1400 tahun yang lalu.
Walahu’alam.
about 4 years ago
sekiranya kita dah ambik plbagai inisiatif n pndekatan keadaan xbrubah gak adakah itu di sebut takdir/ketatapan dr Allah..?tp takdir tu boleh brubah kan dgn doa..or kita kena redha dgn apa yg brlaku..
about 4 years ago
Assalamualaikum
Seperti yang saya katakan sebelum ini, selain kajian yg mendalam, sipenulis juga perlu able to nail down the problem, mempunyai minda yang terbuka & mampu menulis/menyampaikan gist of the story secara efektif. Ianya tidak ada kena mengena dgn kitab2 lama atau kisah2 nabi itu, tetapi lebih kepada ‘how the writer interprets the story and how the story is represented to the audience’. Saya minta maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya seperti ini tetapi saya berharap encik azrul dpt menerima pandangan saya secara terbuka.
about 4 years ago
ju,
Tiada ada ulama yang boleh memberi kata putus tentang persoala takdir melainkan ia menimbulkan persoalan yang baru. Persoalan baru memulakan pertikaian baru dan persoalan baru dan pertikaian baru dan persoalan baru dan begitulah seterusnya. Lalu lebih baik kita pergi atas, kepada asal persoalan. Iaitu ketika para sahabat mula-mula menyoal nabi tentang takdir.
http://webblog.myjodoh.net/2007/08/01/kenapa-perlu-berusaha-sedangkan-semuanya-telah-ditentukan/
Ada ulama membagikan takdir kepada dua jenis. Iaitu yang boleh berubah dan yang tidak boleh diubah. Mualaq dan Mubram. (K.H. Sirajuddin Abbas) . Ada para ulama berpendapat takdir dan rezeki ditentukan setiap tahun. (Tafsir Ibnu Kathir)
Ada pendapat pula berkata, takdir memang tidak dapat diubah sama sekali. Ada pendapat pula berkata, kita menjadi keliru tentang takdir kerana kita hidup di bawah taklukan masa. Iaitu kerana menggunakan perkataan “akan”, “telah”, dan “sedang”, sedangkan masa tidak wujud di sisi tuhan. Di sisi tuhan, “akan” “telah” dan “sedang” berlaku serentak.(Harun Yahya) Apabila dikatakan takdir telah ditentukan, ia juga bermaksud takdir akan ditentukan.
Buat apa nak pening-pening … fokus kepada kejadian asal manusia, fokus kepada nasihat nabi seperti link di atas. Iaitu beribadat dan berusaha.
about 4 years ago
kkdg timbul persoalan nape dah brusaha tp masih xbrubah..last2 jwpan nya redha atas ujian Nya..
about 4 years ago
Walam nile,
Terima kasih kerana pandangan anda.
about 4 years ago
Salam…
Kalau isteri patut mencontohi Siti Khadijah, Suami pula patut mencontohi Rasulullah… Persoalannya, bolehkah isteri seperti Siti Khadijah terbentuk sekiranya suami tidak seperti Rasulullah? Bukankah suami peneraju, pemimpin dan pembentuk sebuah keluarga? Masih dapatkah kita jumpa suami seperti Rasulullah di zaman ini?
Perlu diingat, Siti Khadijah juga dimadukan. Tetapi adakah Siti Khadijah dimadukan kerana kurang memberi tumpuan kepada suaminya Rasulallah? Adakah Rasulallah mencurangi Siti Khadijah apabila beliau berkahwin lain? Sudah tentu tidak!! Rasulallah berkahwin lain semata-mata kerana ingin membela nasib wanita malang cthnya seperti ibu tunggal, balu yang kehilangan suami yang mati dalam peperangan dan juga anak yatim.
Jadi mengapa suami yang banyak ada di zaman sekarang mencurangi isteri? Mengapa mereka berkahwin lagi? Salahnya jangan hanya diletakkan pada sang isteri… Cuba kita kaji apa salah sang suami yang curang pada isteri… Mengapa kurang mendapat tumpuan dari isteri yang dijadikan alasan untuk berkahwin lagi, sedangkan Rasulallah berkahwin lagi bukan atas alasan itu…
Cuba kaji sebab-sebab Islam membenarkan seseorang lelaki beristeri empat… Ianya bukan semata-mata kerana memuaskan nafsu lelaki atau memenuhi keperluan lelaki yang mahukan tumpuan isteri dsbgnya tetapi yang lebih utama agar wanita malang seperti ibu tunggal, balu atau janda miskin, andartu atau anak yatim akan terbela nasibnya. Tapi rata-rata di zaman ini, wanita yang dipilih untuk dijadikan isteri kedua, ketiga atau keempat adalah wanita yang lebih muda, yang lebih cantik, yang celebriti popular, yang lebih pandai melayan nafsu dan kehendak lelaki… Begitukah caranya mengikut sunnah nabi? Sedangkan di Malaysia ini contohnya tidak pernah kurang dengan bilangan wanita malang.. yang miskin, yang dirogol oleh ayah sendiri, yang masih anak dara tua kerana rupa tak cantik, ibu tunggal miskin yang memelihara ramai anak, dsbgnya…. kenapa tak ada yang nak mengahwini mereka? Tak jumpa? Setiap hari, akhbar, tv, majalah ada paparkan kisah malang mereka…
Katalah sepasang suami isteri melalui peringkat-peringkat tumpuan Fasa 1 hingga entah berapa… Alasan yang cukup kukuhkah untuk berkahwin lagi? Apa pula alasannya apabila seorang isteri yang baru dikahwini 5 hari, mendapat tahu yang suami sedang bercinta dengan wanita lain? Tak sempat lagi melalui fasa-fasa tu tapi dah dicurangi… Setakat yang saya mengenali seorang yang bernama lelaki, memang penuh dengan alasan…
Kesimpulannya, sekiranya suami mencontohi Rasulallah, tidak mustahil isterinya boleh dibentuk seperti Siti Khadijah…
Wassalam
about 4 years ago
aduhai saudaraku azrul,
Ada empat perkara ingin aku katakan di sini.
