.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Kebolehan Merangsang Fikiran Orang Lain

August 12th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia

Kadang-kala terdapat beberapa individu “perangsang” yang aktif di forum myJodoh. Mereka sering berinteraksi dengan memberi nasihat dan membimbing rakan-rakan lain yang bermasalah atau dilanda kemurungan. Individu begini biasanya tidak tinggal lama di myJodoh. Mereka akan menemui pasangan hidup mereka dalam masa yang singkat dan kemudiannya terus hilang dari myJodoh.

Kebolehan merangsang pemikiran orang lain bermula dengan mengenalkan pasti kemahuan asas seseorang, seterusnya mengaitkan kemahuan tersebut dengan matlamat utama. Terdapat beberapa ayat-ayat Al-Quran menunjukkan teknik membangkitkan minat dan semangat seseorang terhadap sesuatu. Sebagai contohnya pada surah Al-Isra ayat 78, Allah telah berfirman “Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).”

Solat sememangnya satu kewajipan yang perlu dilaksanakan. Ayat-ayat yang berkaitan kepentingan solat diulang berkali-kali di dalam Al-Quran. Namun di dalam ayat ini Allah telah memberi suntikkan motivasi kepada manusia yang malas mengerjakan solat subuh untuk bangun mengerjakannya. Solat subuh telah dikaitkan dengan satu panyaksian daripada para malaikat.

Menurut sebuah riwayat, para malaikat berkumpul bersama-sama manusia pada waktu solat subuh dan solat asar. Apabila para malaikat naik dan disoal tentang keadaan manusia oleh tuhan, mereka menjawab dengan memberi penyaksian, “Ketika kami meninggalkan mereka, mereka sedang bersolat dan ketika kami mendatangi mereka, mereka juga sedang bersolat.”[1] Ternyata Allah telah memuliakan waktu solat subuh dan solat asar serta menjadikan waktu-waktu itu begitu istimewa.

Di dalam sebuah hadith yang diceritakan oleh Anas, Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang solat subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit, lalu solat dua rakaat, maka hal itu sama pahalanya dengan pahala sekali haji dan sekali umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.” [2]

Ini merupakan satu lagi galakkan kepada manusia untuk berusaha bukan sahaja setakat bersolat subuh, tetapi berusaha untuk menunaikannya secara berjemaah. Seterusnya nabi mengaitkan solat subuh dengan mengistiharkan ganjaran tambahan. Iaitu ganjaran pahala haji dan umrah yang sempurna jika selepas itu seseorang mampu berzikir sehingga matahari terbit serta melakukan solat sunat dhuha.

Akhirnya Rasulullah bukan sahaja berjaya mendidik para sahabat agar rajin bersolat subuh, malah agar gemar bersolat berjemaah, gemar berzikir dan gemar menunai solat sunat dhuha. Beliau Rasulullah terus disayangi dan dikenali sebagai insan pembimbing.

Untuk menjadi seorang insan yang dapat membimbing orang lain ke arah kebaikkan, seseorang itu perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya. Ilmu pengetahuan yang saya maksudkan adalah Al-Quran dan sunah-sunah Rasulullah. Lagi banyak kita mengetahui dan mendalami maksud-maksud ayat-ayat suci serta mentelaah hadis-hadis nabi, lebih baik. Dengan berlandaskan Al-Quran dan sunnah di dalam penyampaian, sesuatu perkara akan menjadi lebih berkesan kepada yang mendengar.

Sekiranya seseorang mampu mendidik diri menjadi individu mampu merangsang minda orang lain, sudah tentu beliau akan sentiasa diterima dan disayangi di mana sahaja. Malah, menjadi bahan rujukan. Siapa yang tidak mahu mengahwini insan perangsang dan pembimbing seperti ini?

Wallahu’alam.

Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #552.
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #535 hassan gharib

Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Kenapa Perlu Berusaha Mencari
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
Fokuskan Kepada Mereka Yang Bersolat
Si Dia Tak Pandai Mengaji

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

6 Responses

  • ju says:

    yess,sy stuju..sya minat kwn ngan org yg suka bg motivasi kat sya xkira di kala suka mau pun duka..brtukar2 n brkongsi cite n pngalaman dpt meluaskan ilmu n meningkat kan smangat utk mnghadapi hari2 sterusnya wlaupun jln di hadapan kita tu penug liku n ranjau..sya harp sya dpt rmasi kwn cmtu..aminnn..

  • Ba'ah Mardziyah says:

    Seronok kalau dapat kawan yang sama-sama membimbing & memberi nasihat. Seolah-olah mereka juga meminjamkan kekuatan diri mereka kepada kita untuk mengharungi hidup/masalah yang terpaksa dilalui…
    ” A friend indeed is a friend in need…”

  • ju says:

    “AMBIL LA MASA UTK MEMAHAMI HATI DAN PERASAAN KAWAN..KERANA DIA JUGA SEORG MANUSIA,DIA JUGA ADA RASA TAKUT,ADA RASA BIMBANG,SEDIH DAN KECEWA.DIA JUGA ADA KELEMAHAN DAN DIA JUGA PERLUKAN KAWAN SEBAGAI KEKUATAN”

  • Abu Hanifiah says:

    ye jugakkkk eekkk…… bila dah dapat pasangan dia orang mula tumpu jaga pasangan mereka dan x nak gatal-gatal lagi kat sini………. mmm..siannn…myjodoh…… k..

    saya ni dah kahwin…….kalau isteri saya atau girl-girlfren saya tahu saya kat sini ……habissss saya…………..kena kernyammmmmm..

    anyway… dont worry…sebab saya raja pendamai ‘islam’ @ ‘damai’……..terhadap isteri, girlgirlfren, staff dan kengkawan saya………insyaallah kalay saya ada masa saya akan bagi input dalam blog ini….walau pun saya dah ada cukup jodoh saya akan sama-sama gak…follow isu….

    saya akan sama-sama merangsang semua orang samada yang dah berjodoh atau belum berjodoh kat sini agar selalu menghidupkan erti damai terhadap saper2 insyaallahh……

  • aku ni says:

    manipulator?

  • akma says:

    sy anggap laman web ni sebagai sahabat untuk menambah ilmu pengetahuan dan tambah pengalaman yang positif..sy x setuju dgn kata2 sapa..abu hanifiah..kan elok klu adab berbicara dijaga..baru la leh gelar raja pendamai ..apa…” Raja pendamai Islam” baru ler sesuai.. mungkin saudara abu hanifiah ini lupa kut kata2 saudara ni riak!!…



Leave a Reply