Pertama, sudah tentu tiada lelaki berkahwin yang akan memberi komen di topik macam ini. Jika mereka berkongsi pengalaman, mereka akan kantoi. Ini buktinya aku masih bujang.
Kedua, terima kasih kerana tulis artikel kontroversi ini. Boleh aku pastekan kepada gadis-gadis pilihan hatiku.
Ketiga, wahai saudaraku, banyak problem di pejabat kadi setiap hari yang dilaporkan berakar umbi daripada perempuan. Setiap kali orang perempuan pergi mengadu masalah rumahtangga, tok kadi suruh balik muhasabah diri. Mereka pun balik dengan perasaan tak pueh hati dan kecewa. Sama seperti artikel ini, walaupun ia mencerminkan realiti, tetapi engkau telah menyebabkan beberapa awek yang terbaca berasa tidak puas hati. Usahlah engkau risau, Tun Dr. Mahathir pernah berkata memang payah kita nak puaskan hati semua orang. Yang berpuas hati dan dapat menerima kenyataan, dialu-alukan untuk menjadi calon isteriku.
Keempat, wahai saudaraku, engkau tidak menyatakan peranan suami sebagai pendidik. Sepatutnya engkau nyatakan para suami yang bermasalah boleh print artikel engkau ini dan lekat merata di dalam rumah mereka. Itu juga merupakan salah satu proses mendidik dan menyampaikan ilmu kepada isteri mereka yang tak tahu punca suami mereka mencari perempuan lain.
p/s : mana sambungan cerpen ?
about 4 years ago
yess..thanks dura..yg tu la ju mksud kan..u dah komentar bg jelas kat depa semua kaum adam…sudah terang lg bersuluh masih gak nk tegak kan benang yg basah…
about 4 years ago
JGN SALAHKAN POMPUAN 100% ADA ISTERI BAIK PUN LELAKI KALAU NAK CURANG DIA CURANG JUGA TAK PERCAYA TANYALAH SUAMI-SUAMI DILUAR SANA…. ISTERI MUNGKIN ADA KEKURANGANNYA (TAK DINAFIKAN) TAPI ADAKAH KEKURANGAN INI MENJADI TIKET UTK BERLAKU CURANG? KALAU KATA TAK BERI TUMPUAN KPD SUAMI TAK PAYAH LA ADA ANAK.AMBIL ORG GAJI UTK BUAT SEMUA ORG KEJA.HAAA…BLH LA ISTERI TU BERI 1000% TUMPUAN PADA SUAMI, SANGGUP???
about 4 years ago
Kenapa suami Curang??? Jarang2 & Kadang2….. Jawapnya kurang ilmu.. tidak mengenal erti DOSA & Pahala.. Ulama tersohor Dr Yusuf al-Qaradhhawi melalui bukunya Fi Fiqah al-Awlawiyyat bahawa ilmu hendaklah di dahulukan daripada beramal…..
Ini bersandarkan maksud sabda nabi “ilmu itu imam, Amalan itu pengikutnya” Imam Bukhari menyatakan Amalan tidak akan memberikan manfaat tanpa ilmu… Malah nabi sendiri mengatakan dalam satu maksud sabdanya “Barang siapa yg akan diberikan kebaikan oleh Allah, Nescaya di berikan kepadanya kefahaman mendalam dalam Agama” (Man yuridi Llahu bihi khyran yufaqqihu fi al-Din).
Dalil paling kuat tentang kelebihan ilmu apabila perkataan “IQRA” merupakan ayat pertama yang diturunkan. Sedangkan membaca adalah anak kunci kepada ilmu. Dan turun ayat kedua yg mengajak supaya beramal dan bertindak melalui surah al- Muddathtir ” wahai orang yg. berselimut, bangunlah! dan beri khabar(amaran)…. Ya ayyuha al-muddaththir,………sambung…sampai….wala tamnun tathtakthrt…
Mereka yang beramal tanpa berasaskan ilmu, mengundang keburukannya lebih banyak daripada kebaikan…
malah dalam realiti masakini, ramai yang beramal tidak kurang ikhlas, taqwa dan bersemangat, Tapi apa yang mereka kurang adalah Ilmu….
Atau dengan kata lain kita gagal memahami Islam secara praktikal yg diceranakan dalam bentuk program sehingga ajaran islam terkial2 dlm bentuk retorik dlm ucapan khutbah, tapi gagal BEROPERASI…..
HIDUP… Afifah,Zaifatul,Azrul HIDUUUP JU…,Neli Samarluki, Ba’ah Mardziyah, Sweet, Suhaiza, Neli, Dura… smua IDUP….
Ya Allah ya tuhan kami, jadikanlah hamba mu yg berjaya dlm hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dgn tangan kanan. Ya allah Ampunlahdosa2 besar dan kecil yg ada pada kami…
Ya allah ya tuhan kami, berikanlah kesempatan kpd kami meminum air kolam nabi kami al-kauthar, selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian siratulmustaqim… masukkalah kami ke dlm Syurga engkau bersama2 dengan orang yg. beriman mustajabkan Doa Kami dgn berkat amalan kami yg. paling Ikhlas… AMIIIIN…
about 4 years ago
Orang tua-tua pesan… kalau lelaki diberi makan dan minum sekenyang-kenyangnya, sampai nak terbuak balik, mereka tak akan bernafsu mencari makanan di luar lagi. Suami yang makan di luar biasanya tidak mendapat makanan yang cukup di rumah. Sebagai isteri, kita harus memberi makan yang secukupnya untuk suami sehingga dia tidak lagi bernafsu untuk makan di luar. Bukan setakat itu, jamuan enak yang kita beri akan membuat dia hanya terbayang masakan kita sahaja apabila setiap kali lapar. Maaf, double meaning………tetapi itulah kenyataan nafsu dan kenapa tuhan menghalalkan perkahwinan.
about 4 years ago
alhamdulillah, semoga para isteri muhasabah diri…manusia memang slalu tak pernah puas hati….istighfar byk2
memang perempuanlah punya suami curang.. macammana bagus sorg pempuan, tetap menerima implikasinya…
insyaAllah, yg buruk datang dari diri ini, yg baik adalah dari DIA..
about 4 years ago
Assalamualaikum w.b.t.
Saudari Dura, saya amat berpuashati dengan pandangan yang dilontarkan oleh saudari kerana menepati persoalan yang diutarakan oleh saudari Min..
thanks too for kelapa tajam, omarm dan nurul_ein kerana memberi pandangan related dengan topik..
Saya ambil kesimpulan daripada saudari Dura : “sekiranya suami mencontohi Rasulallah, tidak mustahil isterinya boleh dibentuk seperti Siti Khadijah…”
Saudari Min,
Memang sebagai isteri kita inginkan kasih sayang suami sepenuhnya dicurahkan kepada kita tanpa berbelah bahagi..bila berlakunya poligami, terasa diri dicurangi padahal kita telah berusaha sedaya upaya menjadi isteri yang solehah.
Saya berfikir di sini, memang benar kita tiada kuasa menentukan sama ada suami yang kita perolehi akan datang atau hari ini memadukan kita atau tidak, jodoh berpanjangan atau tidak..kerana segalanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Cuma persoalan Min memang layak untuk dibincangkan untuk memperbaiki diri tidak kira lelaki/wanita/suami/isteri..
Memang cantik sunnah Nabi Muhammad S.A.W. beristeri lebih daripada satu bukan kerana nafsu..Lihatlah zaman sekarang…begitu berbeza. Mungkin satu alasan yang boleh diberi oleh kaum lelaki ialah berkahwin lebih daripada satu kerana bilangan wanita yang lebih ramai dari lelaki pada masa kini..selain daripada isteri yang ada uzur syarie..
Wallahu’alam.
about 4 years ago
Kekandaku Zaifatul,
Anda bertuah kerana berjaya mengasuh, membesarkan anak-anak dengan begitu sempurna atas ketabahan yang anda miliki.
Saya cuma ingin menyarankan supaya kak Zaifatul mencari keistimewaan yang Allah S.W.T. berikan kepada isteri yang kematian suami, tidak berkahwin lagi dan menjadi ibu tunggal yang membesarkan anak-anak menjadi insan berguna. Fadhilatnya begitu besar..harap akak dapat menemuinya..
about 4 years ago
p/s omarm: amin amin aminn ya rabbal a’laminnnn…komentar yg pnjg lebar n ckup bernas dr profesor omarm kita….ju sokong n setuju amat2..hidup OMARM….!!!!!!
about 4 years ago
Salam semua…
Saya fikir jika semua pihak asyik melihat salah orang lain..sampai bilapun masalah akan berpanjangan..bukankah Allah jadikan lelaki dan perempuan itu saling melengkapi dengan segala kekurangan dan kelebihan yang ada dalam diri masing-masing..mungkin ada sesuatu yang boleh dibuat agar tidak mengulangi kesilapan orang lain..
Ada 4 isu dari buku2 yang saya baca ingin saya kongsi di sini..
1.PERSEDIAAN MENCARI PASANGAN –
Kebanyakan orang inginkan pasangan yang baik tetapi untuk menilai batiniah seseorang bukanlah perkara yang mudah.Cara yang terbaik ialah jadikan diri kita calon suami yang soleh atau isteri yang solehah.Kenalpasti ciri yang baik dan bina dalam diri..muhasabah.Ini soal ikhtiar dan usaha manusia,tetapi Allah telah menentukan lelaki yang soleh untuk wanita yang solehah.Peningkatan sifat yang baik adalah proses berpanjangan.Oleh itu letakkan piawaian yang lebih tinggi buat diri sendiri berbanding’bakal’pasangan itu.Tetapi kebanyakan orang meletakkan piawaian soleh/solehah yang rendah untuk diri sendiri TETAPI mengukur calon pasangan dengan piawaian yang tinggi?Jadilah kawan..bukan carilah kawan.Dengan sifat2 terpuji,kawan2 akan datang dengan sendirinya.
(Rujukan Buku :Tentang Cinta,Pahrol Mohd Juoi)
2.CIRI-CIRI MEMILIH PASANGAN
5 dasar pertimbangan dalam memilih calon suami
1.Rasulullah s.a.w menyeru supaya mendahulukan pertimbangan soal akhlak dan agama sebagai pertimbangan utama.
2.Bukan lelaki fasik(derhaka)
‘dikhuatiri gadis yang pada mulanya baik akhirnya terikut kebiasaan suami,minum arak,berjudi,meninggalkan hijab,bergaul bebas dgn lelaki bukan muhrim,tak solat,tak puasa dll’
3.Tidak menumpukan soal material dan lahiriah shj
4.Beragama Islam
5.Sihat jasmani dan rohani
Bagi seorang wanita,mengenali secara mendalam keadaan calon suaminya merupakan soal sangat penting kerana kebahagiaan seorang isteri bergantung kepada keutamaan sifat suami dan begitulah sebaliknya.
5 dasar pertimbangan dalam memilih calon isteri
1.Yang mempunyai penghayatan agama yang baik
‘wanita adalah manusia..dan yang terbaik pada manusia ialah kemanusiaannya,perangainya yang baik dan sifat-sifatnya yang menyenangkan’
2.Beragama islam
3.Wanita bukan keluarga
4.Sihat dan tidak mandul
5.Utamakan gadis
3.PERSOALAN CINTA
Pastikan cinta itu kerana Allah.Bagaimana?Cuba nilai,apakah cinta kita kepada manusia itu melalaikan kita dari perintah Allah?Fikir-fikirkanlah..
4.PESANAN KEPADA BAKAL ISTERI
Ummu Hakim berpesan kepada puterinya..ikhtibar untuk semua..
1.Temanilah suamimu dengan cara sederhana,merasa cukup dengan yang ada,dan bergaul dengan baik dan patuh
2.Jagalah dirimu di hadapan matanya dan depan hidungnya agar engkau tidak kelihatan buruk dalam pandangannya,dan janganlah sampai ia mencium bau yang tidak sedap dari dirimu.Bercelaklah kerana celak hiasan terbaik.Ketahuilah air adalah pengganti terbaik minyak yang tidak kau punyai.
3.Perhatikan dengan baik waktu makan suamimu dan jagalah ketenangan di waktu ia sedang tidur,kerana rasa lapar dapat menimbulkan kemarahan dan tidur yang terganggu biasanya membangkitkan kemarahan.
4.Jagalah keamanan rumahnya dan keselamatan hartanya serta peliharalah kehormatan suamimu dan hormatilah anggota keluarganya.
5.Jangan bicarakan rahsia suamimu dengan orang lain,jgn menentang perintahnya.
6.Jangan engkau gembira bila dia sedang sedih,jangan kelihatan sedih sewaktu dia gembira.
7.Jadilah engkau orang yang menghormati suamimu,tentu beliau akan menghargai dirimu.Jadilah engkau orang yang paling mudah menyetujui pendapatnya,ia tentu akan menjadi orang yang paling lama menemani hidupmu.
8.Engkau tidak akan memperolehi keinginanmu sebelum engkau mengutamakan kesukaannya dan kesenangannya daripada kesukaanmu dan kesenanganmu sendiri,baik dalam hal yang engkau sukai maupun yang tidak engkau sukai.
(Rujukan Buku: Mutiara perkahwinan menurut ajaran islam,Muhammad Ali Quthb)
Banyaknya pendapat dan tunjuk ajar yang baik..
tetapi kesimpulannya jadikanlah diri kita ini baik supaya InsyaAllah akan dapat teman hidup yang baik juga..yang bertimbangrasa,bertanggungjawab dan penyayang…
about 4 years ago
Pendapat sweet adalah benar.
Panjang sebenarnya perbincangan ini. Sampai kiamat pun insyAllah akan ada golongan yang mempersoalkan di padang mahsyar siapa yang patut dipersalahkan. Namun, kepada yang mengejar kebaikkan, start sendiri. Jangan tunggu orang lain. Ini akhir zaman. Jika si suami tak pandai mentarbiah “lantak pi kat dia”. Janji kita ikut ke mana agama suruh. Jika isteri tidak mahu ditarbiah, si suami ada “procedure” yang boleh diikuti dan akhirnya dibenarkan pembubaran perkahwinan.
Pendapat nurul_ein adalah benar.
Try minum 3 liter air sekaligus, dan letak makanan sedap depan mata. Tengok lalu atau tidak nak makan.
Jika kita buka semua kitab hadith dan semua kitab fekah, kita akan temui bab HAK SUAMI KE ATAS ISTERI (atau yang berkaitan). Di dalam bab ini biasanya akan ditekankan tanggujawab isteri kepada suami. Dua hal, iaitu “TAAT” dan “LAYAN.”
Sedangkan tanggungjawab sebaliknya (suami kepada isteri) amatlah banyak. Termasuk menyediakan makan, minum, tempat tinggal, basuh baju, basuh pinggan .. semua ALL OUT. Selain itu seorang lelaki berperanan untuk cari duit, berdakwah, berjihad, berkhidmat untuk ibu bapa dan sebagainya. Jalan untuk ke syurga bagi lelaki adalah agak sukar berbanding wanita.
Sedangkan jalan ke syurga amat mudah bagi wanita, fokus kepada 2 perkara itu dan ibadat asas seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. And Yet, di dalam sebuah hadith, nabi menyatakan golongan yang paling banyak masuk neraka adalah wanita.
Di dalam sebuah riwayat lain diceritakan seorang wanita datang berjumpa nabi dan bertanyakan hal ini. Lelaki mempunyai kelebihan pahala, boleh berperang, boleh berjihad itu dan ini. Sedangkan amalan wanita adalah terhad. Wanita itu sebenarnya datang mewakili komuniti wanita di pada masa itu bertanyakan hal ini. Nabi kagum dengan wanita ini, begitu juga dengan para sahabat yang ada ketika itu kerana wanita-wanita di zaman nabi ingin berkhidmat untuk agama seperti kaum lelaki. Nabi hanya berpesan bahwa segala-gala yang wanita lakukan untuk suaminya adalah “compatible” dengan semua yang boleh dilakukan oleh seorang lelaki.
Pendapat saudaraku samarluki adalah benar.
Memang saya sengaja tidak menyentuh perihal tanggungjawab lelaki. Perkara tanggungjawab lelaki adalah sedia maklum oleh semua orang. Ia diulang-ulang setiap hari di mana-mana. Namun, sebab musabab suami curang tidak ramai yang tahu. Lelaki yang curang biasanya masih komited dengan tanggungjawab mereka kepada isteri. Artikel ini adalah untuk WANITA YANG BELUM BERKAHWIN. Mudah-mudahan mereka mempunyai persediaan untuk menjaga suami masing-masing dengan baik.
Pendapat omarm adalah benar.
Ilmu adalah penting sebelum amal. Dalam hal ini, semua yang terlibat telah pun mengetahui (mempunyai ilmu tentang) tanggungjawab masing-masing. Masalah timbul apabila somebody mula lalai dengan tanggungjawab asal yang diperintahkan tuhan. Siapa mula dahulu, dialah yang bersalah. Rujuk kata-kata nurul_ein, rujuk meterial yang dipaparkan oleh sweet.
Yang saya perhatikan, mostly lelaki yang ada affair dengan wanita lain, semuanya adalah orang yang berilmu ( di dalam agama) dan (pada peringkat awal) masih tidak meninggalkan tanggungjawab asal sebagai suami. Hanyasanya apabila sudah hanyut, maka isteri dan anak mula diabaikan.
Wallahu’alam.
about 4 years ago
Byk Ilmu boleh di kaut kat dlm ni…. alhamdullillah..
Klu nak tunggu sampai dah berilmu penuh di dada mmg sampai bebila tak kahwin2 la daku…. hehehe…
Tuan WM dan semua rakan2 di sini… noted and thanks!
about 4 years ago
Memang betul semua pendapat yang di luahkan bernas dan tepat. Tapi kita jangan lupa semuanya ketentuan ilahi… segala yang kita usahakan mestilah di sertakan DOA.. ikut tertib berDoa insaalah tuhan makbulkan doa kita… kalau Doa kita lambat di makbulkan kita kena check List apa puncanya….mungkin cara kita berDOA tidak ikhlas… bila susah baru ingat tuhan…. Pembelajaran berterusan harus memberi panduan tentang kesederhanaan islam, yg tulin yg di gambarkan oleh al-Quraan sebagai “ummatan Wasatan” di mana cirinya;
Memahami agama secara syumul dan mendalam serta seimbang….Memahami realiti semasa tanpa memandang remeh dan tahu kekuatan diri… Berfikiran saintifik hatta hukum alam dan hukum sosial… memahami keutamaan dalam kehidupan… mlah banya lagi unsur2 yg. lain apa pun ilmu PERLU DICARI SECARA BERTERUSAN BAGI MEMPERKASA DIRI DENGAN PERSIAPAN DALAMAN DAN LUARAN, MENJADIKAN DIRI KUKUH DAN UTUH PENGETAHUAN, AKHLAK, BUDAYA DAN SIAHSAH SEHINGGA MAMPU MENJADI MERCU YANG DAPAT DI JADIKAN PEDOMAN DAN MAMPU MENANGKIS SEGALA YG. MENDATANG.
Jangan salah kan takdir saja…. kalau kita takut nak KAWIN … sampai bila pun Fikiran kita jadi serabut… ada ISTERI garang… hari2 kena tarik TELINGA..kena cucuk HIDUNG itu belum masuk kena ubat guna2 lagi… Kena Suami GARANG lagi teruk… hari2 penampar singah kat pipi camna… SAMPAI tualah kita tak KAWIN…. KAWIN jangan TAK Kawin???? BILA sampai masa KAWIN lah kita… hehe
about 4 years ago
Seronok baca pendapat orang lain..
Manusia adalah makhluk terpilih yang dikurniakan aqal..Cinta manusia biarlah dikawal dengan aqal,cinta haiwan hanya ikut nafsu..cuba lihat fitrah ayam jantan..bertukar2 pasangan..tapi pantang ‘aweknya’ kena ngurat dengan jantan lain..atau lagi dahsyat..fitrah khinzir..membiarkan saje ‘aweknya’ dikejar jantan lain..emmm..Janganlah letakkan hanya faktor fizikal kepada ‘bakal’ pasangan..
Saya tertarik untuk berkongsi kisah benar ini..percayakah anda ada pasangan bercerai kerana’sayur labu’ dan ada yang lain kerana ‘sayur kangkung’?Isu utama bukanlah jenis sayur itu tetapi..masalah komunikasi..pernahkah kita bertanya kepada pasangan apa yang disukai dan tidak disukai…pernah juga dengar cerita awek marah2 kerana boyfriendnya tidak mahu pakai baju warna pilihannya..kita selalu ingat kalau kita suka sesuatu pasangan kita tentu suka atau mesti suka jugak.Kita boleh beri cadangan tetapi tak semestinya dia bersetuju.Bukankah hubungan yang ikhlas itu tiada unsur paksaan.
Ingin saya beri cadangan bagi yang terlanjur mencelah di sini meluahkan tidak puashati terhadap pasangan..walaupun laman web lebih menjurus kepada pasangan belum berkahwin,anggaplah anda terpilih untuk terima ujian tuhan,jika anda tidak boleh luahkan secara ‘verbal’ luahkanlah secara bertulis kepada pasangan(luahkan rasa happy,marah,harapan,sedih dsb),sesetengah orang yang punya ‘intuitive sensing’ ini lebih banyak tulis daripada banyak cakap.Bagi yang pening2 kepala serabut fikir hal macam2 ada pendapat mencadangkan sebelum tido beritahu diri sendiri ‘masalah ini akan selesai dengan bantuan Allah’dengan yakin,jika ikut kajian sains kita telah beritahu ‘otak separa sedar’ untuk bertindak mencari idea2 menyelesaikan masalah tersebut.InsyaAllah..
Untuk WM,teruskan usaha murni ini…
about 4 years ago
DUA- DUA CURANG….!!!!!!!!!!
Juliana : “Abang Mie… Jom la datang rumah… saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi..”
Helmi: “baiklah malam esok abang pergi tau… nanti pandai la abang tipu isteri abang tu..”
Juliana : “Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face.”
Helmi : “Alamak… yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak” Juliana : “Alaaa… abang ni nak jumpa saya ke tak nie?”
Helmi : “oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup” Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting… dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin..
Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya…isterinya sudah tidur… Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur…tiba- tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan… dan berkata… “Kenapa kau tak balik lagi Jalil…kejap lagi suami akak balik…!!”
iNi… PENGAJARAN YANG KITA DAPAT… SAMA2 KITA RENUNG.. SALAH SAPE!!!
about 4 years ago
Assalamualaikum semua,
Saya sendiri tidak menyangka tajuk ini akan jadi tajuk artikel. Terima kasih banyak diatas segala perbincangan dan pendapat.Sesungguhnya ia amat bermakna bagi saya. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya….
about 4 years ago
Min,
Sepatutnya saya yang berterima kasih kepada anda dan semua yang memberi komen. Terima kasih.
about 4 years ago
omarm
Memang wujud your story tu… tak tahu itu rekaan ke tidak. Tapi rakan sepejabat saya curang terhadap suaminya. Katanya suaminya juga curang. Rasa menyampah saya sudah di tahap maksimum hingga nak tengok bayang pun saya tak sudi.
Rasanya itu saja yang saya termampu, teguran saya tidak di endah & dibuat senda pula… Inalillah
about 4 years ago
bukan nak burukkan lelaki atau perempuan tapi sebenarnya pengalaman menjadikan kita lebih berhati-hati dalam melayari kehidupan.
bukan semua wanita itu terlalu keras untuk dibentuk tetapi ada lelaki yang terlalu keras membentuk. ini dua perkara yang amat berbeza. ada kalanya seorang isteri yang terlalu baik mengikut saja kemahuan suami, biar pun suaminya seorang baran, dia tunggu suami antara maut di luar dewan bedah tapi akhirnya dia ditinggalkan cari orang lain… siapa yang patut disalahkan… mungkin menjadi wanita yang terlalu baik pun susah
about 4 years ago
Apa pun kelebihan yg. allah berikan kepada manusia ialah akal. Akallah menjadikan manusia itu berbeza drp makhluk2 yg. lain.. Allah swt memuliakan manusia dgn akal dan di perintahkan mendalami ilmu supaya menjadikan orang yg. berilmu.
Manusia boleh hidup bahagia dunia dan akhirat dgn adanya ilmu yg di tuntut ikhlas utk mendapat keredaan allah swt. Allah akan menjanjikan syurga sebagai ganjaran. Cuba kita ambil contoh paling mudah dari diri kita… NIKMAT yg. allah berikan… CONTOH: Buang Air tak kira BESAR atau KECIL… kalau dah 3 hari dah tak membuang…. apa RASAnya… itu pun kita katakan NIKMAT juga … adakah kita mengambil mudah soal ini… munkin kita ingat LUMRAH alam… ttpi sebenar nya nikmat yg. ALLAH SWT berikan pada kita.selama ini sejak dari LAHIR lgi..
Dari A’isyah r.anha bahawa Akal itu ada 10 bahagian….
5 bahagian nampak (lahiriah):-
1. Diam
2. Sabar
3. Tawadhu (merendah diri)
4. Mengingat utk berbuat baik serta melarang berbuat munkar.
5. Berbuat amal kebaikan
5 BHG. YG TIDAK NAMPAK (BATINIAH)…
1. bERFIKIR
2. Memberikan contoh/Pengajaran
3. Anggap dosa sbgai Masaalah besar..
4. Takut kepada Allah swt
5. Merendahkan Hawa nafsu serta mengalahkanya…
GUNAkan mertabat Akal….Rasullah saw bersabda… Orang yang paling sempurna akalnya di antara kamu ialah orang yg paling takut kpd Allah dan ambil berat ttg Perintahnya dan Laranganya, walau pun (pada zahir dan pandangan kamu) dia sedikit melakukan amalan sunat (Riwayat Ibnu Mahbar )dari ABI Qatadah)….. Berfikir sesaat lebih baik drp beribadah sunat setahun (riwayat Ibnu Hibban)….
JU xbaik panggil Prof. dulu Ustaz ni apa plak… Apa pun yg. allah jadikan semuanya SEMPURNA… Cuma KITA Bertindak Gunakan AKALLLLL… kata Org Utara.. ADA AKAIII KAAA….
about 4 years ago
bila baca kes suami pukul isteri..takut plak nk pikiq pasal khwin..kkdg masa lom khwin baik giler bila dh khwin…adui Tuhan je yg tahu penderitaan yg kita alami..ju rasa bhgia n tumpang gembira melihat pasangan suami isteri yg bhgia ada gurau senda..dlm hati tringin nk cmtu..
about 4 years ago
Renungan kita bersama..
Mereka yang menerima dugaan tu MUNGKIN terpilih..
1.untuk menghapuskan dosa2 terdahulu
2.untuk meningkatkan tahap seseorang..samada dia lulus ujian tuhan itu..kalau dulu seorang pemarah kemudian jadi orang yg sabar dsb..
sebab Allah s.w.t tidak kejam dan ada sebab kenapa dugaan itu diturunkan.
Islam menekankan ‘menghindarkan itu lebih baik dari mengubati’.
seperti makanlah yang baik2 yang halal supaya tidak jadi penyakit dalam badan,supaya hati kita bersih..
Pilihlah pasangan yang baik2 supaya tidak termasuk di dlm golongan yang satu itu..spt pendapat Imam Al Ghazali yang membawa maksud kejahatan yang dilakukan sebelum berkahwin selalunya akan berterusan juga selepas berkahwin.
Ingatkah kisah di zaman Rasulullah..masyarakat jahiliyah di Mekah menentang kerana islam menolak budaya mereka turun-temurun,pergaulan bebas tanpa batas,spt bertukar-tukar isteri dsb..kemudian bila islam telah berkembang di Madinah,terjadi peperangan dan mereka yang mengetuai menentang islam itu mati dalam peperangan..Allah kabulkan doa mereka yang teraniaya ini lebih kurang 10 tahun kemudian..(Tafsir Al Azhar)..balasan pasti datang.
wallahualam..
Kejahatan akan terhapus kerana taubat,kebaikan tidak memberi makna jika ia merasa lebih baik dari orang lain dan menimbulkan riak..
about 4 years ago
bila baca kes suami pukul isteri..takut plak nk pikiq pasal khwin…. Jangan takut JU.. kalau MACAM tu JU sebelum Kawin Ju kena Pi Belajaq JUDO, kung FU ,Silat KE KUNTAU ke…. LAWAN tetap LAWAN…. kurang2 dah ADA Tali Pinggang Hitam… Suami Gerun Sikit…. Tak berani nak HAMPIAQ… kan..kan…
about 4 years ago
hehehee..ye la tu..tp ju xnk la cmtu..dah khwin nk gaduh2..kan perkhwinan tu di bentuk atas dasar kasih dan syg..biaq la kasih syg tu berpnjgan hinnga ke akhir hayat..bukan syg masa mula2 khwin je..hmm
about 4 years ago
alaaa..omarm ni kita gurau kit pun xleh..ye laa ju xkn panggil apa2 gelaran yg encik omarm xsuka..maaf bbnyk yee..sgala kesulitan amat la di kesali..maaf kan kami…maaf kan kami..maaf kan kaaami…
about 4 years ago
bg pendapat saya la..klu dah lelaki tu dr bujang dulu mmg miang..samapi ke tua la dia miang…mmg x pelikla klu dia nk kawin byk pun…
about 4 years ago
miang dengan nakal sama tak? kkdg ada sesetgh lelaki tu nakal suka usik2..tu kira miang gak ekk..hmm
about 4 years ago
Dah macam2 Pendapat yg kita baca tpi kita kena ambil ikhtibar dari smua ini…
kalau tidak.. tiada DOSA & Pahala… dah LUMRAH Alam … Dari ADAM & HAWA hingga datang Hari KIAMAT… Jika kita Rasa kesunyian/kesepian ambillah al- Quraan … Kerana Al- Quraan sendiri akan memberikan syafaat kepada pembaca dan pengemarnya… “Bacalah al-Quraan sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kpd tuannya” (hadis riwayat Muslim)…. kalau kita tak bergurau nanti jemu plak org baca tulisan yg berjela2 panjangnya… apa pun sama2 kita mohon ampun & maaf jika terkasar bahasa..
BETULKAN JU….
about 4 years ago
Betul tu… gurau senda tngok keadaan,tempt n masa gak..jgn lebih2 gurau dah..kan kan kan..hehehe
ssungguh nya apa jua perbuatan yg melampaui batas Allah xsuka..bersederhana la dlm apa hal pun…kkdg terlalu cntik/encem pun di pandang xcntik/encem plak oleh sstg org..BETULKAN OMARM!!!..ju tau msti OMARM jwb betul tuu..
about 4 years ago
Hai… ini pandangan saya tentang kebahagiaan. Tapi ia hanya pandangan, saya pun tak tau boleh bahagia atau tidak nanti.. Tips aje…
1. Rasanya suami isteri mestilah sentiasa bertolak ansur. dalam semua hal.
2. Suami isteri jangan tinggalkan solat 5 waktu. Saling berjemaah sekali dan berzikir bersama-sama. Ini kerana zikir itu melembutkan hati yang keras. Jika suami panas baran ia akan jadi lembut. Hatinya jadi tenag. jika isteri sentiasa ingin memberontak dengan berzikir kita akan redha dengan seadanya.. Percayalah.. Peruntukkanlah waktu untuk solat dan berzikir bersama..
3. Doa bersama selepas solat… minta kebahagiaan bersama… mohon disatukan hati, dan minta keberkatan didalam rumah tangga. Anda mesti beroleh apa yang dipohon.
Tetapi percayalah orang yang bercerai berai, porak peranda itu pasti kalangan mereka yang jauh dari tikar sembahyang.
Agaknya betul latu… kan semua inginkan kebahagiaan. Tapi saya masih mencari… bukan memilih tapi takutttt…. he. he..
about 4 years ago
Tidak timbul siapa Curang … seperti baginda Rasululah SAW bersabda yg di riwayatkan oleh Imam Bukhari dan imam Muslim dari Ibnu umar…(di tujukan kpd. Kaum Lelaki): “Tiap2 kamu menjadi pemimpin dan Brtanggungjwb. ttg orang2 yg. kamu pimpin, seorang ketua menjadi pemimpin dan bertanggung Jwb. terhadap rakyatnya, Seorang suami menjadi pemimpin terhadap keluarganya dan Bertanggung Jwb trhadap mereka”
Setiap seorang dari anggota keluarga berperanan mmbantu dlm mencapai matlamat utama berkeluarga iaitu kebahagian rumah tangga. Jesteru, mereka haruslah saling lengkap melengekapi agar matlamat yg. dituju berjaya dicapai…
about 4 years ago
saya rasa perbaiki dri dlu sblum kt salah kan pasangan..klu kt rasa dah lakukan yang terbaik tapi masih jga di ancam tu dugaan dari Allah..perbaiki dr dagn kesabaran.. firman Allah,mintalah sesuatu dari Allah dengan sabar dan bersolat…
about 4 years ago
Apa Pun KEMULIAAN manusia mempunyai keistimewaan AKAL berbanding mahkluk lain yg di ciptakan Allah SWT Dlm Al-Quraan (al-Isra ayat 70) Dan sesungguhnya kami memuliakan anak Adam………. kesempurnaan drp mahkluk yg lain…. Manusia dituntut menyuburkan akal melalui kaedah pemakanan, Ibadah, riadhah dan Lain2… Akal juga di tuntut supaya di cerdikan dgn Ilmu Pengetahuan, pengelaman dan pemerhatian… Akalah yg membantu manusia memberi petunjuk kpd orang yg memilikiny agar terselamat drp kehinaan….
Orang yg beriman dan beramal soleh itu menjadikan akal utk merenung ayat-ayat allah seterusnya di jadikan pengajaran dan panduan dlm kehidupan… Bagi mereka pahala yg tidak putus2 (surah At-Tin:4-6)…
Bagi mencerdaskan akal dan menajamkan minda agar mudah memahami ilmu ALLah amalan rohani spt Doa, Wirid, ZIKIR dan ayat ayat Al-Quraan banyak membantu sebagai pelaksanaan hidup setiap insan.. Bacalah lah Al-Quraan ketika kesunyian… ternyata bbrapa khasiat sesetengah ayat al quraan, tiadalah lagi keraguan terhadap hukum tuhan Rabbul ‘Alamin”….